Kata Adjektif & Kata Bantu

4
KATA ADJEKTIF Kata Sifat juga dikenali sebagai Kata Adjektif. Ia merujuk kepada perkataan yang menunjukkan atau menerangkan ‘sifat’ bagi sesuatu perkara

description

kata adjektif dan kata bantu

Transcript of Kata Adjektif & Kata Bantu

Page 1: Kata Adjektif & Kata Bantu

KATA ADJEKTIF

Kata Sifat juga dikenali sebagai Kata Adjektif. Ia merujuk kepada perkataan yang menunjukkan atau menerangkan ‘sifat’ bagi sesuatu perkara

Page 2: Kata Adjektif & Kata Bantu

KATA ADJEKTIF UKURAN

Jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.

Panjang rendah pendek tebal

Kecil nipis

Contoh penggunaan dalam ayat:

Jambatan panjang itu baru dibaiki

Orang kerdil itu sedang berlakon.

Ketua pasukan itu tinggi orangnya

Page 3: Kata Adjektif & Kata Bantu

KATA BANTU

Kata Bantu AspekPerbezaan masa perbuatan dilakukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu / ragam.

Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bentuk ragam.

i) Kata Bantu AspekBerdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau, kini atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, masih, akan dan belum.

ii) Kata Bantu Ragam.Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.