Kata Peng Antar

download Kata Peng Antar

of 4

description

http://www.hafizfirdaus.com

Transcript of Kata Peng Antar

  • DengannamaAllahyangMahaPengasihlagiMahaPenyayang.SegalapujibagiAllah,

    kamimemujiNyadankamimemohonpertolonganNyadankamimemohonkeampunanNya,dankamiberlindungkepadaAllahdarikeburukandirikamidandarikeburukanperbuatankami.SesiapayangdiberipetunjukolehAllahmakatiadalahkesesatanbaginyadansesiapayangdisesatkanolehAllahmakatiadalahpetunjuk

    baginya.KamibersaksibahawatiadatuhankecualiAllahyangMahaEsa,tiadasekutubagiNyadankamibersaksibahawaMuhammadadalahhambaNyadanRasulNya.

    Alhamdulillah, dengan izinNya dapat kita bertemu kembali dalam bukuSiri Ketiga dalam rangka

    menjelaskan Jawapan Ahl alSunnah Kepada Syiah alRafidhah Dalam Persoalan Khalifah. Buku Siri Ketiga ini akan membahas hadishadis yang masyhur dijadikan hujah oleh Syiah alRafidhah (seterusnya diringkaskan sebagai Syiah sahaja) untuk mendakwa bahawa khalifah yang layak selepas kewafatan Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam ialah Ali bin Abi Thalibradhiallahu 'anh. Ini diikuti dengan jawapannya oleh Ahl alSunnah wa alJama'ah (seterusnya diringkaskan sebagai Ahl alSunnah sahaja) yangmematahkanhujahhujahSyiahtersebut.

    Memang, sudah lebih setahun jaraknya antara buku Siri Ketiga ini dengan buku Siri Kedua. TerdapatduasebabutamamengapasayasengajamenangguhkanpenerbitanbukuSiriKetigaini:Pertama:

    Memberi tempoh kepada para pembaca sekalian untuk memberi apaapa maklum balas daripada buku Siri Pertama dan Siri Kedua. Ini adalah penting supaya maklum balas tersebut dapatsayaterapkandalambukuSiriKetigaini.

    Alhamdulillah saya menerima maklum balas yang baik daripada para pembaca sekalian daripada buku Siri Pertama dan Siri Kedua. Maklum balas yang saya maksudkan bukan dari sudut jumlah jualan tetapi dari sudut penilaian para pembaca yang menganalisa dan membandingkanantarahujahhujahSyiahdanjawapannyaolehAhlalSunnah.

    Kedua:Memberi tumpuan kepada menjawab hujahhujah aliran Islam Liberal yang nampaknya

    semakin hangat di Malaysia. Setakat ini jawapan yang saya berikan ialah dalam bentuk risalah atau artikel yang diterbitkan dalam majalahmajalah agama dan secara terbuka di beberapa forum perbincangan di alam maya (internet). Alhamdulillah risalahrisalah tersebut kemudian saya himpunkan dan diterbitkan dalam bentuk buku dengan judul Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Jahabersa, Johor Bahru). Sehingga kini telah diterbitkan buku tersebut dalam tigasiri.

    Secara umum boleh dikatakan terdapat dua arus yang sedang kuat melanggar umat Islam masa kini. Arus Pertama datang daripada aliran Syiah yang bijak mempergunakan dalildalil alQuran dan alSunnah untuk memberi pengaruh palsu kepada umat Islam, kononnya Islam yang sebenar berada pada pihak mereka. Arus ini bergerak melalui penerbitan bukubuku, lamanlaman web di alam maya dan dakwah secara tersembunyi oleh wakilwakil mereka. Arus ini paling deras bergerakdipusatpusatpengajiantinggi.

    Arus Kedua datang daripada aliranIslam Liberal yang bijak mengolah dalildalil akal untuk memberi solekan palsu kepada umat Islam, kononnya Islam yang sebenar adalah satu ruang vakum yang boleh diisi dengan apa sahaja yang dikehendaki oleh akal dan nafsu seseorang. Arus ini bergerak lancar melalui beberapa badan bebas (N.G.O.) yang menggunakan nama Islam dan memiliki sokongan kuat daripada akhbarakhbar tempatan. Ramai yang terpengaruh dengan arus ini,khasnyamerekayangkononnyaberpemikiranmodendanberpendidikanBarat.

    Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi kemudahan dan kekuatan kepada saya dan

  • umatIslamyanglainnyauntukmenahan,menjawabdanmengubahhaluankeduaduaarusini.HukumorangyangbermazhabSyiah.

    Di antara maklum balas yang paling kerap saya perolehi daripada para pembaca yang budiman

    sekalian adalah hukum orang yang bermazhab Syiah.Mereka bertanya, sama ada bagi pihak diri mereka sendiri atau bagi pasangan hidup, ahli keluarga, saudara mara dan rakanrakan, apakah hukum bagi orang yang pada asalnya bermazhab Ahl alSunnah lalu kemudian beralih ke MazhabSyiah setelah terpengaruh dengandakwahmereka?

    Memandangkan ini adalah persoalan yang masyhur di kalangan para pembaca, saya akan mengambilsedikitruangdalamKataPengantariniuntukmenjelaskanjawapannya.

    Di sisiAhl alSunnah, MazhabSyiah alRafidhah adalah mazhab yang sesat. Akan tetapi bukanlah menjadi manhaj Ahl alSunnah untuk menghukum setiap orang yang bermazhab Syiah sebagai sesat. Ini kerana Ahl alSunnahmembezakan antara sesuatu mazhab dan orang yang mengikut mazhab tersebut. Sesuatu mazhab mungkin dinilai sesat berdasarkan doktrindoktrinnya, akan tetapi orang yang mengikuti mazhab tersebut tidak semestinya sesat selagi mana belum ditegakkan hujah kepada mereka, diluruskan apaapa kekeliruan yang dialami dan diperhatikan sama ada mereka melakukannya dengan sengaja atau terpaksa.

    Merujuk kepada orangorang yang terpengaruh dengan Mazhab Syiah,manhaj Ahl alSunnah dalam ini ialah menangguhkan apaapa hukum kerana mereka asalnya adalah orangorang yang tidak mengetahuisehinggaakhirnyaterkeliru.

    Ini kerana umat Islam di Malaysia umumnya tidak didedahkan kepada ilmuilmu Islam secara mendalam, mahupun apa yang membentuk dasardasarnya. Mereka tidak kenal Islam kecuali melalui ilmu Fardhu Ain, iaitu satu bentuk pengajian Islam yang berbentuk menghafal beberapa poin demi lulus peperiksaan atau temuduga perkahwinan. Ini adalah satu bentuk pengajian Islam yang memiliki banyak kelemahan dan kemudaratan. Disebabkan pengajian seperti inilah ramai umat Islam tidak menghayati agama mereka, malah memilih untuk hidup bebas, hidup dalam agama lain (murtad) atau beralih ke mazhablainsepertiIslamLiberaldanSyiah.

    Merujuk kepada umat Islam yang terpengaruh dengan dakwah Syiah, ia adalah sesuatu yang mudah terjadi kerana dakwah Syiah itu sendiri pada zahirnya kelihatan seolaholah kuat, kemas dan ilmiah berlandaskan dalildalil daripada alQuran, alSunnah dan kisahkisah sejarah. DakwahSyiah yang bersifat sedemikian dengan mudah dapat mempengaruhi umat Islam tanah air yang sebelum ini tidak pernah didedahkan kepada pengajian Islam yang bersifat hujah dan ilmiah, tidak pernah mengenali kaedahkaedah tafsir, kaedahkaedah menilai darjat kekuatan hadis dan manhaj menganalisa kisahkisah sejarah. Dalam suasana kekosongan ilmu ini, sebahagian umat Islam mudah terpengaruh dengan sesuatu yang mereka temui yang disangkakan dapat memenuhi kekosongan tersebut. Antara yang mereka temui ialah Mazhab Syiah, lalu mereka memenuhi diri mereka dengan mazhab tersebut. Tanpa ilmu yang cukup untuk menilai benar atau salah Mazhab Syiah, mereka terus menerimanya dan memenuhi kokosongan yang mereka hadapisebelumini.

    Oleh itu manhaj Ahl alSunnah dalam masalah seperti ini adalah menangguhkan hukum. Penangguhan ini berlaku sehingga ditegakkan kepada mereka hujah yang benar, diluruskan apaapa kekeliruan yang mereka hadapi dan diperhatikan sama ada mereka melakukannya dengan sengaja atau terpaksa.DalilAhlalSunnahdalammasalahiniadalahsepertiberikut:Pertama:

    Ditegakkan hujah untuk menerangkan apa yang benar dan apa yang salah, sebagaimana firmanAllahSubhanahuwaTa'ala:

    Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang

  • Rasul(untukmenerangkanyangbenardanyangsalah).[alIsra17:15]Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa seseorang itu tidak akan dihukum

    sehinggalah diutus seorang Rasul kepadanya yang menerangkan apa yang benar dan apa yang salah. Setelah kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tugas ini dipegang oleh para ilmuan yang mewarisi tugas Rasulullah dalam menerangkan apa yang benar dan salah kepada orangramai.

    Selagi mana seseorang individu atau kaum tidak sampai kepadanya hujah yang jelas yang menerangkan apa yang benar dan apa yang salah, Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan menjatuhkan apaapa hukum ke atasnya. Malah kemungkinan besar dia dimaafkan berdasarkan sifatAllahyangMahaPemaaflagiMahaPengasih.

    Yang dimaksudkan dengan menegakkan atau menyampaikan hujah bukanlah dengan mengatakan Itu salah, ini benar atau Itu halal, ini haram atau Saya betul, dia sesat tetapi adalah dengan menegakkan dalildalil alQuran dan alSunnah serta dijelaskan bagaimana kefahamanyangsebenarterhadapdalildaliltersebut.

    Kedua:

    Meluruskan apaapa salah faham dan kekeliruan yang mungkin wujud pada diri seseorang. Hal ini penting kerana seseorang itu mungkin sebelumnya telah terpengaruh dengan hujahhujah yangditegakkansecarabatil.AllahSubhanahuwaTa'alaberfirman:

    Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, danberbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan

    [itu)dengancarayanglebihbaik.[alNahl16:125Perhatikan bahawa Allah pada mulanya menyuruh kita menyeru secara hikmah dan nasihat

    pengajaran yang baik. Ini sinonim dengan menegak dan menyampaikan hujah. Seterusnya Allah menyuruh kita untuk berbahas, yakni berdialog dan bertukartukar hujah agar dengan itu orang yang kita seru dapat menyedari di mana letaknya kesalahan hujah yang mereka pegang sebelum itu.

    Ketiga:

    Diperhatikan sama ada orang tersebut melakukan sesuatu kesalahan atas pilihan dirinya sendiri atau atas sebab tidak sengaja dan terpaksa. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akanmenghukumseseorangyangmelakukankesalahandengantidaksengajadanterpaksa:

    Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap{ melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu untuk melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha

    [Mengasihani.[alAhzab33:05

    Sesiapa yang kafir kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedang hatinya tenang tenteramdenganiman.[alNahl16:106]Apabila seseorang itu tetap secara rela memilih Mazhab Syiah setelah ditegakkan kepadanya

    hujah yang benar dan diluruskan salah faham yang dihadapinya, maka barulah dijatuhkan hukuman sesat ke atasnya. Akan tetapi penghukuman ini ditangguhkan lagi kerana usaha menegakkan hujah dan meluruskan kekeliruan adalah sesuatu yang tidak memiliki tempoh minima dan maksima. Malah adakalanya seseorang itu tetap memilih MazhabSyiahdisebabkan hujah yang ditegakkan kepadanya adalah tidak jelas dan dialog yang dihadapinya bukan bersifat meluruskan kekeliruan tetapi bersifat tengkingan dengan bahasayangkasardemimembezakansiapayanglebihhebatdalamperdebatan.

  • Oleh itu nasihat saya kepada para pembaca yang bertanya ialah, jauhilah diri dari sikap ingin menghukum orang yang terpengaruh dengan dakwah Syiah. Sebaliknya berilah tumpuan kepada menegakkan hujah kepada mereka dan berdialog demi meluruskan kekeliruan mereka. Hendaklah proses penegakkan hujah dan meluruskan kekeliruan dilakukan secara bertahaptahap dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Lakukanlah ia untuk membetulkan mereka, bukan untuk menyalahkan mereka. Jangan tergesagesa mengharapkan perubahan serta merta kerana merupakan satu kelaziman bagi manusia untuk merasaberatmengakuisalahterhadapapayangpadaawalnyadisangkakanbenar.

    Demikianlah penjelasan ringkas saya berkenaan apakah hukum orangorang yang terpengaruh denganMazhabSyiah.ManhajPerbahasan

    Manhaj perbahasan dalam buku Siri Ketiga ini tidak jauh berbeza daripada buku Siri Kedua. Ringkasnya buku ini membahas dan menjawab tujuh hadis yang paling masyhur di sisiSyiah yang mereka jadikan dalil dan hujah untuk mendakwa hak kekhalifahan ke atas Ali bin Abi Thalib dan Ahl alBaitnyaradhiallahu 'anhum. Perbahasan sengaja dihadkan kepada tujuh buah hadis kerana hadishadis tersebut adalah apa yang membentuk asas kepada doktrin mereka. Dengan terjawabnya tujuh hadis ini, ditambah dengan enam ayat alQuran yang dijawab dalam buku Siri Kedua, maka runtuhlah doktrin Syiahsecarakeseluruhannya.

    Kepada para pembaca yang baru kepada Siri Ketiga ini, disyorkan agar memulakan kajian daripadabukuSiriPertamadanSiriKeduademimenjaminkefahamanyangmantap.

    Sedikit perbezaan dalam buku Siri Ketiga ini adalah saya tidak mengemukakan senarai rujukan di akhir buku sebagaimana buku Siri Pertamadan Siri Kedua. Ini kerana dirasakan memadai dengan rujukanrujukantersebutdisebutsekaliketikamengemukakannyadalamperbahasanbukuini.

    PenghargaanRibuan terima kasih diucapkan kepada para pembaca yang sekian lama menunggu penerbitan

    bukuSiriKetigaini.Diharapkanperbahasandalambukuinimenepatiapayangdiharapharapkan.Pada waktu yang sama, terima kasih juga diucapkan kepada isteri dan rakanrakan saya yang telah

    membantu menjayakan buku ini. Semoga Allah memberi mereka ganjaran yang lebih baik di dunia dan akhirat.

    Dialualukan apaapa pembetulan dan pembaikan daripada para pembaca sekalian. Penulis boleh dihubungi melalui emel di alamat [email protected], SMS di nombor 0193848467 atau suratmenyuratyangdialamatkankepadapenerbit.Wassalamualaikum waRahmatullah waBarakatuh. Hafiz Firdaus bin Abdullah. MarchJuly2005Sumber:http://www.hafizfirdaus.com/ebook/buku_syiah/siri3/kata.htm