Karya Agung Melayu

download Karya Agung Melayu

of 26

description

BAHAN KARYA AGUNG MELAYU

Transcript of Karya Agung Melayu

  • SEMESTER 2 SESI 2014 / 2015

    BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU

    BAHAGIAN C

    Kitab Pengetahuan Bahasa (Raja Ali Haji), Analisis Struktur dan Gaya Bahasa

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    NORDIN BIN ZAKARIA D20112055993

    KUMPULAN : UPSI02(A142PJJ)

    PENSYARAH : DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

    PEMARKAHAN

  • 1

    KANDUNGAN

    1.0

    Pengenalan

    2

    2.0

    Morfologi (binaan kata, golongan kata, kata

    arkaik)

    2

    3.0

    Sintaksis (binaan ayat, golongan ayat, ayat

    klasik)

    6

    4.0

    Semantik (makna, perluasan makna)

    10

    5.0 Rumusan

    11

    Bibliografi

    12

  • 2

    1.0 Pengenalan

    Karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah,

    budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini

    merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut. Dunia

    ketamadunan Melayu telah memperlihatkan, terdapat banyak karya-karya agung yang telah

    dihasilkan. Karya-karya ini melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk

    tradisi dan identitinya yang tersendiri. Hasil kepengarangan ini dipelajari, dijadikan panduan,

    dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan

    warisan bangsa hingga ke zaman ini (Mohd Rashid Md Idris 2013).

    Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan karya kedua Raja Ali Haji berkaitan dengan bahasa

    Melayu. Kitab ini dihasilkan berdasarkan catatan pada naskah kajian pada tahun 1275H/ 1858M

    iaitu kira-kira lapan tahun sesudah karyanya yang pertama bertajuk Bustan al-Katibin (1267H/

    1850M). Kedua-dua karya beliau ini adalah tentang bahasa yang merupakan warisan yang amat

    berharga serta menjadi penyambung kepada tradisi pengajian bahasa dalam Islam yang bermula

    sejak zaman awal Islam lagi.

    2.0 Morfologi (binaan kata, golongan kata, kata arkaik) dalam Kitab Pengetahuan

    Bahasa.

    2.1 Binaan Kata.

    Raja Ali Haji memulai kandungan kitab ini dengan pengenalan tatabahasa Melayu yang mirip

    dengan ilmu nahu (tatabahasa) Arab. Untuk tatabahasa ditempatkan pada halaman 2 sampai

    halaman 32. Kosa kata dimulai dengan huruf "Alif" dan berakhir dengan huruf "Ca". Kitab

    Pengetahuan Bahasa walau pun dikatakan sebagai "kitab bahasa Melayu", namun jika kita teliti

    ternyata jangkauannya lebih jauh daripada itu. Kitab Pengetahuan Bahasa tampil

    memperkenalkan beberapa istilah yang terdapat dalam agama Islam, sejarah, dan lain-lain,

  • 3

    dengan huraian yang cukup mantap, panjang dan memuaskan. Sebagai contoh kosa kata huruf

    "Alif", perkataan "ahbar", Raja Ali Haji mentakrifkannya, "Iaitu segala 'ulama'-'ulama' yang

    besar-besar, yang 'alim lagi mujtahid pada tiap-tiap daripada ilmu usul, dan furu', dan tasawuf,

    dan tafsir, dan hadis, dan segala alat pekakas mengeluarkan maksud dan mafhum segala ilmu."

    (hlm. 39 - 40).

    Sesudah memberikan takrif Raja Ali Haji menjelaskan pula para ulama yang termasuk dalam

    lingkungan pentakrifan itu dimulai dari zaman sahabat Nabi S.A.W hingglah para ulama yang

    datang kemudiannya. Pada penutup istilah "ahbar", Raja Ali Haji berpendapat, "Maka

    barangsiapa mengikut dan membesarkan segala 'ulama' seolah-olah ia membesarkan Nabi, dan

    mengikut akan segala Nabi, dan Rasul. Dan barangsiapa mengikut dan membesarkan segala Nabi

    dan Rasul seolah-olah ia mengikut dan membesarkan Allah Ta'ala ... Dan barangsiapa tiada

    mengikut dan membesarkan mereka itu dan menghina-hinakan mereka itu serasa ia merintangi

    Allah S.W.T. Nanti di belakangnya didapatinya juga kehinaan di dalam dunia dan di dalam

    akhirat kerana kena bunuhnya daripada mereka itu. Maka mereka itulah tanda orang syaqawah,

    yakni celaka adanya." (hlm. 40).

    Setelah selesai perkataan-perkataan yang diawali dengan huruf Alif, Raja Ali Haji

    membicarakan pula perkataan-perkataan yang diawali dengan huruf Ba'. Perkataan Ba' itu sendiri

    beliau takrifkan, "Iaitu air yang berjalan pada lautan besar, yang tiada tentu harusnya. Akan

    tetapi air itu berjalan mengikut angin sebab pasang surutnya. Tiada dapat ketentuan sebab jauh

    daripada daratan adanya." (hlm. 201).

    Kosa kata yang terakhir dalam Kitab Pengetahuan Bahasa ialah "candakia". Takrif perkataan

    "cendekia" dalam Kamus Dewan sama maksudnya dengan takrif Kamus Besar Bahasa

    Indonesia. Perlu kita perhatikan dengan cermat sama ada pada ucapan mahu pun tulisan

    "candakia" dan "cendekia", kerana berlainan takrifnya. Perkataan "candakia" tidak digunakan

    lagi, tetapi "cendekia" masih digunakan sampai sekarang. Selalu juga digunakan

    "cendekiawan".

  • 4

    2.2 Golongan Kata

    Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa ini terdapat tiga jenis penggunaan nahu bahasa Melayu iaitu

    Isim, fiil, dan harf. Isim ialah kata nama. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012), kata nama

    ialah kata yang merujuk kepada nama orang, tempat atau benda. Raja Ali Haji dalam Kitab

    Pengetahuan Bahasa menghuraikan perkataan isim adalah nama tiap-tiap barang yang

    menunjukkan maknanya pada dirinya, tiada beserta dengan masa yang tiga, yakni: masa yang

    telah lalu, dan masa yang lagi akan datang dan masa hal sekarang ini. Isim ataupun nama dapat

    dibahagikan kepada dua iaitu isim nakirah dan isim marifah.

    Isim nakira ialah kata nama tak tentu. Isim nakirah dapat disamakan dengan kata nama am yang

    kita fahami atau nama yang melengkapi pada jenisnya dan yang melengkapi pada macamnya

    yang tiada tertentu kepada seseorang. Contohnya, Zaid lelaki, Umar lelaki dan Bakar pun lelaki

    juga.

    Isim marifah pula terbahagi kepada lima bahagian iaitu isim damir, isim al-alam, isim al-

    isyarah, isim mausul dan isim idafah. Isim damir dikenali sebagai kata ganti nama atau nama

    yang tersembunyi seperti aku, kami, engkau dan dia. Kedua, isim al-alam iaitu kata nama khas

    atau nama yang diketahui seperti nama orang, nama negeri dan lain-lain. Ketiga, isim al-

    isyarah iaitu kata tunjuk atau nama yang tiada ditentukan akan dia tetapi diisyaratkan seperti

    ini, itu, di sini, di sana dan di situ. Keempat, isim mausul atau kata ganti nama relatif iaitu

    maksudnya pada bahasa Melayu nama yang seperti yang ini dan yang itu. Kelima, isim idafah

    atau kata sandaran iaitu nama yang bersandar kepada sesuatu nama seperti penggunaan perkataan

    si dalam budak si Zaid dan penggunaan ku dalam budakku.

    Fi il juga dikenali sebagai kata kerja. Kata kerja ialah kata yang merujuk kepada perbuatan atau

    sesuatu yang dilakukan. Dalam Tatabahasa Dwan (2010), kata kerja ialah perkataan yang

    menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Fiil boleh dibahagikan kepada beberapa

    bahagian iaitu fiil madin, fiil mudari, fiil amr, fiil lazim, fiil mutaaddi, fiil naqis, fiil

    muqarabah, fiil puji dan cela, fiil syak dan yakin.

    Fiil madin atau kata kerja yang menunjukkan perbuatan yang telah lalu dan didahului oleh kata

    bantu seperti perkataan telah dan sudah. Seterusnya, fiil mudari atau kata kerja yang

  • 5

    menunjukkan perbuatan yang berlaku seperti sedang, nanti dan akan. Ketiga, fiil amr atau kata

    kerja suruhan iaitu menuntut perbuatan, yakni menyuruh berbuat seperti berdirilah engkau .

    Keempat, fiil lazim atau kata kerja tak transitif iaitu fiil tentu bagi dirinya seperti telah berdiri si

    Zaid, telah duduk si Zaid dan telah baring si Zaid. Kelima, fiil mutaaddi atau kata kerja transitif

    iaitu fiil yang lalu kepada lainnya. Fiil mutaaddi ini terbahagi kepada dua iaitu tiada

    musyarakah dan musyarakah. Tiada musyarakah juga dipanggil bersekutu atau bercampur atau

    bertindih. Ianya merupakan perbuatan tunggal yang hanya melibatkan subjek seperti telah

    mencampur si Zaid dan telah memarah si Zaid. Manakala musyarakah di kenali sebagai

    perbuatan menyaling ialah perbuatan berulang-ulang, boleh jadi melibatkan orang lain seperti

    berpukul-pukulan si Zaid dan berpanah-panahan.

    Keenam, fiil naqis iaitu yang memerlukan predikat sebagai pelengkap. Fiil naqis ini bermaksud

    fiil kurang, yakni tiada sempurna ia melainkan ada khabarnya iaitu seperti adalah, jadilah,

    berpagi-pagi, berpetang-petang dan senantiasa. Contoh ayat seperti adalah si Zaid itu berdiri

    dan jadilah tanah itu tembikar. Ketujuh, fiil muqarabah atau kata kerja bantu hampir iaitu fiil

    yang berhampir-hampiran seperti mudah-mudahan dan hampirlah. Contoh ayat, mudah-

    mudahan si Zaid itu keluarlah dan hampirlah si Zaid itu keluar. kelapan, fiil puji dan cela

    seperti sebaik-baiknya dan sejahat-jahatnya. Kesembilan, fiil syak dan yakin seperti aku

    sangka aku kira-kirakan dan kuketahui.

    Harf pula dikenali sebagai partikel atau kata tugas. Kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa,

    klausa atau ayat untuk medukung sesuatu tugas sintaksis tertentu (Nik Safiah Karim et al., 2008).

    Harf mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri dan memberi faedaah pada perkataan masing-

    masing dan maknanya. Raja Ali Haji memberikan lebih kurang sepuluh jenis harf yang meliputi

    contoh-contoh (tanpa dibuat penjenisan yang terperinci) termasuklah harf seru sebagaimana kata

    seru yang difahami sekarang, harf melainkan, harf bahawa, harf seolah-olah harf tetapi dan harf

    elok kiranya. Harf jarr hanya memberi faedah pada makna dan perkataan atau menyerupai kata

    depan atau sendi nama atau preposisi yang difahami sekarang. Contoh lain adalah harf dengan,

    harf daripada, harf kepada dan harf pada.

  • 6

    2.3 Kata Arkaik.

    Kata arkaik ialah bahasa kuno yang sudah ketinggalan zaman dan sudah tidak lazim digunakan.

    (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2013: 78). Kata arkaik juga dikenali sebagai kata kuno yang

    telah mati dan tidak dinamik lagi. Antara kata arkaik ialah bahasa Sanskrit, bahasa Jawa Kuno,

    bahasa Kawi dan bahasa Latin. Contoh bahasa arkaik ialah hatta, al-kisah, syahadan, sahibul

    hikayat dan sebagainya. Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji banyak

    mengandungi bahasa arkaik. Antaranya ialah :

    Contoh 1

    Syahadan adalah namanya yang masyhur Muhammad. (halaman 33 : Alif al-Nabi

    Ahmad)

    Contoh 2

    Ata-ata begitu si anu itu pun lepas lari,adanya. (halaman 92)

    3.0 Sintaksis (binaan ayat, golongan ayat, ayat klasik) dalam Kitab Pengetahuan Bahasa.

    Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu

    bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis

    juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari

    kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk

    membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

    3.1 Binaan ayat.

    Dalam struktur tatabahasa, ayat terletak pada kedudukan yang paling tinggi. Struktur tatabahasa

    ini dimulakan dengan perkataan, diikuti dengan frasa, klausa, dan seterusnya ayat. Keadaan ini

    bermaksud, ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa, dan perkataan. Ayat ialah unit pengucapan

    yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh

    terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan

  • 7

    dengan kesenyapan dan dikahiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

    (Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan : 2008).

    3.1.1 Struktur Ayat yang Panjang dan Berbelit-belit

    Struktur ayat yang digunakan adalah panjang dan berbelit-belit. Penggunaan ayat yang

    panjang sehingga terdiri daripada berpuluh-puluh perkataan dalam satu ayat agak sukar

    untuk difahami. Selain itu, struktur binaan ayatnya yang agak tunggang-terbalik dan

    banyak ayat disongsangkan memerlukan pengamatan yang lebih oleh pembaca untuk

    memahami sesebuah teks. Walhal, jika kita memahami teks tersebut, kita dapat

    merasakan bahawa perkara yang ingin disampaikan pengarang adalah perkara yang

    terlalu mudah sebenarnya.

    Raja Ali Haji menggunakan ayat yang panjang-panjang dan menyukarkan pembaca untuk

    memahaminya. Ayat-ayat daripada Kitab Pengetahuan Bahasa karangannya boleh

    dijadikan contoh ;

    .

    Contoh

    Atau barang yang di bawah, seperti bumi dan tanah dan bukit dan sekalian haiwan

    daripada nama manusia dan nama binatang, yakni sekalian haiwan dan nama batu dan

    kayu dan tumbuh-tumbuhan dan nama segala pekakas dan pakaian dan nama makanan

    dan minuman dan nama segala ubat-ubatan dan nama segala bahu-bahuan dan nama

    segala kenderaan dan nama segala permainan. (halaman 4 : Fasal 1)

    3.1.2 Penggunaan Kata Hubung di Hadapan Ayat

    Pengarang dilihat seringkali menggunakan kata hubung di hadapan ayat. Keadaan ini

    merupakan satu fenomena biasa pada pengarang-pengarang zaman dahulu kerana mereka

    sangat mementingkan keindahan dan seni kesusasteraan dalam penulisan mereka. Mereka

    kebiasaannya akan memulakan ayat dengan menggunakan penanda wacana atau kata

    hubung seperti dan, maka dan sebagainya.

  • 8

    Penggunaan kata hubung gabungan yang merupakan kata tugas yang menyambungkan

    dua atau lebih klausa utama atau klausa bebas yang setara untuk membentuk ayat

    majmuk gabungan. Hal demikian, dalam Kitab Pengetahuan Bahasa didapati Raja Ali

    Haji menggunakan kata hubung gabungan dan untuk memulakan ayat.

    Contoh :

    Bermula segala perkataan itu ada kalanya pertambatan mubtada serta khabarnya

    seperti yang telah lalu itu. Dan ada kalanya pertambatan fail dengan fiilnya, yakni

    perbuatan dengan yang punca perbuatan, dan ada kala-kalanya pertambatan fail

    dengan mafulnya, yakni yang memperbuat dengan yang diperbuat.(halaman 22 :

    Fasal 6)

    3.1.3 Banyak Menggunakan Ayat Majmuk

    Ayat majmuk ialah ayat yang terbina daripada dua ayat tunggal atau lebih (Abdul Hamid

    Mahmood, 2006: 181). Pengarang dilihat cenderung untuk menggunakan ayat majmuk.

    Keadaan ini disebabkan oleh struktur binaan ayatnya yang panjang dan berbelit-

    belit. Contoh;

    Adapun hak yang menerima utusan itu, maka iaitu hendaklah menghormatkan dan

    memuliakan suruhan itu, istimewa pula jika suruhan itu jumlah daripada kerabat yang

    menyuruh maka iaitu terlebih hak ia menghormatkan dan memuliakan, seperti

    menghormatkan dan memuliakan yang menyuruh jua, dan hendaklah ia memaaf dan

    menerima uzur daripada khilaf bebalnya suruhan itu, daripada adab dan bahasanya

    yang berlain-lainan resam dan adat istiadatnya dengan adat istiadat negeri yang

    menyuruh itu.(halaman 130)

  • 9

    3.2 Golongan ayat

    Bentuk dan binaan ayat dalam Bahasa Melayu moden tidak sama dengan bentuk dan binaan ayat

    dalam bahasa Melayu Klasik. Hal ini dapat dilihat di dalam karya-karya Bahasa Melayu Klasik.

    Karya yang menggunakan Bahasa Melayu Klasik berbeza dengan Bahasa Melayu Moden dari

    segi susunan dan juga bentuknya.

    3.2.1 Ayat Majmuk

    Sebagaimana yang telah kita ketahui, ayat majmuk yang terdapat dalam Bahasa Melayu

    Klasik lebih panjang, berjela-jela dan turut mempunyai kata-kata yang tidak berfungsi

    dalam penulisan. Contohnya ;

    Adapun hak yang menerima utusan itu, maka iaitu hendaklah menghormatkan dan

    memuliakan suruhan itu, istimewa pula jika suruhan itu jumlah daripada kerabat yang

    menyuruh maka iaitu terlebih hak ia menghormatkan dan memuliakan, seperti

    menghormatkan dan memuliakan yang menyuruh jua, dan hendaklah ia memaaf dan

    menerima uzur daripada khilaf bebalnya suruhan itu, daripada adab dan bahasanya

    yang berlain-lainan resam dan adat istiadatnya dengan adat istiadat negeri yang

    menyuruh itu.(halaman 130)

    3.2.2 Ayat Pasif

    Ayat pasif pada asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi

    kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

    Contoh ;

    Benteng itu rasa-rasa aku lambat alah jika tidak diamuk dengan bersungguh-sungguh

    hati. (halaman 69)

  • 10

    3.3 Ayat klasik

    Perkataan klasik juga turut diberikan beberapa definisi oleh pengkaji bahasa. Antaranya ialah

    Asmah Hj.Omar (1993), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa

    Melayu Klasik. Bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan Kata Tunjuk, Kata Penegas

    dan Kata Hubung. Terdapat pengulangan dalam penggunaan perkataan tersebut. Contoh ;

    Adapun hak yang menerima utusan itu, maka iaitu hendaklah menghormatkan dan memuliakan

    suruhan itu, istimewa pula jika suruhan itu jumlah daripada kerabat yang menyuruh maka iaitu

    terlebih hak ia menghormatkan dan memuliakan, seperti menghormatkan dan memuliakan yang

    menyuruh jua, dan hendaklah ia memaaf dan menerima uzur daripada khilaf bebalnya suruhan

    itu, daripada adab dan bahasanya yang berlain-lainan resam dan adat istiadatnya dengan adat

    istiadat negeri yang menyuruh itu.(halaman 130)

    4.0 Semantik (makna, perluasan makna) dalam Kitab Pengetahuan Bahasa.

    Perkataan yang mempunyai makna yang sama antara Kitab Pengetahuan Bahasa dah kamus lain

    adalah perkataan tutuh. Tutuh dalam Kitab Pengetahuan Bahasa bermaksud sesuatu daripada

    rumah atau perahu dan lainnya yang sudah jadi kemudian maka dirosakkan kerana sesuatu

    maksud. Terdapat juga imbuhan dalam perkataan tutuh iaitu menutuh iaitu orang yang menutuh,

    ditutuh adalah sesuatu yang kena tutuh, bertutuh iaitu sudah kena tutuh manakala tutuhi

    bermaksud orang menyuruh menutuh. Manakala dalam Kamus Dewan edisi Keempat (2010),

    tutuh juga mempunyai makna yang sama dengan Kitab Pengetahuan Bahasa. Tetapi terdapat

    juga pengertian lain seperti memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas.

    Takrifan perkataan bajau dalam Kitab Pengetahuan Bahasa iaitu sesuatu tanda kepada langit,

    serta ada pula bintangnya tanda bajau, yakni tanda teduh tiada ribut pada orang yang ahli biasa di

    laut di dalam pelayaran. Berbeza pula dengan takrifan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi

    Keempat iaitu suku kaum peribumi yang ketiga terbesar di Sabah, yang terbahagi kepada dua

    golongan, iaitu Bajau Laut yang tinggal di timur Sabah dan Bajau Darat di barat Sabah, yang

    masing-masing bertutur dalam dialek yang berbeza, dan kegiatan utama mereka ialah bertani,

    menternak serta menangkap ikan.

  • 11

    Seterusnya, jemba pula dalam Kitab Pengetahuan Bahasa bermaksud bermakna dengan makna

    datang mengunjungi, maka tatkala dikasarkan jadi jemba sebab kerana marahkan atau kerana

    benci, seperti ada seseorang yang lebih pangkatnya mengata marah akan yang kurang

    pangkatnya daripadanya, sebab tiada datang-datang mengadap akan dia, maka katanya kepada

    seseorang Apa sebab maka engkau menjemba aku ke mari; di dalam beberapa bulan ini tiada

    pernah menampakkan menjemba muka kepada aku ini.

    Perkataan imbang dalam Kitab Pengetahuan Bahasa bermaksud seseoarang atau binatang yang

    berjalan hampir pada satu tempat atau pada satu kampung selalu, akan tetapi apabila ia masuk ke

    dalam kampung itu, padahal perjalannya berhajat akan sesuatu, akan tetapi belum dinyatakannya.

    Contohnya, helang terbang mengimbang-ngimbang, hendak mengintai hayam demikian juga.

    Mengimbang pula ialah yang mengerjakan imbang itu, sama ada orang atau binatang haiwan,

    seperti helang tadi umpamanya. Diimbang pula ialah sesuatu yang diimbangnya, dan yang

    dimaksudnya baik hasil, baik tidak yang dimaksudnya itu. Terimbang pula hal keadaannya

    terimbang-imbang, seperti kata seseorang Apa maksud si anu itu tiap-tiap hari terimbang-

    imbang sahaja dekat rumah si anu itu? Tentulah ada maksudnya. Manakala dalam Kamus

    Dewan edisi keempat, imbang ialah timbang, tidak berat sebelah.

    5.0 Rumusan

    Kitab Pengetahuan Bahasa mengandungi huraian mengenai perbendaharaan kata bahasa Melayu

    yang mana ianya meletakkan kedudukan sesuatu daripada segi martabat kewujudan, kejadian dan

    kemuliaan pada tempatnya yang tepat dan wajar. Raja Ali Haji juga menghuraikan makna dan

    penggunaan kosa kata bahasa Melayu iaitu bermula daripada perkataan yang berhuruf abjad alif

    sehingga berabjad ca sahaja.

    Hal ini jelas menunjukkan bahawa Raja Ali Haji menggunakan bahasa sebagai perantaraan untuk

    menyampaikan maklumat atau mesej sepertimana yang telah ditekankan dalam prinsip falsafah

    bahasa yang dikemukakan oleh Mohd Rashid Md Idris (2011) iaitu bahasa yang akan

    dibincangkan tidak tertumpu kepada struktur luarannya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis

    tetapi perbincangan berfokus kepada fungsi atau peranan bahasa dalam menyalurkan maklumat

    atau mesej.

    10 muka surat

  • 12

    Bibliografi :

    Ali Haji, Raja, (1267 H/1850 M), Kitab Bustan al-Katibin li-Sibyan al-Mutaallimin, naskhah manuskrip dalam bentuk salinan foto berasaskan mikrofilem Universiti Malaya (M/F

    1668), berda-sarkan naskah koleksi Klinkert 107 Leiden University.

    ---------, (1274 H/1858 M), Kitab Bustan al-Katibin li-Sibyan al-Mutaallimin, naskhah cetakan litograf di Perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of London.

    Anwar, Moch. H.,(1990), Terjemahan Matan Alfiah Ibn Malik, Pt. al-Maarif, Bandung. Cik Putih Ismail, (1980), Bibliografi Tatabahasa Bahasa Melayu, stensilan Perpustakaan

    Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    Harimurti Kridalaksana, (1979) Suatu Rintisan Historiografi Linguistik Indonesia,

    Yokyakarta.

    ---------, (1982) Bunga Rampai Sejarah Studi Bahasa Indonesia, Fakultas Sastera Universitas

    Indonesia, Jakarta.

    ---------, (1983) "Bustanul Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa - Sumbangan Raja Ali

    Haji dalam Ilmu Bahasa Melayu", kertas kerja Hari Sastera Johor.

    Hasan Junus, (1988) Raja Ali Haji - Budayawan di Gerbang Abad XX, Universitas Islam

    Riau, Pekanbaru.

    Mohd Rashid Md Idris,(2012). Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid), Universiti Pendidikan

    Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

  • 13

    SEMESTER 2 SESI 2014 / 2015

    BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU

    BAHAGIAN D

    Falsafah Bahasa dalam karya agung Kitab Pengetahuan Bahasa

    (Raja Ali Haji)

    SEJARAH MELAYU SEBAGAI KARYA AGUNG

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    NORDIN BIN ZAKARIA D20112055993

    KUMPULAN : UPSI02(A142PJJ)

    PENSYARAH : DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

    PEMARKAHAN

  • 14

    KANDUNGAN

    1.0

    Pengenalan

    15

    2.0

    Konsep Dan Falsafah Dalam Kitab Pengetahuan

    Bahasa (Raja Ali Haji)

    15

    3.0

    Falsafah BAhasa Dalam Kitab Pengetahuan

    Bahasa (Raja Ali haji)

    18

    4.0

    Prinsip Kesempurnaan Bahasa Dalam Kitab

    Pengetahuan Bahasa (Raja Ali HAji)

    23

    5.0

    Rumusan

    24

    Bibliografi

    25

  • 15

    1.0 Pengenalan.

    Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan kamus loghat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga

    penggalan pertama serta kamus ekabahasa yang pertama di Nusantara yang dikarang oleh Raja

    Ali Haji. Raja Ali Haji memulai kandungan kitab ini dengan pengenalan tata- bahasa Melayu

    yang mirip dengan ilmu nahu (tatabahasa) Arab Karya tentang bahasa Melayu oleh Raja Ali Haji

    ini merupakan warisan yang amat berharga yang menjadi penyambung kepada tradisi pengajian

    bahasa dalam Islam yang bermula sejak awal Islam lagi. Kitab Pengetahuan Bahasa

    mengandungi ilmu-ilmu nahu (sintaksis), saraf (morfologi), qawaid (tatabahasa), mantiq (logik),

    balaghah (retorik), istidlal (pendalilan), kalam (penghujahan), perkamusan dan sebagainya. Kitab

    ini mempunyai tiga bahagian : bahagian pertama, Muqaddimah (Mukadimah), bahagian kedua,

    Bab al-Awal (Bab Pertama) dan bahagian ketiga ialah Bab al-Thani (Bab Kedua). Aspek yang

    dibincangkan dalam tugasan ini ialah morfologi, sintaksis dan semantik

    2.0 Konsep Dan Falsafah Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa (Raja Ali Haji)

    2.1 Maksud Falsafah

    Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang

    dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang lain. Falsafah juga

    didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui

    kebenaran yang hakiki. Berdasarkan Hashim Hj. Musa (1994), falsafah merupakan kajian secara

    renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang

    menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Berdasarkan pendapat-pendapat

    yang diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa ilmu falsafah ialah ilmu yang mengkaji dan

    meneliti objek yang abstrak dan logikal yang merupakan hakikat benda benda kejadian di alam

    semesta.

  • 16

    2.2 Falsafah Alam

    Falsafah alam ialah hubungkait antara manusia dan alam sekitarnya iaitu bagaimana manusia

    menggunakan kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan alam. Dalam pemikiran Hamka, alam

    membantu masyarakat untuk terus berpegang bahawa segala yang ada di seluruh alam ini telah

    terancang oleh Pencipta. Contoh falsafah alam yang terdapat dalam kitab pengetahuan bahasa

    ialah:

    2.2.1 onak- (ona)- sejenis tumbuhan di dalam hutan seperti jari dan panjang-panjang

    dikelilingi duri.

    2.2.2 Ulat- haiwan yang bulat-bulat panjang. Saiznya bermacam-macam, ada yang besar

    dan ada yang kecil.

    2.2.3 Ular- binatang yang panjang tiada kaki. Mempunyai bisa dan berbagai rupa serta

    nama. Ada yang tinggal di darat dan ada di air.

    2.3 Falsafah Islam

    Falsafah Islam ialah satu disiplin ilmu yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.

    Menerangkan pertalian antara manusia dengan penciptanya, antara manusia dengan manusia dan

    juga manusia dengan persekitarannya. Falsafah islam tidak dapat dipisahkan daripada dua

    sumber berautoriti iaitu al-quran dan as-sunnah. Dalam kitab pengetahuan bahasa, unsur falsafah

    Islam banyak ditulis dalam bab awal, iaitu bab 1. Antara perkara yang dibincangkan ialah Allah,

    Alif al-Nabi Ahmad, Alif Ahsab, Alif Ahbar, Alif Insan, Alif Awwali dan Alif Akhirat.

    2.4 Falsafah Keadilan

    Falsafah keadilan merupakan sesuatu perkara yang dilakukan berdasarkan hukuman atau

    undang-undang. Dalam kitab pengetahuan bahasa juga terselit unsur falsafah keadilan.

    Contohnya undang-undang iaitu aturan dan hukuman yang ditentukan oleh masing-masing

    kerajaan yang memelihara akan rakyat daripada aniaya serta menentukan hukuman bagi orang

    yang melakukan kesalahan.

  • 17

    2.5 Falsafah Melayu Berkaitan Adab

    Adab terdapat dalam konteks perilaku, perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun,

    kesusilaan, kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam

    kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian

    keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa kelakuan.Contoh falsafah

    Melayu berkaitan adab dalam kitab Pengetahuan Bahasa ialah Adab Kepada Allah, Adab

    Menuntut Ilmu, Adab kepada Ibu Bapa, Adab dengan ahli keluarga, Adab dengan sanak

    saudara dan sahabat handai dan Adab kepada orang yang baru dikenali.

    2.6 Falsafah Kekuasaan

    Dalam kitab pengetahuan Bahasa, terdapat falsafah kekuasaan yang berkaitan dengan kekuasaan

    golongan atasan seperti raja dan pembesar.contoh falsafah kekuasaan dalam kitab Pengetahuan

    Bahasa ialah aruk (aru) bermaksud orang-orang yang bercakap meneguhkan janji dengan

    rajanya atau menterinya dan hulubalang atau kepada panglima. Atau segala mereka itu bercakap

    dengan raja. Segala percakapan mereka haruslah patuh dan tidak boleh belot dan ingkar. Selain

    itu terdapat kata adinda- iaitu perbahasan halus di dalam surat-surat yang dibahaskan pada

    pangkat saudara yang muda, dan jika di luar merupakan panggilan bagi raja atau anak-anak raja.

    Penggunaan kata julang iaitu seseorang anak raja berkuda di atas bahu seseorang ketika

    berjalan.

    2.7 Falsafah Bahasa dari Sudut Nahu

    Semua bahasa yang terdapat di dunia mempunyai nahu atau tatabahasa yang tersendiri,

    terutamanya bahasa Melayu.Nahu merujuk kepada sistem atau susunan sesuatu bahasa. Bahasa

    terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Penggunaan nahu yang sempurna

    bermaksud penggunaan kata atau perkataan dan ayat yang betul dalam proses

    berbahasa. Contohnya penggunaan pantun yang terdapat dalam kitab Pengetahuan Bahasa

    merupakan salah satu penggunaan bahasa yang halus untuk menggambarkan sesuatu perkara

    sebagai contoh, perkataan jangak ada dua maksud iaitu orang yang suka berzina atau bermukah

  • 18

    dan orang yang melakukan pekerjaan jahat seperti merompak, menyamun dan mencuri serta

    membunuh untuk kepentingan diri.

    Contoh

    Jika tiada di dalam diri

    Pergilah merisau ke sana ke mari

    Harta orang diperi-peri

    Terkadang disamun terkadang dicuri (ms 391)

    3.0 Falsafah Bahasa Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa (Raja Ali haji)

    Model falsafah bahasa telah diperkenalkan oleh Mohd Rashid Md Idris dalam tesis Ph. D beliau

    pada 2007. Model ini merupakan gabungan dua teori iaitu Teori Relatif dengan Teori

    Kenuranian Bahasa. Bentuk bulatan ini memberi gambaran bahawa kita perlulah berbahasa

    secara sempurna (komprehensif) bukan sahaja daripada segi nahu, tetapi kesempurnaan juga

    perlu meliputi aspek makna dan tujuan. Bentuk ini juga secara tidak langsung menggambarkan

    peranan bahasa yang dapat memberikan gambaran keseluruhan kehidupan orang Melayu. Bentuk

    bulatan ini juga menggambarkan agama orang Melayu (Islam) yang perlu diamalkan secara

    sepenuhnya (holistik) dan bukan sekadar mengambil sebahagiannya sahaja. Kitaran budaya dan

    usia juga diibaratkan seperti roda yang adakalanya di atas dan adakalanya di bawah.

    3.1 Berbahasa mengikut nahu

    Nahu atau dikenali sebagai tatabahasa yang merujuk kepada sistem atau susunan sesuatu bahasa.

    Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Berbahasa mengikut

    nahu ini adalah prinsip pertama yang terkandung dalam Teori Falsafah bahasa. Prinsip ini

    menegaskan kepada kita bahawa pentingnya berbahasa dengan betul mengikut bahunya yang

    bertujuan agar maklumat yang mahu disampaikan itu mencapai objektfnya. Secara umumnya,

    aspek ini lebih menekankan kepada aspek tatabahasa dan makna ketika seseorang itu berbahasa.

  • 19

    Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa ini terdapat tiga jenis penggunaan nahu bahasa Melayu iaitu

    Isim, fiil, dan harf. Isim ialah kata nama. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012), kata nama

    ialah kata yang merujuk kepada nama orang, tempat atau benda. Raja Ali Haji dalam Kitab

    Pengetahuan Bahasa menghuraikan perkataan isim adalah nama tiap-tiap barang yang

    menunjukkan maknanya pada dirinya, tiada beserta dengan masa yang tiga, yakni: masa yang

    telah lalu, dan masa yang lagi akan datang dan masa hal sekarang ini. Isim ataupun nama dapat

    dibahagikan kepada dua iaitu isim nakirah dan isim marifah.

    Isim nakira ialah kata nama tak tentu. Isim nakirah dapat disamakan dengan kata nama am yang

    kita fahami atau nama yang melengkapi pada jenisnya dan yang melengkapi pada macamnya

    yang tiada tertentu kepada seseorang. Contohnya, Zaid lelaki, Umar lelaki dan Bakar pun lelaki

    juga. Isim marifah pula terbahagi kepada lima bahagian iaitu isim damir, isim al-alam, isim al-

    isyarah, isim mausul dan isim idafah. Isim damir dikenali sebagai kata ganti nama atau nama

    yang tersembunyi seperti aku, kami, engkau dan dia. Kedua, isim al-alam iaitu kata nama khas

    atau nama yang diketahui seperti nama orang, nama negeri dan lain-lain. Ketiga, isim al-

    isyarah iaitu kata tunjuk atau nama yang tiada ditentukan akan dia tetapi diisyaratkan seperti ini,

    itu, di sini, di sana dan di situ. Keempat, isim mausul atau kata ganti nama relatif iaitu

    maksudnya pada bahasa Melayu nama yang seperti yang ini dan yang itu. Kelima, isim idafah

    atau kata sandaran iaitu nama yang bersandar kepada sesuatu nama seperti penggunaan perkataan

    si dalam budak si Zaid dan penggunaan ku dalam budakku.

    Fi il juga dikenali sebagai kata kerja. Kata kerja ialah kata yang merujuk kepada perbuatan atau

    sesuatu yang dilakukan. Dalam Tatabahasa Dwan (2010), kata kerja ialah perkataan yang

    menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Fiil boleh dibahagikan kepada beberapa

    bahagian iaitu fiil madin, fiil mudari, fiil amr, fiil lazim, fiil mutaaddi, fiil naqis, fiil

    muqarabah, fiil puji dan cela, fiil syak dan yakin.

    Fiil madin atau kata kerja yang menunjukkan perbuatan yang telah lalu dan didahului oleh kata

    bantu seperti perkataan telah dan sudah. Seterusnya, fiil mudari atau kata kerja yang

    menunjukkan perbuatan yang berlaku seperti sedang, nanti dan akan. Ketiga, fiil amr atau kata

    kerja suruhan iaitu menuntut perbuatan, yakni menyuruh berbuat seperti berdirilah engkau dan .

  • 20

    3.2 Perbendaharaan Kata

    Perbendaharaan kata bahasa Melayu ialah meletakkan kedudukan sesuatu daripada segi martabat

    kewujudan, kejadian dan kemuliaan pada tempatnya yang tepat dan wajar. Terdapat tujuh

    perkataan yang merupakan kata kunci yang mendukung konsep-konsep teras tentang ilmu

    pengetahuan Melayu Islam. Kata-kata kunci merupakan sejumlah perkataan yang penting di

    dalam kosa kata sesuatu bahasa yang membentuk struktur pengkonsepsian (conceptualization)

    bagi masyarakat itu tentang alam semesta dan kewujudan seluruhnya. Antara kata-kata kunci itu

    terdapat sejumlah kata fokus yang bertindak sebagai pemusatan makna yang menjalinkan kata-

    kata kunci lain yang berkaitan dari segi maknanya, sehingga terbentuk satu medan maknanya

    tersendiri.

    Tujuh perkataan utama tersebut ialah Allah, al-Nabi (Ahmad), al-Ashab, al-Ahbar, al-Insan, al-

    Awwali (al-Dunia) dan al-Akhirat yang sebenarnya adalah konsep atau istilah yang merujuk

    kepada ilmu asasi atau fundamental yang dapat meletakkan pemahaman dan pengenalan yang

    benar terhadap taraf dan kedudukan yang tepat bagi segala sesuatu dalam seluruh kewujudan dan

    kejadian, iaitu dalam sistem ontologi dan kosmologi Melayu Islam. Raja Ali Haji mengatakan:

    ...apabila mengenal marifat yang tujuh dan pengetahuan yang tujuh yang sudah ersebut itu

    serta beriman akan dia, nescaya sempurnalah akalnya dan berbedalah ia dengan binatang pada

    pihak pengetahuannya (kitab pengetahuan bahasa: xxii ).

    Oleh kerana ketujuh-tujuh perkataan ini begitu penting kedudukannya dalam bahasa Melayu,

    maka Raja Ali Haji meletakkannya dalam bab tersendiri iaitu Bab pertama: Al-Bab Al-Awwal,

    manakala perkataan-perkataan lain semuanya diletakkan dalam bab-bab seterusnya. Menurut

    Raja Ali Haji, perkataan perkara dan yang paling utama daripada tujuh perkataan itu ialah Allah

    iaitu nama zat Tuhan Yang Maha Tinggi yang wajib wujud dengan sifat-sifatNya yang Maha

    Sempurna yang merupakan puncak dalam martabat kewujudan yang daripada Nya segala wujud

    yang nisbiyyah (relatif), iaitu segala makhluk ini bergantung untuk wujud.

    Perkataan kedua ialah al-Nabi iaitu Ahmad nama yang lain bagi Nabi Muhammad s.a.w sebagai

    Pesuruh atau Rasul Allah untuk menyampaikan dan mengajar umat manusia ilmu yang benar

    daripada Allah s.w.t, iaitu agama Islam yang yang boleh membawa manusia kepada kebahagiaan

    dan kejayaan yang hakiki dan berkekalan. Perkataan ketiga pula ialah al-Ashab, iaitu para

  • 21

    sahabat r.a kepada Rasulullah s.a.w yang merupakan masyarakat Islam yang pertama yang

    menerima dan mengamalkan sepenuhnya segala ilmu yang benar itu, iaitu Islam dan

    menyebarkannya, supaya menjadi contoh teladan dalam bentuk prinsip, dan lunas-lunas asasi

    cara hendak mengamalkan Islam kepada generasi yang menuruti mereka sehingga ke akhir

    zaman.

    Perkataan keempat ialah al-Ahbar iaitu semua alim ulama yang muktabar yang menjadi pewaris

    dan penyebar agama Islam daripada satu generasi kepada satu generasi sehingga ke akhir zaman.

    Kelima ialah al-Insan iaitu manusia dengan hakikat kejadiannya yang mempunyai jasad, akal dan

    kalbu, merupakan makhluk yang menjadi lokus atau objek yang layak untuk menanggung dan

    menzahirkan agama Islam di atas dunia ini sebagai satu amanah, dan yang akan menerima

    balasan setimpal daripada pelaksanaan amanat itu di akhirat nanti.

    Perkataan keenam pula ialah al-Awwali yakni dunia iaitu tempat dan juga satu tahap kehidupan

    manusia yang mengandungi segala perbuatan dan kelakuan manusia sebelum mati yang tiada

    berguna kepada akhirat walaupun nampaknya amalan akhirat. Namun ada dunia yang berupa

    akhirat iaitu lidah yang berzikir, membaca al-Quran dan menyuruh orang kepada yang maruf

    dan nahi mungkar, memberi nasihat untuk kebaikan diri dan orang lain. Dunia juga merupakan

    tempat dan waktu segala amal perbuatan manusia dicatat dan sesudah dihisab di akhirat akan

    diberi balasan yang setimpalnya.

    Perkataan ketujuh dan terakhir adalah al-Akhirat yang menurut Raja Ali Haji adalah ...

    kesudah-sudahan pekerjaan manusia dan perjalanan anak adam. (kitab pengetahuan bahasa: 42),

    iaitu bermula daripada keluarnya roh daripada badannya (mati), masuk ke alam Barzakh (kubur),

    kebangkitan di Mahsyar, penghisaban (al-Mizan), menyeberangi Titian Sirat al-Mustaqim, dan

    akhirnya pembalasan dan penempatan yang muktamad, iaitu syurga bagi ahl al-saadah (yang

    beruntung) dan neraka bagi ahl al-shaqawah (yang celaka).

    3.3 Kosa kata

    Kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa. Kosa kata dapat dibahagikan kepada

    kosa kata umum dan kosa kata istilah,. Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum

  • 22

    seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah pula

    adalah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai

    dalam sesuatu bidang pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam

    bidang sains politik.

    Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa terdapat banyak kosa kata. Raja Ali Haji telah menghuraikan

    makna dan penggunaan kosa kata bahasa Melayu tersebut, iaitu bermula daripada perkataan yang

    berhuruf atau berabjad alif, tetapi hanya sehingga berabjad ca sahaja dan tidaksehingga ke akhir

    abjad, iaitu perkataan yang berabjad ya. Kosa kata-kosa kata yang terdapat dalam kitab

    pengetahuan bahasa ini ada yang mempunyai makna yang sama dan makna yang berbeza dengan

    kamus-kamus bahasa yang lain.

    Perkataan yang mempunyai makna yang sama antara Kitab Pengetahuan Bahasa dah kamus lain

    adalah perkataan tutuh. Tutuh dalam Kitab Pengetahuan Bahasa bermaksud sesuatu daripada

    rumah atau perahu dan lainnya yang sudah jadi kemudian maka dirosakkan kerana sesuatu

    maksud. Terdapat juga imbuhan dalam perkataan tutuh iaitu menutuh iaitu orang yang menutuh,

    ditutuh adalah sesuatu yang kena tutuh, bertutuh iaitu sudah kena tutuh manakala tutuhi

    bermaksud orang menyuruh menutuh. Manakala dalam Kamus Dewan edisi Keempat (2010),

    tutuh juga mempunyai makna yang sama dengan Kitab Pengetahuan Bahasa. Tetapi terdapat

    juga pengertian lain seperti memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas.

    Seterusnya, jemba pula dalam Kitab Pengetahuan Bahasa bermaksud bermakna dengan makna

    datang mengunjungi, maka tatkala dikasarkan jadi jemba sebab kerana marahkan atau kerana

    benci, seperti ada seseorang yang lebih pangkatnya mengata marah akan yang kurang

    pangkatnya daripadanya, sebab tiada datang-datang mengadap akan dia, maka katanya kepada

    seseorang Apa sebab maka engkau menjemba aku ke mari; di dalam beberapa bulan ini tiada

    pernah menampakkan menjemba muka kepada aku ini.

    Ulas juga mempunyai makna yang sama antara Kitab Pengetahuan Bahasa dengan kamus lain

    iaitu Kamus Dewan edisi Keempat. Perkataan ulas ada dua makna iaitu yang pertama, ulas tilam

    dan gerai dengan kain yang indah-indah, pada ketika hendak dipakai pada pekerjaan pengantin

    atau tidak maka bernamalah ulas, iaitu bungkus menutup pada iringan gerai atau tilam itu.

    Makna yang kedua ialah isi buah-buahan yang berulas seperti nangka dan yang lainnya yang

  • 23

    sejenis, maka disebut orang seulas atau dua ulas jadi bermaknalah dengan makna sebiji atau dua

    biji atau sebutir atau dua butir umpamanya. Dalam Kamus Dewan edisi Keempat ini ada lagi

    penambahan mengenai maksud ulas iaitu orang yang menghuraikan (mengupas sesuatu),

    jurutafsir serta penghubung, sambung dan sambungan.

    4.0 Prinsip Kesempurnaan Bahasa Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa (Raja Ali HAji)

    Nahu atau dikenali sebagai tatabahasa yang merujuk kepada sistem atau susunan sesuatu bahasa.

    Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Berbahasa mengikut

    nahu ini adalah prinsip pertama yang terkandung dalam Teori Falsafah bahasa. Prinsip ini

    menegaskan kepada kita bahawa pentingnya berbahasa dengan betul mengikut bahunya yang

    bertujuan agar maklumat yang mahu disampaikan itu mencapai objektfnya. Secara umumnya,

    aspek ini lebih menekankan kepada aspek tatabahasa dan makna ketika seseorang itu berbahasa.

    Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa ini terdapat tiga jenis penggunaan nahu bahasa Melayu iaitu

    Isim, fiil, dan harf. Isim ialah kata nama. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012), kata nama

    ialah kata yang merujuk kepada nama orang, tempat atau benda. Raja Ali Haji dalam Kitab

    Pengetahuan Bahasa menghuraikan perkataan isim adalah nama tiap-tiap barang yang

    menunjukkan maknanya pada dirinya, tiada beserta dengan masa yang tiga, yakni: masa yang

    telah lalu, dan masa yang lagi akan datang dan masa hal sekarang ini. Isim ataupun nama dapat

    dibahagikan kepada dua iaitu isim nakirah dan isim marifah.

    Isim nakira ialah kata nama tak tentu. Isim nakirah dapat disamakan dengan kata nama am yang

    kita fahami atau nama yang melengkapi pada jenisnya dan yang melengkapi pada macamnya

    yang tiada tertentu kepada seseorang. Contohnya, Zaid lelaki, Umar lelaki dan Bakar pun lelaki

    juga.

    Isim marifah pula terbahagi kepada lima bahagian iaitu isim damir, isim al-alam, isim al-

    isyarah, isim mausul dan isim idafah. Isim damir dikenali sebagai kata ganti nama atau nama

    yang tersembunyi seperti aku, kami, engkau dan dia. Kedua, isim al-alam iaitu kata nama khas

    atau nama yang diketahui seperti nama orang, nama negeri dan lain-lain. Ketiga, isim al-

    isyarah iaitu kata tunjuk atau nama yang tiada ditentukan akan dia tetapi diisyaratkan seperti

  • 24

    ini, itu, di sini, di sana dan di situ. Keempat, isim mausul atau kata ganti nama relatif iaitu

    maksudnya pada bahasa Melayu nama yang seperti yang ini dan yang itu. Kelima, isim idafah

    atau kata sandaran iaitu nama yang bersandar kepada sesuatu nama seperti penggunaan perkataan

    si dalam budak si Zaid dan penggunaan ku dalam budakku.

    5.0 Rumusasn

    Kitab Pengetahuan Bahasa mengandungi huraian mengenai perbendaharaan kata bahasa Melayu

    yang mana ianya meletakkan kedudukan sesuatu daripada segi martabat kewujudan, kejadian dan

    kemuliaan pada tempatnya yang tepat dan wajar. Dalam kitab pengetahuan bahasa ini juga

    dihuraikan dengan ringkas tentang nahu bahasa melayu berdasarkan konsep, istilah, dan huraian

    nahu bahasa Arab. Raja Ali Haji juga menghuraikan makna dan penggunaan kosa kata bahasa

    Melayu iaitu bermula daripada perkataan yang berhuruf abjad alif sehingga berabjad ca sahaja.

    Model Falsafah Bahasa cuba mengetengahkan satu situasi yang lebih jelas mengenai perlunya

    seseorang itu menggunakan alat-alat artikulasi yang dikurniakan Allah dengan cara yang betul.

    Terdapat tiga prinsip asas dalam kesempurnaan kegiatan berbahasa. Pertama, berbahasa

    mengikut nahunya agar maksud yang hendak disampaikan itu mencapai objektifnya. Kedua,

    berbahasa untuk menyampaikan maklumat atau fakta yang betul dan benar. Manakala ketiga

    ialah berbahasa untuk tujuan ibadah atau mentauhidkan Allah (Mohd Rashid Md Idris, 2010:

    16).

    Hal ini jelas menunjukkan bahawa Raja Ali Haji menggunakan bahasa sebagai perantaraan untuk

    menyampaikan maklumat atau mesej sepertimana yang telah ditekankan dalam prinsip falsafah

    bahasa yang dikemukakan oleh Mohd Rashid Md Idris (2011) iaitu bahasa yang akan

    dibincangkan tidak tertumpu kepada struktur luarannya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis

    tetapi perbincangan berfokus kepada fungsi atau peranan bahasa dalam menyalurkan maklumat

    atau mesej. Selain menghasilkan kamus bahasa Melayu, tujuan Raja Ali Haji menulis kitab ini

    juga adalah untuk membentuk masyarakat yang beradab sopan dalam setiap perkara dan

    membolehkan masyarakat Melayu memperoleh ilmu sebenar.

    10 muka surat.

  • 25

    Bibliografi :

    Ali al-Khuli, Muhammad, Dr., (1982) A Dictionary of Theorecti-cal Linguististics: English-

    Arabic with Arabic-English Glos-sary, Librairie du Liban, Beirut.

    Ali Haji, Raja, (1267 H/1850 M), Kitab Bustan al-Katibin li-Sibyan al-Mutaallimin, naskhah manuskrip dalam bentuk salinan foto berasaskan mikrofilem Universiti Malaya (M/F

    1668), berda-sarkan naskah koleksi Klinkert 107 Leiden University.

    Anwar, Moch. H.,(1990), Terjemahan Matan Alfiah Ibn Malik, Pt. al-Maarif, Bandung. Cik Putih Ismail, (1980), Bibliografi Tatabahasa Bahasa Melayu, stensilan Perpustakaan

    Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    A. Samad Ahmad, 2003. Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Abdullah bin Abdul Kadir munsyi (diperkenalkan oleh Kassim Ahmad), 2004. Hikayat

    Abdullah. Selangor Darul Ehsan: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

    Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Perak: Universiti

    Pendidikan Sultan Idris

    Harimurti Kridalaksana, (1979) Suatu Rintisan Historiografi Linguistik Indonesia,

    Yokyakarta.

    Haron Daud (1989). Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Dewan

    Bahasa Dan Pustaka: Selangor.

    Hashim Hj. Musa (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

    Pustaka.

    Raja Ali Haji (Dikaji dan Diperkenalkan Oleh: Hashim Musa), 2010. Kitab Pengetahuan Bahas

    Yayasan Karyawan: Kuala Lumpur

    Siti Hawa Haji Salleh (Penyelenggara), 1992. Bustan Al-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.