KBKK

4
Definisi KBKK? Definasi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza.Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secaraamnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahaa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dapatlahdirumuskanbahaa! Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami Tujuan "ntara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajarana dalah untuk membolehkan pelajar! #endapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputus dan menyelesaikan masalah dengan bijak #engaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik samaada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan ino$atif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabu dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik. Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)? Komponen utama KBKK! Berfikir secara kritis,

description

RPH

Transcript of KBKK

Definisi KBKK?Definasi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza.Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secaraamnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Dapatlahdirumuskanbahawa:Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialamiTujuanAntara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajarana dalah untuk membolehkan pelajar: Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik samaada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.Jenis-Jenis Kemahiran BerfikirApakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)? Komponen utama KBKK: Berfikir secara kritis, Berfikir secara kreatif. Apakah kemahiran berfikir secara kritis?KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora,Bagaimanakah KBKK ini diajarkan dalam mata pelajaran sekolah? KBKK diajarkan secara: terpisah, penyebatian. separa penuh Stategi Pengajaran dan Pembelajaran KemahiranBerfikirKBKK diajar secara: terpisah, penyebatian.

Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah? Terpisah bermaksud:KBKK diajarkan secara berasingan,tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran, Apakah yang dimaksudkan dengan penyebatian? Penyebatian bermaksud: KBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir. Jenis-jenis penyebatian Penyebatian Penuh Penyebatian Separa Penyebatian Penuh:Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut: 1. Pengenalan kepada isi Mata. pelajaran dan KBKK, 2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi Mata.Pelajaran dan KBKK3. Refleksi dan metakognitif,4. Pengukuhan isi MP dan KBKK,5. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian. Penyebatian Separa: KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Mata Pelajaran yang di ajar,sama ada pada peringkat permulaan,perkembangan dan penutup Ciri-Ciri Pemikir Bijak Cekal Luwes Reflektif Kurang impulsif Ingin tahu Mengambil risiko Mahir menyoal Tidak mudah putus asa Asertif Berkerjasama