Keahlian PBSM

5
Keahlian PBSM Keahlian PBSM terbuka tanpa mengira bangsa, agama, jantina atau politik. Ahli dan sukarelawan PBSM dating dari pelbagai golongan bagi memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Mereka terlatih dalam member pertolongan cemas, rawatan rumah, pendidikan kesihatan dan lain-lain lagi. Komposisi ahli persatuan adalah: a.) Ahli kanak-kanak b.) Belia c.) Pasukan bantuan sukarela d.) Guru pelatih, mahasiswa, ikhtisan, anggota perubatan dan lain-lain. e.) Ahli seumur hidup, ahli kehormat seumur hidup bagi ahli yang telah berjasa dengan cemerlang. Proses penubuhan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut: Bil Proses Kerja Pihak Yang Mengambil Tindakan 1. Tubuhkan jawatankuasa penaja penubuhan PBSM. Murid dan guru. 2. Kemukakan permohonan bertulis kepada pengetua atau guru besar. Guru atau setiausaha jawatankuasa penaja. 3. Terima dan kaji permohonan serta pertimbangkan sokongan kepada permohonan. Pengetua atau guru besar. 4. Mulakan proses permohonan pendaftaran sebagai unit PBSM. Guru atau setiausaha jawatankuasa penaja. 5. Dapatkan borang pendaftaran sama ada pasukan belia atau kanak-kanak dan lengkapkan (hendaklah diisi dalam tiga salinan). Guru atau setiausaha jawatankuasa penaja. 6. Dapatkan borang pendaftaran Guru atau setiausaha

description

Keahlian PBSM

Transcript of Keahlian PBSM

Page 1: Keahlian PBSM

Keahlian PBSM

Keahlian PBSM terbuka tanpa mengira bangsa, agama, jantina atau politik. Ahli dan sukarelawan PBSM dating dari pelbagai golongan bagi memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Mereka terlatih dalam member pertolongan cemas, rawatan rumah, pendidikan kesihatan dan lain-lain lagi. Komposisi ahli persatuan adalah:

a.) Ahli kanak-kanakb.) Beliac.) Pasukan bantuan sukarelad.) Guru pelatih, mahasiswa, ikhtisan, anggota perubatan dan lain-lain.e.) Ahli seumur hidup, ahli kehormat seumur hidup bagi ahli yang telah berjasa

dengan cemerlang.

Proses penubuhan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut:

Bil Proses Kerja Pihak Yang Mengambil Tindakan

1. Tubuhkan jawatankuasa penaja penubuhan PBSM.

Murid dan guru.

2. Kemukakan permohonan bertulis kepada pengetua atau guru besar.

Guru atau setiausaha jawatankuasa penaja.

3. Terima dan kaji permohonan serta pertimbangkan sokongan kepada permohonan.

Pengetua atau guru besar.

4. Mulakan proses permohonan pendaftaran sebagai unit PBSM.

Guru atau setiausaha jawatankuasa penaja.

5. Dapatkan borang pendaftaran sama ada pasukan belia atau kanak-kanak dan lengkapkan (hendaklah diisi dalam tiga salinan).

Guru atau setiausaha jawatankuasa penaja.

6. Dapatkan borang pendaftaran keahlian, semua ahli yang berminat perlu mendaftar dengan menggunakan borang tersebut.

Guru atau setiausaha jawatankuasa penaja.

7. Kutip borang yang diisi maklumat yang diperlukan dan semak supaya tidak terdapat kesilapan.

Guru atau setiausaha jawatankuasa penaja.

8. Kutip yuran pendaftaran dan hantar borang pendaftaran pasukan dan pendaftaran ahli kepada setiausaha PBSM daerah.

Guru atau setiausaha jawatnkuasa penaja.

9. Terima yuran dan borang pendaftaran ahli. Setiausaha PBSM daerah.10. Pertimbangkan permohonan pendaftaran yang

diterima.Setiausaha PBSM daerah.

11. Proses kad keahlian dan hantar kepada sekolah. Setiausaha PBSM daerah.

Page 2: Keahlian PBSM

12. Terima kelulusan pendaftaran dan kad keahlian. Pengetua atau guru besar.13. Tubuhkan organisasi PBSM di sekolah. Guru kanan kokurikulum

atau guru penasihat PBSM.14. Dapatkan perlembagaan, sukatan pelajaran,

skema latihan, skema penilaian pencapaian, senarai aktiviti tahunan dan sebagainya.

Guru kanan kokurikulum atau guru penasihat PBSM.

15. Buat perancangan tahunan dan takwim perjumpaan serta aktiviti yang dicadangkan.

Guru kanan kokurikulum atau guru penasihat PBSM.

16. Sediakan laporan penubuhan PBSM di sekolah dan hantar kepada JPN negeri serta satu salinan kepada pegawai pelajaran negeri.

Guru kanan kokurikulum atau pengetua atau guru besar.

Skim Lencana dan Pangkat PBSM di Sekolah.

Pangkat

Pangkat Syarat-syarat KelayakanKetua Utama Seksyen Lulus sijil pertolongan cemas

kemasyarakatan. Lulus sijil pendidikan Palang Merah

atau Bulan Sabit Merah. Memperolehi keenam-enam

lencana kecekapan dan kemahiran. Mendapat sokongan pegawai belia

sekolah. Menjadi pengerusi jawatankuasa

unit belia sekolah berkenaan. Berumur sekurang-kurangnya 15

tahun.Ketua Seksyen Lulus sijil pertolongan cemas

kemasyarakatan. Lulus sijil pendidikan Palang Merah

atau Bulan Sabit Merah. Memperolehi sekurang-kurangnya

lima lencana kecekapan dan kemahiran.

Mendapat sokongan pegawai belia sekolah.

Menjadi timbalan pengerusi jawatankuasa unit belia sekolah berkenaan.

Berumur sekurang-kurangnya 14 tahun.

Penolong Ketua Seksyen Lulus sijil pertolongan cemas kemasyarakatan.

Page 3: Keahlian PBSM

Lulus sijil pendidikan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.

Memperolehi sekurang-kurangnya empat lencana kecekapan dan kemahiran.

Mendapat sokongan pegawai belia sekolah.

Menjadi ahli aktif unit belia sekolah berkenaan.

Berumur sekurang-kurangnya 14 tahun.

Penolong Ketua Seksyen 1 Lulus sijil pertolongan cemas kemasyarakatan.

Lulus sijil pendidikan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.

Memperolehi sekurang-kurangnya tiga lencana kecekapan dan kemahiran.

Mendapat sokongan pegawai belia sekolah.

Menjadi ahli aktif unit belia sekolah berkenaan.

Berumur sekurang-kurangnya 14 tahun.

Lencana Kemahiran

Lencana Syarat-syarat KelayakanLencana Persahabatan Antarabangsa Ahli PBSM perlu lulus mata pelajaran

pendidikan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.

Lencana Pertolongan Cemas Kemasyarakatan

Ahli PBSM perlu lulus dalam latihan praktikal dan lisan pertolongan cemas kemasyarakatan. Lencana ini termasuk dalam persijilan PBSM.

Lencana Rawatan Lulus dalam ujian praktikal rawatan rumah.Kemahiran Kawad Kaki Menguasai hokum kawad sekurang-

kurangnya 25 Hukum Kawad.Kecekapan Kem Kraf Perlu menyertai sekurang-kurangnya tiga

perkemahan dengan membuat aktiviti kraf yang dibantu oleh guru penasihat yang diperakui.

Cegah Kebakaran Lulus ujian mencegah kebakaran (praktikal) oleh ahli bomba dan penyelamat mengikut kemahiran yang

Page 4: Keahlian PBSM

ditetapkan.Lencana PBSM Sekolah Lulus peperiksaan Palang Merah

dan Bulan Sabit Merah. Lulus Peperiksaan Pertolongan

Cemas Kemasyarakatan. Mendapat lencana kemahiran

diatas.Kepimpinan PBSM Sekolah Layak dimiliki oleh ketua seksyen utama

yang telah memiliki kesemua lencana diatas.

Rujukan

http://books.google.com.my/books?id=1Z3OSXRbJmEC&pg=PA69&lpg=PA69&dq=Prosedur+penubuhan+PBSM+di+sekolah&source=bl&ots=6lvdhme3A7&sig=RzvMttsQNGTJQ1QFLPM790oZ1eA&hl=en&ei=2adpS__wEJKekQWY16W2DQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=6&ved=0CB4Q6AEwBQ#v=onepage&q=&f=false