Kartun

10
Pendidikan Sains 32 Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 9 – 10 September 2012 PENGGUNAAN STRIP KOMIK BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM TOPIK KITARAN AIR TAHUN 5 Leong Fern Nee Amir Hamzah bin Sharaai Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang : [email protected] Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan strip komik bagi meningkatkan pencapaian murid dalam topik kitaran air Tahun 5. Kajian ini melibatkan pendekatan kuantitatif. Seramai 10 orang murid Tahun 5 telah dipilih sebagai sampel kajian dalam kajian tindakan ini. Kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengumpulkan data. Ujian pra-pasca digunakan untuk mengkaji peningkatan pencapaian murid terhadap penggunaan strip komik. Hasil dapatan perbezaan peningkatan min bagi ujian pra dan pasca 1 adalah 32.5%, sishan piawai adalah 15.05, Ujian t memberi nilai (t=-4.801) dan p=0.001. Hasil dapatan telah menunjukkan terdapat perbezaan yang siginifikan dalam min markah. Secara ringkasnya, penggunaan strip komik dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik kitaran air. Kata kunci: Strip komik, kitaran air, minat, miskonsepsi PENGENALAN Dalam abad ke-21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang telah memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru. Perubahan zaman ini telah memberikan suatu cabaran kepada guru untuk mencuba kaedah pedagogi yang baru untuk menarik perhatian serta pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru, melalui kajian ini saya ingin mencuba sesuatu keadah pengajaran yang lebih menarik minat demi meningkatkan pemahaman murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan berbanding dengan kaedah berpusatkan guru. Strip komik Komik dan kartun merupakan kegemaran semua lapisan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Senario ini kadang-kadang tidak boleh diterima oleh para ibu bapa. Mereka beranggapan bahawa bahan-bahan bacaan seperti ini akan menjejaskan daya perkembangan minda anak-anak mereka. Kartun merupakan suatu kombinasi untuk membentuk komik, ia mempunyai daya tarikan yang kuat dan efektif kepada kanak-kanak kerana kandungannya memenuhi cita rasa mereka. Selain itu, grafik dan seni lukis yang cantik, dialog yang dimuatkan dalam setiap karakter menyeronokkan kanak-kanak untuk belajar. Menurut Yang (2003) dalam Ong & Ahmad

description

Penggunaan Kartun untuk mengajar matematik

Transcript of Kartun

Page 1: Kartun

Pendidikan Sains 32

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

PENGGUNAAN STRIP KOMIK BAGI MENINGKATKANPENCAPAIAN MURID DALAM TOPIK

KITARAN AIR TAHUN 5

Leong Fern NeeAmir Hamzah bin Sharaai

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang: [email protected]

Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

AbstrakKajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan strip komik bagimeningkatkan pencapaian murid dalam topik kitaran air Tahun 5. Kajianini melibatkan pendekatan kuantitatif. Seramai 10 orang murid Tahun 5telah dipilih sebagai sampel kajian dalam kajian tindakan ini. Kajian inimenggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengumpulkan data. Ujianpra-pasca digunakan untuk mengkaji peningkatan pencapaian muridterhadap penggunaan strip komik. Hasil dapatan perbezaan peningkatanmin bagi ujian pra dan pasca 1 adalah 32.5%, sishan piawai adalah 15.05,Ujian –t memberi nilai (t=-4.801) dan p=0.001. Hasil dapatan telahmenunjukkan terdapat perbezaan yang siginifikan dalam min markah.Secara ringkasnya, penggunaan strip komik dapat meningkatkanpencapaian murid dalam topik kitaran air.

Kata kunci: Strip komik, kitaran air, minat, miskonsepsi

PENGENALAN

Dalam abad ke-21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang telah memberi makna bahawakita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru. Perubahanzaman ini telah memberikan suatu cabaran kepada guru untuk mencuba kaedah pedagogiyang baru untuk menarik perhatian serta pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru, melaluikajian ini saya ingin mencuba sesuatu keadah pengajaran yang lebih menarik minat demimeningkatkan pemahaman murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebihmenyeronokkan berbanding dengan kaedah berpusatkan guru.

Strip komik

Komik dan kartun merupakan kegemaran semua lapisan masyarakat terutamanya golongankanak-kanak. Senario ini kadang-kadang tidak boleh diterima oleh para ibu bapa. Merekaberanggapan bahawa bahan-bahan bacaan seperti ini akan menjejaskan daya perkembanganminda anak-anak mereka.

Kartun merupakan suatu kombinasi untuk membentuk komik, ia mempunyai daya tarikanyang kuat dan efektif kepada kanak-kanak kerana kandungannya memenuhi cita rasa mereka.Selain itu, grafik dan seni lukis yang cantik, dialog yang dimuatkan dalam setiap karaktermenyeronokkan kanak-kanak untuk belajar. Menurut Yang (2003) dalam Ong & Ahmad

Page 2: Kartun

Pendidikan Sains 33

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Nizam (2009) mendakwa bahawa kekuatan pendidikan yang 6 terkandung dalam komikadalah dapat memotivasikan murid, komik adalah bersifat visual serta pengantaraan dan jugasangat popular.

Komik berupaya menyampaikan mesej tersurat dan tersirat dengan lebih jelas dan mudah.Menurut Irwan Fahmi Anuar (2003) dalam Ong & Ahmad Nizam (2009), beliau membuatkajian berkenaan dengan penggunaan komik dapat menggalakkan kefahaman pembacaan.Komik juga memupuk daya kreativiti kanak-kanak serta menarik minat kanak-kanak untukbelajar. Bacaan komik dapat memberikan hiburan dan humor kepada masyarakat pendidik.

Strip komik merupakan suatu bahan asli visual yang menarik dan luar biasa berbandingdengan penggunaan kaedah konvensional seperti “chalk and talk”. Strip komik merupakansuatu bahan bacaan yang manggabungkan lukisan bersiri dengan urutan cerita.

Fokus Kajian

Melalui kajian tindakan yang akan dilaksanakan, isu keperihatian yang ingin sayamenitikberatkan adalah pencapaian murid dalam tajuk proses Kitaran Air adalah kurangmemuaskan dan murid tidak minat terhadap tajuk Kitaran Air. Antara punca penyebabnyaadalah murid kurang memahami konsep tentang proses Kitaran Air dan kurang berupayauntuk menjelaskan proses kitaran air serta sukar mengingati susunan peringkat prosestersebut.

Selain itu, murid mendapati tajuk Kitaran Air merupakan tajuk yang abstrak dan sukar untukmenghubungkaitkan prosesnya dengan kehidupan sebenar iaitu pembentukan awan dan hujanyang berlaku dalam kitaran.

Justeru, kajian ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk mencari jalan penyelesaian bagimengatasi masalah yang timbul. Kajian tindakan ini adalah fokus kepada penggunaan stripkomik demi meningkatkan pencapaian murid terhadap tajuk Kitaran Air bagi subjek SainsSekolah Rendah, Tahun Lima.

OBJEKTIF KAJIAN

mengenal pasti sama ada penggunaan strip komik dapat meningkatkan pencapaian muridterhadap topik Kitaran Air.

SOALAN KAJIAN

Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca selepasmenggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima?

KUMPULAN SASARAN

Pemilihan sampel kajian adalah secara systematic sampling iaitu pemilihan dilakukan secarasistematik dan bukan secara rawak. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 10 orangmurid (6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan) dari tahun 5. Prestasi akademikbagi kumpulan sasaran adalah dikategori sebagai lemah.

Page 3: Kartun

Pendidikan Sains 34

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan. Kajian tindakan memerlukan suatu perancangantindakan dan cara pelaksanaan kajian tindakan yang terancang, teratur dan sistematik.Terlebih dahulu, saya telah memilih kumpulan sasaran seramai 10 orang dari Tahun 5.Pemilihan kumpulan sasaran adalah merujuk kepada ujian PKSR iaitu 10 orang murid yangmendapat pencapaian akademik yang paling rendah (julat markah kurang daripada 45markah). Strip komik yang disediakan mempunyai dua versi iaitu Bahasa Melayu dan BahasaInggeris.

Langkah yang pertama, saya mengajar tajuk Kitaran Air dengan menggunakan kaedahkonvesional iaitu pemusatan guru dengan chalk and talk. Rakaman video direkodkansepanjang proses tindakan konvensional. Ia bertujuan untuk merekod segala tingkah laku danekspresi muka murid. Kemudian saya mengagihkan Ujian Pra kepada kumpulan sasaran padahari yang sama. Kumpulan sasaran menjawab soalan ujian pra dalam tempoh masa 15 minit.Akhirnya, saya mengutip hasil kerja rumah mereka sebagai analisis dokumen untuk meninjaupeningkatan murid dalam topik kitaran air. Kesemua data yang diperolehi telah disimpan dandikumpulkan sebagai rujukan.

Selepas seminggu, saya meneruskan tindakan intervensi iaitu penggunaan strip komik dalamsesi p&p sains. Rakaman video juga telah direkodkan sepanjang proses tindakan intervensi.Seterusnya, saya mengagihkan Ujian Pasca kepada kumpulan sasaran.

Akhirnya, setelah mengumpul kesemua dapatan data daripada pelbagai instrumenpengumpulan data. Saya menginterpretasi dapatan data untuk mendapatkan min, peratusandan sisihan piawai. Dapatan data dipersembahkan dengan menggunakan grafik iaitu grafgaris dan carta palang supaya jelas kelihatan dan dilampirkan dengan jelas. Selain itu,dapatan data seperti ujian pra dan ujian pasca diinterprestasikan dengan kaedah statistikdeskriptif. Jadual 1 menunjukkan prosedur kajian tindakan ini.

Jadual 1: Pelaksanaan Kajian TindakanLangkah Cara pelaksanaan Jenis instrumen

yang digunakan1 Pemilihan kumpulan sasaran seramai

10 orang dari Tahun 5.Ujian Penilaian KemajuanSekolah Rendah (PKSR)

2 Mengagihkan borang soal selidikkepada kumpulan sasaran.

Borang Soal selidik(rujuk lampiran A)

3(Konvensional)

Mengajar topik Kitaran Air denganmenggunakan kaedah pemusatan gurudengan chalk and talk.

Tindakan konvensional

Mengagihkan ujian pra.

*Membuat rakaman video sepanjangproses tindakan konvensional.

Ujian Pra(rujuk lampiran B1)

Page 4: Kartun

Pendidikan Sains 35

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Jadual 1: Pelaksanaan Kajian Tindakan (sambungan)4 Menjalankan sesi mengajar topik

proses kitaran air denganmenggunakan strip komik(Lampiran C1 & C2)

Tindakan intervensi

Mengagihkan ujian pasca.

*Membuat rakaman video sepanjangproses tindakan konvensional.

Ujian Pasca(rujuk lampiran B2)

5 Mengumpulkan data dan membuatanalisis tentang perbandingan tindakankonvesional dengan tindakanintervensi.

Membuat analisis danrumusan.Tindakan susulan/penambahbaikan.

PERANCANGAN MENGUMPUL DATA DAN INSTRUMEN KAJIAN

Objektif kajian yang difokuskan adalah demi meningkatkan pencapaian dan minat muridterhadap topik Kitaran Air dengan penggunaan strip komik dalam sesi p&p. Dalam kajiantindakan ini, instrumen pengumpulan data yang terlibat adalah berunsurkan kuantitatif dankualititif. Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan pelaksanaan instrumen (ujian pradan pasca) demi mendapat pembolehubah (pencapaian murid) yang dapat diukur. Kedua-duaujian pra dan ujian pasca adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan pencapaian muridsebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Instrumen ini bertujuan untuk mengkajipencapaian murid dalam topik kitaran air Tahun 5.

Ujian Pra Dan ujian Pasca

Instrumen ujian pra dan pasca digunakan untuk mengkaji perbezaan pencapaian muridselepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima. Kedua-dua UjianPra dan Ujian Pasca 1 mengandungi sebanyak 8 soalan aneka pilihan (rujuk Jadual 2). Itemsoalan kajian bagi kedua-dua ujian Pra dan Pasca 1 adalah sama tetapi Ujian Pasca hanyadiubahsuaikan dari segi susunan atur soalan item. Tempoh masa untuk menjawab soalanujian adalah selama 15 minit sahaja.

Jadual 2: Instrumen Pengumpulan Data Kajian Tindakan.No. Instrumen

PengumpulanData

Indeks Soalan BilanganItem

Pemberatan(%)

1. Ujian pra Soalan objektif 8 1002. Ujian pasca Soalan objektif 8 100

Page 5: Kartun

Pendidikan Sains 36

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

ANALISIS DAN INTEPRETASI

Instrumen-instrumen yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, temu bualdan dokumen analisis. Instrumen yang diaplikasikan adalah demi memperolehi data sertamenganalisis data bagi menguji keberkesanan strip komik terhadap pencapaian dan minatmurid dalam p&p. Data telah dianalisis dengan kaedah jadual dan graf bagi menerangkanhasil dapatan data dengan lebih jelas.

Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Instrumen ujian pra dan ujian pasca adalah bertujuan digunakan untuk menjawab persoalankajian yang pertama iaitu “Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid dalam Ujian Pra danPasca selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima?” Analisisdeskripsi merupakan analisis yang paling mendasar untuk menggambarkan keadaan datasecara umum. Dapatan kajian bagi ujian pra dan ujian pasca telah dianalisis denganmenggunakan analisis frekuensi iaitu analisis gambaran frekuensi data seperti peratusan, min,markah maksimum, markah minimum dan sisihan piawai.

Analisis Peratusan Markah Dan Gred Ujian

Ujian pra dan pasca dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif iaitu markah pencapaianmurid dalam ujian pra dan ujian pasca. Daripada keseluruhan dapatan data, 10 orang sampelkajian didapati mempunyai peningkatan dalam pencapaian markah ujian pasca berbandingdengan ujian pra. Jurang peratusan pencapaian bagi ujian pra adalah antara 25% sehingga50%, manakala ujian pasca adalah 62.5% sehingga 100%. Kedua-dua dapatan datamenunjukkan perbezaan yang ketara. Seterusnya, peratusan dan min digunakan untukmendapatkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca seperti Jadual 3.

Jadual 3: Perbezaan Peratusan Markah Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pasca.Responden

(N=10)Markah

Ujian Pra(%)

MarkahUjian Pasca

(%)

Perbezaan(%)

R1 50.00 62.5 +12.5R2 50.00 62.5 +12.5R3 25.0 87.5 +62.5R4 25.0 100 +75.0R5 37.5 75.0 +37.5R6 37.5 62.5 +25.0R7 37.5 75.0 +37.5R8 25.0 50.0 +25.0R9 37.5 50.0 +12.5R10 37.5 62.5 +25.0Jumlah Markah 362.5 687.5 325.0Min 36.25 68.75 32.5

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi ujian pra adalah 36.25% dan ujian pasca adalah 68.75.Perbezaan peratusan antara skor min bagi kedua-dua ujian pra dan ujian pasca kitaran 1adalah 32.5%. Perbezaan ini menunjukkan bahawa selepas intervensi dilaksanakan iaitu

Page 6: Kartun

Pendidikan Sains 37

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

penggunaan kaedah strip komik telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid. Rajah 1menunjukkan carta palang bagi markah ujian pra dan ujian pasca. Carta palang menunjukkanperbezaan markah yang ketara dan jelas.

Rajah 1: Carta palang bagi markah ujian pra dan ujian pasca

Seterusnya, Jadual 4 menunjukan perbezaan gred bagi markah pencapaian ujian pra danujian pasca. Markah 10 orang responden dikategorikan dengan menggunakan Gred supayajelas iaitu terbahagi kepada Gred A, B, C dan D.

Jadual 4: Perbezaan Gred Bagi Markah Pencapaian Ujian Pra-Pasca.Gred Markah Bilangan Responden Perbezaan

(bilangan/%)Ujian Pra Ujian PascaA 80-100 - 2 +2 (20%)B 60-79 - 6 +6 (60%)C 40-59 2 2 Tiada perubahanD 39 ke bawah

N8

10-

10-8 (-80%)

Rumusan Markah Minimum, Markah Maksimum, Min Dan Sisihan Piawai

Setelah mendapatkan markah pencapaian responden dalam ujian pra dan ujian pasca iaituperbandingan dengan tindakan konvensional dan tindakan intervensi dalam p&p sains, iamempunyai markah minimum dan markah maksimum. Seterusnya, min ujian dan sisihanpiawai didapatkan melalui dapatan data pencapaian murid. Suatu rumusan bagi markahminimum, markah maksimum, min dan sisihan piawai ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Statistik Deskriptif Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pasca.Domain Bilangan,

NMarkahMinimum

MarkahMaksimum

M SD

Ujian Pra 10 25 50 36.25 8.75Ujian Pasca 10 50 100 68.75 15.05Perbezaan ujian(pasca-pra)

+25 +50 +32.5 +6.3

0

20

40

60

80

100

120

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

Markah Ujian Pra

Markah UjianPasca

Page 7: Kartun

Pendidikan Sains 38

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Jadual 5 di atas menunjukkan bahawa perbezaan min sebanyak +32.5 bagi kedua-dua ujianpra dan ujian pasca. Di samping itu, markah minuman bertambah sebanyak 25 markah, danmarkah maksimum pula meningkat sebanyak 50 markah. Sisihan piawai bagi ujian pra adalah8.75, manakala sisihan piawai bagi ujian pasca adalah 15.05. Sisihan piawai merupakanpengukuran yang biasa bagi serakan statistik untuk mengukur betapa lebarnya nilai dalam setdata. Sisihan piawai juga meningkat sebanyak +6.3 bermakna sebaran markah lebih luasdibandingkan dengan min dalam ujian pasca.

Keputusan Ujian–t (Ujian Pra-Pasca)

Ujian–t dua kumpulan sampel bersandaran digunakan untuk membandingkan min bagi duaset data yang diperoleh daripada kumpulan sampel yang sama. Bagi membuktikan bahawadata analisis dari analisis deskriptif adalah benar benar mempunyai perbezaan yang signifikan,maka ujian statistik iaitu ujian–t digunakan untuk meninjau nilai perbezaan. Analisis ujian–tdapat dilihat dengan merujuk Jadual 6 merupakan keputusan ujian-t bagi perbezaanpencapaian ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 6: Keputusan Ujian-t Bagi Perbezaan Pencapaian Ujian Pra-Pasca.Paired Samples Test

Paired Differences

t dfSig.(2-tailed)Mean SD

Std. ErrorMean

95% ConfidenceInterval of theDifferenceLower Upper

Pre-post1 test

-32.50000 21.40872 6.77003 -47.81488 -17.18512 -4.801 9 .001

Merujuk kepada keputusan ujian–t di atas, nilai kebarangkalian yang diperolehi daripadaprogram SPSS 16.0 for windows (.001) kurang daripada nilai alfa. Dapatan data ujian–tmenunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan minujian pasca. Ini membuktikan bahawa penggunaan strip komik dapat meningkatkanpencapaian murid dalam ujian pasca.

DAPATAN KAJIAN

Instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menjawabpersoalan kajian yang meninjau tentang perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra danujian pasca selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima.

Hasil dapatan kajian telah menjawab persoalan kajian di mana melalui perbandingan minantara ujian pra dan ujian pasca iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak +32.5 dari 36.25bagi ujian pra dan 68.75 bagi ujian pasca. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan peratusanyang ketara dalam kalangan responden. Ia menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalamujian pra dan ujian pasca setelah menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains.Perbezaan min ini adalah menunjukkan bahawa selepas intervensi dilaksanakan iaitupenggunaan kaedah strip komik telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid. Murid

Page 8: Kartun

Pendidikan Sains 39

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

lebih memahami terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan berbanding dengan kaedahpengajaran secara chalk and talk ataupun berpusatkan guru.

Dapatan data jelas menunjukkan strategi pembelajaran dengan menggunakan strip komiksesuai digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai tajuk kitaran air.Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang positif seperti peningkatan min dan keputusanujian –t juga terbukti mempunyai perbezaan pencapaian yang signifikan dalam min markahujian. Hasil dapatan ini selaras dengan kajian yang dilaksanakan oleh Tuncel, G. dan Ayva, O.(2010). Merujuk kepada perbandingan ujian pra dan ujian pasca, markah minumanbertambah sebanyak 25 markah, dan markah maksimum pula meningkat sebanyak 50 markah.Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 8.75, manakala sisihan piawai bagi ujian pasca adalah15.05. Sisihan piawai merupakan pengukuran yang biasa bagi serakan statistik untukmengukur betapa lebarnya nilai dalam set data. Sisihan piawai meningkat sebanyak 6.3 makasebaran markah lebih luas dibandingkan dengan min dalam ujian pasca.

Ringkas kata, penggunaan strip komik dalam topik kitaran air adalah lebih berkesan daripadapengajaran konvensional iaitu dengan kaedah chalk and talk. Hasil dapatan data daripadaujian pra dan ujian pasca, ia jelas menunjukkan perbezaaan pencapaian murid iaitupeningkatan pencapaian murid dalam ujian pasca, peningkatan min markah adalah +32.5 danperbezaan sisihan piawai adalah 6.3 maka sebaran markah adalah lebih luas dibandingdengan min dalam ujian pasca.

Dokumen analisis juga dijadikan instrumen untuk menjawab persoalan kajian. Hasil dapatanselepas tindakan intervensi kitaran 1 menunjukkan responden mengalami miskonsepsi.Miskonsepsi yang dikesan adalah berdasarkan hasil lukisan responden iaitu segelintirresponden berupaya melukis rajah proses kitaran air tetapi penerangan konsep kitaran airadalah terpesong dan penggunaan istilah yang kurang sesuai serta tidak berupaya untukmenjelaskan proses kitaran air dengan betul. Menurut kepada Cardak, O. (2009) beliaupernah menjalankan kajian tentang mengenalpasti miskonsepsi murid berkaitan konsepkitaran air dengan merujuk hasil lukisan mereka.

RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan strip komik bagi meningkatkan pencapaiandan minat murid dalam topik kitaran air Tahun 5. Kajian ini melibatkan pendekatan kaedahkuantitatif. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menunjukkan pencapaian yang positif.Respon positif murid-murid terhadap kaedah strip komik yang telah diaplikasikan dalamtopik kitaran air tahun 5. Hasil dapatan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan keranamurid telah menguasai kaedah ini dengan sebaiknya.

Kajian ini memberikan saya suatu inspirasi bahawa setiap p&p masih mempunyai pelbagaikaedah yang boleh terutamanya dengan menggunakan bahan autentik seperti majalah, risalah,surat khabar, tiket bas dan sebagainya. Bahan-bahan autentik ini berupaya menarik perhatianmurid dan maklumat informasi kerana bahan-bahan seperti ini berkait rapat dengankehidupan seharian kita. Murid-murid lebih gemar mendapatkan ilmu pengetahuan daripadainformasi yang terdapat pada bahan autentik berbanding dengan hanya bergantung kepadabuku teks sahaja.

Page 9: Kartun

Pendidikan Sains 40

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Justeru, guru-guru digalakkan menggunakan bahan autentik sebagai salah satu bahan bantumengajar dalam p&p. Mengibas kembali dalam sepanjang proses pelaksanaan kajiantindakan ini, saya mendapati murid-murid lebih gemar membaca majalah ataupun komikyang berasaskan pendidikan seperti Kuntum, Tunas Sains, Sains Adik dan sebagainya.Akhir kata, amat berharap peninjauan hasil dapatan dari kajian yang menggunakan kaedahstrip komik ini dapat mencetuskan idea kepada para guru dalam merancang strategipengajaran yang bersesuaian demi manfaatnya kepada murid semasa sesi p&p yang berlakudi bilik darjah.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan kajian lanjutan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengkajiseterusnya meneruskan penggunaan kaedah agar membantu meningkatkan mutu pelajarandan juga merangsangkan pemikiran murid dalam pembelajaran secara konstruktivisme.Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan adalah seperti mengkajikeberkesanan penggunaan strip komik terhadap penguasaan murid dalam topik yang berbezabagi mata pelajaran Sains. Strip komik boleh dihasilkan dengan berdasarkan kesesuaian tajukdan tahap sampel kajian.

Seterusnya, sampel saiz kajian yang dipilih dicadangkan membahagikan dua kumpulansampel kajian yang berbeza iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Ia bertujuanuntuk mengesani kebolehpercayaan strategi pembelajaran yang digunakan dalammempengaruhi keputusan yang diperolehi seperti kajian yang dilaksanakan oleh Sengul, S. &Dereli, M. (2010) dan Akamca, G. O. et al., (2010).

Selain itu, saya ingin mencadangkan pengkaji seterusnya mengkaji keberkesanan strategi inidengan matapelajaran yang berlainan misalnya matematik, sejarah, Bahasa Inggeris dansebagainya. Ia bertujuan untuk mengkaji tentang keberkesanan kaedah strip komik inidiaplikasikan dengan mata pelajaran yang berlainan.

Di samping itu, beberapa cadangan pengubahsuaian kaedah adalah seperti menghasilkanmereka dialog yang lebih merangsangkan minda murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif,melukis kartun yang lebih menarik dengan bilangan petak yang kurang supaya cerita dalamstrip komik tidak terlalu jemu dibaca dan ringkas.

Kesimpulannya, amat berharap kajian yang bakal dijalankan oleh pengkaji seterusnya padamasa hadapan dapat membuka lembaran baru kepada kaedah strip komik diaplikasikan secarameluas di dalam bilik darjah secara umum dan di dalam dunia pendidikan secara khususnya.Di harap, pengkaji seterusnya menyambung perjuangan kajian ini untuk membuktikanbahawa kaedah strip komik dapat membentuk suasana pembelajaran yang menyeronokkan,selesa dan berkesan.

Page 10: Kartun

Pendidikan Sains 41

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

RUJUKAN

Cardak, O. (2009) Science Students‟ Misconceptions of the Water Cycle According to theirDrawings. Journal of Applied Sciences, 9(5), 865-873. Dimuat turun padaSeptember 12, 2011 darihttp://scialert.net/qredirect.php?doi=jas.2009.865.873&linkid=pdf

Ong, E. T. & Ahmad Nizam Abdullah (2009). Keberkesanan Modul Kartun dalamPengajaran dan Pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Jurnal Sains dan Matematik,1(2), 105-124.

Sengul, S. & Dereli, M. (2010). Does instruction of “Integers” subject with cartoons effectstudents‟ mathematics anxiety? Procedia Social and Behavioural Sciences, 2, 2176-2180.

Tuncel, G. & Ayva, O. (2010). The Utilization of comics in the teaching of the “human rights”concept. Procedia Social and Behavioural Sciences, 2, 1447-1451.