Karangan Semangat Kejiranan Pmr
-
Upload
anu-krishnan -
Category
Documents
-
view
271 -
download
0
Transcript of Karangan Semangat Kejiranan Pmr
-
7/27/2019 Karangan Semangat Kejiranan Pmr
1/1
Semangat Kejiranan
Soalan:Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda,
apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
dapat ditingkatkan.
Jawapan:
Sejak belakangan ini, semangat kejiranan dan hubungan silatulrahim dalam kalangan
masyarakat khususnya yang tinggal di bandar tidak utuh. Faktor penyumbang utama ialah sifat
mementingkan diri sendiri bak kata pepatahseperti enau melepaskan pucuk masing-masing. Trend ini
menyebabkan berlaku jurang pemisah sosial terutama dalam kalangan jiran yang berlainan bangsa.
Langkah-langkah yang pragmatik harus diambil supaya masalah ini dapat diatasi segera jika tidak
masalah ini akan menular sepertiapi dalam sekam.
Langkah pertama ialah dengan mengadakan aktiviti sosial seperti gotong-royong. Pihakberkuasa tempatan dan jawatankuasa persatuan penduduk harus menjalankan aktiviti sebegini bagi
mewujudkan satu platform di mana ahli masyarakat dapat bekerjasama dan beramah-mesra. Aktiviti
sebegini bertindak seperti serampang dua mata kerana dapat mengeratkan hubungan antara jiran dan
mengindahkan kawasan sekitar sekaligus.
Langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan majlis ramah-tamah seperti rumah
terbuka. Majlis ini sesuai diadakan sewaktu sambutan perayaan. Majlis ramah-tamah boleh diadakan
secara besar-besaran yang melibatkan ahli politik dan diadakan di dewan serbaguna. Program yang
lebih besar ini dapat memberi peluang kepada segenap penduduk untuk berkenal-kenalan. Sementara
itu, aktiviti lain seperti persembahan seperti tarian, nayanyian dan lakonan boleh diselitkan sewaktu
majlis ramah-tamah.Ini dapat menarik lebih ramai pengunjung dan mencungkil bakat peserta.
Di samping itu, agensi kerajaan terutamanya Jabatan Kebajikan Rakyat boleh mengadakan
aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.
Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam
aktiviti seperti sukaneka . Hal ini demikian kerana aktiviti menarik ini akan mendapat sambutan
daripada yang muda kepada yang tua.Balai raya, gelanggang badminton, padang boleh digunakan
sepenuhnya untuk aktiviti ini. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat
dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan
yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni.
Konklusinya, langkah-langkah di atas akan dapat menjadi pelopor untuk membentuk rakyat
Malaysia yang mementingkan jiran dan mementingkan perpaduan. Tidak dapat dinafikan perpaduan
amat penting untuk menentukan kemajuan sesebuah Negara. Rakyat bersatu Negara maju harus
menjadi pegangan kita semua.