Kaunter TH Beroperasi Pada Hari Sabtu Pertama Setiap …10:2014+Kaunter+TH...Sarawak (Jalan...

4
1 Kaunter TH Beroperasi Pada Hari Sabtu Pertama Setiap Bulan KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka operasi kaunter perkhidmatan pada hari sabtu pertama setiap bulan di tiga puluh tiga (33) cawangan terpilih, bermula pada Sabtu, 1 November 2014. Perkhidmatan kaunter ini diharap dapat membantu memudahkan orang ramai berurusan di TH. Pembukaan kaunter-kaunter ini juga bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan TH kepada masyarakat sejajar dengan hasrat, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Tuan Haji Adi Azuan Abdul Ghani, Pemangku Ketua Pegawai Operasi TH berkata, “Perkhidmatan ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan untuk berurusan pada hari-hari bekerja biasa. Menyedari hakikat itu, perkhidmatan pada hari sabtu pertama setiap bulan ini diharap dapat memberi lebih kemudahan, nilai tambah dan ruang kepada para pendeposit untuk berurusan di TH”. Waktu operasi bagi perkhidmatan di semua kaunter cawangan terlibat adalah bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi urusan simpanan, pengeluaran, mengemaskini akaun, pendaftaran haji dan sebagainya. Senarai penuh cawangan terlibat adalah seperti di Lampiran.

Transcript of Kaunter TH Beroperasi Pada Hari Sabtu Pertama Setiap …10:2014+Kaunter+TH...Sarawak (Jalan...

Page 1: Kaunter TH Beroperasi Pada Hari Sabtu Pertama Setiap …10:2014+Kaunter+TH...Sarawak (Jalan Padungan, Kuching). Waktu operasi kaunter bermula jam 8.30 pagi sehingga 9.30 malam dan

1

Kaunter TH Beroperasi Pada Hari Sabtu Pertama

Setiap Bulan

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka

operasi kaunter perkhidmatan pada hari sabtu pertama setiap bulan di tiga

puluh tiga (33) cawangan terpilih, bermula pada Sabtu, 1 November 2014.

Perkhidmatan kaunter ini diharap dapat membantu memudahkan orang ramai

berurusan di TH. Pembukaan kaunter-kaunter ini juga bertujuan

mempertingkatkan kualiti perkhidmatan TH kepada masyarakat sejajar dengan

hasrat, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Tuan Haji Adi Azuan Abdul Ghani, Pemangku Ketua Pegawai Operasi TH

berkata, “Perkhidmatan ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang

ramai yang tidak berkesempatan untuk berurusan pada hari-hari bekerja biasa.

Menyedari hakikat itu, perkhidmatan pada hari sabtu pertama setiap bulan ini

diharap dapat memberi lebih kemudahan, nilai tambah dan ruang kepada

para pendeposit untuk berurusan di TH”.

Waktu operasi bagi perkhidmatan di semua kaunter cawangan terlibat adalah

bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Perkhidmatan yang

ditawarkan merangkumi urusan simpanan, pengeluaran, mengemaskini akaun,

pendaftaran haji dan sebagainya. Senarai penuh cawangan terlibat adalah

seperti di Lampiran.

Page 2: Kaunter TH Beroperasi Pada Hari Sabtu Pertama Setiap …10:2014+Kaunter+TH...Sarawak (Jalan Padungan, Kuching). Waktu operasi kaunter bermula jam 8.30 pagi sehingga 9.30 malam dan

2

Selain perkhidmatan ini, TH juga telah menjalinkan kerjasama dengan rakan

strategiknya iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Kerjasama Rakyat

Malaysia (Bank Rakyat) dan Maybank Islamic. Bank-bank ini menyediakan

kemudahan transaksi perbankan elektronik bagi urusan simpanan dan

pengeluaran melalui 6,000 mesin ATM (Auto Teller Machine) dan CDM (Cash

Deposit Machine). Malah perkhidmatan TH juga boleh diperolehi di kaunter-

kaunter BIMB dan Bank Rakyat.

TH juga beroperasi di enam (6) Pusat Transformasi Bandar/ Urban Tranformation

Center (UTC) iaitu di UTC Kedah (Bangunan MBAS, Alor Star), UTC Perak

(Bangunan UTC, Ipoh), UTC Melaka (Bangunan UTC, Melaka), UTC Johor

(Kotaraya, Johor Bharu), UTC Pahang (Bangunan UTC, Kuantan) dan UTC

Sarawak (Jalan Padungan, Kuching). Waktu operasi kaunter bermula jam 8.30

pagi sehingga 9.30 malam dan dibuka tujuh (7) hari seminggu.

Sebagai langkah meningkatkan kualiti perkhidmatan yang berterusan kepada

pelanggan, TH akan sentiasa mengambil perhatian terhadap segala

maklumbalas daripada pelanggan dari masa ke semasa.

Para pendeposit yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan

perkhidmatan TH, sila berhubung terus dengan TH Contact Centre (THCC) di

talian 03 - 6207 1919 atau emel kepada [email protected].

-Tamat-

Page 3: Kaunter TH Beroperasi Pada Hari Sabtu Pertama Setiap …10:2014+Kaunter+TH...Sarawak (Jalan Padungan, Kuching). Waktu operasi kaunter bermula jam 8.30 pagi sehingga 9.30 malam dan

3

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang diperbadankan di

bawah Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH adalah dalam

pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya adalah

kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak &

gas, hospitaliti, perkhidmatan dan makanan halal. TH mempunyai 120 buah cawangan

di seluruh negara dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi. Untuk maklumat lebih

lanjut mengenai perkhidmatan Tabung Haji, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau

hubungi Tabung Haji Contact Centre ditalian 03-6207 1919.

Page 4: Kaunter TH Beroperasi Pada Hari Sabtu Pertama Setiap …10:2014+Kaunter+TH...Sarawak (Jalan Padungan, Kuching). Waktu operasi kaunter bermula jam 8.30 pagi sehingga 9.30 malam dan

4

Lampiran

SENARAI 33 BUAH PEJABAT TH NEGERI, DAERAH DAN MINI TERPILIH

YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN OPERASI PEJABAT DAN URUSAN KAUNTER PADA

HARI SABTU (MINGGU PERTAMA) BERKUATKUASA 01 NOVEMBER 2014

BIL NEGERI BIL

PEJABAT PEJABAT TH YANG TERLIBAT

1 Kedah

1 TH Jitra

2 TH Kulim

3 TH Sungai Petani

4 TH Baling

5 TH Guar Chempedak

2 Pulau Pinang 6 TH Bayan Lepas

7 TH Bukit Mertajam

3 Perak 8 TH Bagan Serai

9 TH Teluk Intan

4 Selangor

10 TH Kelana Jaya

11 TH Mini Batu Caves

12 TH Klang

5 Wilayah

Persekutuan

13 TH Putrajaya

14 TH Jalan Tun Razak

6 Negeri Sembilan 15 TH Seremban

16 TH Tampin

7 Melaka 17 TH Masjid Tanah

8 Johor

18 TH Batu Pahat

19 TH Muar

20 TH Kota Tinggi

21 TH Kluang

9 Pahang 22 TH Temerloh

23 TH Pekan

10 Terengganu 24 TH Kuala Terengganu

25 TH Besut

11 Kelantan

26 TH Kota Bharu

27 TH Pasir Mas

28 TH Pasir Putih

29 TH Tanah Merah

12 Sabah 30 TH Kota Kinabalu

31 TH Tawau

13 Sarawak 32 TH Sibu

33 TH Miri