Keahlian - Nota Utk Semua

28
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH DAERAH ______________ ______________ BUKU LOG BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN LENCANA KEAHLIAN NAMA :............................... ...................................... ........ SEKAWAN : ............................ ...................................... . NAMA SEKOLAH : ........................... ............................

description

rrefdf

Transcript of Keahlian - Nota Utk Semua

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH ______________BUKU LOG

LENCANA KEAHLIANNAMA :.............................................................................

SEKAWAN : ...................................................................NAMA SEKOLAH : .......................................................

REKOD PERIBADI

NAMA : ........................................................................................

NO SURAT BERANAK :.............................................................

TARIKH LAHIR : ........................................................................

NO AHLI :.NO KUMPULAN: ................

DAERAH:.......................................... NEGERI : .........................

ALAMAT KUMPULAN :.............................................................

......................................................TELEFON : .............................

PANGKAT :.......

Bil.Lencana / Tanda Cemerlang No Sijil Tarikh

1. Lencana Keahlian

...........................2. Lencana Wajib Ahli Renang...........................3. Lencana Wajib Penunggang Basikal...........................4. Lencana Keris Gangsa

...........................5. Lencana Keris Perak

...........................6. Lencana Keris Emas

...........................7. Rambu Pengakap Kanak-Kanak........................... (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)

PERSETIAAN PENGAKAPBahawa Dengan SesungguhnyaSaya Berjanji Dan Bersetia Yang SayaDengan Seberapa Daya Usasa Saya AkanTaat Kepada Tuhan, Raja Dan NegaraMenolong Orang Pada Setiap MasaMenurut Undang-Undang Pengakap

Kedudukan jari tangan ( Kanan ) ketika melakukan Persetiaan Pengakap dan Hormat Pengakap.UNDANG-UNDANG PENGAKAPPergerakan Pengakap mempunyai 10 undang-undang yang disetujui oleh semua ahli pengakap. Ia harus dipatuhi oleh semua ahli pengakap, iaitu :

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. ( Dipercayai )

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya. ( Taat )

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. ( Berguna )

4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. ( Bersaudara )

5. Pengakap adalah baik dan sempurna budipekertinya dan sentiasa berbudi. ( Berbudi )

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. ( Kasihkan Binatang)

7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya,ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan. ( Menurut Perintah )

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah. ( Tabah Hati )

9. Pengakap adalah seorang yang sentiasa berjimat cermat. ( Berjimat )

10.Pengakap adalah seorang yang bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. ( Suci fikiran, perkataan dan perbuatan )

RINGKASAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP1. Dipercayai2. Taat3. Berguna4. Bersaudara5. Berbudi6. Kasihkan Binatang7. Menurut Perintah8. Tabah Hati9. Berjimat10. Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan5 PRINSIP RUKUN NEGARA*KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

* KELUHURAN PERLEMBAGAAN

* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".

Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".

Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap

Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",

Hijau "Pengakap Muda",

Merah "Pengakap Remaja"

LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

TABIK DAN HORMAT PENGAKAP

Kaedah Memberi Hormat

Seorang pengakap memberi hormat dengan tangan kanannya. Tiga jari yang digunakan dalam hormat mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan Pengakap seperti berikut:

1) Taat kepada tuhan, Raja dan Negara.

2) Menolong orang pada setiap masa.

3) Menurut Undang-undang pengakap COGAN KATA PENGAKAP1. Pengakap Kanak-Kanak BUAT SEHABIS

BAIK

2. Pengakap Muda SELALU SEDIA3. Pengakap Remaja PANDANG

LUAS

4. Pengakap Kelana BERKHIDMAT

SELALU

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP

PENGASAS PENGAKAP

LORD ROBERT STEPHENSON

SMYTH BADEN POWELL

Pergerakan Pengakap diperkenalkan oleh Lord Baden Powell pada tahun 1907. Beliau merupakan seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral. Beliau lebih dikenali diseluruh dunia dengan nama singkatan BP.Pada mulanya BP membawa 12 orang kanak-kanak lelaki ke Pulau Brownsea, England untuk mengadakan satu perkhemahan, inilah perkhemahan yang pertama Pergerakan Pengakap. Selepas itu, beliau telah mengadakan beberapa perkhemahan lain di luar kota London.

BP telah menulis buku bertajuk Scouting For Boys. Buku ini adalah hasil pengalaman beliau semasa menganjurkan perkhemahan Pengakap. Kemudian buku ini dijadiakan panduan bagi ahli pengakap di seluruh dunia.

BP telah berhenti daripada menjadi tentera dan menumpukan sepenuhnya kepada perkembangan Pergerakan Pengakap. Pada tahun 1912, beliau telah menjelajah ke seluruh dunia dan menemui pengakap dari pelbagai-bagai negara. Inilah titik permulaan Persuadaraan Pengakap Sedunia.Pada tahun 1920, pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London untuk menghadiri Jambori Dunia Pertama. Pada malam akhir Jambori, BP telah diistihar Pengakap Agung Dunia.

BP meninggal dunia pada tahun 1942.

SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap di Negara kita diperkanalkan pada tahun 1910. Kumpulan pertama pengakap seramai 30 orang ahli telah ditubuhkan di Singapura olehF.C. Sands, kemudian ianya berkembang ke negeri-negeri lain. 1912- Pahang

1913 -Sabah1915 -Sarawak

1920 -Perak1922 Kedah dan Perlis 1925 Melaka dan Negeri Sembilan 1926 Selangor dan Terengaanu 1928 Kelantan dan JohorPersekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. CERITA HUTAN

Pada zaman dahulu, seorang pemotong kayu tinggal di pinggir sebuah hutan di Jabalpor Tengah, India. Beliau mempunyai 2 orang anak. Pada suatu hari, si pemotong kayu itu telah membawa anaknya bersama-sama ke dalam hutan. Apabila hari petang, mereka tidak dapat meneruskan pekerjaan, lalu mereka pun bermalam dalam khemah. Pada malamnya mereka menyalakan unggun api untuk mendapatkan cahaya dan memanaskan badan. Mereka tidur dengan nyenyak kerana kepenatan.

Di dalam hutan tersebut, terdapat berbagai jeis haiwan yang buas dan ganas serta haiwan yang jinak. Haiwan tersebut ialah gajah,harimau,beruang, ular dan sebagainya.Di dalam hutan itu tinggal seekor harimau tempang yang dinamakan Shere Khan atau Maharaja Belang. Shere Khan sentiasa merayau-rayau di dalam hutan pada waktu malam untuk mencari mangsanya.

Pada malam tersebut, Shere khan telah terhidu bau manusia, iaitu bau keluarga si pemotong kayu yang sedang tidur nyenyak. Shere Khan berjalan perlahan-lahan menuju khemah si pemotong kayu untuk menangkap si pemotong kayu dan anak-anaknya. Oleh kerana terlampau asyik memerhatikan mangsanya, Shere Khan tidak sedar akan unggun api yang berada di hadapannya lalu terpijak bara api. Shere Khan terkejut dan berasa sangat sakit lalu mengaum sekuat hatinya. Suara Shere khan telah mengejutkan si pemotong kayu yang sedang tidur. Si pemotong kayu bergegas bangun dan hanya dapat mendukung seorang daripada dua orang anaknya untuk menyelamatkan diri.

Anaknya yang tertinggal terkejut lalu bangun menyelamatkan diri dengan bersembunyi dalam semak. Pada keesokan harinya, bapa serigala menjumpai anak si pemotong kayu yang tertinggal dalam semak lalu menggonggongnya balik ke gua tempat kediaman keluarganya. Tinggallah anak manusia di dalam keluarga serigala sehingga besar.

Keluarga serigala telah menamakan anak si pemotong kayu dengan nama Mowgli. Mowgli tinggal dan berkawan dengan anak-anak serigala, Baloo (Beruang), Bagheera (Harimau kumbang), Kaa(ular sawa), Sahi (landak), Hathi(Gajah), Chill(Burung ruak-ruak) dan haiwan-haiwan lain.ISTIADAT LAUNG AGUNGLaung Agung adalah menjadi tradisi satu amalan dalam Istiadat Pengakap Kanak-kanak dan telah digunakan di seluruh dunia. Laung Agung dilakukan olek Pengakap Kanak-kanak untuk menunjukkan yang mereka telah membuat sehabis baik. Kata penghargaan itu ditunjukkan khas untuk Pemimpin Pengakap Kanak-kanak. Hendaklah diingatkan pada setiap kali perjumpaan PEK, Laung agung perlu dilakukan semasa permulaan dan penutup dalam setiap perjumpaan.Tujuan

1. Laung Agung melambangkan permulaan dan penutup perjumpaan PEK untuk menghormati tetamu yang datang melawat PEK.

2. Melahirkan semangat setiakawan dan perpaduan serta membina disiplin ahli PEK.

3. Membuktikan bahawa ahli PEK telah dan akan sentiasa membuat sehabis baik.

Kaedah

Langkah 1 Ahli PEK bergerak bebas di sekitar kawasan perhimpunan.Langkah 2 Akela berdiri dalam keadaan sedia (menghadap tiang bendera) sambil berteriak (dengan kuat) PEK! (dalam anggaran 3 harkat) Semua Pengakap Kanak-kanak berdiri dalam keadaan diam dan sedia.Langkah 3 Akela mendepakan tangan untuk menandakan arahan kepada PKK membuat bulatan besar. PKK lantas memegang tangan membuat bulatan besar. Bila bulatan telah tersedia, PKK menjatuhkan tangan. Akela berteriak PEK!! PEK!! PEK!!!!

Sambil berteriak P..E..K!(5 harkat), Pengakap Kanak-kanak berlari mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil yang rapat (bahu ke bahu).

Langkah 4 Akela mendepakan tangan dan Pengakap Kanak-kanak lantas memegang tangan membuat bulatan besar mengikut sekawan.

Langkah 5 Bila bulatan telah sedia, Akela turunkan tangan dan Pengakap kakak-kanak pun turunkan tangan.

Langkah 6 Akela mendepakan tangan sekali lagi dari bawah ke paras bahu. Pangakap Kanak-kanak mengangkat tumit, Akela turunkan dan rapat tangan ke peha, Pengakap Kanak-kanak mencangkung dengan keadaan pehanya rapat ke hadapan,tangan di sisi kedua-dua belah peha, 5 jari rapat mencecah ke tanah, kepala pandang depan dan terus berteriak 'A-K-E-L-A !, KITA BUAT HABIS BAIK! ' . Sebaik sahaja perkatan Baik dilaungkan, PKK lantas bangun tegak dalam keadaan sedia. Langkah 7

Ketua Sekawan petugas bangun dalam keadaan sedia dan memberi hormat kepada Akela dan mencabar : KAMU BUAT HABIS BAIK ?

Langkah 8

Pengakap Kanak-kanak yang lain bangun serentak dan memberi hormat kepada Akela sambil menjawab : KAMI BUAT HABIS BAIK ' .Langkah 9

Akela membalas hormat Ketua Sekawan Petugas (tidak berpusing). Pengakap Kanak-kanak kekal memberi hormat sehingga Akela turunkan tangannya.Langkah 10 Istiadat mengibarkan bendera boleh diteruskan.

SKIM LENCANA KEAHLIAN DAN REKOD UJIAN

LENCANA KEAHLIAN

1. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap2. Lima Prinsip Rukun Negara 3. Lambang Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia

4. Tabik, Hotmat dan Cogankata Pengakap

5. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap

6. Cerita Hutan7. Laung AgungBILPERKARATARIKH UJIANT.T PENGUJI

1Persetiaan & Undang-undang Pengakap

2Lima Prinsip Rukun Negara

3Lambang Pengakap Malaysia & Pengakap Sedunia

4Tabik, Hormat dan Cogankata Pengakap

5Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap

6Cerita Hutan

7Laung Agung

Dimaklumkan saya berpuas hati dengan kebolehan Pengakap kanak-

kanak bernama : .......................................................

Dengan ini disahkan beliau telah dilantik menjadi ahli Pengakap dan Persaudaraan Pengakap Sedunia.

Yang Benar

Nama Pemimpin

Bertarikh .................

Cop

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYIA

DAERAH _____________SLIP LENCANA KEAHLIAN

Adalah dengan ini disahkan bahawa saya telah menguji :

Nama : No SB/No KP :..

Sekawan :............................................... Kumpulan :............................

didalam ujian lencana tersebut berdasarkan Program Latihan Pengakap Kanak-Kanak, Persekutuan Pengakap Malaysia dan layak memakai lencana tersebut.

Penguji :.......................................

Tarikh :..........................

( )

PENGESAHAN PEMIMPIN KUMPULAN

Dengan lulusnya ujian ini, Pengakap di atas adalah layak memakai lencana berkenaan.

Pemimpin:.......................................

Tarikh :..........................

( )

We never fail when we try to do our duty;

We always fail when we neglect to do it.

Lord BP

GAMBAR