Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

16
Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu Noor Syaheera Ibrahim HT2005-3015 Wati Karolus HT2005-3065 Isnin Bt Bida HT2005-3066 Fred Adzieren Among HT2005-3677 Shamsul Sabirin HT2005-3709 Majorie Lawrence HT2005-3828 Fredirick Raymond Kisel HT2005-3830 Clare Aloysius Sitiol HT2005-3831 Noor fadzzillah Aliapa HT2005-3999 Mohd Sobrie Lamudin HT2005-4039 KELUAR

description

merangkumi pengenalan, latar belakang bahasa melayu, kesalahan, kesan kata pinjaman terhadap bahasa penerima dan penutup.

Transcript of Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Page 1: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Noor Syaheera Ibrahim HT2005-3015Wati Karolus HT2005-3065Isnin Bt Bida HT2005-3066Fred Adzieren AmongHT2005-3677Shamsul Sabirin HT2005-3709Majorie Lawrence HT2005-3828Fredirick Raymond Kisel HT2005-3830Clare Aloysius SitiolHT2005-3831Noor fadzzillah AliapaHT2005-3999Mohd Sobrie LamudinHT2005-4039

KELUAR

Page 2: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

KATA PINJAMAN

2. LATAR BELAKANG

3. ASPEK-ASPEK KATA PINJAMAN

4. KESALAHAN: SEBAB & PENYELESAIAN

5. KESAN TERHADAP BAHASA PENERIMA

6. RUMUSAN

KELUAR

1. PENGENALAN

Page 3: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Pengenalan

Peminjaman kata merupakan unsur yang lazim berlaku dalam mana-mana bahasa pun di dunia.

Peminjaman terjadi akibat pertembungan budaya yang membawa kepada pertembungan bahasa.

Oleh itu, kata pinjam boleh disimpulkan sebagai bahasa yang dipetik atau diambil dari bahasa lain dan dimasukkan ke dalam perbendaharaan kata Melayu.

KELUAR

Page 4: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Latar Belakang Bahasa Melayu Dalam perkembangan Bahasa Melayu terdapat tiga tahap

utama; Bahasa Melayu kuno, Bahasa Melayu klasik dan Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 iaitu pada zaman pemerintahan Srivijaya.

Bahasa Melayu klasik berkembang pesat bermula dari abad ke-13 dan digunakan dalam zaman pemerintahan kerajaaan Melaka, Acheh dan Johor-Riau.

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu sebelum penjajahan British.

Tiga tahap utama perkembangan Bahasa Melayu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Misalnya, B.M kuno terpengaruh dari Sanskrit dan Hindu, B.M klasik dari bahasa Arab dan Islam sementara B.M moden dari Inggeris.

KELUAR

Page 5: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Aspek-aspek Dalam Kata PinjamanMembincangkan perkara-perkara

seperti berikut:

I. Bentuk bentuk pinjamanII. Faktor-faktor peminjaman kataIII. Jenis-jenis peminjaman

KELUAR

Page 6: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

I. Bentuk-bentuk pinjaman

Terdapat tiga bentuk peminjaman kata iaitu; pinjam terjemah, pinjam ubahsuai dan pinjam utuh.

Pinjam terjemah ialah keadaan di mana proses konsep daripada bahasa lain diambil sedangkan katanya dicari padanannya atau terjemahannya yang ada dalam bahasa Melayu.

Pinjam ubahsuai berlaku apabila konsep dan kata daripada bahasa sumber diambil dan diubahsuai ejaan secara fonemik (sesuai dengan ejaan bahasa Melayu).

Pinjam utuh berlaku apabila kedua-dua prose sebelumnya (pinjam terjemah dan pinjam ubahsuai) tidak dapat dilaksanakan.

KELUAR

Page 7: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

ii. Faktor-faktor peminjaman kata

1. Mudah berlaku sekiranya kata yang dipinjam itu berasal dari bahasa atau masyarakat yang dipandang tinggi dari kemajuan tamadunnya.

2. Berlaku kerana kewujudannya sebagai unsur semulajadi dalam perkembangan dalam suatu bahasa.

3. Perhubungan atau pertembungan dengan kebudayaan lain seperti pelbagai peristiwa sejarah

4. Berlaku dalam masyarakat yang berdwibahasa atau berbagai-bagai bahasa.

5. Berlaku melalui proses evolusi bahasa, yakni secara alamiah dan secara formal.

KELUAR

Page 8: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

iii. Jenis-jenis peminjaman

Secara umumnya terdapat :1. Kata pinjaman dengan berlakunya pengambilan langsung

bentuk morfem dan makna.2. Kata pinjaman padu iaitu dengan penggatian separa

morfem dan separa fonem.3. Kata pinjam ubah iaitu dengan penggantian fonem

sempurna dan morfem sempurna.Secara spesifik:4. Peminjaman dialek yang berlaku dalam kawasan pertuturan

yang sama.5. Peminjaman budaya yang berlaku di antara satu

masyarakat linguistik dengan masyarakat yang mempunysi linguistik lain yang mempunyai kawasan geografi dan politik yang berasingan.

KELUAR

Page 9: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Kesalahan penggunaan kata pinjaman: sebab dan penyelesaian• Kesalahan:• Kajian yang dilakukan oleh Hjh Masnordina hj.

Jainudin (2006, dalam Rozaiman Makmun, 2007), terhadap pelajar sekolah rendah dan pelajar universiti. Hasil kajian mendapati bahawa 46.7% sampel gagal mengeja kartun daripada perkataan cartoon dengan betul, 68.3% salah mengeja komik daripada comic, 60% gagal mengeja subjek dengan betul, serta melakukan kesalahan dalam ejaan perkataan karatas daripada kertas walaupun perkataan ini adalah perkataan seharian mereka.

KELUAR

Page 10: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Kesalahan penggunaan kata pinjaman: sebab dan penyelesaianSebab:1. Pelajar dan penuntut sebenarnya tidak terdedah

kepadap penggunaan bahasa Melayu yang betul semenjak mereka kecil.

2. Pengejaan dibuat berdasarkan lafaz atau bunyi istilah perkataan tersebut.

3. Pelajar sudah biasa dengan istilah bahasa Inggeris dan menyebabkan sistem ejaan dan penulisan mereka turut sama terpengaruh.

4. Kekurangan pendedahan akan etimologi (asal-usul perkataan) kata pinjaman menyebabkan pelajar tidak faham akan aspek pinjaman mana yang diguna pakai dalam menyerap isitilah sumber yang ada.

KELUAR

Page 11: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Kesalahan penggunaan kata pinjaman: sebab dan penyelesaianPenyelesaian:

1. Guru mestilah memainkan peranan dengan memperjelaskan panduan untuk menyesuaikan ejaan kata atau istilah pinjaman berdasarkan aturan ejaan bahasa Melayu dengan lebih sistematik.

2. Faktor latihan dan kebiasaan penggunaan bahasa Melayu sejak peringkat pendidikan rendah perlu diusahakan.

3. Pembudayaan bahasa Melayu hendaklah dibuat semenjak sekolah menengah agar mereka dapat memahami buku-buku rujukan akademik dengan lebih baik lagi.

KELUAR

Page 12: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Kesan peminjaman terhadap bahasa penerima• Kesan pada peringkat fonologi1. Penyebaran e-pepet pada suku kata terakhir

tertutup seperti dalam sistem, sumber mewakili unsur perubahan dalam fonologi Melayu yang dibawa melalui kata-kata pinjaman.

2. Istilah-istilah yang diambil daripada bahasa asing, bukan saja membawa perubahan kepada struktur suku kata tetapi juga menambah jumlah suku kata kepada sesuatu kata.

3. Pengaruh bahasa asing telah menjadikan kata dalam bahasa Melayu lebih panjang.

KELUAR

Page 13: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Kesan peminjaman terhadap bahasa penerima• Kesan pada peringkat morfologi1.Kesan dari segi morfologi yang

datang bersama dengan kata pinjaman ialah kewujudan imbuhan baru, khususnya awalan dan akhiran asing.

2.Contoh: imbuhan pra-, dwi- (Sanskrit), bi-, pasca- (Parsi), anti-, -isme (Inggeris)

KELUAR

Page 14: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Rumusan

• Tidak ada satu budaya atau bahasa yang terbentuk secara asli.

• Kata pinjam daripada bahasa asing bukanlah suatu bentuk kesalahan yang jelas.

• Kesalahan yang berlaku cuma dalam bentuk kesalahan ejaan dan suka mencampur adukkan bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu.

KELUAR

Page 15: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Rumusan

• Para pelajar sendiri harus sedar dan berusaha untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Melayu.

• Kesan kata pinjaman dapat dilihat pada peringkat fonologi dan morfologi.

• Secara keseluruhannya, peminjaman bahasa asing bukanlah suatu yang baru. Mungkin terdapat ribuan istilah daripada pelbagai bahasa telah diserapkan ke dalam Bahasa Melayu, tetapi kita tidak menyedarinya.

KELUAR

Page 16: Kata Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Adakah anda pasti?

YATIDA

K