Karangan Fakta Dan Syarahan

of 32

  • date post

    30-Oct-2015
  • Category

    Documents

  • view

    2.009
  • download

    1

Embed Size (px)

description

contoh karangan bahagian b, Karangan peribahasa dan Syarahan

Transcript of Karangan Fakta Dan Syarahan

Bahasa Melayu

Soalan 2006Bahagian CAnda telah berpeluang mengikuti Program Kecemerlangan PMR anjuran pihak sekolah. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut.Bahagian B Membaca jambatan ilmu. Kata-kata ini dapat direalisasikan melalui heterogen pihak . Oleh itu, semua pihak perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar demi melahirkan generasi inteligensia. Antaranya ialah ibu bapa sewajarnya mendedahkan anak-anak mereka dengan heterogen medium bacaan di rumah agar amalan ini dapat disemai dalam diri mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, pihak sekolah seyogianya mengimplementasikan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Program ini dapat merangsang minat mereka untuk membaca buku sekali gus dapat mengelakkan diri mereka daripada diklasifikasikan seperti katak di bawah tempurung. Seterusnya, delegasi kerajaan seharusnya melaksanakan program-program yang menarik seperti menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa. Dengan ini, marhaen akan didedahkan dengan pelbagai bahan bacaan dan kebaikan membaca, persis peribahasa, membaca amalan mulia. Konklusinya, semua pihak memainkan peranan penting dalam memupuk amalan membaca. Lantaran itu, negara kita dapat dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. (120 patah perkataan) 9A PMRPendahuluan Pada era globalisasi ini, kejayaan seseorang pelajar sangat penting bagi menjamin masa hadapan yang cerah. Setiap pelajar pasti menginginkan kejayaan yang cemerlang, terutamanya para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) . Kejayaan tidak akan datang bergolek-golek tanpa usaha yang berterusan. Sebagai analoginya, seekor lebah mampu mengumpul madu dengan usaha yang berterusan. Mampukah kita menandingi lebah yang tidak pernah berputus asa dalam menggapai sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain ? Oleh itu, Program Kecemerlangan PMR seharusnya diadakan oleh pihak sekolah kerana program ini mempunyai banyak kemaslahatannya.Isi pertama Antaranya ialah program kecemerlangan ini dapat mengisi masa senggang pelajar daripada dibuang dengan melakukan perkara yang sia-sia, kerana masa itu emas. Seterusnya, para pelajar juga dapat mengetahui beberapa tokoh mithali yang berjaya dalam setiap peperiksaan ketika menyertai program ini sekali gus dapat menjadikan mereka sebagai perangsang semangat para pelajar untuk terus belajar sehingga ke menara gading. Sebagai contoh, Nur Amalina binti Che Ahmad Bakri yang telah berjaya mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Fenomena ini persis dengan mutiara kata tak kenal maka tak cinta.Isi kedua Seringkali kita mendengar pelbagai keluhan daripada para pelajar yang menyatakan bahawa mereka gementar, takut, dan gugup ketika menjawab peperiksaan. Senario ini amat membimbangkan semua pihak. Oleh itu, apabila mereka menghadiri program seperti ini, mereka akan dapat mempelajari teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul, tepat, dan efektif. Program Kecemerlangan PMR ini akan mengajar para pelajar tentang kaedah belajar yang betul. Ketahuilah bahawa pelajar yang bijak mementingkan kualiti daripada kuantiti. Analoginya, belajar selama satu jam adalah lebih baik daripada pelajar yang terpaksa bersengkang mata hingga larut malam tetapi hasilnya kurang memberangsangkan. Oleh yang demikian, program ini akan memberikan tips-tips yang berkesan seperti penggunaan akronim dan teknik penceritaan bagi memudahkan pelajar-pelajar mengingati dan memahami pelajaran. Maka, benarlah kata pujangga, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian , bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.Isi ketiga Jika dilihat daripada sudut yang lain, para pelajar yang menyertai program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka sekali gus dapat merealisasikan slogan 1Malaysia yang mampu menyatupadukan seluruh masyarakat majmuk di Malaysia. Pepatah ada mengatakan, berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. Justifikasinya, mereka dapat berkongsi informasi-informasi yang penting dan bertukar-tukar pendapat sesama mereka, kerana apalah gunanya kemenyan yang disimpan sebesar tungku, jika tidak dibakar. Tambahan pula, mereka yang menyertai program ini amat beruntung kerana program ini akan mendedahkan mereka dengan soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Para pelajar juga akan diberikan heterogen medium bacaan kerana membaca merupakan salah satu modus operandi yang efektif bagi melahirkan tunas watan yang berfikiran kritis dan rasional. Dengan membaca mereka dapat menambah ilmu pengetahuan kerana membaca jambatan ilmu. Chambers ada mengatakan buku itu ialah penasihat yang kekal. Isi keempat Sediakan payung sebelum hujan merupakan pepatah yang sinonim dengan program ini, kerana program ini merupakan salah satu persediaan awal bagi para pelajar sebelum menghadapi peperiksaan. Franklin Tibolt juga ada menyatakan seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. Sebelum nasi menjadi bubur dan yang bengkok terus menjadi patah, persediaan awal amatlah penting bagi para pelajar. Hal ini membolehkan para pelajar menjawab peperiksaan dengan tenang. Justeru, benarlah pepatah Cina yang berbunyi menyimpang seinci, akan rugi seribu batu.Penutup Deduksinya, Program Kecemerlangan PMR ini seyogianya diimplementasikan di seluruh alma mater di Malaysia bagi para pelajar menghadapi peperiksaan kerana adat periuk berkerak, adat lesung berdedak. Lantaran itu, semua pihak sewajarnya mengambil cakna akan program ini lebih-lebih lagi jika mereka berada di ambang peperiksaan. Kejayaan tidak akan datang dengan sendiri tanpa diiringi dengan usaha yang gigih bagi melahirkan generasi pelapis yang dapat mengharumkan nama negara agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain di persada global mahupun glokal.9A PMRPendahuluan Afiq Danial!!!, jerit Cikgu Sarimah. Markah awak 49! Sambungnya lagi dengan nada yang tegas. Danial yang tersentak daripada lamunannya itu terus mengatur langkah menuju ke hadapan kelas dan mengambil kertas peperiksaan subjek Bahasa Melayu di atas meja guru. Sedih tidak terkata namun tetap ditabahkan hatinya daripada menangis. Dia berjalan semula menuju ke tempat duduknya sambil merenung dua digit angka yang tertulis di atas kertas peperiksaannya itu. Mengapa 49 markah saja yang aku dapat? Apa yang aku dah buat selama ini?. Kemudian, dia kembali duduk di atas kerusinya dan persoalan-persoalan itu masih bermain-main di fikirannya.Isi pertama Dua bulan sahaja lagi dia akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Masihkah ada peluang baginya untuk memperbaiki subjek itu ? Semuanya bergantung pada dirinya sendiri. Lapan subjek yang lain tidak menjadi masalah kepada dirinya tetapi hanya satu subjek yang harus diperbaikinya iaitu Bahasa Melayu. Sungguh memalukan anak watan Malaysia. Bahasa percakapan sehariannya juga menjadi masalah dalam peperiksaan. Pelik.Isi kedua Sedang Cikgu Sarimah mengajar di hadapan kelas, Danial bingung memikirkan jalan penyelesaian masalahnya itu. Membuat latihan setiap hari, berkawan dengan orang yang cerdik dalam subjek Bahasa Melayu, mencari ayat-ayat berdarjat tinggi. Itulah jawapannya ! Setelah lama berfikir, tiba-tiba dia tersentak. Tanpa disedari, Cikgu Sarimah sudah lama tercegat di hadapannya memerhatikan tingkah lakunya. Banyak berangan-angan di dalam kelas, tidak hairanlah jika markah awak hanya 49, sindir Cikgu Sarimah. Seisi kelas mentertawakannya. Danial terus membulatkan matanya, terkejut dengan butir-butir perkataan yang keluar daripada mulut Cikgu Sarimah itu. Sungguh berbisa sindiran Cikgu Sarimah itu.Isi ketiga Ayat Cikgu Sarimah itu tadi seperti mencabar diri Danial. Dia merasakan sindiran Cikgu Sarimah itu seperti hendak mencabar dirinya yang lemah ini. Aku akan buktikan yang aku boleh dapat A dalam Bahasa Melayu, kata hati kecil Danial. Secara tidak sengaja, Danial telah melemparkan senyuman sinis kepada Cikgu Sarimah. Cikgu Sarimah juga membalas senyumannya itu seolah-olah baru sahaja mendengar hati kecilnya berbicara. Danial hairan namun senyuman cikgunya itu tidak diendahkannya.Isi keempat Seusai sahaja sesi persekolahan, Danial terus menaiki kereta Mercedes berwarna hitam milik ayahnya dan pulang menuju ke rumah. Mujurlah ayahnya tidak menanyakan markah Bahasa Melayu. Ketika dalam perjalanan ke rumah, sindiran Cikgu Sarimah masih terngiang-ngiang di fikirannya satu persatu. Di rumah, Danial membuat latihan Bahasa Melayu dan dia juga mencari perkataan-perkataan berdarjat tinggi dalam Internet. Banyak juga latihan yang telah Danial lakukan sehinggakan dia boleh menghafal semua jawapannya dan dia juga mampu menguasai perbendaharaan kata yang baru. Hebat! Bukan itu sahaja, malah Danial turut berkawan dengan Yusof dan Luqman yang merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. Mereka saling bertukar pendapat kerana apalah gunanya kemenyan yang disimpan sebesar tungku, jika tidak dibakar. Sejak berkawan dengan mereka, prestasi Danial semakin meningkat dan dia sudah mahir dalam membina karangan.Isi kelima Hari ini dia akan menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu. Dia melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan untuk menjawab kesemua soalan. Rasa gementar, takut, dan gugup terus lenyap daripada dirinya yang tinggal hanyalah keyakinan yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh heterogen usaha yang telah diimplementasikan olehnya sebelum menghadapi peperiksaan, persis