KBK3073TG2

download KBK3073TG2

of 24

Transcript of KBK3073TG2

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    1/24

    NOR RANI BT OTHMAN 1

    KBK 3073

    MURID MURID BERKEPERLUAN KHAS

    TAJUK TUGASAN 2

    BINCANGKAN STRATEGI DAN KAEDAH MEMBANTU MURIDPENDIDIKAN KHAS MENGIKUT MODEL SOSIAL DAN MODELPERUBATAN.

    KUMPULAN

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO ID NO TELEFON

    NOR RANI BT OTHMAN

    NAMA TUTOR E-LEARNING : DR NOOR AINI AHMAD

    TARIKH SERAH : 7/11/2012

    ISI KANDUNGAN

    KBK 3073 TUGASAN 21

    LAMPIRAN1

    PEMARKAHAN

    2 ESEI:(a)(b)

    3 FORUMJUMLAH

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    2/24

    NOR RANI BT OTHMAN 2

    Halaman

    1.0 Pengenalan. 2

    2.0 Definisi istilah . 2-33.0 Definisi Pendidikan Khas 3-4

    4.0 Kepentingan Pendidikan Khas. 4

    5.0 Definasi kanak-kanak keperluan khas. 4

    6.0 Falsafah Pendidikan Khas 57.0 Model pendidikan Khas. 5 - 6

    7.1 Tujuan , strategi dan kaedah. 6 - 88.0 Model sosial 8 - 9

    8.1 Strategi dan kaedah . 9 - 18

    9.0 Model perubatan 18

    9.1 Strategi dan kaedah . 18 - 2210.0 Penutup. 22

    11.0 Rujukan. 23 -24

    1.0 Pengenalan.

    Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan

    Khas yang bermula daripada saranan beberapa deklarasi antarabangsa. Di antara deklarasi

    KBK 3073 TUGASAN 22

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    3/24

    NOR RANI BT OTHMAN 3

    yang menjadi dasar pendidikan khas di Malaysia ialah The Framework On Special Needs

    Education. (Salamanca Statement) 1994 1 . Rangka ini memperakukan hak serta peluang

    kanak-kanak berkeperluan khas untuk mndapatkan pendidikan dan peluang untuk mencapai

    serta mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Pernyataan ini memperkuatkan lagi

    pernyataan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat,

    kemampuan dan keperluan pembelajaran. Oleh itu satu sistem pengajaraan dan pembelajaran

    perlu dicari untuk memenuhi keperluan itu, sesuai dengan perbezaan diri dan minat mereka.

    Laporan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), memperakukan kepentingan

    untuk meningkatan sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Walaupun murid-

    murid ini mendapat ases kepada pendidikan, tetapi kekurangan guru yang berkelayakan dan

    sokongan profesional serta kurikulum untuk murid bermasalah pembelajaran. Dengan ini

    Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti

    NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta dan agensi kerajaan bagi meningkatkan peluang

    kepada murid keperluan khas.2. Ini adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

    Malaysia untuk memantapkan jati diri murid serta melahirkan modal insan yang berdaya saing

    dan boleh dipasarkan dan bersedia untuk dunia pekerjaan.

    2.0 Definisi istilah .

    Beberapa istilah yang menjadi dasar perbincangan menurut Kamus Dewan, Edisi ke-4. ialah :

    a) Bincangkan bermaksud terangkan dengan jelas3.

    b) strategi bermaksud rancangan yang teratur 4 .

    c) kaedah bermaksud membuat sesuatu dengan bersistem 5

    d) membantu bermaksud memberi pertolongan6

    e) murid berkeperluan khas bermaksud anak-anak kecil yang istimewa7

    1 Kamaruddin Bin Mohd Radzi .et al. (2010). Modul PKU 3101 Pengenalan Kepada

    Pendidikan Khas. Institut Pendidikan Guru . Cyberjaya: Kementerian Pendidikan

    Malaysia. Ms 37.

    2Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025). Kuala Lumpur : Kementerian

    Pendidikan Malaysia. Bab 4:20

    3Kamus Dewan Ed. Ke 4 (2005). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. ms188

    4 Kamus Dewan Ed. Ke 4 (2005). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. ms 1525

    5 . Kamus Dewan Ed. Ke 4 (2005). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. ms653

    6. Kamus Dewan Ed. Ke 4(2005) . Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. ms126

    KBK 3073 TUGASAN 23

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    4/24

    NOR RANI BT OTHMAN 4

    f) mengikut bermaksud melalui 8

    Berdasarkan definisi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa tugasan ini

    melibatkan menerangkan dengan jelas rancangan yang diatur dan bersistem dalam

    memberi pertolongan kepada kanak-kanak istimewa melalui dua model iaitu model

    sosial dan model perubatan.

    3.0 Definisi Pendidikan KhasDefinisi- definisi:Slavin(1997)

    Sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar bermasalah seperti

    kecatatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran

    biasa dalam kelas

    Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas merupakan program pendidikan yang

    disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program

    pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa.

    Menurut Mansor (2005): Pendidikan Khas merujuk kepada suatu usaha yang berterusan untuk

    menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan,

    berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari

    potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras

    dengan Falsafah Pendidikan .

    Rumusan Definisi

    Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang

    dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan

    atau kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran, pembelajaran,

    serta latihan jasmani. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga adalah sebahagian daripada

    kurikulum biasa yang tetapi telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan

    7. Kamus Dewan Ed. Ke 4(2005) . Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. ms1191

    8Kamus Dewan Ed. Ke 4(2005) , Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka ms560

    KBK 3073 TUGASAN 24

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    5/24

    NOR RANI BT OTHMAN 5

    khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan atau kurang upaya itu.

    4.0 Kepentingan Pendidikan Khas.

    Ia menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan

    khas. Pendidikan yang diberikan adalah sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan

    keperluan khas. Ia juga menyediakan peluang bagi murid dengan keperluan khas untuk

    mengembangkan bakat dan potensi mereka. Selain daripada itu, dapat menyediakan bahan-

    bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Dengan memastikan tenaga

    pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas untuk memenuhi

    keperluan murid murid ini.

    5.0 Definisi kanak-kanak keperluan khas.

    Kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kumpulan di bawah;

    a) Kanak-kanak kurang upaya pendengaran

    b) Kanak-knak Kurang upaya penglihatan

    c) Kanak-kanak Kerencatan akal

    d) Kanak-kanak bermasalah tingkahlaku atau emosi

    e) Kanak-kanak bemasalah pembelajaran

    f) Kanak-kanak bemasalah pertuturan atau komunikasi

    g) Kanak-kanak bermasalah pintar cerdas

    h) Kanak-kanak Kurang upaya fizikal

    i) Kanak- kanak bermasalah kesihatan

    6.0 Falsafah Pendidikan Khas

    Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan

    yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

    menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli

    masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

    Berdasarkan pernyataan di atas , dapatlah disimpulkan bahawa ada tiga prinsip utama

    di dalam Falsafah Pendidikan Khas iaitu

    KBK 3073 TUGASAN 25

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    6/24

    NOR RANI BT OTHMAN 6

    a) Pendidikan menyeluruh dan bersepadu.

    Pendidikan yang mementingkan potensi individu berdasarkan jasmani, emosi, rohani, intelek

    dan sosial. Potensi murid akan dikembangkan dalam kesemua aspek oleh semua pihak secara

    berkerjasama atau kolabroratif dan bersepadu. Kesemua pihak bermasud gabungan kesemua

    ahli model sosial dan model perubatan. Gabungan kedua dua model ini membentuk kumpulan

    yang dipanggil kumpulan pelbagai disiplin.

    b) Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna.

    Ia adalah bermakna guru cuba memberi pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang

    gembira dan berguna kepada murid. Dengan menggunakan pendekatan begini, murid akan

    tidak ada rasa tertekan serta berminat dan terangsang untuk datang belajar ke sekolah

    c) Pendidikan sepanjang hayat.

    Ia adalah proses mendapat ilmu untuk dikembangkan dan digunakan sepanjang kehidupan

    murid seharian secara berterusan. Ia tidak terhenti di bangku sekolah sahaja tetapi berterusan

    sepanjang kehidupan mereka.

    7.0 Model Pendidikan khas.

    Model Pendidikan khas terbahagi kepada:

    a) Model sosial.

    Ia terdiri daripada

    a) Ibu bapa termasuk keluarga .

    b) Pihak Sekolah

    c) Guru Pendidikan Khas

    d) Guru Biasa

    e) Kementerian Pendidikan Malaysia

    f) Komuniti

    g) Badan bukan kerajaan

    h) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

    i) Agensi-agensi kerajaan lain.

    j) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    KBK 3073 TUGASAN 26

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    7/24

    NOR RANI BT OTHMAN 7

    b) Model perubatan

    Ia terdiri daripada pakar perubatan seperti

    a. Doktor / Pediatrik

    b) Pakar Terapi pertuturan bahasa.

    c) Fisioterapi

    d) Ahli terapi carakerja.

    e) Juruterapi.

    f) Pakar Psikologi.

    g) Neurologi

    h) Pakar Audiologi

    i) Pakar Oftomologi

    j) Jururawat.

    7.1 Tujuan , strategi dan kaedah.

    Gabungan kerjasama kedua dua model di atas, membentuk kumpulan yang dipanggil

    kumpulan pelbagai disiplin. Ia terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran

    serta kepakaran dalam bidang masing-masing.

    Tujuan Model Pendidikan Khas

    a) Membentuk masyarakat penyayang.

    b) Mengenalpasti masalah dalam komuniti.

    c) Mengenapasti kegagalan komuniti memberi dan memastikan keperluan orang kelainan

    upaya.

    Fungsi Model Pendidikan Khas

    Antara fungsi yang paling penting sekali ialah mengenalpasti masalah murid . Kemudian

    merancang sesuatu program khas dan menilai perkembangan pelajar tersebut. Penilaian

    dibuat bertujuan untuk memastikan program yang dibina untuk murid tersebut berjaya

    membantu mencapai sesuatu dalam kehidupan mereka. Kumpulan ini akan memastikan

    kanak-kanak ini mendapat tempat yang adil dan sesuai dengan keperluan mereka. Mereka juga

    KBK 3073 TUGASAN 27

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    8/24

    NOR RANI BT OTHMAN 8

    akan mencari cara lain atau pendekatan alternatif untuk pemulihan murid. Ini dilakukan dengan

    cara merekod keperluan dan segala maklumat kanak-kanak , barulah pemilihan penyelasaian

    diadakan. Satu rancangan dipanggil rancangan pengajaran individu diberikan kepada setiap

    murid. Adalah menjadi tanggungjawab kumpulan ini memastikan rancangan pendidikan ini

    berjalan dengan lancar.

    Strategi dan Kaedah

    Ia dilakukan secara kolaborasi atau kerjasama antara semua pihak daripada segi penglibatan

    semua pihak seperti ibu bapa, sekolah dan masyarakat amat diutamakan. Kerjasama ini

    dibuat secara bergabung tenaga secara sukarela.

    KBK 3073 TUGASAN 28

    MODELKEPERLUAN KHAS

    IBU BAPA

    sekolah

    /guruPakarPerubat

    an

    Masyaraka

    t

    Bahagian

    Pendidikan

    model sosial

    Jabatan

    Kebajikan

    masyarakat

    model perubatan

    NGO

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    9/24

    NOR RANI BT OTHMAN 9

    8.0 Model sosial.

    Berdasarkan perkara 28(1) akta orang kurang upaya 2008 menyatakan kepentingan

    usaha berterusan pelbagai pihak untuk membantu golongan malang, jelaslah peranan model

    sosial tidak boleh dianggap kecil. Deklarasi Salamanca Statement and The Framework On

    Special Needs Education (UNIESCO, JUN 2004) menyatakan sokongan fizikal semua pihak

    terhadap golongan ini amat penting. Laporan awal Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    (2013-2025), memperakukan juga, kerajaan akan menjalankan pelbagai usaha untuk

    membantu golongan ini9

    8.1 Strategi dan kaedah .

    Strategi utama dalam model sosial ialah kerjasama semua pihak. Berikut adalah strategi

    dan kaedah oleh ahli-ahli model sosial dalam membantu mereka.

    A) Kementerian Pendidikan Malaysia..

    9Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. (2013-2025), Kuala Lumpur : Kementerian

    Pendidikan Malaysia. Bab 4:20

    KBK 3073 TUGASAN 29

    Rajah 1: Model Keperluan khas adalah gabungan

    model sosial dan model perubatan.

    Gabungan kerjasama mereka membentuk

    Kumpulan Pelbagai Disiplin.

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    10/24

    NOR RANI BT OTHMAN 10

    Laporan awal Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), memperakukan, strategi

    kerajaan dalam membangunkan kumpulan ini ialah dalam memberi peruntukan,

    membangunkan bengkel dan program bersama murid serta mendapatkan sokongan pelbagai

    pihak termasuk golongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi. Murid-murid ini

    akan ditempatkan di sekolah pilihan yang bersesuaian dengan diri dan keperluan mereka. Ini

    akan dilakukan mengikut tiga peringkat iaitu:

    i) Gelombang 1 memberikantumpuan kepada pengukuhan program sedia ada.

    Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai

    sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih

    bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan

    membangunkan satu set instrumen penilaian . Kementerian juga akan meneruskan

    usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran

    vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan

    khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan

    sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas,

    menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan

    modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada

    asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus

    mengikut tahap kebolehan murid.

    ii) Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan

    jumlah pakar bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga

    pelbagai jenis keperluan. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh.Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan

    khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan

    berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif.

    iii) Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang

    berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan

    kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of Education

    Organisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN). Matlamatnyaadalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti

    tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi

    pengetahuan mengenai pendidikan khas.

    KBK 3073 TUGASAN 210

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    11/24

    NOR RANI BT OTHMAN 11

    Usaha lain yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:

    1) Mewujudkan jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk membantu guru-guru

    khas dalam mengendalikan murid di sekolah.

    2) Menambah penghayatan latihan yang efektif dan kepakaran pegawai dan guru

    pendidikan khas.

    3) Menambahlah pasarana yang mesra kepada Orang Kelainan Upaya. Sekolah

    sekolah ini boleh menyediakan kemudahan pergerakan atau mobility seperti lif .

    4) Merancang dan menyediakan program pendidikan yang lengkap sesuai untuk

    membangunankan Pendidikan Khas seperti Kem Kesihatan . Memberi elaun kepada

    murid murid untuk menampung kos yang tinggi seperti kos terapi.

    5) Menyediakan pendidikan yang bertransisi ke kerjaya. Ini akan memberi mereka

    peluang untuk meneruskan kehidupan selepas keluar daripada bangku sekolah.

    6) Kementerian boleh berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam

    memberi peluang mengambil bahagian dalam sukan ke peringkat dunia. Selain daripada

    itu peluang untuk melanjutkan ke peringkat pengajian atau kemahiran boleh dibuat

    dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) seprti Lion Club.

    7) Kementerian boleh membuat program pengesanan mencari kanak-kanak yang tidak

    ditempatkan di tempat yang sepatutnya contohnya terbiar tidak diberi pemulihan dan

    pendidkan

    B Ibubapa termasuk keluarga.

    Kaedah yang boleh dijalankan oleh ibu bapa ialah sentiasa peka terhadap sebarang

    respons atau aktiviti tidak normal anak-anak. Keluarga memainkan peranan penting dalam

    pendidikan khas. Penglibatan ibu bapa adalah mustahak kerana mempunyai banyak maklumat

    tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Program Pendidkan Khas tidak hanya bertumpu

    kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik

    beradik, nenek dan datuk. Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan anak-anak,

    sepatutnya dapat mengesan kekurangan mereka pada peringkat awal. Anak-anak tidak boleh

    dibiarkan sahaja , jika didapati ada sebarang masalah atau perubahan pada mereka. Peluang

    murid untuk pulih adalah tinggi jika ibu bapa dapat mengesan kecacatan pada peringkat awal

    lagi. Langkah seterusnya ialan ibu bapa berbincang dengan pakar berkaitan supaya tindakan

    selanjutnya untuk membantu anak-anak dapat diambil dengan segera.

    KBK 3073 TUGASAN 211

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    12/24

    NOR RANI BT OTHMAN 12

    C. Pihak sekolah.

    Ia memainkan peranan penting untuk membentuk kanak-kanak berkeperluan khas supaya

    mereka boleh berdikari dan mengurus diri. Strategi ialah dengan menyediakan satu bangunan

    atau satu bilik khas serta menyediakan inftastruktur yang lengkap untuk keperluan

    pembelajaran dan pengajaran mereka. Kemudahan penyediaan asrama, bilik permainan, bas

    serta bilik multi sensory boleh disediakan juga. Selain daripada itu pihak sekolah memastikan

    proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah kaedah khusus dapat berjalan dengan

    lancar. Aktiviti aktiviti yang membolehkan pergaulan antara murid berkeperluan khas dengan

    murid-murid biasa haruslah digalakkan dan diperbanyakkan. Aktiviti menarik seperti memanah,

    terapi air dan berkuda boleh diadakan. Ia akan menolong murid belajar berinteraksi secara

    normal dengan semua golongan dan tidak suka mengasingkan diri sahaja. Peralatan untuk

    murid buta termasuklah perisian Jaws dan Puxburry open book adalah diharapkan dapat

    disediakan kepada murid-murid ini.

    D. Guru Pendidikan Khas.

    Peranan guru pendidikan khas amat berat dan penting. Dalam memastikan dapat memberikan

    pendidikan berkesan mereka mesti bekerja dengan komitmen yang tinggi dan bersistematik.

    Strategi yang boleh dijalankan ialah memperbaiki diri sendiri dan melengkapkan dengan ilmu

    serta kemahiran untuk mengajar kanak-kanak ini. Boleh berfikiran secara positif, kreatif, inovatif

    serta imaginatif supaya minat murid dapat ditarik dan menumpukan perhatian untuk belajar.

    Dengan mempunyai sikap simpati dan empati, guru akan membantu murid ini keluar daripada

    kepompong mereka dan berjaya dalam hidup. Langkah memberi ujian saringan kepada pelajar

    sangat penting kerana ia dapat digunakan untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar serta

    masalah mereka. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang dibuat mestilah mengikut kategori

    dan kesesuaian murid supaya dapat menguasai kemahiran yang diberikan dengan baik.

    Strategi yang digunakan ialah segala program dan aktiviti boleh diadakan di kawasan atau di

    luar kawasan sekolah. Untuk meluaskan pengalaman, murid boleh dibawa melawat seperti ke

    Pulau Langkawi, Sabah atau Sarawak. Kaedah perbincangan dengan ibubapa mestilah

    digunakan kerana ia dapat mewujudkan kerjasama.. Perbincangan merangkumi masalah

    kesihatan serta masalah tingkahlaku murid. Idea dan nasihat ibu bapa juga perlu

    dipertimbangkan dalam melancarkan perkembangan pendidikan khas. Strategi yang dijalankan

    oleh guru pendidikan khas untuk menarik penglibatan ibu bapa terhadap Pendidikan Khas ialah:

    KBK 3073 TUGASAN 212

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    13/24

    NOR RANI BT OTHMAN 13

    1) Menerangkan istilah penting kepada ibu bapa.

    Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Ia mungkin

    merupakan pengalaman pertama mereka mempunyai anak kelainan upaya. Konsep mereka

    adalah berlainan dengan konsep seorang professional seperti guru pendidikan khas. Jadi, guru

    mestilah memberi penerangan kepada ibu bapa tentang ciri kurang upaya serta istilah yang

    kerap digunakan.seperti intervensi, perkembangan motor, penglihatan terhad dan lain-lan iagi.

    2) Mengambil kira perasaan ibu bapa.

    Biasanya ibu bapa akan berasa kecewa dan ada perasaan negatif bila mempunyai dan

    mengetahui anak mereka adalah pelajar kelainan upaya. Guru mesti meyakinkan ibu bapa

    bahawa anak mereka boleh berkembang dengan asuhan yang teratur.

    3) Mendengar apa yang dikatakan oleh ibubapa.

    Jika guru ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa, dia perlu mendengar apa yang

    diluahkan oleh ibu bapa tentang anak mereka. Melalui kaedah ini, guru dapat menyakinkan

    mereka mengenai masa depan murid.

    4) Memberi maklumat kepada ibu bapa.

    Guru mestilah selalu berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Dengan memberitahu

    tentang prestasi yang dicapai oleh murid kepada keluarga menunjukkan bahawa guru

    mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.

    5) Meyakinkan ibu bapa.

    Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak mereka dalam

    merealisasikan potensinya. Ibu bapa akan sedar bahawa guru adalah sahabat yang ingin

    bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah

    melahirkan individu yang berdikari.

    Guru Pendidikan Khas mestilah mempunyai strategi berikut dalam memberi

    perkhidmatan yang terbaik kepada murid:

    a) Penyampaian

    Contohnya bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille bagi pelajar Buta.

    Untuk dapat keberkesanan pengajaran kemahiran bahasa isyarat pelajar dinilai semula.

    b) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.

    Strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya murid mestilah

    digunakan.

    c) Peralatan.

    Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-

    kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta.

    KBK 3073 TUGASAN 213

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    14/24

    NOR RANI BT OTHMAN 14

    d) Bilangan pelajar dalam kelas.

    Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah 5-10 murid.

    e) Guru pendidikan khas terlatih.

    Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau

    kanak-kanak bermasalah penglihatan.

    f) Pengubahsuaian kurikulum.

    Kandungan kurikulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang upaya murid

    yang diajar.

    g) Aktiviti kokurikulum.

    Aktiviti yang dipilh mestilah bersesuaian dengan jenis murid khas.

    E) Guru biasa.

    Guru biasa di sekolah yang berada di arus perdana dapat juga membantu perkembangan murid

    berkeperluan khas. Kaedah yang digunakan ialah berkerjasama dengan guru khas seperti

    berkongsi pendapat, bertukar-tukar bahan bantu mengajar serta mengambil bahagian dalam

    aktiviti yang dianjurkan oleh guru khas. Dengan ini , guru biasa dapat menggunakan kemahiran

    dan idea mereka objektif pendidikan khas tercapai dimana murid-murid ini dapat

    mengembangkan bakat dan kemahiran mereka. Kaedah berkerjasama ini diteruskan juga

    dengan semua staf yang berada di sekolah bertujuan merealisasikan aspirasi pendidikan khas.

    F) Komuniti

    Keadah yang dijalankan ialah memberi motivasi kepada mereka yang mempunyai anak

    kelainan upaya supaya ibu bapa tidak mempunyai perasaan rendah diri . Ibu bapa yang

    mempunyai anak yang kelainan upaya menghadapi masalah seperti sifat malu. rendah diri,

    masalah cabaran dalam pengurusan anak serta kerisauan tentang sistem pendidikan dan

    rawatan mereka. Masyarakat juga dididik supaya tidak memandang serong kepada golongan

    ini dengan cara tidak meminggirkan golongan Orang Kelainan Upaya ini. Ada kumpulan

    komuniti yang memberi perkhidmatan secara sukarela untuk membantu golongan Orang

    Kelainan Upaya di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Strategi diatur supaya dapat

    membantuuntuk memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri golongan Orang Kelainan

    Upaya ini..Pemulihan ini dapat dilakukan dalam keluarga dan masyarakat sendiri. Ia

    menyediakan tempat dan peluang yang sama rata untuk menjalani pemulihan dan berinteraksi

    KBK 3073 TUGASAN 214

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    15/24

    NOR RANI BT OTHMAN 15

    dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor

    halus ,perkembangan bahasa, perkembangan sosial. Ia ditubuhkan oleh Jabatan

    Pembangunuan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1988.

    Kaedah yang dijalankan ialah mengadakan perbincangan mengenai masalah anak-anak dan

    berkaitan dengan pendidikan dalam pendidikan khas.

    G) Badan bukan kerajaan.

    Pelbagai organisasi, persatuan dan badan sukarelawan serta Badan Bukan Kerajaan

    atau NGO wujud di merata-rata tempat di negara kita. Srategi yang dijalankan adalah

    menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang keperluan golongan Orang

    Kelainan Upaya . Selain daripada memberikan perkhidmatan bersifat professional

    seperti perkhidmatan terapi kepada golongan Orang Kelainan Upaya. Mereka sangat

    membantu dari segi kepakaran tentang proses pemulihan golongan Orang

    Kelainan Upaya dalam kalangan Pemulihan Dalam Komuniti. Badan ini juga banyak

    memberikan bantuan kewangan kepada Orang Kelainan Upaya dan keluarga.

    Antara contoh badan bukan kerajaan ialah:

    a) Persatuan Kanak-Kanak Spastik yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-

    kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

    b) Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kemahiran hidup serta

    kemahiran sosial.

    c) Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi

    kanak-kanak di antara umur 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak

    di antara umur 6-16 tahun.

    d) Yayasan Sindrom Dowm Kiwanis yang komited kepada kebajikan kanak-kanak

    Sindrom Down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun.

    H) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat merangkumi usaha membantu serta memberi

    perkhidmatan supaya mereka boleh berdirikari serta menjadi anggota kelainan upaya

    yang bersesuaian dengan keperluan dan syarat yang diperlukan. Dengan adanya

    pertolongan, orang kelainan upaya , diharapkan akan dapat menjadi lebih produktif

    walaupun dengan keupayaan dan kebolehan mereka.

    KBK 3073 TUGASAN 215

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    16/24

    NOR RANI BT OTHMAN 16

    Kaedah yang dijalankan ialah

    1) mengeluar Kad Kenal Diri Orang Kelainan Upaya untuk memudahkan

    mereka mendapat perkhidmatan yang cepat serta akses kepada

    kemudahan awam. Pelbagai faedah seperti rawatan perubatan,

    khidmat pemulihan, rawatan lanjutan dan latihan vokasional juga diberikan. Kad

    ini perlu untuk golongan ini mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti dan

    peluang mendapat pekerjaan di sektor awam atau swasta.

    2) Bantuan Alat Tiruan dan otortik.

    Bantuan ini bertujuan membantu Orang Kelainan Upaya membeli peralatan tiru

    atau sokongan seperti kerusi roda, anggota tiruan dan lain-lain peralatan

    yang

    tidak mampu dibeli oleh Orang Kelainan Upaya. Alat ini bertujuan membantu

    mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan mereka.

    3) Geran Pelancaran

    Ia bertujuan membantu Orang Kelainan Upaya yang ada pengetahuan dan

    kemahiran tetapi tidak mempunyai modal kewangan dan peralatan bagi

    menjayakan projek jaya diri. pertanian keli atau pertanian.

    4) Elaun Pekerja Cacat (EPC)

    Skim ini bertujuan menggalakkan Orang Kelainan Upaya terus bekerja dan

    berdiikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Ini supaya

    mereka dapat penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas.

    5) Bengkel Terlindung.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di

    sekor awam atau swasta. Mereka boleh ditempatkan di Bengkel Terlindung

    seperti Bengkel Daya Sg Petani atau ada 13 buah bengkel yang diuruskan oeh

    sukarela

    .

    6) Latihan Kemahiran Vokasional

    KBK 3073 TUGASAN 216

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    17/24

    NOR RANI BT OTHMAN 17

    Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi mengadakan kursus

    peringkat sijil dan mendapat pengiktirafan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

    .Kursus ini ditawarkan kepada Orang Kelainan Upaya berumur 18-40 tahun

    yang berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR)

    atau setaraf dengannya dan boleh berdikari.

    Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti komputer, kesetiausahan, jahitan

    dan reka fesyen, penyenggaraa komputer, pendawaian elektrik, bengkel roti dan

    kek , fotografi dan kelas memandu

    7. Kemasukan ke Institusi Pemulihan

    Latihan Pemulihan diberikan kepada individu Orang Kelainan Upaya kategori

    terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan

    masing-masing. Untuk Orang Kelainan Upaya yang mengalami kecacatan yang

    teruk , perlindungan dan jagaan juga diberikan. Antara aktiviti yang dijalankan

    ialah seperti latihan pemulihan kehidupan seharian, latihan pra vokasional, kelas

    akademik tidak formal, pendidikan agama atau moral, sukan dan rekreasi dan

    aktiviti luar.

    8. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

    Ia ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian

    Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1988. Pemulihan Dalam Komuniti

    (PDK) satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan Orang

    Kelainan Upaya menjalani pemulihan dalam keluarga atau sendiri .

    Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan penting dalam

    Pemulihan Dalam Komuniti ini. Kaedah yang digunakan ialah orang ramai

    yang berminat untuk menyumbang idea, tenaga dan kewangan bolehlah

    melibatkan diri secara aktif di dalam program program yang dijalankan.Ia

    memberi peluang kepada Orang Kelainan Upaya menjalani pemulihan,

    mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

    Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor

    halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan

    diri, pra Membaca. Menulis dan Mengira, kreaviti, sukan dan rekreasi.

    Kaedah yang digunakan oleh pentadbiran PDK ialah `pendekatan

    integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri. Ia memberi perkhidmatan kepada

    KBK 3073 TUGASAN 217

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    18/24

    NOR RANI BT OTHMAN 18

    Orang Kelainan Upaya tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat

    setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan

    semasa latihan yang bersesuaian.

    I. Agensi-agensi kerajaan lain.

    a) Strategi yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menolong golongan

    ini ialah dengan pengecualian Cukai Jalan kepada kereta,van dan motorsikal buatan tempatan

    sahaja.

    b) Syarikat pengangkutan awam menyediakan berbagai kemudahan kepada golongan ini

    seperti potongan harga sebanyak 25% .jika menggunakan bas ekspress. Keretapi Tanah

    Melayu (KTM) memberi potongan harga sebanyak 50% untuk semua kelas dan potongan

    sebanyak 50% juga oleh Malaysia Airline System (MAS).

    J Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Strategi yang dijalankan adalah dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar Orang

    Kelainan Upaya. yang mengikuti pengajian tertiari ( Diploma ke atas) secara sepenuh masa di

    Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Insitusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS), politeknik dan

    kolej komuniti. Untuk pengajian sepenuh masa di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA ),

    perbelanjaan dan wang saku sebanyak RM5,000 setahun atau RM20,000 diberikan bagi

    sepanjang pengajian. Bantuan kewangan berjumlah RM5,000 setahun atau RM20,000

    diberikan untuk yang mengikuti pengajian di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi yang

    mengikuti program separuh masa atau pengajian jarak jauh. Pengajaran Teknik dan vokasional

    menyediakan program untuk Orang Kelainan Upaya diberikan seperti pengurusan hotel.

    Program untuk golongan ini diadakan di politeknik dan kolej komuniti.

    9.0 Model perubatan .

    Dari segi perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalami

    kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kelainan upaya. Kaedah yang digunakan ialah

    pendekatan perubatan untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami. Contoh usaha

    untuk memulih pendengaran kanak-kanak pekak dan melatih mereka bertutur. Pakar perubatan

    merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam perlaksanaan

    pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas yang dilakukan oleh

    KBK 3073 TUGASAN 218

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    19/24

    NOR RANI BT OTHMAN 19

    ahli perubatan berasaskan ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak

    perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan. Kerjasama

    pakar perubatan dalam meletakkan kategori kecacatan murid dengan pengawasan

    Kementerian Pendidikan Malaysia amat penting.

    9.1 Strategi dan kaedah .

    Penilaian awal oleh pasukan multidiisiplin.

    a) Doktor

    Strategi yang digunakan oleh pediatrik atau doktor ialah mendiagnos masalah kanak-

    kanak pendidikan khas. Punca masalah mesti dikesan seperti penyakit atau masalah

    pembelajaran. Memberi rawatan ubatan yang sesuai bagi kanak-kanak khas yang

    memerlukan rawatan ubatan. Contoh kanak-kanak yang mengalami epilipsi.

    b) Pakar terapi pertuturan- bahasa.

    Strategi yang digunakan oleh pakar terapi pertuturan dan bahasa ialah :

    1) mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami kelewatan bahasa dan pertuturan.

    2) melakukan penilaian yang sesuai untuk mendapatkan kefungsian bahasa dan

    pertuturan.

    3) merancang matlamat terapi berdasarkan hasil penilaian secara individu atau secara

    kumpulan.

    4) memberi khidmat nasihat kepada ibubapa, penjaga, guru dan masyarakat.

    5) melakukan program saringan awal kepada murid-murid sekolah untuk mengenalpasti

    sebarang masalah pertuturan sekiranya perlu.

    6) mengadakan program pencegahan dan memberi maklumat berkaitan masalah

    komunikasi kepada para profesional, ibubapa dan juga komuniti. Selain itu menawarkan

    latihan khusus, khidmat bantu serta nasihat dan menyediakan bahan maklumat

    berkaitan pendidikan khas kepada masyarakat.

    7) memberi terapi pertuturan kepada murid yang mengalami masalah bertutur

    8) merangsang komunikasi murid-murid yang mengalami berbahasa.

    c) Fisioterapi

    KBK 3073 TUGASAN 219

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    20/24

    NOR RANI BT OTHMAN 20

    Strategi yang digunakan oleh ahli fisioterapi ialah menaksir fungsi motor halus dan

    motor kasar untuk kanak kanak. Memberi rawatan pemulihan kepada anggota yang

    cedera ataupun anggota yang kelainan upaya sejak lahir. Sebagai intervensi awal untuk

    mengelakkan maalah yang dihidapi bertambah teruk Kemahiran hidup boleh dilatih

    untuk murid kelainan upaya.

    d) Ahli terapi carakerja.

    Merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan

    intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Mereka akan

    dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan. Aktiviti juga

    berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot otot untuk membantu

    murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.

    e) Juruterapi.

    Strategi yang digunakan oleh juruterapi ialah:

    1) mengadakan perbincangan atau percambahan minda melalui teknik komunikasi

    bersama individu dan ahli keluarga yang terlibat.

    2) mengadakan sesi terapi kepada individu dan ahli keluarga yang terlibat contohnya

    penggunaan bilik multisensory yang konsisten mententramkan tahap hiperaktir kanak

    dengan terapi muzik dan rangsangan sensori.

    f) Pakar psikologi

    Kaedah yang digunakan oleh pakar psikologi ialah :

    1) mengadakan kaunseling individu kepada kanak kanak tersebut.

    2) mengadakan kaunseling berkumpulan yang melibatkan individu dan ahli keluarga.

    3) mengadakan kaunseling berkumpulan yang melibat ramai kanak-kanak kelainan

    upaya.

    4) Mengurang kadar kecacatan seprti kecacatan emosi dalam murid hiperaktif dengan

    mengunakan unsur bunyi dan cahaya .

    5) Mencadangkan penggunaan ubat mengawal emosi kepada yang memerlukan.

    g) Pakar audilologi.

    KBK 3073 TUGASAN 220

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    21/24

    NOR RANI BT OTHMAN 21

    Strategi yang digunakan pakar ini bila murid yang bermasalah pendengaran dirujukkan

    kepada mereka ialah ;

    1) mengadakan ujian saringan dan ujian diagnostik pendengaran.

    2) menjalankan pemulihan untuk mengenal , mengetahui , membeza dan memahami

    bunyi.

    3) memasang alat bantu pendengaran serta alatan lain yang diperlukan kanak-kanak.

    4) menasihati penggunaan alat bantu pengajaran untuk murid yang ada masalah

    pendengaran.

    5) memberi khidmat sokongan, nasihat, kaunseling, latihan kepada guru, penjaga serta

    guru khususnya dalam penggendalian dan penyelenggaraan Alat Bantu Pendengaran

    dan FM unit.

    h) Pakar Oftomologi .

    Strategi yang digunakan oleh pakar oftomologi ialah menaksir penglihatan murid.

    Sekiranya terdapat masalah penglihatan maka mereka memerlukan cara penglihatan

    yang berbeza dengan kanak kanak normal.

    i) Pakar Pemakanan.

    Strategi yang digunakan oleh pakar pemakanan ialah bekerjasama dengan sekolah

    dalam memberi maklumat kepada murid tentang piramid makanan serta makanan

    seimbang. Selain daripada itu, memberi pengetahuan tentang merancang pemakanan

    untuk pembesaran fizikal dan untuk minda. Pendedahan mengenai zat zat makanan

    boleh dibuat secara formal atau tidak formal tidak terhad kepada sekolah malahan di

    luar bandar. Penggunaan teknologi maklumat memudahkan maklumat disebarkan

    kepada semua terutama mereka yang celik teknologi.

    j) Jururawat.

    Amalan yang dilakukan di klinik kesihatan ialah sentiasa memberi sokongan contohnya

    kepada ibu yang baru bersalin atau susulan kesihatan mengikut jadual . Mengadakan

    intervensi awal kepada kanak kanak seperti kebolehan mengerakkan kaki.

    Kaedah yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan adalah seperti berikut :

    Langkah 1 ; Penilaian Awal,

    KBK 3073 TUGASAN 221

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    22/24

    NOR RANI BT OTHMAN 22

    Dapatan penilaian oleh pengamal perubatan di klinik kesihatan atau klinik pakar kanak- kanak

    atau klinik perubatan pemulihan. Kebiasaanya , pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibubapa

    ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik . Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas

    pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama. Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui

    secara kasar IQ (Intelligent Quotient ) pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan

    tingkahlaku pelajar dan masalah pembelajaran. Seterusnya pelajar ini akan diberi tarikh temu

    janji untuk bertemu doktor.

    Langkah 2 : Pengesanan Ketidakupayaan

    Pengesahan dilakukan dalam Borang Pendaftaran & Cadangan Penempatan kanak-Kanak

    Dengan Keperluan Khas. Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya perlu mendaftar dengan

    Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan bantuan dan perkhidmatan kebajikan.

    Langkah 3: Penilaian Khusus Oleh Pasukan Multidisiplin.

    Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke Unit Multidisiplin dibuat penilaian

    bersama untuk rawatan selanjutnya. Pasukan multidisiplin terdiri daripada pakar fisioterapi,

    jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pendengaran, pakar psikologi klinikal, pakar kaunseling

    dan pegawai pemakanan.

    Langkah 4 : Perancangan Rawatan

    Langkah 5 : Perlaksanaan Rawatan

    Langkah 6 : Rawatan Susulan dan Penilaian Semula.

    Penilaian semula bagi penempatan sebenar pra sekolah / sekolah khas / sekolah vokasional.

    Langkah Selanjutnya.

    Kanak-kanak yang disyaki layak kemasukan boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri

    untuk tujuan memasuki Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah

    amat perlu untuk memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks

    suasana belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan rakan yang

    lain adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.

    Manakala kanak-kanak yang mempunyai masalah yang serius atau gagal mengikuti Program

    Pendidikan Khas (KMN) akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan

    selanjutnya.

    10.0 Penutup

    KBK 3073 TUGASAN 222

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    23/24

    NOR RANI BT OTHMAN 23

    Hasil daripada perbicangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa kerjasama dari

    banyak pihak untuk memastikan murid dari pada golongan Orang Kelainan Upaya mendapat

    peluang belajar seperti pelajar normal lain adalah sangat penting. Strategi bekerjasama nyata

    diperlukan dalam memastikan mereka mendapat hak dan peluang yang sama untuk belajar

    seperti kanak kanak normal. Jelas sekali hasrat kerajaan untuk membangunkan golongan ini

    dengan menyediakan pelbagai kemudahan terutama infrastruktur serta memantapkan latihan

    pra dan dalam latihan guru berkeperluan khas. Kualiti pendidikan ditambah contohnya mengkaji

    semula kemahiran bahasa isyarat, menambah guru dan kepakaran seperti pakar

    pendengaran dan ahli terapi. Kerajaan juga ada menyediakan kemudahan mesra orang

    kurang upaya di sekolah seperti kemudahan mobility yang memudahkan pergerakan mereka

    seprti lif . Penggubalan kurikulum dan cara pentaksiran yang bersesuaian dengan keperluan

    dan keadaan murid dinyatakan dalam Plan Pembangunan Pendidikan yang dibentangkan

    baru-baru ini. Ibu bapa ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran

    hendaklah menghantar anak-anak mereka untuk dibuat penilaian lanjutan. Guru juga mesti

    mengenal pasti murid murid terutamanya yang gagal dalam ujian saringan KIA 2M (Membaca

    dan Mengira ) mahupun LINUS untuk menjalani penilaian lanjutan Ia adalah agar diagnosis

    boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat sepatutnya di sistem pendidkan. Jika strategi-

    strategi yang telah dibincangkan dalam tugasan ini diperkemaskan dan dipertingkatkan lagi,

    saya yakin hasrat kerajaan untuk untuk memantapkan jati diri murid serta melahirkan modal

    insan yang berdaya saing dan boleh dipasarkan dan bersedia untuk dunia pekerjaan akan

    tercapai .

    11.0 Rujukan.

    BUKU

    Abdul Rahim Razali .et al. ( 2011). Modul KBK 3073 Murid-murid berkeperluan khas .

    Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Faldz Hj Ibrahim .(2007) Psikologi Personaliti , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    KBK 3073 TUGASAN 223

  • 7/23/2019 KBK3073TG2

    24/24

    NOR RANI BT OTHMAN 24

    Haliza Hamzah .(2008). Perkembangan Kanak kanak, Insitut Perguruan Teknik, Kuala

    Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    Jamilah K.A. Mohamad (2006). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak, Siri Pendidikan

    Khas . Shah Alam: PTS Publishing Sdn Bhd.

    Kamaruddin Bin Mohd Radzi .et al. (2010). Modul PKU 3101 Pengenalan Kepada

    Pendidikan Khas. Institut Pendidikan Guru : Kementerian Pendidikan

    Malaysia:Cyberjaya.

    Kamaruddin Hj Hussin .(1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala

    Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Kamus Dewan Ed. Ke 4(2005). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

    Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. (2013-2025),. Kuala Lumpur :

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Mohd Salleh Lebar .(1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan

    Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Mohd Sharani Ahmad. ( 2006). Psikologi Kanak-kanak. Shah Alam: PTS Profesional

    Sdn Bhd.

    Laman Web.

    1.Portal i-Sayang, dimuat turun pada 20/9/212

    2.Disleksia, Autisme dan Terencat Akal - Komuniti iluvislam.com dimuat turun pada

    20/9/2012

    3. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas dimuat turun pada 22/9/2012

    4 Pemulihan Cara Kerja dimuat turun pada 26/9/2012

    KBK 3073 TUGASAN 224

    http://pmspk.moe.gov.my/http://pmspk.moe.gov.my/http://pmspk.moe.gov.my/http://komuniti.iluvislam.com/topic/19804-disleksia-autisme-dan-terencat-akal/http://komuniti.iluvislam.com/topic/19804-disleksia-autisme-dan-terencat-akal/http://pmspk.moe.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=152:pusat-perkhidmhttp://hkjg.moh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=344&itemid=173&lang=enhttp://pmspk.moe.gov.my/http://komuniti.iluvislam.com/topic/19804-disleksia-autisme-dan-terencat-akal/http://pmspk.moe.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=152:pusat-perkhidmhttp://hkjg.moh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=344&itemid=173&lang=en