Kariah Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai: IKTIBAR DARIPADA KISAH DALAM SURAH...

download Kariah Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai: IKTIBAR DARIPADA KISAH DALAM SURAH YASINalmukhlisinalamdamai.blogspot.com/2010/…2017-02-06Surah Yasin merupakan surah yang popular di ... Surah

If you can't read please download the document

Transcript of Kariah Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai: IKTIBAR DARIPADA KISAH DALAM SURAH...

Kariah Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai: IKTIBAR DARIPADA KISAH DALAM SURAH YASIN

Kariah Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai

Jalan Damai Bakti 7Alam Damai, Cheras56000 Kuala Lumpur

Saturday, January 9, 2010

IKTIBAR DARIPADA KISAH DALAM SURAH YASIN

Dari Laman Al Fikrah.Net

Oleh : abuaqil ( http://ceria.my/proquransunnah/ )

Surah Yasin merupakan surah yang popular di kalangan masyarakat melayu. Surah ini sering dibaca secara tetap pada setiap malam Jumaat. Surah ini juga dibaca setelah diadakan solat hajat bila musibah menimpa kaum muslimin. Bila ingin memasuki rumah baru pun dibaca surah Yasin. Bila tiba hari-hari kebesaran seperti sambutan tahun baru, sambutan kemerdekaan dan hari pahlawan surah inilah yang menjadi pilihan untuk ditadarus secara beramai-ramai.

Surah Yasin ini amat dekat di hati masyarakat kita berbanding 113 surah yang lain di dalam al-Quran al-Karim sehingga ayat demi ayat dapat diingati tanpa melihat kepada mushaf kerana kebiasaan membacanya. Namun demikian tidak ramai yang menghayati kisah yang terdapat dalam surah tersebut untuk dijadikan iktibar dan pegangan hidup. Penulisan ringkas ini akan mengupas kisah menarik yang terkandung dalam surah tersebut.

Di dalam surah Yasin, Allah merakamkan satu kisah yang menarik untuk dijadikan teladan dan pengajaran kepada pembacanya. Sepertimana firman Allah SWT :

{13} {14} {15} {16} {17}

Bermaksud :

Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka.(Yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian kami kuatkan dengan (utusan) ketiga,maka ketiga utusan itu berkata:"Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu".Mereka menjawab:"Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka."Mereka berkata:"Rabb kami lebih mengetahui bahwa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu.Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas".

Sesungguhnya ahli sejarah dan ahli-ahli tasir berselisih pendapat tentang penduduk negeri yang mendustakan para rasul dalam surah Yasin ini. Antaranya berpendapat ia adalah penduduk Antakiyyah sebagaimana nukilan Ibn Ishaq daripada Ibn Abbas dan Kaab al-Ahbar.

Ahli Mufassirin juga berbeza pendapat tentang para utusan yang disebut. Ada yang berpendapat mereka adalah pembantu Nabi Isa as ( hawariyyun). Namun demikian Imam Ibn Kathir menolak kedua-dua pendapat ini.

Kita tidak perlu membuang masa menentukan negeri apa atau siapa utusan yang dihantar. Kerana sekiranya diketahui nama negeri tersebut berfaedah kepada kita nescaya Allah telah menyatakannya secara terang di dalam al-Quran. Sesungguhnya al-Quran diturunkan untuk difahami dan dihayati isi kandungan dan diambil pengajaran daripada kisah di dalamnya tanpa perlu ditekankan di mana dan siapa yang terlibat sebagaimana kaedah usul al-tafsir : Pengajaran di dalam al-Quran dengan lafaz umum bukan dikhususkan dengan sebab tertentu.

Pendustaan penduduk Mekah terhadap dakwah Rasulullah saw sama dengan pendustaan penduduk dalam surah ini terhadap dua orang rasul yang diutuskan. Maka Allah menguatkan dakwah mereka berdua dengan diutus seorang lagi rasul. Namun pendustaan penduduk semakin melampau dari semasa ke semasa. Allah berfirman :

{18} {19}

Mereka menjawab:"Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan mereajam kamu dan kamu pasti akan mendapatkan siksa yang pedih dari kami".Utusan-utasan itu berkata:"Kemalangan kamu itu adalah karena kamu sendiri.Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)?.Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.

Mereka menuduh para rasul hanya membawa sial dan musibah kepada mereka. Sekiranya sesuatu keburukan menimpa mereka semuanya berpunca daripada para utusan tersebut. Padahal kesyirikan mereka yang membuat mereka berada dalam nasib malang dengan ditimpa kesusahan dan nikmat terhalang.

Penduduk ini juga mengugut akan membunuh mereka dengan direjam dengan batu dan akan mendapat seksaan yang pedih sekiranya mereka meneruskan dakwah tersebut. Dengan demikian dakwah para utusan ke arah mengesakan Allah dan beribadat hanya kepadaNya ditolak sama sekali.

{20} {21} {22} {23} {24} {25}

Dan datanglah dari ujung kota seorang laki-laki (Habib An Najjar) dengan bergegas-gegas ia berkata:"Hai kaumku ikutilah utusan-utusan itu.Ikutilah orang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Mengapa aku tidak menyembah (Ilah) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan? Mengapa aku akan menyembah ilah-ilah selain-Nya, jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafaat mereka tidak memberi manfaat sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?. Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Rabbmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku.

Bila penduduk tersebut merancang untuk membunuh para utusan itu, tiba-tiba datang seorang lelaki daripada pinggir bandar memberi nasihat dengan penuh hikmah kepada penduduknya agar beriman dengan risalah yang dibawa oleh para rasul. Namun demikian penduduk tidak menerima nasihatnya malah lelaki tersebut dibunuh dengan kejam. Ibn Masud berkata : lelaki itu dipijak-pijak hingga terkeluar usus daripada duburnya. Maka mati syahidlah lelaki tersebut.

Siapakah lelaki tersebut? Kebanyakan ulama tafsir berpendapat lelaki tersebut ialah Habib al-Najjar sebagaimana pendapat Ibn Abbas, Qatadah dan al-Sudiy sepertimana dinukilkan dalam tafsir Ibn Kathir.

{26} {27} * {28} {29}

Dikatakan (kepadanya):"Masuklah ke surga".Ia berkata:"Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui, apa yang menyebabkan Rabbku memberikan ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan".Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (meninggal) suatu pasukanpun dari langit dan tidak layak Kami menurunkannya.Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.

Antara keistimewaan kisah dalam al-Quran ialah bukan sahaja menceritakan kisah yang telah berlaku malah dirakam juga perkara ghaib yang mustahil diketahuinya melainkan dengan wahyu Allah SWT. Dalam kisah ini Allah memaklumkan bahawa lelaki yang dibunuh secara kejam hanya semata-mata kerana menyuruh kepada tauhid mendapat kemuliaan di sisi Tuhannya di atas keimanan dan keikhlasannya. Sebagai ganjarannya dia dimasukkan ke syurga. Apabila dia melihat kemuliaan, keampunan dan ganjaran di sisi Allah dia berangan-angan alangkah baiknya sekira kaumnya mengetahui apa yang dia perolehi pada waktu itu nescaya mereka tidak akan menolak risalah para utusan.

Sebagai balasan terhadap pendustaan risalah para rasulNya dan kezaliman yang dilakukan terhadap walinya Allah membinasakan kaum tersebut dengan satu teriakan yang dahsyat menyebabkan mereka semua mati bergelimpangan.

Kisah ini mengandungi banyak iktibar yang boleh dijadikan pedoman hidup kita, antaranya ialah ;

1. Dakwah menegakkan kebenaran perlu diteruskan walaupun mendapat tentangan hebat daripada orang ramai.

2. Dakwah perlu dilaksanakan dengan hikmah dan dengan pengajaran yang baik.

3. Kita hendaklah istiqamah dan berpegang teguh dengan tauhid dan mempertahankannya walaupun menghadapi kesulitan dan kesusahan.

4. Individu dan tempat yang terdapat dalam kisah al-Quran bukan keutamaan untuk diketahui tetapi pengajaran dan iktibar yang perlu diambil perhatian untuk dijadikan pedoman hidup.

5. Sesiapa sahaja yang melakukan pengorbanan untuk mempertahankan agama akan mendapat keampunan dan kemuliaan di sisi Allah SWT.

6. Setiap penderhakaan terhadap Allah pasti akan mendapat balasan sama ada di dunia atau di akhirat.

7. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Allah berkemampuan untuk menghancurkan kaum yang engkar dengan pelbagai cara. Antaranya dengan tempikan yang kuat.

RUJUKAN :

- Mukhtasar Ibn Kathir- Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, Abd al-Rahman bin Nasir al-Sadiy- Safwat al-Tafasir, Muhammad Aliy al-sabuniy- Qasas al-Quran, Dr. Muhammad Bakr Ismail

Posted by

Amri Mat Saaid

at10:04 PM

Labels:Surah Yassin

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Makluman ..NIkah dan Kahwin

Makluman.... Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju' bagi kawasan Alam Damai ialah: 1) Ustaz Nurhafizi Bin Ab. Rahim No. Tel.: 019-615 9476 2) Ustaz Mohd Rahimi Bin P. Ramlee No. Tel.: 013-442 1255 Sebarang urusan berhubung dengan perkahwinan sila hubungi Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju' terlebih dahulu

Masjid AlMukhlisin

Create your badge

Ustaz Adlan Abd. Aziz

Followers

Hiwar

Brighten up your desktop with wallpapers from the Internet. DVDs were good but hi-def Blu-Ray rippers takes things to the next level. The TXTformat site is good for text formatting, fast and easy to use. The theme song to Ulysses 31 was so catchy. Nintendo 3DS coolest handheld ever. The British Pound, The Euro and US Dollar exchange rates are key factors. Best not to convert images into PNG yet as transparency isn't supported all across the board.

Say

Blog List Kariah Masjid AlMukhlisin

Saifulislam.Com

Meidn Piti Lhte (Kami Harus Pergi)

-

Habis, apa pula tarbiah Pakatan Harapan? Dalam banyak-banyak soalan yang bertubi-tubi hadir sebagai reaksi kepada penulisan saya di media sosial, mungkin...

3 days ago

myJodoh WebBlog

Apabila nombor telefon / alamat emel anda diberikan kepada pengguna lain

-

Pengenalan Anda boleh memberi arahan kepada sistem myJodoh untuk membenarkan maklumat berhubung anda seperti alamat emel dan nombor telefon dipaparkan / di...

5 weeks ago

Pemuda Iman

Program Daurah Hadith di Kedah - 20 dan 21 Januari 2018

-

3 months ago

ABUAMMAR@ALITANTAWI

Program Daurah Hadith di Kedah - 20 dan 21 Januari 2018

-

3 months ago

Masjid Portal

Mengibarkan Panji Rasulullah saw, Legal di Sisi Allah swt, Sah di Hadapan Manusia

-

Dari Buraidah bahwasanya Rayah Nabi saw berwarna hitam dan Liwa-nya berwarna putih. Ibnu Abbas menambahkan : Tertulis pada Liwa-nya : Laa ilaaha illaa...

1 year ago

Abu Anas Madani

ANUGERAH PINGAT DJMK 2016

-

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan tahniah kepada Musyrif Pondok Sungai Durian, Dr Abdul Basit Abdul R...

1 year ago

Lobai Tampin

Bengkel Remaja Soleh 2015 | 19 September 2015

-

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Adakah anda mempunyai anak remaja? Adik? Atau jiran?

JOM BINA REMAJA SOLEH | BENGKEL REMAJA SOLEH '15.

Tarikh...

2 years ago

Izhar Hadafi's Blog

Rehatlah kamu di sana, sahabatku..

-

Saya masih tidak dapat mengalihkan perhatian saya dari mengingati sahabat saya yang baru meninggal dunia semalam. Kereta yang saya pandu menuju ke tempat k...

3 years ago

Warisan Nabawi

Punce Kemelut Umat

-

Umat Islam dilanda bermacam kemelut yang tak kunjung selesai. Mereka semacam tiada jati diri. Seorang salihin ditanya kepapa ia berlaku, Jawabnya: Kamu me...

4 years ago

FMMD (Reisende)

-

4 years ago

Kalam Murabbi

-

4 years ago

Mari Bersama Belajar Menterjemah Al-Quran

-

Saya baru selesai memuaturun dan men cd kan kesuluruhan (completed version) pembelajaran dilamanblog ini. Kini anda boleh belajar tanpa perlu internet conn...

4 years ago

Seri Negara

Coretan Double-double Selepas Subuh II: Wanita Mengandung dan Ramadhan

-

Subuh di Surau Meadowlands berimamkan Saudara Mahmud Mamou dari Algeria, suara merdu mengalunkan qiraat Warsh. Antara kehebatan al-Quran yang jarang dapat ...

4 years ago

Sekolah Islam Al-Iman

Antara Murid Cemerlang

-

5 years ago

al-Fikrah.net

AFN V2

-

KEMASKINI PENGUMUMAN Dimaklumkan bahawa portal ini telah ditutup daripada sebarang kemaskini, penambahan dan perbincangan baharu. Ia telah menjadi arkib un...

6 years ago

MSMSheffield Notes

Blogsite IKRAMUKE Sheffield Notes

-

Alhamdulillah, setelah rasminya majlis perlancaran rebranding MSM UK & Eire ke IKRAM UK & Eire, para pembaca bolehlah melawat laman rasmi IKRAM UK & Eire d...

7 years ago

Blog Kariah Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai

Kuliah Subuh-8-5-2010

-

Ustaz Hambali Rashid Pensyarah UTM Jalan Semarak

7 years ago

KULIAH TAFSIR

Surah Al-Mumtahinah: Ayat 13

-

*Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah. Sesungguhnya mereka Telah putus asa terhadap negeri akhirat ...

8 years ago

Modest Musings

How to Maintain Memorized Quran

-

By Muhammad Alshareef, courtesy of www.DiscoverULife.com

Ramadan is the month of Quran. Many start the month offwith lofty Quran reading and memorization g...

9 years ago

Al-Kuliyyah

-

www.mymaktabaty.com

-

USTAZAH JALALILAH MAULUDIN

-

Ustaz Rasyid Idris

-

CUCUR KEMBONG

-

Darul Kautsar - Articles

-

Saudara Baru

-

AKADEMI FIQH SIRAH

-

Langgani Suapan RSS Kami

-

Senarai

AlHidayah Saujana UtamaInstitut Latihan Islam Malaysia (ILIM)Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Masjid Wilayah PersekutuanMinda MadaniMinda Super- Dr. Danial Zainal Abidin

Blog Archive

2013

(1)

March

(1)

2012

(23)

May

(16)

February

(7)

2011

(87)

November

(26)

October

(16)

September

(8)

July

(1)

May

(16)

April

(5)

March

(13)

February

(1)

January

(1)

2010

(18)

December

(1)

November

(4)

July

(10)

January

(3)Kuliah Subuh-23-1-2010Tafsir Surah AlFalaqIKTIBAR DARIPADA KISAH DALAM SURAH YASIN

2009

(55)

December

(7)

November

(16)

October

(32)

Search This Blog

Masjid AlMukhlisin Alam Damai@. Picture Window theme. Powered by Blogger.