Perbezaan Karangan Berformat Karangan Umum Dan Penulisan Ilmiah
Karangan Perhimpunan
description
Transcript of Karangan Perhimpunan
![Page 1: Karangan Perhimpunan](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082322/55cf9680550346d0338be784/html5/thumbnails/1.jpg)
Pada hari Isnin, seperti biasa sekolah mengadakan perhimpunan mingguan. Murid –murid beratur di luar kelas dan berjalan ke padang sekolah. Semasa itu, pengawas mengawasi disiplin setiap murid untuk memastikan murid-murid beratur dalam barisan lurus.
Perhimpunan mingguan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri, lagu Malaysia Berjaya dan lagu sekolah. Semasa menyanyi lagu, murid-murid berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh semangat. Selepas itu, murid-murid akan menghafalkan Rukun Negara dan Misi, Visi sekolah.
Kemudian, guru disiplin akan menyampaikan laporan beliau. Beliau menjelaskan tentang peraturan-peraturan sekolah yang perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat mematuhinya. Di samping itu, guru disiplin juga memberitahu kelemahan-kelemahan murid dalam disiplin. Beliau harap murid-murid dapat membetulkan kesalahan sendiri.
Seterusnya, Penolong Kanan memberi laporan. Beliau melaporkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada minggu ini. Beliau menggalakkan murid-murid untuk meyertai aktiviti yang dijalankan
![Page 2: Karangan Perhimpunan](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082322/55cf9680550346d0338be784/html5/thumbnails/2.jpg)
oleh sekolah.Tibalah giliran guru besar untuk memberi nasihat
beliau. Beliau menasihati murid-murid supaya memahtui peraturan sekolah. Selain itu, beliau juga mendorong murid-murid belajar dengan bersungguh-sungguh kerana perlu menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Perhimpunan mingguan diakhiri dengan bacaan “Di Zhi Gui’. Kemudian, pengawas membaca peraturan-peraturan sekolah.bersama-sama dengan murid.
Selepas perhimpunan, murid-murid beratur dan balik ke kelas masing-masing.