Kata nama

6

Click here to load reader

Transcript of Kata nama

  • 1. KATA NAMA DR MURSHIDI

2. Kata Nama Kata nama ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama boleh dipecahkan kepada tiga bahagian berdasarkan ciri-ciri semantik kata nama, iaitu kata nama Khas, kata nama Am dan kata ganti nama. Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang didukung oleh setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama. Berdasarkan makna demikian seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga bahagian khas, am dan ganti nama. 3. Kata Nama Khas Nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan: kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua bahagian: kata nama hidup manusia dan kata nama hidup bukan manusia. Contoh kata nama khas hidup manusia: Ahmad, Halimah, Sultan Bolkiah dan lain-lain. Contoh kata nama khas hidup bukan manusia: Si Tompok, Comel. Contoh kata nama khas tak hidup: Bandar Seri Begawan, Gunung Kinabalu, Masjid Omar Ali Saifuddien dan lain-lain. 4. Kata Nama Am Kata nama Am adalah perkataan yang merujuk benda- benda perkataan-perkataan yang umum sifatnya. Kata nama Am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Kata nama Am Abstrak: (inda nampak) jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contoh: mimpi, roh, idaman, kedamaian, kehendak, demokrasi, ke merdekaan. Kata nama Am Konkrit: (nampak) jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. Contoh: tangan, pekerja, rumah, suami dan lain-lain. 5. Kata Ganti Nama Kata ganti nama dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ganti nama Diri dan ganti nama Tunjuk. Kata gandi nama diri dipecahkan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya Kata gandi nama diri orang terdiri kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. 6. Kata ganti nama diri orang mempunyai tiga kategori: (a) Kata ganti nama diri pertama: saya, aku, beta,patik, kami, kita, peramba. (b) Kata ganti nama diri kedua: saudara, kau, awak, engkau, anda. (c) Kata ganti nama diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka dan nya. Kata ganti nama Diri Tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Ada tiga bentuk kata ganti nama diri tanya iaitu (a) siapa yang merujuk orang, (b) apa yang merujuk benda atau perkara, dan (c) mana merujuk benda dan orang. Kata ganti nama Tunjuk ialah kata nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama Tunjuk iaitu (a) itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan (b) ini untuk menunjuk pada yang dekat.