Kbsr

3
KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah. 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup. 1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi 1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan. Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah 1. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. 2. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. 3. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan 4. ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. 5. ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah. Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.

Transcript of Kbsr

Page 1: Kbsr

KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi

1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah.

1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada

tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum

Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati

bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.

Antaranya termasuklah

1. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara

satu sama lain.

2. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.

3. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang

peperiksaan

4. ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa

menggunakan sebarang bahan bantu lain.

5. ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan

kurikulum formal bilik darjah.

Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun

1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu

iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang

berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya.

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid

dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai

alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.

Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu

membaca , menulis dan mengira.

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah

Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid

seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan

tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan

seharian.

Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.

Page 2: Kbsr

Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara

menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding

KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi

unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak

pada guru agama sahaja.

KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan

dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.

Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang

mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta

mata pelajaran Matematik.

Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu

Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran

yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan

Islam dan Pendidikan Moral.

Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen

Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan

Pendidikan Jasmani.

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan

KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari

aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras

dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan

menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan

yang tersusun dan bersistematik.

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan

serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami

budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan

kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai-

nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi

nasional.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah

sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila

pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun

1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan

dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun

mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran

secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar

sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat

berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR

Page 3: Kbsr

disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti

pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang

tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses

pengajran dan pembelajaran

Ciri-ciri bilik darjah KBSR

1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan

2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri

3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan pelajar

5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar6)

Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif7) Pelajar

sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat

dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan.

Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

untuk murid-murid KBSR, tahun 6.

Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah

Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau

Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM).

Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran

yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran

menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.

Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik

tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas

pemulihan yang dijalankan.

Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif.

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya

adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian

yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.