Karya Seni Visual

7
1.0 PENGENALAN Seni secara umumnya boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen- elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Penghasilan karya oleh penggiat seni akan melalui proses artistik. Laura H. Chapman menerangkan lagi proses artistik melibatkan 3 disiplin, iaitu tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Chapman menerangkan juga disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Bagi mengalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri. Oleh hal yang demikian, Laura H. Chapman (1978) menyatakan di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Justeru itu, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja. Pemahaman ini iaitu sebagai proses artistik perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas. Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid. 2.0 KARYA SENI VISUAL Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Kita haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan. Menurut Chapman (1986), terdapat empat aspek utama yang perlu diterapkan dalam pelajaran seni iaitu pertama pemerhatian, kedua 1

description

Seni secara umumnya boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif.

Transcript of Karya Seni Visual

Page 1: Karya Seni Visual

1.0 PENGENALAN

Seni secara umumnya boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada

ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam

hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang

difikirkan paling efektif. Penghasilan karya oleh penggiat seni akan melalui proses artistik.

Laura H. Chapman menerangkan lagi proses artistik melibatkan 3 disiplin, iaitu tidak bersifat

statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Chapman menerangkan juga disiplin ini tidak

menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Bagi mengalakkan

pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman

luas di dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan

diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri.

Oleh hal yang demikian, Laura H. Chapman (1978) menyatakan di dalam bukunya

bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti

mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya

ataupun dikenali sebagai proses artistik. Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti

sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.

Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan

mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan

kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang

mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

Justeru itu, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses

penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja. Pemahaman ini iaitu sebagai

proses artistik perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas. Pelbagai cara dan kaedah

boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada

murid.

2.0 KARYA SENI VISUAL

Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat

menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Kita haruslah mempunyai

pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan

pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.

Menurut Chapman (1986), terdapat empat aspek utama yang perlu diterapkan dalam

pelajaran seni iaitu pertama pemerhatian, kedua penerokaan, ketiga penghasilan atau

pembuatan dan keempat apresiasi dan perlanjutan.

1

Page 2: Karya Seni Visual

2.1 Pemerhatian

Aspek pemerhatian yang dimaksudkan oleh Chapman adalah proses yang melibatkan

sensitiviti deria manusia iaitu deria penglihatan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran

penghasilan karya seni visual ini pemerhatian secara aktif diterapkan. Pemerhatian secara

aktif ini bermaksud tatacara pemerhatian atau penyediaan seorang guru itu menyediakan

sesuatu aktiviti di dalam kelas seninya dan ianya mestilah dapat dilakukan secara bersepadu.

Menurut Chapman terdapat lima perkara yang perlu diambil kira semasa menyediakan

sesuatu aktiviti seni. Pertama, guru perlu peka dan tahu pengetahuan sedia ada murid. Oleh

hal yang demikian objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah dicapai. Oleh itu,

aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sesuai selaras latar belakang murid-murid

diajar. Sebagai contoh semasa pengajaran dalam bidang menggambar yang melibatkan

melukis pemandangan memerlukan pemahaman dan pemerhatian yang tajam daripada guru.

Pemandangan yang hendak dilukis haruslah dekat atau merujuk kepada sekeliling murid.

Sebagai contoh kawasan di SK Temong, Serian Tebedu yang mempunyai kawasan berbukit

dan hanya menanam padi bukit.

Oleh yang demikian, aktiviti melukis pemandangan nelayan di pantai adalah sukar

bagi murid-murid yang tidak pernah ke pantai atau laut. Tidak hairan juga pemandangan di

sawah padi akan menghasilkan karya seni yang berlatar belakangkan kawasan sawah padi

bukit bukannya kawasan padi paya. Merujuk kepada keadaan sekeliling, murid dapat

melakukan pemerjatian secara aktif tentang gambaran rutin di tempat mereka seperti berjalan

kaki menyelusuri bukit untuk ke sawah padi. Ada kalanya ibu bapa mereka membawa anjing

sebagai haiwan peliharaan untuk ke sawah bertentangan dengan situasi pesawah padi yang

beragama Islam.

Kedua, bahan atau benda yang guru gunakan hendaklah konkrit. Iaitu boleh dilihat

atau dipegang. Ini bertujuan memudahkan pelajar melakukan pemerhatian seterusnya

membuat hasilan yang lebih tepat dan kreatif. Ketiga, guru juga perlu melihat dan peka

kepada minat, kecenderungan dan latar belakang muridnya. Sebagai contoh guru

menyediakan bahan dan aktiviti yang dapat memupuk dan menarik minat murid-muridnya

untuk belajar selaras dengan kecenderungan dan minat mereka.

Keempat, pemerhatian yang aktif juga perlu dilihat dari segi kegunaan bahan itu,

bunyinya, pergerakan dan aksi sesuatu bahan itu. Ini bertujuan untuk menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran seni visual menjadi lebih seronok.Oleh itu, guru perlu melihat

kesesuaian bahan itu agar ianya selaras dengan pengalaman dan kecenderungan muridnya.

Akhir sekali, aktiviti yg dilaksanakn dapat mencetuskan idea dan imaginasi murid. Sebagai

contoh aktiviti dapat menarik minat murid dan menjana idea mereka serta mengembangkan

2

Page 3: Karya Seni Visual

imaginasi mereka. Jika pada masa kini ibu bapa mereka ke sawah berjalan kaki dan

melakukan aktiviti menanam padi secara konvensional. Dengan penerangan guru dan daya

imaginasi murid, situasi ini mungkin berubah dengan penggunaan jentera yang lebih canggih.

2.2 Penerokaan

Dalam pengajaran seni bidang menggambar adalah satu bidang yang mengasaskan

perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan

mrid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan

menggunakan pelbagai media dan teknik. Di samping itu ia menekankan pekbagai aspek

seperti ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara kegiatan

yang dijalankan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,

gosokan, resis, percikan dan mozek. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,

kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid.

Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat

bahan dan kegunaanya. Aspek penerokaan dalan pengajaran ini adalah digambarkan dengan

murid meneroka sesuatu bahan itu secara lebih dekat dan melihatnya melalui berbagai aspek

atau segi. Sebagai contoh aktiviti seni reka yang dirancang melibatkan murid meneroka

bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan atau bentuk,

elemen-elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan anyaman tikat atau kraf tangan.

Guru haruslah memastikan aktiviti penerokaan perlu kecil, mudah dan ringkas. Aktiviti

tersebut harus juga mempunyai permainan cuba mencuba atau suai kenal dengan bahan.

Justeru itu, murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan sendiri

dengan bimbingan guru.

Selepas aktiviti penerokaan, guru perlu membimbing muridnya membuat penghasilan

dengan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang sesuai dan betul. Sebagai contoh,

semasa aktiviti membuat anyaman tikar guru juga perlu menerangkan tatacara, langkah dan

proses membuat dengan cara yang betul. Ini dapat membantu murid yang lemah untuk terus

belajar dan tidak lari dari objektif yang hendak dicapai. Tidak lupa juga, guru juga perlu

menerangkan cara amalan tertib ketika melakukan sesuatu aktiviti, keselamatan dan

membantu murid di dalam penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda dengan bentuk

hasil. Sebagai contoh membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer

dalam penghasilan karya.

3

Page 4: Karya Seni Visual

2.3 Penghasilan / Pembuatan

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya

seni pertama kaedah penjanaan idea, kedua pengolahan dan pemurnian dan ketiga kemahiran

menggunkan bahan. Penjanaan, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan

penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan penghasilan

karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Proses ini ada kalanya

memakan masa yang lama. Justeru itu, sebagai contoh guru Pendidikan Seni Visual haruslah

membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan

kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu

menghasilkan karya.

Semasa proses pengolahan dan pemurnian idea pula, guru haruslah memastikan

membimbing murid imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan

tema dan objektif penghasilan. Proses ini dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang

lebih sistematik & tersusun. Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supaya

mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian. Sebagai contoh,

guru meningkatkan kesedaran terhadap kualiti tampak. Kajian-kajian yang terperinci

mengenai alam dan fenomenanya meningkatkan daya ekspresif. Pendekatan yang boleh

digunakan antaranya bertumpu, bercapah mahupun spontan. Kaedah bertumpu, pengkarya

memulakan kerja dari awal idea hingga ke peringkat kemahiran media. Mereka harus

menyedari unsur-unsur yang perlu dianalisa dan diolah untuk mencapai tujuan. Berbeza

dengan kaedah bercapah, pengkarya meneroka serta membuat percubaan pelbagai kaedah dan

teknik sebelum membuat keputusan atau tujuan. Manakala kaedaha spontan, pengkarya

meneroka dan mencuba pelbagai teknik sehinggalah ia menemui sesuatu teknik yang

memuaskannya bagi mencapai tujuan asal.

Seterusnya pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada

pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan

bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat

eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Sebagai contoh guru boleh merancang

aktiviti kearah menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna untuk

penghasilan karya seni. Murid juga diajar mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka

dalam penghasilan karya secara kreatif

4

Page 5: Karya Seni Visual

2.4 Apresiasi dan Perlanjutan

Terdapat 2 jenis utama aktiviti apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan aktviti

mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Aspek ini merujuk kepada perasaan murid

semasa dan setelah melakukan aktiviti seni didalam kelas. Dengan adanya aktiviti ini murid

dapat melihat perkaitan antara sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yang

sesuai dengan memanipulasi alatan dan teknik yang digunakan. Antara contoh aktiviti kepada

murid untuk melatih aspek ini antaranya memberi perhatian terhadap aspek bahasa yang

berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk.

Penerapan sspek bahasa juga yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda termasuk juga

manipulasi, alat bahan dan teknik. Murid haruslah dilatih hasil kerja dan menghormati

pembuat karya. Seni haruslah disertai dengan perasaan, penghargaan dan refleksi diri. Idak

lupa juga penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

Justeru itu juga, murid dapat menghargai hasil kerja masing-masing serta

menghormati mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta. Tambahan pula,

guru juga dapat menerangkan kepada murid perkaitan antara aspek bahasa yang dapat

dikaitkan dengan istilah seni contohnya perkaitan antara sifat garisan, jalinan, warna, ton,

rupabentuk dan bentuk.

Aspek apresiasi dan perlanjutan ini menerapkan nilai murni dalam diri murid. Sebagai

contoh setiap hasil seni yang dihasilkan, mereka perlulah melihat dari sudut pandangan yang

positif. Ia mengenai nilai atau idea yang hendak disampaikan dan berkaitan dengan

kehidupan yang sebenar. Jika seorang murid menggambarkan keadaan kehidupan di rumah

yang berselerak, kotor dan tidak bersih lukisan tersebut bukannya tidak cantik atau buruk.

Tetapi mungkin murid tersebut hendak mengambarkan kesusahan atau keadaan sebenar yang

dialaminya. Penderiataan murid tersebut sebenarnya berjaya diterjemahkan kedalam lukisan

yang dihasilkannya.

5

Page 6: Karya Seni Visual

3.0 RUMUSAN

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni

memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh

faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah

melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut

zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya

mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga

mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang

merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Menurut

Hornby (1974) seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang

dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual. Menurut Martin (1986) seni juga

disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta

pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata. Menurut Hauser (1959) juga

berpendapat, seni adalah komunikasi. Herbert Read (1959) pula menjelaskan bahawa seni

adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika

Laura H. Capman telah menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses

penghasilan atau artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu

menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru

PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih

banyak untuk mengajar pelajar.

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni

visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah

seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Menurut Osborne (1979), seni

halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika,

dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan

muzik, sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-

produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni

reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi. Sebagai guru, kitalah

penyampai ilmu lantaran meduim untuk menyambung warisan kesenian yang ada.

6