Karya agung melayu

81
BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU PENSYARAH: DR. MOHD. RASHID BIN MD. IDRIS AHLI KUMPULAN:

description

SEKADAR PERKONGSIAN

Transcript of Karya agung melayu

BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU

PENSYARAH: DR. MOHD. RASHID BIN MD. IDRIS

AHLI KUMPULAN:

KETOKOHAN PENGARANG KARYA AGUNG

1. Hamzah Fansuri2. Syamsuddin al-Sumaterani3. Tun Seri Lanang4. Raja Ali Haji5. Abdul Samad al-Falambani6. Munsyi Abdullah

PENGENALANo Karya agung merupakan karya klasik yang

telah meninggalkan kesan yang banyak kepada masyarakat dari pelbagai aspek. Sebagai contoh meninggalkan kesan dalam bidang seni, ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang kekal dalam ingatan masyarakat.

o Dalam dunia ketamadunan Melayu sendiri telah memperlihatkan banyak karya agung dihasilkan oleh tokoh-tokoh yang terkenal.

o Samsuddin al-Sumaterani, Hamzah Fansuri, Tun seri Lanang, Raja Ali Haji, Abdullah Munsyi dan Sheikh Abdul Samad Al-Falambani.

Hamzah Fansuri

Biografi, peranan dan sumbangan

Latar Belakang

• Hamzah Fansuri merupakan seorang cendekiawan, ulama tasawuf, sasterawan dan budayawan yang terkemuka.

• Beliau merupakan seorang pujangga Melayu yang terkenal pada zaman kesultanan Acheh.

• Beliau dilahirkan di Fansur, Sumatera.• Beliau hidup antara pertengahan abad ke-16 hingga awal abad

ke-17.• Beliau mendapat pendidikan di merata tempat seperti di Jawa,

Tanah Melayu, India, Parsi dan negara-negara Arab.• Sekembalinya ke Acheh, beliau menjadi guru agama pada

zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah ( 1588-1604).  Salah seorang pelajarnya ialah Syamsuddin Al-Sumaterani.

• Beliau juga pernah menjadi penasihat kepada Sultan Acheh dan banyak membantu beliau dalam hal pentadbiran negeri.Warna Sari Sastera Melayu

Tradisional (2008:297)

Warna Sari Sastera Melayu Tradisional (2008:297)

• Hamzah Fansuri mengikut fahaman Qadiriah.• Fahaman ini turut dipegangi oleh Ibn Arabi,

Syeikh Abdul Kadir Jailani, Al-Bustami dan Shahrul Tabriz.

• Beliau mengikuti aliran Wahdatul-Wujud dan mengembangkannya dengan bantuan anak muridnya, iaitu Shamsuddin Al-Sumaterani.

• Beliau merupakan cendekiawan pertama yang mencetuskan kegiatan penulisan pengetahuan keislaman di Acheh.

• Aliran ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga kedatangan Syeikh Nuruddin Al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel.

Sumbangan

• Dalam bidang ilmu sosial, Hamzah Fansuri telah mempelajari penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang bersifat ilmiah.

• Sebelum karya-karya beliau muncul, masyarakat muslim Melayu mempelajari masalah-masalah agama, tasawuf dan sastra melalui kitab-kitab yang ditulis di dalam bahasa Arab atau Persia.

• Masalah dan kekeliruan dapat diatasi dengan penghasilan kitab-kitab yang menggunakan bahasa Melayu.

Ilmu Sosial

Hamzah Fansuri : Risalah Tasawuf dan Puisi-puisinya (1995:14)

Ilmu sastera

• Dalam bidang sastera, Hamzah Fansuri mempelopori penulisan puisi-puisi falsafah dan mistik bercorak Islam.

• Kedalaman kandungan puisi-puisinya sukar ditandingi oleh penyair lain yang sezaman ataupun sesudahnya.

• Penulis-penulis Melayu pada abad ke-17 dan 18 kebanyakannya berada di bawah bayang-bayang kegeniusan Hamzah Fansuri.

http://hanputra.blogspot.com/2012/07/sheikh-hamzah-fansuri-pemikirannya.html

Ilmu Bahasa

http://hanputra.blogspot.com/2012/07/sheikh-hamzah-fansuri-pemikirannya.html

• Dalam bidang bahasa, Syeikh Hamzah Fansuri telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu daripada lingua franca kepada bahasa intelektual dan bahasa ilmu.

• Kedudukan bahasa Melayu dalam bidang penyebaran ilmu dan persuratan menjadi sangat penting dan mengungguli bahasa-bahasa Nusantara yang lain, termasuk bahasa Jawa yang sebelumnya telah jauh lebih berkembang.

• Syeikh Hamzah Fansuri telah berjaya dalam proses Islamisasi bahasa Melayu.

http://hanputra.blogspot.com/2012/07/sheikh-hamzah-fansuri-pemikirannya.html

• Islamisasi bahasa adalah sama dengan Islamisasi pemikiran dan kebudayaan. Buktinya, dalam 32 bait-bait syairnya sahaja terdapat lebih kurang 700 kata pinjaman daripada bahasa Arab.

• Hal ini bukan sahaja memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu, tetapi dengan demikian juga mengintegrasikan konsep-konsep Islam dalam kehidupan ke dalam sistem bahasa dan budaya Melayu.

• Hamzah Fansuri mempelopori penulisan puisi-puisi Islam bercorak kesufian,mistik,metafizik dan pembicaraan terhadap hubungan insan dengan manusia dan pencipta-Nya.

• Kedalaman kandungan puisi-puisinya sukar ditandingi oleh penyair lain yang sezaman atau selepasnya.

• Beliau juga telah mendirikan banyak madrasah dan mempunyai ramai pengikut.

http://kmtppuintan.blogspot.com/2011/08/hamzah-al-fansuri.html

• Hamzah Fansuri banyak menghasilkan karya berbentuk prosa. Contohnya :

~ Syarab al-Asyikin~ Asrar al-Arifin fi bayan ilmu al-suluk wal

Tauhid• Kitab Syarab al-Asyikin merupakan kitab tasawuf yang

pertama ditulis dalam bahasa Melayu yang membicarakan syariat, tarekat, hakikat, makrifat dan zat tuhan. Kitab ini mengajak masyarakat mencapai makam yang tertinggi dalam hubungan dengan Tuhan.

• Kitab Asrarul Ariffin pula merupakan sebuah kitab tasawuf yang membicarakan tentang akidah menurut aliran Wahdatul Wujud.

Karya Prosa

http://kmtppuintan.blogspot.com/2011/08/hamzah-al-fansuri.html

Warna Sari Sastera Melayu Tradisional (2008:297)

Karya Puisi

• Hamzah Fansuri adalah seorang penyair yang tajam penanya.

• Syair hasil garapannya mempunyai kias dan perlambangan yang menjadi panduan manusia.

• Puisinya yang terkenal adalah seperti berikut:~ Syair Burung Pungguk~ Syair Dagang~ Syair Sidang Fakir~ Syair Burung Pinggai~ Syair Perahu

Warna Sari Sastera Melayu Tradisional (2008:298)

• Syair Perahu melambangkan tubuh manusia yang dilambangkan sebagai perahu yang belayar di lautan. Pelbagai rintangan akan dihadapi dan pelayaran tersebut mestilah berpaksikan kepada kalimah Allah.

• Syair Burung Pinggai pula menceritakan mengenai pengembaraan jiwa atau roh dalam mencari kesempurnaan diri. Kesempurnaan diri ini bergantung pada jiwa yang kembali ke hakikat asalnya, iaitu cahaya.

Warna Sari Sastera Melayu Tradisional (2008:298)Tafsir Puisi Hamzah Fansuri dan Karya-karya Shufi (1996:26)

• Kesimpulannya, Hamzah Fansuri merupakan tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan sastera Melayu dalam bidang prosa dan puisi.

• Falsafah ketuhanan yang dipaparkan bukan sahaja mampu memantapkan dan mengukuhkan masyarakat mengenai hal ehwal islam, tetapi turut memberi penjelasan kepada mereka melalui kitab-kitab yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

SYAMSUDDIN AL-SUMATERANI

Biografi, peranan dan sumbangan

o Sheikh Shamsuddin al-Sumatrani merupakan seorang ahli sufi/ulama, penulis dan ahli tasawuf Indonesia.

o Beliau merupakan anak murid kepada Syeikh Hamzah al-Fansuri.

o Beliau juga dikenali sebagai Samsuddin Pasai yang berkemungkinan orang tuanya berasal dari Pasai.

o Dilahirkan dan dibesarkan di Pasai.o Al-Sumatrani yang membawa maksud beliau berasal dari

Sumatera Indonesia.o Beliau merupakan pengikut Mazhab Shafie dan membawa

ajaran tasawuf Hamzah Fansuri.o Beliau juga terkenal dengan salah seorang pendukung kuat

fahaman Martabat Tujuh atau Wahdatul Wujud.o Beliau telah meninggal dunia dan dimakamkan di Melaka.

Latar Belakang

http://karami-suaraku.blogspot.com/2010/05/shamsuddin-pasai.html

Lembaran Pertama yang ditulis

MAKAM

Sumbangan

• Seperti gurunya, Hamzah Fansuri, Samsuddin gemar menulis untuk menyampaikan ilmu.

• Banyak kitah karangannya beliau dibakar bersama kitab gurunya.

http://merahsilu.blogspot.com/2007/05/sheikh-shamsuddin-al-sumatrani.html

http://merahsilu.blogspot.com/2007/05/sheikh-shamsuddin-al-sumatrani.html

Karya-karya lain:• Miratul Mukminin (Cermin

Perbandingan Bagi Orang-orang Mukmin)

• Jauhar Haqaaiq (Permata Kebenaran)• Risalatul Baijin Mulahadhatil

Muwahhiddin Alal Mulhidi fi Zikrillah (Tinjauan Ahli-ahli Tauhid Terhadap Orang-orang Yang Sesat Mengingati Allah)

• Kitabul Harakah (Mengenai Ilmu Bahasa)

• Nurul Daqaaiq (Cahaya yang Murni)• Miratul Iman (Cermin Keimanan)• Syarah Miratul Qulub (Uraian

Tentang Cermin Segala Hati)• Kitab Tazyim• Syar’ul Ariffin ( Jalan Orang Arif

Budiman)• Kitabul Ushulut Tahqiq ( Kitab Dasar-

dasar Penguat)

• Miratul Haqiqah (Cermin Hakikat)• Kitabul Martabah (Kitab Tentang

Martabat Manusia)• Risalatul Wahhab ( Risalah Tentang

Maha pemberi)• Miratul Muhaqqiqin (Cermin Para

Ahli Pembukti)• Tanbihul’lah (Peringatan Allah)• Syarah Ruba’i Hamzah Fansuri

(Uraian dan tafsir tentang karya Hamzah Fansuri berjudul Ruba’i Fansuri)

http://karami-suaraku.blogspot.com/2010/05/shamsuddin-pasai.html

http://karami-suaraku.blogspot.com/2010/05/shamsuddin-pasai.html

• Kitab Jawahirul Haqaiq, 30 halaman dan berbahasa Arab merupakan karya beliau yang paling lengkap. Karya ini telah disunting oleh Van Nieuwhuijze. Kitab ini menyajikan pengajaran tentang martabat tujuh dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Risalah Risalatul Baiyin Mulahazatil Muwahhidin ‘alal Muhtadi fi Zikrillah, lapan halaman dan berbahasa Arab ini juga merupakan karya yang disunting oleh Van Nieuwhuijze. Risalah ini menerangkan tentang perbezaan pandangan kaum mulhid dengan kaum bukan mulhid.

Kitab Jawahirul Haqaiq

http://karami-suaraku.blogspot.com/2010/05/shamsuddin-pasai.html

Kitab Mir’atul Mu’minin

• Mir-atul Mu’minin pula yang berbahasa Melayu telah disunting oleh Van Nieuwhuijze ini menjelaskan ilmu tentang keimanan kepada Allah, para rasul, kitab-kitab, para malaikat, hari akhirat dan qada’ qadarnya. Jadi pengajaran dalam karya ini membicarakan hal-hal akidah yang diamalkan oleh ahli sinnah wal jamaah. Syarah Ruba'i Hamzah Fansuri 24 halam yang berbahasa Melayu ini merupakan ulasan daripada 39 bait atau 156 baris syair Hamzah Fansuri. Isinya menjelaskan tentang pengertian kesatuan yang wujud ( wahdat al-wujud).

• Syeikh Syamsuddin as-Sumatrani berguru dengan Syeikh Hamzah al-Fansuri.

• Syeikh Hamzah banyak membuat syair-syair yang ada juga mengisahkan tentang kekecewaannya terhadap perilaku sultan, bangsawan, dan orang-orang kaya yang tamak kepada masyarakat Aceh pada zamannya.

• Mengembangkan ajaran tasawuf dalam masyarakat secara luas serta melalui publikasi tulisan-tulisannya dalam pelbagai bentuk.

Penyambung aktiviti Hamzah Fansuri

http://muhibmahbub.blogspot.com/2007/07/syeikh-syamsuddin-abdullah-as-sumatra-i.html

Aktiviti penulisan dan pengetahuan

http://muhibmahbub.blogspot.com/2007/07/syeikh-syamsuddin-abdullah-as-sumatra-i.html

• Keislaman di Aceh memang dimulai oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri dan seterusnya dilanjutkan oleh Syeikh Syamsuddin as-Sumatrani sebagai muridnya yang sememangnya telah diperakui oleh semua penulis.

• Perbicaraan martabat tujuh dimulai dari Syeikh Hamzah Al-Fansuri, turun kepada Syeikh Syamsuddin As-Sumatrani, turun kepada Syeikh Abdur Rauf Bin Ali Al-Fansuri dan lain-lain.

• Terdapat dua karya syeikh Syamsuddin As-Sumatrani yang disebut oleh Syeikh Asdus Shamad Al-Falimbani dalam karya besarnya itu, kedua-dua kitab itu Ialah Jawahirul Haqa-Iq dan Tanbihut Thullab Fi Ma’rifatil Malikil Wahhab.

Tun Seri Lanang

Biografi, peranan dan sumbangan

• 1565 Masihi - Tun Muhmmad atau Tun Sri Lanang lahir di Seluyut Johor

Lama.

• Sekitar 1575-1613 Masihi - Menjadi bendahara kepada dua sultan bagi kerajaan

Johor Lama yang bernama Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570/71-1597M) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615M).

• 13 Mei 1612 Masihi - Menerima titah untuk mengarang kitab Sulalatus Salatin.

Latar Belakang

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

Tun Seri Lanang Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional (2008:49)

• Mei 1613 Masihi - Berlaku peristiwa Perang Batu Sawar

yang melibatkan serangan tentera Aceh ke atas ibu kota Kesultanan Johor Lama.

- Sultan Johor iaitu Sultan Alauddin, Raja Abdullah, Bendahara Tun Seri Lanang, panglima serta orang-orang besar Johor telah ditawan dan dibawa balik ke negeri Aceh.

- Sultan Johor kemudiannya telah pulang ke Johor sementara Tun Seri Lanang terus tinggal di Aceh.

Peristiwa Perang Batu SawarTun Seri Lanang Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional (2008:32)

• 1613 Masihi - Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah

melantik Tun Seri Lanang sebagai Uleebalang Kenegerian Samalangga, iaitu bersifat pemerintah otonomi dalam sebuah jajahan Kesultanan Aceh.

• Sehingga 1659 Masihi - Tun Seri Lanang juga telah dilantik sebagai

penasihat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani (putera Pahang yang menjadi Sultan Aceh) dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (permaisuri Sultan Iskandar Thani) dengan gelar Orang Kaya Dato’ Bendahara Sri Paduka Tun Seberang.

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

• 1659 Masihi * Tun Seri Lanang meninggal dunia di L

amcok Samalanga, Aceh. * Selepas kemangkatan Tun Seri Lanang, beliau menurunkan jurai keturunan melalui Tun Rembau yang diangkat menjadi Panglima Bandar Darussalam, Samalanga dan menjadi pemeritah otonomi di sana.* Sebahagian lagi zuriatnya kembali ke Johor lalu ditakdirkan menjadi Raja-raja Melayu khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor Moden sehingga ke hari ini. * Makam Tun Seri Lanang telah dipugar dan dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga dan sentiasa dikunjungi oleh peminat dan pengkaji sejarah, khususnya dari Malaysia dan Indonesia.

Tun Seri Lanang Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional (2008:86)

Peranan dan Sumbangan

- Pada 1570M hingga 1597M, beliau telah menjadi bendahara di bawah pemerintahan Sultan Ali Jalil Shah II - Pada 1597M hingga 1615M, beliau telah menjadi bendahara di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah III.

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

Menjadi Bendahara Kerajaan

Johor Lama

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

• Beliau telah bertanggungjawab dengan mengembangkan agama islam di Semenanjung Melayu hingga ke tanah seberang ketika diberi kepercayaan memerintah Samalanga, Aceh, Indonesia pada tahun 1645M. Penyebaran agama Islam telah berlaku dengan luas dalam tempoh pemerintahan beliau di Aceh.

Menjadi Bendahara Kerajaan

Johor Lama

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

Menjadi Paduka Raja

Samalangga

• Tun Seri Lanang menetap di Acheh dilantik oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sebagai Uleebalang Kenegerian Samalangga.

• Semasa pemerintahan beliau sebagai seorang Uleebalang yang digelar Paduka Raja Samalangga.

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

Menjadi Penasihat

Sultan Acheh

• Tun Seri Lanang dilantik sebagai penasihat kepada tiga orang Sultan Acheh iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M).

• Semasa di Acheh, Tun Seri Lanang turut digelar Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

Pengarang Sulalatus Salatin

• Pada Mei 1612M, Tun Seri Lanang telah menerima titah Raja Abdullah supaya mengarang Sulalatus Salatin.

• Selepas menerima titah daripada Raja Abdullah, Tun Seri Lanang memulakan penulisan kitab Sulalatus Salatin di Batu Sawar, Kesultanan Johor Lama dalam tahun 1612M. Penulisan kitab Sulalatus Salatin dikarang disebabkan beberapa faktor.

ABDUL SAMAD AL-FALAMBANI

Biografi, peranan dan sumbangan

• Nama penuhnya ialah Syeikh Abdul Samad bin Abdullah al-Jawi al-Falimbani.

• Juga disebut sebagai Sayyid Abdul al-Samad bin Abdul Rahman al-Jawi.

• Dilahirkan pada 1116H/1704M di Palembang.

• Ayah beliau, Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani berketurunan Arab dari Yaman pernah menjadi Mufti Kedah pada awal abad ke-18.

Latar Belakang

http://pondok1msia.org.my

• Ibunya, Radin Rianti berasal dari Palembang.

• Sebelumnya, Sheikh Abdul Jalil pernah menikahi Wan Zainab, puteri Dato’ Sri Maharaja Dewa di Kedah.

• Mendapat pendidikan asas daripada ayahnya di Kedah.

• Kemudian, beliau dihantar ke pondok di daerah Patani untuk mendalami agama Islam dan berguru dengan Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok.http://pondok1msia.org.my

• Juga mempelajari ilmu sufi daripada Syeikh Muhammad bin Samman.

• Mendalami kitab-kitab tasawuf daripada Syeikh Abdul Rauf Singkel dan Syamsuddin al-Sumaterani dari Acheh.

• Beliau dihantar ke Tanah Arab oleh bapanya untuk melanjutkan pelajaran.

http://www.sarjanaku.com/2011/11/tokoh-tokoh-tasawuf-di-indonesia.html

• Beliau menekuni ilmu selama 30 tahun di Mekah dan Madinah serta menjadi teman seperguruan dengan Muhammad Arsyad al-Banjari, Abdul Wahhab Bugis, Abdul Rahman al-Batawi dan Daud al-Fatani yang kesemuanya menjadi ulama Nusantara.

• Mempunyai kecenderungan dalam bidang ilmu tasawuf sehingga sanggup mencari guru lain dan membaca kitab-kitab tasawuf yang tidak diajarkan oleh gurunya. http://www.sarjanaku.com/2011/11/tokoh-tokoh-tasawuf-di-indonesia.html

• Pernah mempelajari ilmu tarekat Khalwatiyyah dan Sammaniyyah di Madinah daripada Syeikh Muhammad al-Samman.

• Diberi kepercayaan untuk mengajar murid-murid al-Sammani yang berketurunan Arab asli.

• Oleh sebab itu, beliau banyak dipengaruhi oleh idea-idea al-Sammani.

http://www.sarjanaku.com/2011/11/tokoh-tokoh-tasawuf-di-indonesia.html

• Semasa di Haramyn, tulisan-tulisan Syeikh Abdul Samad banyak mengajak umat Islam berjihad melawan penjajah Eropah selain turut menyebarkan ajaran sufisme.

• Berperanan aktif dalam menyelesaikan dua persoalan pokok di Nusantara iaitu dakwah Islamiyah dan kolonialisme Barat.

http://www.sarjanaku.com/2011/11/tokoh-tokoh-tasawuf-di-indonesia.html

Peranan

• Karyanya yang terbesar Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al-’Alamin, siap ditulis di Taif pada tahun 1778.

• Memuatkan terjemahan Lubab Ihya’ Ulum al-Din karya Al-Ghazali.

• Selain itu, kitab Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin menunjukkan transformasi ulama abad ke-18.

http://pondok1msia.org.my

Sumbangan

• Kitab-kitab lain:1. Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit

Tauhid, 1178 H/1764 M.2. Risalah Pada Menyatakan Sebab Yang

Diharamkan Bagi Nikah, 1179 H/1765 M.3. Al-‘Urwatul Wutsqa wa Silsiltu Waliyil

Atqa.4. Ratib Sheikh ‘Abdus Shamad al-

Falimbani.5. Nashihatul Muslimina wa Tazkiratul

Mu’minina fi Fadhailil Jihadi wa Karaamatil Mujtahidina fi Sabilillah.

http://pondok1msia.org.my

6. Ar-Risalatu fi Kaifiyatir Ratib Lailatil Jum’ah.7. Mulhiqun fi Bayani Fawaidin Nafi’ah fi Jihadi fi Sabilillah.8. Zatul Muttaqin fi Tauhidi Rabbil ‘Alamin.9. ‘Ilmut Tasawuf.10. Mulkhishut Tuhbatil Mafdhah minar

Rahmatil Mahdah ‘Alaihis Shalatu was Salam.

11. Kitab Mi’raj, 1201 H/1786 M.12. Anisul Muttaqin.13. Puisi Kemenangan Kedah.

http://pondok1msia.org.my

RAJA ALI AL-HAJIIBN RAJA HAJI AHMAD

Biografi, peranan dan sumbangan

Latar Belakang

• Nama penuhnya ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad.

• Dilahirkan pada tahun 1809.• Berasal daripada keturunan raja-raja

Bugis.• Juga dikenali sebagai Engku Haji Tua.• Dibesarkan dalam lingkungan

golongan bangsawan Riau.Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional, halaman 132-

133

• Mendapat gelaran al-Alam al-Fadzil Almarhum Raja Ali Haji ibni Almarhum Raja Haji Ahmad ibni Almarhum Yang Dipertuan Muda Riau Raja Haji al-Shahid Fi Sabilillahi Ta’ala.

• Datuknya, Raja Haji, seorang pahlawan besar yang gugur di Teluk Ketapang, Melaka sewaktu menentang Belanda (1784).

• Ayahnya, Raja Ahmad, seorang yang terpelajar dan merupakan orang penting dalam politik kerajaan Riau.

Sejarah Sastera Melayu Moden sesudah tahun 1800, halaman 64-65

• Raja Ahmad juga pernah beberapa kali menjadi utusan ke Jakarta untuk berunding dengan Belanda.

• Semasa berusia 11 tahun, beliau ke Mekah bersama ayahnya untuk menunaikan fardhu haji dan menuntut ilmu.

• Fasih berbahasa Melayu dan Arab serta alim dalam ilmu agama Islam.

Sejarah Sastera Melayu Moden sesudah tahun 1800, halaman 64-65

• Beliau juga terkenal sebagai ahli tawarikh dan politik pada zamannya.

• Bakat-bakat ilmiah, sastera dan politik diwarisi daripada ayahnya, Raja Ahmad.

• Atas cadangan Yang Dipertuan Muda Raja Ali iaitu sepupunya, beliau dilantik sebagai guru agama dan bahasa di Pulau Penyengat di samping berperanan sebagai penasihat sepupunya.

Sejarah Sastera Melayu Moden sesudah tahun 1800, halaman 64-65

• Pada masa lapang, Raja Ali Haji mengarang buku.

• Antara anak muridnya termasuklah Yang Dipertuan Muda Riau sendiri dan Syed Sheikh al-Hadi dari Melaka (bapa novel Melayu).

• Beliau meninggal dunia pada tahun 1870.

Sejarah Sastera Melayu Moden sesudah tahun 1800, halaman 64-65

• Menghasilkan kitab tatabahasa Melayu yang dinamakan Bustanil Katibina Lis Subyani’il Mutaalamin atau Kitab Perkebunan Juru Tulis bagi Kanak-kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia.

• Merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa.

• Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:1. Penulisan tentang bahasa Melayu2. Tatabahasa bahasa Arab

Sumbangan

afiqekie.files.wordpress.com/

• Kitab Bustanul Katibin bertarikh 1850M dianggap penting kerana inilah buku nahu berbahasa Melayu yang ditulis oleh orang Melayu.

• Kitab Pengetahuan Bahasa pula dihasilkan pada tahun 1859M dan merupakan sebuah kamus Melayu.

• Bahagian awalnya membincangkan kamus Melayu secara ringkas dan sederhana.

afiqekie.files.wordpress.com/

• Namun begitu, tidak semua abjad dalam kamus diakhiri dengan sebahagian perkataan ca. Erti perkataan disertakan dengan penjelasan walaupun berdasarkan kaedah dalam bahasa Arab.

afiqekie.files.wordpress.com/

• Karya-karya lain:1. Hikayat Sultan Abdul Muluk (1846M)2. Gurindam Dua Belas (1847M)3. Kitab Salasilah Melayu dan Bugis

dan Sekelian Raja-rajanya (1860M)4. Tuhfatul-Nafis atau Hadiah Yang

Bernilai (1865M)

Sejarah Sastera Melayu Moden sesudah tahun 1800, halaman 65-66

ABDULLAH MUNSYI BAPA KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

Latar Belakango Dilahirkan pada tahun Masihi 1796 bersamaan

tahun Hijrah 1211 di Kampung Masjid atau Kampung Pali.

o Berketurunan India dan Arab.o Anak bongsu daripada empat adik-beradik

seibu sebapa.o Ayahnya, Abdul Kadir adalah anak tunggal

Muhammad Ibrahim dan Peri Achi.

o Abdul Kadir ialah seorang pedagang yang pernah menjadi syahbandar di zaman pendudukan Belanda, manakala di waktu pendudukan Inggeris dia bertugas sebagai utusan Inggeris ke negeri-negeri Melayu.

o Abdullah mampu menguasai bahasa Melayu (BM), Tamil dan Arab dengan baik ketika berusia 14 tahun.

o Sewaktu kedatangan Stamford Raffles dari Syarikat Hindia Timur ke Melaka, Abdullah diambil sebagai jurutulis dan kerani.

o Hasil pergaulan dengan askar-askar sepoy Hindustan, Abdullah berpeluang mempelajari bahasa Hindustan dan mengajar BM kepada mereka.

o Abdullah mendapat gelaran “munshi” atau guru bahasa daripada askar-askar tersebut.

o Abdullah pernah ditugaskan oleh Raffles untuk mengumpul naskhah sastera Melayu lama.

o Beliau turut menjadi guru bahasa kepada beberapa paderi antaranya ialah W. Milne dan C.H. Thomsen selain menterjemahkan sebahagian kitab Injil ke dalam BM.

o Hasil perkahwinannya dengan seorang wanita peranakan Tamil, beliau dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Ibrahim.

o Ketika Belanda menduduki Melaka semula (1818-24) dan sesudah 5 bulan Inggeris menduduki Singapura, Abdullah berpindah ke Singapura menyambung tugas lamanya.

o 1837-beliau turut serta dalam rombongan ahli perniagaan Singapura belayar ke Kelantan untuk menyampaikan surat kepada Sultan Kelantan.

o 1854-Abdullah belayar ke Mekah untuk menunaikan fardu haji, tetapi meninggal di Juddah kerana diserang sakit kolera.

Peranan dalam Penulisan o Pernah bekerja sebagai guru bahasa,

wartawan, sejarahwan, penterjemah dan sebagainya.

o Pengkaji sastera berpendapat bahawa pemisahan antara Sastera Melayu Lama dengan Sastera Melayu Baru berlaku selepas tahun 1800 kerana hasil kesusasteraan Melayu yang mula menunjukkan sifat baru telah muncul pada abad ke-19 iaitu setelah munculnya karya-karya Munsyi Abdullah.

Ciri-ciri pembaharuan dalam karya Munsyi

Abdullaho Memerihalkan peristiwa yang benar-

benar berlaku.o Menggunakan watak baru.o Membawa unsur kritik dalam sastera.o Tidak terbina atas khayalan melulu.o Telah berhenti mengagung-agungkan

golongan istana dan bangsawan

Karya-karya Abdullah Munsyi1. Sejarah Melayu (1831)- disalin semula

berdasarkan naskhah lama dengan memberikan kata pengantarnya (pengenalan), diterbitkan pada 1840.

2. Hikayat Kalilah dan Daminah (1835)- terjemahan dari naskhah Tamil, dikerjakan dengan bantuan sahabatnya, Tambi Muttu Virapattar.

3. Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)

4. Kisah Pelayaran Abdullah (1837)- mengisahkan hasil pengalaman pelayaran dan lawatannya ke Kelantan, terbit pada 1849.

5. Dawa’il-Kulub (1838)6. Hikayat Abdullah (1840)7. Syair Kampung Gelam Terbakar (1847)8. Kisah Pelayaran Abdullah Ke negeri Juddah

(1854)- tidak tamat, kerana Abdullah meninggal dunia di sana pada bulan Oktober 1854.

Hikayat Abdullah Munsy

i

Sejarah negeri Singapura

Pandangan terhadap wanitaSejarah

Singapura

terbakar

Sejarah peperang

an di Melaka

Sejarah Pelayaran ke Pant

ai Timur

Pandangan terhadap

orang Melay

u

Sejarah negeri Singapura• Dalam Hikayat Abdullah, Munsyi Abdullah

memaparkan episod perampasan kuasa kedaulatan Singapura ke tangan East India Company (EIC) yang menjadi kerajaan di Singapura sejak tahun 1819.

• Semasa peristiwa perampasan kuasa ini, Munsyi Abdullah masih lagi berada di Singapura iaitu sekitar tahun 1824.

• Catatan Abdullah memaparkan dalam suatu pertemuan di kediaman Residen Inggeris di antara John Crowfurd, Sultan Husin Syah, Sultan Singapura dan Temenggung Abdul Rahman telah dimaklumkan bahawa para pegawai EIC yang bermarkas di Bengal mahu merundingkan satu tawaran penting dengan kedua-dua pemerintah Melayu itu.

• EIC menawarkan agar Sultan Husin Syah dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan seluruh negeri Singapura termasuk kekuasaan dan kedaulatan ke atas Pulau sekitar Singapura kepada EIC.

• Majlis menandatangani perjanjian penyerahan ini berlangsung pada pagi 2 Ogos 1824 bersamaan 6 Zulhijjah 1239.

• Perjanjian tersebut telah disahkan kemudian oleh Majlis Tertinggi EIC di Bengal pada 19 November 1824.

Gambaran negeri Kelantano Ramai perempuan yang menjadi pelacur.o Kaum wanita rajin berniaga tetapi kaum lelaki

malas bekerja.o Rakyat seolah-olah berfungsi untuk memberi

khidmat kepada raja dan kerabatnya sahaja.o Wang, harta benda, tanam-tanaman mahupun

anak dara mereka dirampas.o Rakyat menjadi kecewa dan malas berusaha

untuk mengubah kehidupan.

Sejarah pelayaran ke pantai timur• Kemahirannya dalam pelbagai bahasa

membolehkan beliau diberi peluang oleh pihak Inggeris untuk mengikuti pelayaran ke negeri Kelantan pada bulan Mac 1838.

• Pelayaran kapal Inggeris yang disertai Abdullah Munsyi ke Kelantan adalah bertujuan untuk meminta jasa baik Yang di-Pertuan Kelantan ketika itu bagi memelihara barang dagangan Inggeris di negeri Kelantan.

• Sepanjang pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan, beliau telah melalui perairan negeri Pahang serta Terengganu. Pelbagai peristiwa dan kebudayaan setempat dapat dilihat oleh beliau.

Gambaran negeri Pahang

1. Negeri Pahang sangat kaya dengan hasil tumbuh-tumbuhan berikutan daripada kesuburan tanah yang ada namun pada hasil bumi yang dimiliki di negeri tersebut hanyalah sia-sia belaka kerana penduduknya sangat malas bekerja.

2. menggambarkan negeri Pahang di dalam catatannya sebagai sebuah negeri yang sangat mundur.

3. negeri Pahang mempunyai tempat mengajar mengaji tetapi tidak ada seorang guru yang memahami maksud ayat yang diujarkan oleh mereka.

Gambaran negeri Terengganu 1. Teruja dengan kecantikan negeri tersebut

yang berpasir putih.2. Tidak menyukai larangan-larangan yang

tidak masuk akal dikenakan terhadap rakyat di negeri tersebut..

3. Mencatatkan dialek bahasa Terengganu yang gemar menambah –ng pada penghujung kata.

4. Mengkritik sistem perhambaan di Terengganu.

5. Barangan yang dijual di Terengganu lebih murah berbanding di negeri-negeri lain.

Sejarah Singapura Terbakar• Penulisan Karya Abdullah Munsyi mengenai

Singapura yang terbakar digambarkan beliau semasa tinggal di Singapura atas urusan kerja.

• Semasa berada di Singapura, Abdullah Munsyi telah dijangkiti demam kepialu sehingga tidak dapat makan nasi yang dimasak.

• Hajat beliau hendak pulang ke Melaka tidak dapat dituruti kerana orang-orang Cina ketika itu membuat persiapan hendak menyambut Tahun Baru Cina. Abdullah Munsyi ingin melihat dan menikmati sendiri sambutan tersebut.

Pandangan Abdullah Munsyi Terhadap Orang Melayu

1. Beliau menganggap bahawa orang-orang Melayu ketika itu mengamalkan tradisi yang merugikan seperti kepercayaan kepada benda-benda tahyul dan mengabaikan pelajaran.

2. Telah mengkritik sistem perundangan Timur yang zalim dan mengutamakan golongan bangsawan.

3. Abdullah Munsyi juga pernah mengkritik dan mengecam sikap lalai orang-orang Melayu seperti malas berusaha, suka bersabung ayam, meletakkan tanggungjawab mencari nafkah di bahu perempuan dan suka memakan makanan yang tidak berkhasiat.

Pandangan terhadap Abdullah Munsyi1. A.H. Hill, R.O Winstedt, Zuber Usman,

J.C Bottom, A. Teeuw, Taib Osman dan Ismail Hussein.

Mereka berpendapat Abdullah Munsyi sebagai penggerak Kesusasteraan Melayu Baru kerana terdapat faktor-faktor baru yang tidak terdapat dalam karangan-karangan sebelumnya seperti bersifat realistik, individualistik, kritis dan sekularistik.

Kasim Ahmad Mengatakan bahawa Abdullah adalah orang

pertama yang mula memasukkan satu konsep baru dalam dunia kesusasteraan Melayu.

2. A.H Hill Abdullah Munsyi merupakan penulis

pertama yang membawa unsur-unsur realisme dalam penulisan Kesusasteraan Melayu.

3. Zuber Usman Dalam bukunya Kesusasteraan Indonesia

berpendapat bahawa Abdullah Munsyi ialah pengarang Melayu yang pertama keluar dari kebiasaan lama yang melanggar tradisi turun temurun. Beliau mengubah penulisannya dari menceritakan kisah-kisah ghaib ke dunia kenyataan.

Kesimpulan • Karya agung mempunyai fungsi atau pe

ranan dalam kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.

• Karya agung adalah hasil usaha golongan cendekiawan terdahulu yang mengandungi ilmu berkenaan orang Melayu.

• Oleh hal yang demikian, sehingga kini karya agung Melayu dijadikan bahan dalam penyelidikan

Rujukan• Abdul Hadi W. M(1995). Hamzah Fansuri : Risalah Tasawuf Dan Puisi-

puisinya. Indonesia : Penerbit Mizan. • A.Samad ahmad (2006). Sulalatus Salatin: Sejarah

Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.• Gazali Dunia (1992). Sastera Melayu Lama. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.• Mat Jani Hassan (1998). Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.

Selangor : Longman.• Tun Sri Lanang(2008). Sejarah dan Warisan Tokoh

Melayu Tradisional . Kuala Lumpur : Media Satria Sdn. Bhd.

• Wan Mohd Shaghir Abdullah (1996). Tafsir Puisi Hamzah Fansuri Dan Karya-Karya Shufi. Kuala Lumpur : Khazanah Fathaniyah.

• Zahrah Ibrahim (1986). Sastera Sejarah Interpretasi dan Penilaian.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Erfan Eziz (2012). Syeikh Syamsuddin Abdullah As-Sumatra-i. Diperoleh pada April 25, 2013 daripada http://muhibmahbub.blogspot.com/2007/07/syeikh-syamsuddin-abdullah-as-sumatra-i.html

• Karami (2010). Shamsuddin Pasai. Diperoleh pada April 25, 2013 daripada http://karami-suaraku.blogspot.com/2010/05/shamsuddin-pasai.html

• Merah Silu ( 2007). Sheikh Shamsuddin al-Sumatrani dan Martabat Tujuh. Diperoleh pada April 15, 2013 daripada http://merahsilu.blogspot.com/2007/05/sheikh-shamsuddin-al-sumatrani.html

• Suzana Othman dan Muzaffar Mohamad (2008). Khazanah Bendahara Seri Maharaja. Diperoleh pada Mei 8, 2013 daripada http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

BIBLIOGRAFI1. Siti Hawa Haji Salleh (1997). Kesusasteraan melayu

abad kesembilan belas. Kuala Lumpur: DBP.2. Mohamad Daud Mohamad (1987). Tokoh-tokoh

sastera melayu klasik. Kuala Lumpur: DBP.3. Siti Aisah Murad (1996). Abdullah munsyi dan

masyarakat melayu. Kuala Lumpur: DBP.4. W. Shamsuddin M. Yusoff (1976). Sejarah sastera

melayu moden sesudah tahun 1800. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

5. Ismail Yusoff (2008). Kesusasteraan melayu lama dan baru. Kedah: Penerbit UUM.