Kata Alu-Aluan Senator

1
Seuntai Kata, Pembuka Bicara PERASMI MAJLIS GRADUASI KALI KEEMPAT SM AGAMA PERSEKUTUAN, LABU 2015 Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SM Agama Persekutuan, Labu (SMAPL) atas inisiatif dan usaha untuk mengadakan Majlis Graduasi buat kali keempat pada tahun ini. Majlis Graduasi ini merupakan satu acara yang amat bermakna untuk diraikan kerana majlis ini melambangkan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan sesi persekolahan selama lima tahun di sini. Sekalung tahniah juga atas kejayaan dalam SPM dan STPM 2014 yang membanggakan. Situasi seperti ini akan menyemarakkan lagi aspirasi warga SMAPL untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Sekolah merupakan sebuah institusi yang serba lengkap untuk memajukan kurikulum dan kokurikulum bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sesungguhnya falsafah dan matlamat pendidikan yang menyeluruh dan bersifat universal menentukan masa depan generasi pelajar hari ini menjadi penentu masa depan negara. Akhir kata, saya berharap agar Majlis Graduasi ini berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat yang diharapkan. Selamat Maju Jaya! YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ HAJI DUSUKI Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

description

kata-kata aluan

Transcript of Kata Alu-Aluan Senator

Seuntai Kata, Pembuka Bicara

PERASMIMAJLIS GRADUASI KALI KEEMPAT

SM AGAMA PERSEKUTUAN, LABU 2015

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SM Agama Persekutuan, Labu (SMAPL) atas inisiatif dan usaha untuk mengadakan Majlis Graduasi buat kali keempat pada tahun ini.

Majlis Graduasi ini merupakan satu acara yang amat bermakna untuk diraikan kerana majlis ini melambangkan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan sesi persekolahan selama lima tahun di sini. Sekalung tahniah juga atas kejayaan dalam SPM dan STPM 2014 yang membanggakan. Situasi seperti ini akan menyemarakkan lagi aspirasi warga SMAPL untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Sekolah merupakan sebuah institusi yang serba lengkap untuk memajukan kurikulum dan kokurikulum bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sesungguhnya falsafah dan matlamat pendidikan yang menyeluruh dan bersifat universal menentukan masa depan generasi pelajar hari ini menjadi penentu masa depan negara.

Akhir kata, saya berharap agar Majlis Graduasi ini berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat yang diharapkan.

Selamat Maju Jaya!

YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ HAJI DUSUKIYang Dipertua,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia