Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 1

1
KUALA LUMPUR 24 Jan. Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Sri Sultan Notobroto Nusantara’ dan kononnya diangkat sebagai ‘Agong Nusantara’ dengan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia Sri Sultan Raden (...) Notobroto Nusantara Al- Haj’ pernah dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan beberapa kes penipuan. Siasatan Utusan Malaysia turut mendapati lelaki berkenaan kini meringkuk dalam penjara apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bermula Jun tahun lalu atas kesalahan terlibat kes penipuan pembelian tanah bernilai RM9.3 juta menggunakan nama Menteri Besar Johor, hampir 20 tahun lalu. Lebih mengejutkan, satu sumber memberitahu, lelaki berusia 50-an yang mendakwa berasal daripada keturunan kesultanan Nusantara itu turut menjalankan penganugerahan pingat pada 2012, 2013 dan 2014 di Indonesia walaupun Mahkamah Sesyen telah mensabitkan hukuman penjara terbabit pada 2010. “Lelaki ini banyak terlibat dengan pelbagai kes penipuan sejak tahun 80-an dengan menawarkan perkhidmatan perubatan tradisio nal atau lebih spesifik menjalankan pembedahan secara batin di bawah nama Pusat Rawatan Keraton. “Ketika mengusahakan pusat rawatan tersebut dia menggunakan gelaran lain dan dikenali sebagai Prof. Dato’ Dr. Raden (...) Al-Haj, malah pada 2010 dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Lelaki itu yang asalnya penjual ubat tradisional di kaki lima turut mendakwa berketurunan Wali Sembilan selain mengasaskan sebuah persatuan silat dengan menggunakan gelaran ‘Mahaguru’. Di samping itu, perbuatan lelaki yang berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) itu memperdaya orang ramai dalam pelbagai kes penipuan khususnya berkaitan rawatan tradisional turut tersebar dalam laman sosial. Sementara itu, seorang anak mangsa penipuan lelaki tersebut turut mendedahkan bagaimana ibunya yang menghidap penyakit kanser terpedaya untuk mendapatkan rawatan secara pembedahan batin dengan harapan dapat membuang tumor kanser. Menurutnya, lelaki terbabit telah mengarahkan mangsa baring sebelum meletakkan perut palsu di atas perut pesakit berkenaan dan mendakwa membedah pesakitnya secara langsung. “Sedangkan dia (lelaki terbabit) telah cipta perut palsu dan me mang gil kakitangannya untuk me rakam proses pembedahan itu,” jelas seorang mangsa yang turut dikenakan bayaran RM3,000 bagi pembedahan berkenaan - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/agong-nusantara-kini-dijel- 1.183115#sthash.orninVR7.dpuf

description

contoh karangan terbaik smk dato hassan tamby

Transcript of Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 1

Page 1: Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 1

KUALA LUMPUR 24 Jan. Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Sri Sultan Notobroto Nusantara’ dan kononnya diangkat sebagai ‘Agong Nusantara’ dengan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia Sri Sultan Raden (...) Notobroto Nusantara Al-Haj’ pernah dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan beberapa kes penipuan. Siasatan Utusan Malaysia turut mendapati lelaki berkenaan kini meringkuk dalam penjara apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bermula Jun tahun lalu atas kesalahan terlibat kes penipuan pembelian tanah bernilai RM9.3 juta menggunakan nama Menteri Besar Johor, hampir 20 tahun lalu. Lebih mengejutkan, satu sumber memberitahu, lelaki berusia 50-an yang mendakwa berasal daripada keturunan kesultanan Nusantara itu turut menjalankan penganugerahan pingat pada 2012, 2013 dan 2014 di Indonesia walaupun Mahkamah Sesyen telah mensabitkan hukuman penjara terbabit pada 2010. “Lelaki ini banyak terlibat dengan pelbagai kes penipuan sejak tahun 80-an dengan menawarkan perkhidmatan perubatan tradisio-nal atau lebih spesifik menjalankan pembedahan secara batin di bawah nama Pusat Rawatan Keraton. “Ketika mengusahakan pusat rawatan tersebut dia menggunakan gelaran lain dan dikenali sebagai Prof. Dato’ Dr. Raden (...) Al-Haj, malah pada 2010 dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Lelaki itu yang asalnya penjual ubat tradisional di kaki lima turut mendakwa berketurunan Wali Sembilan selain mengasaskan sebuah persatuan silat dengan menggunakan gelaran ‘Mahaguru’. Di samping itu, perbuatan lelaki yang berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) itu memperdaya orang ramai dalam pelbagai kes penipuan khususnya berkaitan rawatan tradisional turut tersebar dalam laman sosial. Sementara itu, seorang anak mangsa penipuan lelaki tersebut turut mendedahkan bagaimana ibunya yang menghidap penyakit kanser terpedaya untuk mendapatkan rawatan secara pembedahan batin dengan harapan dapat membuang tumor kanser. Menurutnya, lelaki terbabit telah mengarahkan mangsa baring sebelum meletakkan perut palsu di atas perut pesakit berkenaan dan mendakwa membedah pesakitnya secara langsung. “Sedangkan dia (lelaki terbabit) telah cipta perut palsu dan memanggil kakitangannya untuk merakam proses pembedahan itu,” jelas seorang mangsa yang turut dikenakan bayaran RM3,000 bagi pembedahan berkenaan - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/agong-nusantara-kini-dijel-1.183115#sthash.orninVR7.dpuf