Karangan BM Kumpulan C.

download Karangan BM Kumpulan C.

of 12

description

KARANGAN KUMPULAN C

Transcript of Karangan BM Kumpulan C.

Keluarga Saya

Keluarga Saya Saya berasal daripada sebuah keluarga yang sederhana. Ahli keluarga saya seramai 5 orang. Bapa saya ialah seorang guru.

Beliau mengajar di sekolah.

Beliau seorang yang peramah.

Emak saya seorang suri rumah tangga yang rajin.

Tiap-tiap hari, beliau sibuk membuat kerja rumah.

Abang dan kakak saya rajin belajar.

Mereka sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya.

Ibu bapa sangat sayang akan kami.

Kami hidup bahagia dalam keluarga ini.

Berkhemah di Hutan LipurPada cuti sekolah, sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Hutan. Seramai 20 orang murid dan 4 orang guru menyertai perkhemahan ini.204Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk sikap berdikari dan bekerjasama di kalangan murid. Setibanya di hutan, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kami mendirikan khemah, mencari kayu api dan air, memasak dan sebagainya.Pada waktu petang, kami menjalankan latihan ikatan dan latihan pertolongan cemas .Pada waktu malam, kami menyalakan unggun api, menyanyi dan menari.Pada keesokan harikami mandi-manda di dalam sungai.Selepas itu, kami pun pulang ke rumah dengan gembira.

Kegemaran/ Hobi Saya Setiap orang ada kegemaran sendiri.

Membaca ialah kegemaran sayapada masa lapang.

Membaca ialah satu amalan yang berfaedah.

Membaca dapat menambah ilmu pengetahuan saya.

Selain itu, membaca buku-buku cerita juga boleh menghiburkan hati.Saya berminat membaca sejak kecil lagi.

Saya juga suka membaca buku dan surat khabar di perpustakaan sekolah.Saya sentiasa membeli pelbagai jenis bahan bacaan dengan wang saku saya.Membaca banyak berfaedah.

Oleh itu, saya berharap semua orang dapat membaca dari masa kecil lagi.

Sekolah Saya Sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tung

Cheng.Walaupun sekolah saya kecil, tetapi sangat cantik dan bersih.

Di sekolah saya terdapat 6 buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik pejabat guru, sebuah bilik kemahiran hidup, dan sebuah kantin.

Murid-murid di sekolah saya lebih kurang 110 orang

termasuklah murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

110

Murid-murid sekolah saya tinggal berdekatan dengan sekolah.

.Mereka datang ke sekolah dengan berjalan kaki, berbasikal, dan menaiki kereta ibu bapa.

Guru-guru di sekolah saya seramai 11orangtermasuklah seorang Guru Besar.11

Warga sekolah saya kasih sayang dan bantu-membantu di antara satu sama lain.

Saya suka akan guru-guru di sekolah saya kerana mereka baik dan bertanggungjawab.Jamuan Hari Jadi/ Lahir SayaHari jadi saya jatuh pada 10 Jun.610

Pada tahun ini, bapa saya mengadakan jamuan hari jadi saya.

Sebelum hari jadi saya tiba, saya telah menjemput semua kawan baik saya datang ke rumah saya.

Pada hari itu, emak saya membelikan saya sebiji kek yang besar.

Beliau juga menghidangkan berbagai-bagai jenis makanan.Selain itu, kawan-kawan yang hadir juga membawa pelbagai jenis hadiah untuk saya.

Bapa saya menghadiahi saya sebuah basikal yang cantik.

Pada pukul 8.00 malam, jamuan hari jadi saya pun bermula. 8Semua kawan saya menyanyikan Lagu Hari Jadi untuk saya.Selepas itu, kami bermain bersama-sama.

Apabila pukul 10.00 malam, kawan-kawan saya pun pulang ke rumah.10Saya berasa sangat gembira pada hari jadi saya.

Cara-cara Mengisi Masa lapangMasa lapang ialah masa tidak bekerja atau belajar.Masa ini dapat diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Mengumpul setem dan membaca adalah dua cara mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Mengumpul setem dan membaca dapat menambah ilmu pengetahuan kita.

Di rumah, cara yang baik untuk mengisi masa lapang ialah menanam bunga atau sayur-sayuran.

Ini dapat mencantikkan kawasan rumah.

Selain itu, murid-murid boleh mengulang kaji pelajaran pada masa lapang.

Dengan ini, murid-murid akan maju dalam pelajaran.

Akhirnya, isikanlah masa lapang kita dengan aktiviti berfaedah.Kegunaan Air Manusia mendapat air daripada berbagai-bagai sumber.

Air hujan merupakan sumber utama air.

Air sangat penting dan berguna kepada manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.

Jika tiada air, benda-benda hidup akan mati.

Manusia menggunakan air sebagai minuman, untuk mandi, memasak, mencuci dan lain-lain.

Ahli bomba menggunakan air untuk memadamkan api.

Haiwan juga menggunakan air sebagai minuman.

Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan air untuk bertumbuh.

Air banyak kegunaan dan penting kepada kita.

Oleh itu, kita harus menjimatkan penggunaan air.

Hari Guru

Tiap-tiap tahun, sekolah saya menyambut Hari Guru.

Hari guru jatuh pada 16 Mei.

516Pada hari itu, murid-murid akan menyediakan jamuan untuk guru-guru. Murid-murid juga akan memberikan hadiah-hadiah kepada guru.Sebelum Hari Guru, murid-murid telah sibuk mengaturkan berbagai-bagai jenis pertunjukan pentas di dewan sekolah.Pada Hari Guru, kami telah mengadakan persembahan nyanyian, tarian, lakonan dan lain-lain di dewan sekolah.

Kami menyambut Hari Guru untuk mengenang jasa guru-guru. Di samping itu, kami juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru. Murid-murid dan guru-guru berasa gembira pada hari itu.

Kami akan sentiasa mengingati nasihat dan tunjuk ajar daripada guru-guru. Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka Pada hari Sabtu yang lalu, 22 Mei 2010, Sekolah SJK ( C ) Tung Cheng telah mengadakan lawatan (sambil belajar) ke Melaka.

2010522

Kami bertolak ke destinasi pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas. 8Seramai 30 orang murid dan 2 orang guru pengiring menyertai (rombongan) lawatan ini. 302

Tujuan lawatan ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan murid-murid.

Kami telah melawat banyak tempat( yang menarik.)

Antaranya termasuklah Kubu A Famosa.A Famosa

*kami dapat membayangkan peperangan yang berlaku pada zaman bersejarah ketika itu.

Selain itu, kami juga pergi melawat Taman Buaya.

Kami dapat melihat pelbagai jenis buaya di taman ini.

*Kami juga menyaksikan pertunjukan buaya (yang menarik hati itu. )Tempat-tempat lain yang kami lawati termasuklah Muzium Negeri Melaka, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan lain-lain.

Pada pukul 5.00 petang, kami pun pulang ke rumah (dengan riang gembira.)5,Berkelah Di Tepi Pantai Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi berkelah di tepi pantai Port Dickson.

*Setelah siap sedia, kami sekeluarga menaiki kereta ayah menuju ke destinasi.

Apabila sampai ke pantai Port Dickson,kami meletakkan barang di bawah sebatang pokok (yang teduh).Kemudian, saya dan adik pun pergi menukar pakaian berenang. Selepas itu, saya dan adik terus pergi berenang di laut.

Ayah dan ibu berehat di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah.

Apabila kami berasa lapar, kami pun makan makanan yang telah disediakan oleh ibu.Kami makan sambil berbual-bual dengan gembira.

Kami sekeluarga bermain bola d tepi pantai. Selain itu, kami juga membina istana pasir dan mengutip kulit siput di tepi pantai.Pada pukul 5.00 petang, kami berkemas dan pulang ke rumah dengan gembira.5Guru Kesayangan Saya Guru kesayangan saya ialah Cikgu Chong.Beliau berumur 35 tahun dan mempunyai dua orang anak.

35

Cikgu Chong berkaca mata, berambut panjang dan tinggi lampai.

Beliau cantik dan penyayang. Cikgu Chong merupakan guru kelas saya.

Beliau juga mengajar mata pelajaran Cina.

Beliau peramah terhadap murid-muridnya.Cikgu Chong seorang guru yang bertanggungjawab.

Beliau sering membantu murid yang bermasalah.

Beliau juga selalu membimbing murid-muridnya.

Selain itu, Cikgu Chong juga seorang jurulatih pasukan bola keranjang sekolah.

Pasukan bola keranjangnya selalu mendapat johan .Saya bersyukur kerana mempunyai guru yang baik seperti Cikgu Chong. ()Saya berharap beliau hidup bahagia.

Satu Kemalangan Jalan Raya Pada suatu hari, saya berjalan kaki pulang ke rumah .

Tiba-tiba, saya ternampak satu kemalangan jalan raya.

Sebuah kereta telah berlanggar dengan sebuah lori.

Saya segera berlari untuk menelefon polis dan ambulans. Orang ramai sibuk menolong mangsa kemalangan.

Kereta itu remuk. Pemandu kereta cedera parah manakala pemandu lori hanya cedera ringan. Tidak lama kemudian, polis dan ambulans pun tiba. Mangsa kemalangan segera dikejar ke hospital dengan ambulans.

Polis pun sibuk mengawal kesesakan lalu lintas di tempat kejadian.Selepas itu, saya pun terus pulang ke rumah dengan berhati-hati. Di Taman Permainan Kanak-KanakPada suatu hari, bapa telah membawa kami sekeluarga pergi ke taman permainan kanak-kanak.,Taman permainan kanak-kanak itu berdekatan dengan rumah saya.Apabila tiba di sana, ramai kanak-kanak sedang bermain-main. Emak dan bapa duduk di bangku batu membaca surat khabar sambil memerhatikan kami.

Adik lelaki saya bermain papan gelongsor dengan gembira.

Adik perempuan saya bermain buaian.

Kami juga bermain jongkang-jongket.Selepas itu, kami bermain bola dan berkejar-kejaran di atas rumput yang hijau.Apabila berasa penat, kami berehat sambil makan makanan yang disediakan oleh emak.Pada waktu petang, kami pun pulang ke rumah dengan gembira.

Sambutan Hari Kanak-kanakSekolah saya menyambut Hari Kanak-kanak pada bulan Oktober tiap-tiap tahun. Semua kanak-kanak paling gembira pada hari itu.

Pada Hari Kanak-kanak, saya tiba di sekolah awal pagi.

Pada pukul 10.00 pagi, kami menyaksikan persembahan pentas di dewan.Pelbagai acara yang dipersembahkkan pada hari itu.

,

Antaranya termasuklah nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya.Murid-murid memberikan tepukan yang gemuruh kepada kawan-kawan.Selepas itu, murid-murid pun balik ke bilik darjah masing-masing. Kemudian, guru darjah pun memberikan hadiah seperti gula-gula, biskut, minuman kotak, kek dan lain-lain kepada murid-murid.Hari Kanak-kanak merupakan hari yang penuh erti bagi semua kanak-kanak. Kanak-kanak harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi rakyat yang berguna.Kegunaan Pokok KelapaPokok kelapa merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaan kepada manusia.Air pokok kelapa boleh diminum untuk menyejukkan badan.

Santan kelapa boleh dimasak kari dan dibuat pelbagai jenis kuih-muih.Daun-daun pokok kelapa boleh dianyam menjadi sarung ketupat.Lidi-lidi kelapa boleh dijadikan penyapu lidi dan pencucuk sate.

Batang kelapa pula boleh dijadikan titi-titi kecil dan bahan api.

Tempurung kelapa boleh dibuat tabung wang yang cantik dan tahan.Oleh sebab pokok kelapa membawa banyak faedah kepada kita. Oleh itu, kita harus menghargai pokok kelapa.Pokok PisangPokok pisang merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah. Pokok ini biasanya terdapat di negara kita.Di Malaysia, terdapat berbagai-bagai jenis pisang. Pokok pisang memerlukan tanah gembur untuk hidup subur.

Pokok pisang biasa ditanam di dalam kebun.Apabila pokok pisang berumur lebih kurang enam hingga lapan bulan, pokoknya akan berbuah.Buah pokok pisang boleh digoreng dan dimakan mentah.

Buahnya juga berzat dan berkhasiat.Daun pokok pisang pula boleh digunakan untuk membalut kuih dan nasi lemak.Batangnya boleh digunakan untuk membuat rakit.Kita haruslah menghargai pokok pisang kerana kegunaannya sangat luas.Pekerjaan Seorang Nelayan

Pak Salim ialah seorang nelayan. Dia tinggal di sebuah kampung nelayan yang berdekatan dengan laut.Dia terpaksa bekerja kuat setiap hari untuk menyarai keluarganya.Pak Salim pergi ke laut awal pagi dengan menaiki motorbot.Biasanya dia turun ke laut apabila air pasang.Dia menangkap ikan-ikan dengan jala.Hasil tangkapannya akan dijual kepada peraih-peraih ikan.

Pak Salim terpaksa berjimat cermat kerana pendapatannya tidak begitu banyak.Pada masa lapang, Pak Salim menampal jala-jala yang telah koyak. Kadang-kadang dia juga membaiki motobot yang rosak. Pak Salim berasa bersyukur dan hidup gembira sebagai seorang nelayan.Pekebun Sayur Pak Leman ialah seorang pekebun sayur.

Tiap-tiap hari, kira-kira pukul enam pagi, Pak Leman dan isterinya pun bangun dari tidur.Selepas bersarapan, mereka pergi bekerja di kebun sayur.Pak Leman menanam berbagai-bagai jenis sayur seperti sayur bayam, kangkung, timun, sayur sawi dan kacang panjang.

Pak Leman menyiram pokok-pokok sayurnya pada setiap hari kecuali hari hujan.

Pak Leman juga membubuh baja pada tanamannya supaya dapat tumbuh dengan subur.Apabila sayur-sayur itu sudah cukup besar, Pak Leman dan isterinya akan memetiknya untuk dijual.

Biasanya sayur-sayuran itu dihantar ke pasar dengan sebuah lori kecil untuk dijual kepada peraih-peraih sayur.Diri Saya

Nama saya ialah ________________.

Saya berumur 12 tahun.

Saya belajar di tahun 6. Saya bersekolah di SJK ( C ) Tung Cheng, Bagan.

Saya tinggal di Kampung Parit Besar. Parit BesarTiap-tiap hari, saya berbasikal pergi ke sekolah.Di sekolah, saya mempunyai banyak kawan.Kawan karib saya ialah ___________.

Kami selalu mengulang kaji pelajaran bersama.Selain itu, kami mempunyai hobi yang sam a, iaitu bermain bola keranjang. Kami sering bermain bola keranjang bersama kawan yang lain di gelanggang bola keranjang di sekolah.Di samping itu, buah yang paling saya suka makan ialah tembikai.

Saya suka makan tembikai kerana buah ini sangat berkhasiat dan sedap.Saya bercita-cita menjadi seorang doktor kerana dapat berkhidmat untuk masyarakat dan negara.Pasar Malam Di Tempat Tinggal SayaPasar malam di tempat tinggal saya diadakan pada setiap hari Ahad. Hampir setiap minggu saya pergi membeli-belah di pasar malam dengan ahli keluarga saya. Biasanya pasar malam bermula kira-kira pukul 5.00 petang. Sejak waktu itu, penjaja-penjaja pun mulai berniaga.

Barang-barang yang dapat dibeli di pasar malam termasuklah sayur-sayuran, kuih-muih, pakaian, barang-barang keperluan harian dan lain-lain.Biasanya barangan di pasar malam dijual dengan murah.

Oleh itu, ramai orang suka membeli barangan di pasar malam. Pasar malam sentiasa kelihatan penuh sesak dengan orang ramai.Kira-kira pukul 10.00 malam, keadaan pasar malam pun mulai lengang. Penjaja-penjaja mengemas barang untuk pulang ke rumah.

Perpustakaan Sekolah SayaSekolah saya mempunyai sebuah perpustakaan yang cantik dan besar.

Terdapat banyak buku di perpustakaan sekolah saya. Pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, buku rujukan, surat khabar dan sebagainya di perpustakaan. , ,Buku-buku itu tersusun rapi dan kemas di atas rak buku.Pada waktu rehat, ramai murid suka membaca buku cerita, majalah dan surat khabar di perpustakaan. Mereka juga mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Murid-murid tidak boleh membuat bising semasa berada di dalam perpustakaan. Mereka harus mematuhi segala peraturan di perpustakaan.Terdapat beberapa orang pustakawan ditugaskan di perpustakaan untuk menjaga keadaan di dalam perpustakaan. Mereka juga memastikan perpustakaan sekolah sentiasa bersih dan senyap.Kantin Di Sekolah SayaApabila loceng waktu rehat berbunyi, murid-murid pun pergi ke kantin sekolah saya. Berbagai-bagai jenis makanan ada dijual di kantin sekolah.

Antaranya, mi goreng, nasi lemak, roti, burger, kuih-muih dan lain-lain lagi. Di kantin, sesetengah murid berebut-rebut membeli makanan dan minuman. Beberapa orang pegawas sedang bertugas di kantin. Mereka mengarah murid-murid supaya beratur.Setelah mendapat makanan dan minuman, muri-murid pun duduk dan makan di bangku panjang. Suasana di kantin riuh-rendah dengan suara murid yang makan dan minum sambil berbual-bual. Dua puluh minit kemudian, loceng berbunyi lagi. Murid-murid pun pulang ke kelas masing-masing. Pekerja-pekerja di kantin mula sibuk mengemas pinggan mangkuk yang bertaburan di atas meja.Saya suka membeli makanan di kantin sekolah. Makanan yang dijual di sana murah dan sedap. Keadaan kantin pun sentiasa bersih dan kemas.