Kata adjektif
Transcript of Kata adjektif
Marilah Kita Belajar
KATA ADJEKTIF
Disediakan oleh Cikgu Tay Su Sein
Maksud Kata Adjektif
Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat kata nama atau frasa nama.
Contoh kata adjektif ialah baik, murah,rendah, dan cantik.
Jenis – Jenis Kata Adjektif
1. Kata Adjektif Sifatan atau keadaan2. Kata Adjektif warna3. Kata Adjektif ukuran4. Kata Adjektif bentuk5. Kata Adjektif waktu6. Kata Adjektif jarak7. Kata Adjektif cara8. Kata Adjektif Perasaan9. Kata Adjektif pancaindera
Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan
-Membawa pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.
Contohnya;Baik, cerdik, berani, pandai
Contoh ayat;1. Anak guru itu sangat cerdik.
Kata Adjektif Warna
-Membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contohnya;Merah, putih, ungu, kelabu
Contoh ayat;1. Gadis itu bertudung merah.
Kata Adjektif Ukuran
-Membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
Contohnya;Kecil, panjang, rendah,tebal
Contoh ayat;1. Bilik kecil mudah diurus.
Kata Adjektif Bentuk
-Membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.
Contohnya;Bulat, lonjong, buncit, leper
Contoh ayat;1. Perut Ali sangat buncit.
Kata Adjektif Waktu
-Membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan
Contohnya;Baharu, lama, segera, suntuk
Contoh ayat;1. Jalan lama ke kampung itu telah
dibaiki.
Kata Adjektif Jarak
-Membawa pengertian konsep ruang antara 2 bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama.
Contohnya;Jauh, dekat, hampir,rapat
Contoh ayat;1. Kawan rapat saya belajar di luar
negara.
Kata Adjektif Cara
-Membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama.
Contohnya;lambat, cepat, gopoh, deras
Contoh ayat;1. Orang lambat selalu rugi.
Kata Adjektif Perasaan
-Membawa pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama diikuti oleh kata sendi nama.
Contohnya;Rindu, benci, suka, marah
Contoh ayat;1. Dia amat rindu akan emaknya.
Kata Adjektif Pancaindera
-Membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama.
A) Deria rasaContohnya;Manis, sedap, tawar, pahit
Contoh ayat;1. Minuman itu sungguh manis.
Kata Adjektif Pancaindera
B) Deria Pandang
Contohnya;Cantik, kacak, hodoh, molek
Contoh ayat;1. Pemuda kacak itu berasal dari Perak.
Kata Adjektif Pancaindera
C) Deria Dengar
Contohnya;Bising, merdu, nyaring, lunak
Contoh ayat;1. Bunyi bising datang dari bilik
prasekolah itu.
Kata Adjektif Pancaindera
D) Deria Bau
Contohnya;Wangi, harum, busuk , hapak
Contoh ayat;1. Minyak wangi itu harum baunya.
Kata Adjektif Pancaindera
D) Deria Sentuh
Contohnya;Halus, kasar, licin, keras
Contoh ayat;1. Papan itu kasar kerana belum
diketam.
Kata Adjektif Pancaindera
D) Gabungan Deria
Contohnya;Bersih (pandang + bau)Selesa (sentuh + pandang)
Contoh ayat;1. Rumah kepunyaan Ali itu selesa
benar.
KESALAHAN PENGGUNAAN ADJEKTIF1)Pengabaian penggunaan kata sendi apabila frasa adjektif itu diperluas. Contoh :salah : Rindu ibunyabetul : Rindu akan ibunya
KESALAHAN PENGGUNAAN
ADJEKTIF
2) apabila kata sendi akan
disingkatkan menjadi –kan, lalu
dijadikan imbuhan.
Contoh :
salah : Rindukan ibunya
betul : Rindu akan ibunya
KESALAHAN PENGGUNAAN ADJEKTIF3) apabila awalan meN ditiadakan contoh takutkan (bukan kata kerja transitif tetapi kata kerja pasif). Contoh :
betul : Saya menakutkan kanak-kanak itu.
Sekian
Terimah Kasih