KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf ·...

8
Mesej daripada mendiang Bisyop The Rt Rev Datuk Albert Vun Saya mengucapkan salam hangat ke- pada seluruh Diosis kita dalam nama yang penuh Kuasa, Tuhan kita Yesus Kristus. Dalam isu berita kali ini, anda akan melihat laporan-laporan pendek dan gambar-gambar sambutan ulang tahun gereja-gereja kita, perayaan Paskah, pasukan bantuan ke Filipina, perkembangan dan pembangunan In- stitut Pelatihan Anglikan, dan khemah muda-mudi yang mana telah menarik lebih daripada 3000 orang muda. Kon- ferensi Penerobosan Doa telah mem- berikan kesan kepada gereja-gereka untuk menggerakkan keghairahan berdoa. Ya, sudah tentu, kita menguta- makan salah satu komponen visi Diosis kita iaitu Rumah Perayaan. Rancangan kita sedang dipersiapkan dengan han- ya sedikit lagi syarat-syarat yang perlu dipenuhi daripada Dewan Bandaraya. Dengan izin Allah, maka kita akan mulai memasang tiang besi yang per- tama sebelum berakhirnya tahun ini. Projek ini akan menjadi sebuah berkat yang besar bagi Diosis, ATI dan Ka- tedral All Saints. Beberapa kemudahan moden termasuklah sebuah pejabat baharu, akan ditambahkan kepada All Saints. Katedral All Saints harus men- gangkat cabaran untuk membina se- buah kepimpinan berwawasan dalam usaha meningkatkan kehadiran gere- ja melampaui 5000 orang. Kita mesti memberi sokongan yang positif dan dorongan sepenuhnya kepada Dean kita. Saya mahu berterima kasih kepa- da semua anggota kita yang telah mendoakan khususnya untuk kesi- hatan saya, yang mempercayai dan mengisytiharkan kesembuhan fizikal ke atas tubuh saya. Sesungguhnya, kalau bukan anugerah Allah, maka saya tidak hidup sehingga ke hari ini – dengan beberapa alasan, dok- tor memberikan saya suatu jangkaan “masa”, walau bagaimanapun saya tetap hidup melewati masa-masa itu. Hal ini menunjukkan bahawa para dok- tor tidak mempunyai kata putus untuk hidup saya. Allahlah yang mempunyai kata putus bagi hidup saya. Tetapi, se- cara fizikal, saya merasa terpukul teruk dengan pusingan rawatan kali ini. Saya merasa sangat lemah secara fizikal, dan tidak mempunyai selera makan dan kadangkala mengalami cirit birit dan muntah-muntah. Saya bertanya kepada Tuhan, “Mengapa?” “Berapa lama?” Ketika rasa sakit tak terta- hankan, saya menghabiskan malam- malam saya dengan tangisan. Saya berasa bahawa saya bersendirian dengan Tuhan dengan begitu sedikit orang yang menemani dan dapat benar-benar memahami saya. Teruta- manya saya bersyukur kepada Allah untuk kedua-dua pembantu Bisyop yang telah mengambil tanggungja- wab-tanggungjawab tambahan. Me- reka telah memberikan saya dorongan dan sokongan melampaui panggilan tugas mereka. Kasih yang sejati telah saya terima daripada kedua-dua saudara ini dan daripada beberapa orang lain yang telah membuatkan saya merasa seperti melihat “wajah Allah”. Melalui penderitaan dan keti- dakpastian ini, saya merasa Tuhan telah mengizinkan saya menjadi “tiada apa-apa”. Penderitaan ini telah men- gurangkan saya kepada tiada apa- apa dan seperti yang dicatatkan oleh Soren Kierkegaard, “Allah mencipta segala-galanya daripada yang tiada.. dan segala yang Allah pakai, Dia mengurangkannya menjadi tiada apa- apa.” Untuk dikurangkan menjadi tia- da apa-apa itu bermaksud diheret ke kaki kayu salib. Ia adalah suatu yang sangat berat untuk ditanggung. Saya mendapati ianya begitu menyakitkan – tetapi pada masa yang sama adalah satu kurnia keintiman bersama Tuhan. Ramai daripada kalangan anda telah menunjukkan kebaikan kepada saya. Saya sangat berterima kasih kepada anda. Disebabkan kelemahan fizikal, saya telah terlepas beberapa acara yang sangat penting – termasuklah perkahwinan beberapa orang Pastor dan Paderi kita. Saya berharap anda dapat memaafkan dan memahami bahawa saya hanya perlu melakukan apa yang dapat saya lakukan dalam tempoh yang pendek kehidupan saya. Untuk beberapa waktu ketika ini, saya telah bersedia. Jikalau benar peker- jaan saya telah selesai, saya berse- dia untuk pergi ke Syurga. “Bagi saya, hidup untuk Kristus, dan mati ialah satu keuntungan”. Rasul Paulus men- gatakan, dia tidak tahu mana satu un- tuk dipilih. Roma 8:32-39 “Ia, yang tidak menya- yangkan Anak-Nya sendiri, tetapi yang menyerahkan-Nya bagi kita semua, bagaimanakah mungkin Ia tidak men- garuniakan segala sesuatu kepada kita bersama-sama dengan Dia? Siapakah yang akan menggugat orang-orang pilihan Allah? Allah, yang membe- (sambung pada mukasurat 2) “Membina gereja-gereja tempatan di seluruh Sabah dan luar sempadan dalam penyembahan yang bersemangat, khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan diri untuk misi dan penginjilan yang efektif.” NO ISU. 45 OGOS 2014 Hanya untuk anggota gereja sahaja. KEBAJIKAN Pada 23-27 Jun, Rev Sim Ka Seng memimpin sebuah pasukan yang ter- diri daripada 7 orang ke Sitio Natas-an, Filipina, memberikan bantuan sebagai usaha lanjutan bersama Episcopal Dio- cese of Davao, untuk membantu pen- duduk tempatan yang terjejas akibat Taufan Haiyan tahun lalu. Komuniti ini tidak menerima sebarang bantuan sejak ditimpa bencana taufan. Objektif utama misi ini ialah untuk me- nolong mereka membina semula rumah- rumah mereka yang telah musnah. Dianggarkan terdapat 87 buah rumah yang perlu dibaiki atau dibina semula. Kerja-kerja pembaikan telah pun dimu- lakan pada awal Jun. Semasa perjala- nan misi ini, kami dapat membina dua buah rumah bersama dengan tukang kayu tempatan. Sehingga setakat ini, dianggarkan sebanyak 25 buah rumah telah pun siap dibina. Kami juga me- nyumbangkan peralatan seperti sebuah beg, bekas pensil, beberapa batang pensil dan buku-buku kepada kanak- kanak. Kami juga dapat melawat semula beber- apa pesakit di dua buah tempat di mana pada tahun lalu, kami pernah mengada- kan kem perubatan di kedua-dua tem- pat tersebut. Kami bergembira kerana pesakit-pesakit yang telah menerima rawatan lanjutan di Hospital Bogo pada tahun lalu telah menunjukkan peruba- han yang semakin baik. Setelah me- nyedari bahawa kami berada di pulau itu, beberapa penduduk tempatan telah datang melawat kami untuk berterima kasih kepada kami kerana bantuan yang telah mereka terima. Anggota-anggota pasukan bersama dengan orang tempatan di sebuah rumah dalam pembinaan. Selain daripada memberikan bantu- an-bantuan fizikal, dua orang wanita daripada pasukan kami juga me- layani kanak-kanak secara rohani. Kedua-dua mereka dapat berhubung baik dengan kanak-kanak di sana meskipun ada halangan bahasa. Me- reka mengajar kanak-kanak untuk menyanyikan lagu-lagu penyemba- han. Anggota-anggota pasukan misi ber- syukur kerana mereka mempunyai peluang menyertai misi ini. Perjala- nan misi ini telah mengajar mereka bagaimana untuk berpuas hati dan menghargai apa yang mereka miliki. Misi ini juga telah meluaskan per- spektif mereka untuk melakukan pelayanan misi melalui kerja-kerja bantuan dan kebajikan. n DIOSIS SABAH ANGLIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau Bantayan, Filipina 23 - 27 Jun Segala Puji Syukur kepada Tuhan Ye- sus atas kebaikan dan kesetiaan-Nya dalam pelayanan di Seguntor selama 15 tahun. Seramai 750 orang hadir terdiri daripada Paderi, Pastor, jemaat Gereja St Michael dan Seguntor serta murid- murid dari Sekolah Kebajikan Seguntor bersama ibubapa mereka. Para tetamu khas ialah Canon Yong Thiam Choy (Rektor Gereja St Michael), Ps Thomas Lee (Pengasas pelayan Seguntor ber- sama 5 orang pastor dan jemaat Korea), Dr Peter Thien (Pengerusi Badan Keba- jikan dan Bencana Diosis) yang mewaki- li Diosis serta para Paderi dan jemaat dari gereja-gereja Anglikan di Sanda- kan. Kebaktian ini dimeriahkan dengan pujian penyembahan, tayangan video klip pelayanan Seguntor, persemba- han murid-murid sekolah dan makan malam bersama. Sempena perayaan ulang tahun ini, kempen derma darah yang pertama kali juga telah diada- kan di Pusat Misi Seguntor pada 27 Mei 2014, dan berjaya mengumpul 15 pain darah. Selain itu, Kebaktian Pe- nyegaran Rohani juga telah diadakan pada 20 Jun 2014. Kami di Pelayanan Kebajikan Seguntor sangat bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada semua jemaat dan gereja-ge- reja dari seluruh Diosis terutamanya Christ Church Likas dan Gereja Good Shepherd Sandakan yang telah me- nyokong pelayanan kami melalui doa dan kewangan selama ini. Semoga Tuhan memberkati anda semua! n Perayaan Ulang Tahun ke-15 Pelayanan Kebajikan Seguntor 29 Jun

Transcript of KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf ·...

Page 1: KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf · Projek ini akan menjadi sebuah berkat ... khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan

Mesej daripada mendiang Bisyop The Rt Rev Datuk Albert Vun

Saya mengucapkan salam hangat ke-pada seluruh Diosis kita dalam nama yang penuh Kuasa, Tuhan kita Yesus Kristus. Dalam isu berita kali ini, anda akan melihat laporan-laporan pendek dan gambar-gambar sambutan ulang tahun gereja-gereja kita, perayaan Paskah, pasukan bantuan ke Filipina, perkembangan dan pembangunan In-stitut Pelatihan Anglikan, dan khemah muda-mudi yang mana telah menarik lebih daripada 3000 orang muda. Kon-ferensi Penerobosan Doa telah mem-berikan kesan kepada gereja-gereka untuk menggerakkan keghairahan berdoa. Ya, sudah tentu, kita menguta-makan salah satu komponen visi Diosis kita iaitu Rumah Perayaan. Rancangan kita sedang dipersiapkan dengan han-ya sedikit lagi syarat-syarat yang perlu dipenuhi daripada Dewan Bandaraya. Dengan izin Allah, maka kita akan mulai memasang tiang besi yang per-tama sebelum berakhirnya tahun ini. Projek ini akan menjadi sebuah berkat yang besar bagi Diosis, ATI dan Ka- tedral All Saints. Beberapa kemudahan moden termasuklah sebuah pejabat baharu, akan ditambahkan kepada All Saints. Katedral All Saints harus men-gangkat cabaran untuk membina se-buah kepimpinan berwawasan dalam

usaha meningkatkan kehadiran gere-ja melampaui 5000 orang. Kita mesti memberi sokongan yang positif dan dorongan sepenuhnya kepada Dean kita.

Saya mahu berterima kasih kepa-da semua anggota kita yang telah mendoakan khususnya untuk kesi-hatan saya, yang mempercayai dan mengisytiharkan kesembuhan fizikal ke atas tubuh saya. Sesungguhnya, kalau bukan anugerah Allah, maka saya tidak hidup sehingga ke hari ini – dengan beberapa alasan, dok-tor memberikan saya suatu jangkaan “masa”, walau bagaimanapun saya tetap hidup melewati masa-masa itu. Hal ini menunjukkan bahawa para dok-tor tidak mempunyai kata putus untuk hidup saya. Allahlah yang mempunyai kata putus bagi hidup saya. Tetapi, se-cara fizikal, saya merasa terpukul teruk dengan pusingan rawatan kali ini. Saya merasa sangat lemah secara fizikal, dan tidak mempunyai selera makan dan kadangkala mengalami cirit birit dan muntah-muntah. Saya bertanya kepada Tuhan, “Mengapa?” “Berapa lama?” Ketika rasa sakit tak terta- hankan, saya menghabiskan malam-malam saya dengan tangisan. Saya berasa bahawa saya bersendirian dengan Tuhan dengan begitu sedikit orang yang menemani dan dapat benar-benar memahami saya. Teruta-manya saya bersyukur kepada Allah untuk kedua-dua pembantu Bisyop yang telah mengambil tanggungja-wab-tanggungjawab tambahan. Me-reka telah memberikan saya dorongan dan sokongan melampaui panggilan tugas mereka. Kasih yang sejati telah saya terima daripada kedua-dua saudara ini dan daripada beberapa orang lain yang telah membuatkan saya merasa seperti melihat “wajah Allah”.

Melalui penderitaan dan keti- dakpastian ini, saya merasa Tuhan telah mengizinkan saya menjadi “tiada apa-apa”. Penderitaan ini telah men-gurangkan saya kepada tiada apa-apa dan seperti yang dicatatkan oleh Soren Kierkegaard, “Allah mencipta segala-galanya daripada yang tiada.. dan segala yang Allah pakai, Dia mengurangkannya menjadi tiada apa-apa.” Untuk dikurangkan menjadi tia-da apa-apa itu bermaksud diheret ke kaki kayu salib. Ia adalah suatu yang sangat berat untuk ditanggung. Saya mendapati ianya begitu menyakitkan – tetapi pada masa yang sama adalah satu kurnia keintiman bersama Tuhan. Ramai daripada kalangan anda telah menunjukkan kebaikan kepada saya. Saya sangat berterima kasih kepada anda. Disebabkan kelemahan fizikal, saya telah terlepas beberapa acara yang sangat penting – termasuklah perkahwinan beberapa orang Pastor dan Paderi kita. Saya berharap anda dapat memaafkan dan memahami bahawa saya hanya perlu melakukan apa yang dapat saya lakukan dalam tempoh yang pendek kehidupan saya.

Untuk beberapa waktu ketika ini, saya telah bersedia. Jikalau benar peker-jaan saya telah selesai, saya berse-dia untuk pergi ke Syurga. “Bagi saya, hidup untuk Kristus, dan mati ialah satu keuntungan”. Rasul Paulus men-gatakan, dia tidak tahu mana satu un-tuk dipilih.

Roma 8:32-39 “Ia, yang tidak menya-yangkan Anak-Nya sendiri, tetapi yang menyerahkan-Nya bagi kita semua, bagaimanakah mungkin Ia tidak men-garuniakan segala sesuatu kepada kita bersama-sama dengan Dia? Siapakah yang akan menggugat orang-orang pilihan Allah? Allah, yang membe-

(sambung pada mukasurat 2)

“Membina gereja-gereja tempatan di seluruh Sabah dan luar sempadan dalam penyembahan yang bersemangat, khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan diri untuk misi dan penginjilan yang efektif.”

NO ISU. 45 OGOS 2014

Hanya untuk anggota gereja sahaja.KEBAJIKAN

Pada 23-27 Jun, Rev Sim Ka Seng memimpin sebuah pasukan yang ter-diri daripada 7 orang ke Sitio Natas-an, Filipina, memberikan bantuan sebagai usaha lanjutan bersama Episcopal Dio-cese of Davao, untuk membantu pen-duduk tempatan yang terjejas akibat Taufan Haiyan tahun lalu. Komuniti ini tidak menerima sebarang bantuan sejak ditimpa bencana taufan.

Objektif utama misi ini ialah untuk me-nolong mereka membina semula rumah-rumah mereka yang telah musnah. Dianggarkan terdapat 87 buah rumah yang perlu dibaiki atau dibina semula. Kerja-kerja pembaikan telah pun dimu-lakan pada awal Jun. Semasa perjala-nan misi ini, kami dapat membina dua buah rumah bersama dengan tukang kayu tempatan. Sehingga setakat ini, dianggarkan sebanyak 25 buah rumah

telah pun siap dibina. Kami juga me-nyumbangkan peralatan seperti sebuah beg, bekas pensil, beberapa batang pensil dan buku-buku kepada kanak-kanak.

Kami juga dapat melawat semula beber-apa pesakit di dua buah tempat di mana pada tahun lalu, kami pernah mengada-kan kem perubatan di kedua-dua tem-pat tersebut. Kami bergembira kerana pesakit-pesakit yang telah menerima rawatan lanjutan di Hospital Bogo pada tahun lalu telah menunjukkan peruba-han yang semakin baik. Setelah me-nyedari bahawa kami berada di pulau itu, beberapa penduduk tempatan telah datang melawat kami untuk berterima kasih kepada kami kerana bantuan yang telah mereka terima.

Anggota-anggota pasukan bersama dengan orang tempatan di sebuah rumah dalam pembinaan.

Selain daripada memberikan bantu-an-bantuan fizikal, dua orang wanita daripada pasukan kami juga me-layani kanak-kanak secara rohani. Kedua-dua mereka dapat berhubung baik dengan kanak-kanak di sana meskipun ada halangan bahasa. Me- reka mengajar kanak-kanak untuk menyanyikan lagu-lagu penyemba-han.

Anggota-anggota pasukan misi ber-syukur kerana mereka mempunyai peluang menyertai misi ini. Perjala-nan misi ini telah mengajar mereka bagaimana untuk berpuas hati dan menghargai apa yang mereka miliki. Misi ini juga telah meluaskan per- spektif mereka untuk melakukan pelayanan misi melalui kerja-kerja bantuan dan kebajikan. n

D I O S I S S A B A HANGLIKAN

Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau Bantayan, Filipina23 - 27 Jun

Segala Puji Syukur kepada Tuhan Ye-sus atas kebaikan dan kesetiaan-Nya dalam pelayanan di Seguntor selama 15 tahun. Seramai 750 orang hadir terdiri daripada Paderi, Pastor, jemaat Gereja St Michael dan Seguntor serta murid-murid dari Sekolah Kebajikan Seguntor bersama ibubapa mereka. Para tetamu khas ialah Canon Yong Thiam Choy

(Rektor Gereja St Michael), Ps Thomas Lee (Pengasas pelayan Seguntor ber-sama 5 orang pastor dan jemaat Korea), Dr Peter Thien (Pengerusi Badan Keba-jikan dan Bencana Diosis) yang mewaki-li Diosis serta para Paderi dan jemaat dari gereja-gereja Anglikan di Sanda-kan. Kebaktian ini dimeriahkan dengan pujian penyembahan, tayangan video

klip pelayanan Seguntor, persemba-han murid-murid sekolah dan makan malam bersama. Sempena perayaan ulang tahun ini, kempen derma darah yang pertama kali juga telah diada-kan di Pusat Misi Seguntor pada 27 Mei 2014, dan berjaya mengumpul 15 pain darah. Selain itu, Kebaktian Pe-nyegaran Rohani juga telah diadakan pada 20 Jun 2014. Kami di Pelayanan Kebajikan Seguntor sangat bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada semua jemaat dan gereja-ge-reja dari seluruh Diosis terutamanya Christ Church Likas dan Gereja Good Shepherd Sandakan yang telah me-nyokong pelayanan kami melalui doa dan kewangan selama ini. Semoga Tuhan memberkati anda semua! n

Perayaan Ulang Tahun ke-15 Pelayanan Kebajikan Seguntor29 Jun

Page 2: KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf · Projek ini akan menjadi sebuah berkat ... khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan

narkan mereka? Siapakah yang akan menghukum mereka? Kristus Yesus, yang telah mati? Bahkan lebih lagi: yang telah bangkit, yang juga duduk di sebelah kanan Allah, yang malah men-jadi Pembela bagi kita? Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kris-tus? Penindasan atau kesesakan atau penganiayaan, atau kelaparan atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pe-dang? Seperti ada tertulis: “Oleh kare-na Engkau kami ada dalam bahaya maut sepanjang hari, kami telah di-anggap sebagai domba-domba sem-belihan.” Tetapi dalam semuanya itu kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah men-gasihi kita. Sebab aku yakin, bahwa baik maut, maupun hidup, baik ma-

laikat-malaikat, maupun pemerintah-pemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang, atau kuasa-kuasa, baik yang di atas, mau-pun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat me-misahkan kita dari kasih Allah, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.”

Saya berterima kasih kepada semua pendoa-pendoa peribadi saya. Sega-la usaha anda tidaklah sia-sia – saya percaya akan satu penyembuhan yang ajaib – tubuh, jiwa dan roh. n

Halaman depan ditulis oleh mendiang Bisyop Albert Vun sebelum dia kembali kepada Tuhan pada 15 Julai 2014.

NO ISU 45, Ogos 2014 11LATIHAN

Program Akan DatangATI Pengajian Tempatan Penggal 3 (DCM)Pusat Lembah Berkat Telupid21 Julai - 10 Ogos

Perayaan Ulang Tahun yang ke-10 Gereja Lalang7 Ogos

Seminar Kerohanian yang Sihat Secara EmosiKatedral All Saints12 - 14 Ogos

Retret Doa Syafaat (Chi)18 - 20 Ogos

Perayaan Ulang Tahun yang ke-10 Gereja Anglikan Desert Stream22 Ogos

Mesyuarat Sinod Diosis ke-2831 Ogos - 3 September

Mission Sunday7 September

KOMITI PENYUNTING

Penasihat Mendiang Bisyop Albert VunPembantu Bisyop John YeoPembantu Bisyop Melter Tais

PenyuntingBeatrice GohDatin Mary VunRev Jemmie PitahPs Stella LoPs Susan Tan Ps Lydia Chang

Alamat Surat-menyuratWisma Anglican Jalan Lee Tet Phui, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

P O Box 10811, 88809 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

TalianTel: +6 0 88 249296 / 245846 / 264025 Fax: +6 0 88 261422Emel: [email protected]: www.anglicansabah.org

Dicetak oleh Mirajin Sdn. BerhadLot 49 & 50, Hiong Tiopng Industrial Centre, Lorong Buah Salak 5, 11.2km, Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Gereja Good Shepherd, Sandakan merayakan Ulang Tahun ke-30 pada 30 April dengan jamuan makan yang dihadiri oleh 1000 anggota jemaat serta para sahabat. Mesej tahniah daripada mendiang Bisyop Albert Vun telah diba-cakan oleh Bisyop John Yeo yang turut menyerikan majlis itu bagi pihaknya. n

Christ Church Likas merayakan Ulang Tahun ke-45 pada 22 Jun. Ia adalah gabungan Kebaktian Ahad serta Perayaan Kesyukuran. Mendiang Bisyop Al-bert Vun telah menyampaikan mesej pada hari Ahad itu untuk menggalakkan dan mencabar jemaah. n

Perayaan Ulang Tahun yang ke-30 Gereja Good Shepherd, Sandakan

Perayaan Ulang Tahun yang ke-45 Christ Church Likas

30 April

22 Jun

Diploma Pelayanan Diosis – Penggal 2, 2014

Pada 14 Jun 2014, Institut Pelatihan An-glikan (ATI) menyambut kembali para pelajar program Diploma Pelayanan Di-osis (DDM) bagi pengajian modul kedua mereka. Penggal modul ini berlangsung dari 14 Jun hingga 7 Julai. Ia amat men-gujakan bagi para pelajar apabila me-reka meneliti secara mendalam tentang subjek Hermeneutik dengan tutor pela-wat, Rev Nelly van Kampen; Homiletik dengan Rev Canon Lin Khee Vun; Pen-gajian Misi dengan Ps Dr Judy Berinai;

Doa dan Kaunseling dengan Ellel Ministries.

Selain daripada penyembahan pagi pada setiap hari Rabu dengan para paderi dan pastor gereja-gereja An-glikan Kota Kinabalu, mereka turut melawat gereja tempatan pada hu-jung minggu dengan Pengetua mer-eka, Rev Canon Lin Khee Vun, untuk mempromosikan ATI dan mengong-sikan kesaksian mereka. Mendiang

Bisyop Albert Vun juga memilih satu kebaktian minggu untuk melatih mereka dalam menjalankan kebaktian minggu dengan lebih baik. n

Tarikh-tarikh Penting:

Ogos 12 - 14, 2014 Seminar Kerohanian yang Sihat Secara Emosi (Wajib untuk semua pelajar ATI)

September 17 - Oktober 21, 2014 Pengajian DDM Modul 3

Pelajar DDM bersama Sel Muda-mudi BM di Katedral All Saints (gambar kiri) dan semasa kebaktian Ahad untuk berkongsi kesaksian mereka (gambar kanan).

Pembangunan dan perkembangan di Nunukan dan SeimenggarisPekerjaan Misi

Pavilion baru di sebelah Gereja Kristus Raja Segala Raja, Nunukan.

Dean Chak Sen Fen (Pengerusi Komiti Misi dan Penanaman Gereja) dan Alan Mau (ahli) membuat lawatan ke gereja di Seimenggaris.

Dedikasi Pavilion dan acara penutupan Khemah Muda-mudi Nunukan.

Cadangan tapak bangunan gereja baharu di Seimenggaris.

Page 3: KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf · Projek ini akan menjadi sebuah berkat ... khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan

NO ISU 45, Ogos 2014 PERISTIWA 3LATIHAN 10

Mengapa anda perlu menyertai Seminar Kesihatan Secara Emosi?

Kerohanian yang Sihat Secara Emosi (EHS) merupakan sebuah peneraju pelayanan yang melengkapi para pastor dan pemimpin dengan sebuah paradigma kepimpinan yang baharu yang mengintegrasikan kesihatan emosi dan kehidupan rohani yang kontemplatif (merenung dan memandang). Objektif EHS ialah (1) untuk menerajui integrasi kesihatan emosi dan kehidupan rohani yang kontemplatif kepada pemuridan dan pembentukan rohani; (2) untuk mengubah kualiti para pemimpin, perhubungan, gereja-gereja dan organisasi-organisasi melalui sumber-sumber media yang kaya, latihan peribadi yang mendalam, dan hubungan peribadi. (3) untuk memperka-yakan kualiti perkahwinan, terutamanya bagi para pemimpin, melalui peralatan, pen-galaman konferensi-kenferensi dan seminar-seminar.

Jika anda memiliki gejala-gejala tersebut, maka inilah seminar yang sesuai untuk anda.

“Mengabaikan emosi kita ialah membelakangkan realiti. Dengan mendengar kepada emosi kita, ia akan menolong kita untuk masuk ke dalam realiti.

Realitinya ialah di mana kita bertemu dengan Allah... Emosi ialah bahasa jiwa. Emosi adalah seruan yang memberikan suara hati.”

—Peter Scazzero

Adakah anda memiliki gejala-gejala kerohanian yang tidak sihat secara emosi seperti berikut?

1. Menggunakan Allah untuk lari dari pada Allah.2. Mengabaikan emosi amarah, kesedihan dan ketakutan. Mungkin juga kekecewaan yang dialami.3. Mensia-siakan hidup untuk tujuan yang salah.4. Menafi kan pengalaman masa silam yang ada kesannya kepada masa kini anda, malah masa depan anda.5. Membahagikan ruang kehidupan anda ke dalam ruang “sekular” dan ruang “suci”.6. Gejala Maria dan Marta – melakukan sesuatu untuk Allah daripada bersama dengan Allah.7. Merohanikan konfl ik.8. Menutup kehancuran hati anda, kelemahan dan kegagalan.9. Hidup tanpa batasan.10. Menilai perjalanan rohani orang lain.

12 - 14 Ogos 2014Katedral All SaintsPenceramah: Peter Scazzero, Geri Scazzero

Emotionally Healthy MarriageEmotionally Healthy SpiritualityEmotionally Healthy WomanTrain the Facilitators

*dengan penterjemahan serentak ke Bahasa Malaysia

: RM120: RM180: RM180: RM150

Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari:http://www.anglicansabah.org/

Fakulti Baru Institut Pelatihan Anglikan (ATI)Institut Pelatihan Anglikan (ATI) meng-alu-alukan Dr Kim Chang-Kyu dan iste-rinya So-Ra sebagai anggota fakultinya yang baharu.

Dr Kim Chang-Kyu memperoleh Ke-doktoran dalam Pengajian Teologi dari Trinity College, University of Bristol. Be-liau juga memiliki BA dalam Pengajian Teologi (Trinity College) dan BEng/Bus (Hansung University). Sebelum men-yertai ATI, beliau merupakan Pensyarah Senior di Msalato Theological College, Tanzania. Semasa tempoh tugasnya di Msalato Theological College, beliau per-nah melayani sebagai Ketua Teologi.

Lee So-Ra menerima MA dalam Penga-jian Teologi dari Trinity College, Univer-sity of Bristol dengan disertasi berjudul “The Contribution of 1 Corinthians to Paul’s Understanding of Leadership”. Beliau juga memiliki Diploma Pendi-

dikan Tinggi dalam Pengajian Teologi (Trinity College) dan BA dalam Pendi-dikan (Ewha Womans University). Se-belum menyertai ATI, beliau mengajar Teologi Gunaan di Msalato Theological College, Tanzania.

Di samping mengajar, tanggungja-wab utama Dr Kim dan So-Ra adalah untuk mempertingkatkan standard akademi ATI melalui satu siri pe-nyema-kan dan penilaian bersama dengan Pengetua dan Jawatankua-sa Kajian Semula Kurikulum. n

Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Semula Kurikulum Institut Pelatihan Anglikan27 - 28 Jun

Institut Pelatihan Anglikan (ATI) akan memperkenalkan satu kurikulum yang dirombak semula bertujuan untuk mem-perbaiki program-program semasa dan menyelaraskan latihan dengan visi dio-sis. Jawatankuasa Kajian Semula Kuriku-lum terdiri daripada Rev Canon Lin Khee Vun (Pengerusi), Rev Canon Lidis Sing-kung, Rev Canon Yong Thiam Choy, Dr Kim Chang-Kyu, Ps Dr Judy Berinai,

Ps Lydia Chang, Sora Kim dan Daniel Chong, dengan bimbingan penasihat Rev Dr Lim Kar-Yong. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat selama dua hari (27 - 28 Jun) untuk menilai kurikulum semasa bertujuan untuk memperbaiki kursus-kursus yang sedia ada. Dengan cita-cita untuk melatih pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi praktikal dan juga akademik, ahli jawatankuasa telah terlibat secara mendalam dan meny-eluruh, menghasilkan suatu mesyuarat

yang bermakna dan penuh pengala-man serta kepakaran yang relevan. Jawatankuasa ini telah mengakhiri mesyuarat dengan mengukuhkan kurikulum semasa, membawa kepa-da cadangan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda. Laporan ke-mas kini akan disediakan tidak lama lagi. n

Jawatankuasa terlibat secara mendalam dalam perbincangan kajian semula kurikulum.

Page 4: KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf · Projek ini akan menjadi sebuah berkat ... khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan

8 - 11 AprilPusat Lembah Berkat Telupid

Konferensi Doa BM Diosis

Segala puji syukur kepada Tuhan untuk penyertaan-Nya semasa konferensi ini. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan hikmat, kekuatan dan kemampuan untuk merancang dan se-terusnya melaksanakan konferensi ini dengan jayanya.

Konferensi doa bahagian Bahasa Ma-laysia Diosis ini adalah yang kedua kali. Konferensi ini memberi penekanan dalam hal berdoa menuntut janji-janji Tuhan yang memberi pemulihan kepa-da umat-Nya.

Kehadiran peserta seramai 541 orang berseru kepada Tuhan di dalam doa

pemulihan suku, generasi, negeri-negeri di Malaysia dan juga gereja dan diosis. Semua peserta berpeluang ber-doa bersama mengikut gereja masing-masing dan juga mengikut suku. Saya percaya Tuhan telah memperlihatkan keperluan yang harus didoakan supaya negeri-negeri di Malaysia dan setiap suku di muka bumi ini akan menjadi mi-lik Kristus.

Kita sangat mengucap syukur di atas limpahan berkat Tuhan di dalam pen-gajaran Firman-Nya melalui hamba-Nya Bisyop Melter Jiki Tais dan Rev Erwin Widjaja. Firman Tuhan yang disampai-kan telah menguatkan, memberkati,

mengajar dan mendorong peserta memperkasakan panggilan, peranan dan tanggungjawab sebagai pendoa syafaat.

Pada penghujung konferensi, semua yang hadir telah sebulat suara men-gungkapkan deklarasi dan mengisyti-harkan janji memperkasakan kehidu-pan doa dengan cara melaksanakan rangkaian doa 24/7, mendirikan me-nara-menara doa dan melibatkan diri secara aktif dalam gelombang doa di seluruh nusantara dan dunia. n

Saya mengharungi minggu-minggu yang sukar sejak saya memikul beban keluarga dan kerja. Saya berdoa untuk diri saya sendiri. Pada Kebaktian Ahad tanggal 11 Mei, saya menerima urapan baru daripada Tuhan ketika saya dido-akan oleh Ps Julius Suubi. Urapan itu sangat kuat sehingga saya rebah dua kali. Saya tidak dapat mengawal tan-gisan saya. Tuhan menyegarkan roh saya semasa pertemuan peribadi ber-sama Dia. Tanpa mengetahui beban saya, Ps Julius memberikan kata-kata daripada Tuhan kepada saya. Beliau berkata bahawa mulai saat itu, saya akan menjadi orang yang tidak sama lagi seperti dahulu dan Tuhan juga menyentuh keluarga saya. Ia adalah

sebuah jaminan bagi saya bahawa Tu-han mengetahui beban yang saya pikul.Semasa konferensi ini, saya mengha-diri sesi pengajaran dan juga sesi doa. Tingkat iman saya semakin bertambah. Ketika saya masuk ke dalam hadirat Tu-han, saya mulai melihat beban saya dari sudut pandangan yang berbeza. Saya sekarang dapat menghadapi cabaran-cabaran dengan lebih berkeyakinan. Saya percaya ketika saya menghadapi perkara-perkara yang tidak baik, tetapi apabila saya berdoa dengan sung-guh-sungguh, saya akan mengalami mukjizat dan penerobosan daripada Tu-han. Semua kemuliaan kepada Allah! - Lawrence Thien

Selepas beberapa hari berjalan kaki, bahagian bawah belakang saya dan bahagian pinggang terasa seperti lumpuh. Selepas didoakan oleh Ps Julius Suubi, bahagian bawah be-lakang saya telah sembuh dan ia seperti 10 tan beruang kutub telah diangkat dari atas bahu saya. Saya merasakan kuasa iblis yang menya-kiti saya telah pergi. Pada mula-mu-lanya, saya merancang bagaimana saya boleh sampai ke puncak Gu-nung Kinabalu; tapi akhirnya saya sampai pula ke puncak Konferensi Penerobosan Doa. Saya boleh mera-sakan kuasa Roh Kudus yang lembut sedang melakukan sesuatu di dalam roh saya.- Robert (pelancong dari Australia)

Kesaksian dari Konferensi Penerobosan Doa, 11 - 13 Mei24 - 27 JunGereja St Patrick, Tawau

Khemah Vokesyen Inggeris & Cina DiosisKhemah Vokesyen Diosis 2014 telah diadakan di Gereja St Patrick, Tawau pada 24 - 26 Jun. 22 peserta berkum-pul bersama-sama untuk belajar dan mendengar panggilan Tuhan dalam kehidupan mereka. Bisyop John Yeo berkongsi tentang “God Is Still Calling” (“Tuhan Masih Memanggil”) dan apa yang diperlukan untuk melayani dalam Diosis Sabah. Kami bersyukur kepada Tuhan untuk Canon Lin Khee Vun, Rev Ho Kee Chung, Rev David Wong, Rev Timothy Sng dan Ps Liew Fui Ting yang juga telah berkongsi tentang perjalanan vokesyen mereka kepada semua peser-ta. 4 peserta jelas akan panggilan me-reka dan akan mendaftar untuk program Institut Pelatihan Anglikan manakala yang lain memerlukan lebih banyak masa untuk pendedahan dalam pela-yanan. Kemuliaan kepada Tuhan! n

NO ISU 45, Ogos 2014 PERISTIWA 9PERISTIWA 4

12 - 15 MeiPusat Lembah Berkat Telupid

Khemah Vokesyen BM Diosis

Khemah Vokesyen sekali lagi telah berjaya dianjurkan pada tahun ini di Pusat Lembah Berkat Telupid. Puji Tuhan, seramai 25 anak-anak muda telah mengikuti khemah vokesyen ini. Khemah ini bertujuan memberi penerangan dan cabaran kepada anak-anak muda agar memahami serta menyahut panggilan Tuhan untuk melayani dalam gereja-Nya. Para penceramah terdiri daripada para paderi Diosis kita sendiri. Pada malam penutupan khemah, Bisyop Melter telah mendoakan dan meng-utus mereka kembali ke gereja ma-sing-masing. n

Khemah Muda-Mudi Inggeris Diosis 2 - 5 JunChrist Church Likas

Khemah Muda-mudi Inggeris Dio-sis telah dihadiri oleh 281 peserta di Christ Church Likas dengan tema “Shine Like Stars” (“Bersinar Se- perti Bintang”). Muda-mudi mempe-lajari surat Filipi dan ramai antara mereka yang telah dicabar untuk menjalani suatu kehidupan yang se-cara khususnya memuliakan Tuhan dan berdiri teguh bagi generasi ini. 50 anak muda menyahut panggilan sepenuh masa. Kemuliaan kepada Tuhan! n

Page 5: KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf · Projek ini akan menjadi sebuah berkat ... khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan

Puji Tuhan untuk Konferensi Penero-bosan Doa yang diadakan pada 11-13 Mei 2014 di Katedral All Saints. Lebih dari 420 peserta dari seluruh Diosis Sa-bah menghadiri konferensi ini.

Pastor Julius Suubi, pengasas The Highway of Holiness Ministries Inter-national, bersama Dr Paul Ang dan Dr Christina Ang dari Visi Global Paul Ang, menguraikan dengan mendalam kepentingan dan keperluan penerobo-san dalam doa, kehidupan doa secara individu dan gereja; supaya dapat meli-hat manifestasi kuasa Allah yang men-gubahkan kehidupan dan mengubah bangsa-bangsa.

Kebaktian penyembuhan selama 3 malam berturut-turut terbuka kepada semua orang. Ramai yang hadir mener-

ima baptisan Roh Kudus dan mulai berdoa dalam bahasa roh. Ramai juga yang telah disembuhkan dari pe-nyakit, hubungan yang retak, dilepas-kan dari ikatan-ikatan iblis, pemulihan kewangan dan keluarga. Ramai yang hadir dalam kebaktian ini disegarkan kembali dan bersedia untuk melayani Tuhan dengan semangat dan kesung-guhan yang lebih besar!

Sepanjang Konferensi, sesi pujian dan penyembahan serta doa syafaat mendahului setiap sesi pengajaran. Ini nampaknya telah mencipta se-buah atmosfera yang mendatangkan manifestasi hadirat dan kuasa Allah untuk memberikan Api Suci. Di samp-ing itu, sesi doa telah membantu para peserta untuk masuk ke dalam hadirat Allah yang penuh dengan kemuliaan.

Para peserta dapat bertemu dengan Al-lah secara peribadi. Para peserta telah menerima penyembuhan dan pengam-punan serta mendengar dari Allah.

Susulan daripada konferensi Penero-bosan Doa, gereja-gereja diminta untuk menetapkan masa khas untuk terlibat dalam Menara Doa 24/7. Tujuannya ialah untuk membangkitkan pahlawan-pahlawan doa yang berdoa untuk men-galahkan kuasa-kuasa kegelapan dan menyambut lawatan Tuhan yang berkua-sa ke atas gereja-gereja dalam Diosis Anglikan Sabah. Dengan doa 24/7, kita akan menyaksikan api kebangunan ro-hani dan khutbah yang berkuasa akan disertai dengan tanda-tanda dan ke-ajaiban yang tersebar luas di dalam dan di luar Sabah! Kami mengundang anda untuk mendaftarkan diri bagi pelayanan menara doa pada hari ini! n

Setiap peserta sepenuh hati semasa waktu berdoa dan memuji dan menyembah Tuhan. Ps Julius Suubi.

Dr Paul Ang.

Sebelum Konferensi Penerobosan Doa, pendengaran telinga kanan saya hanya mampu mendengar se-banyak 20%. Ini bermaksud, ketika saya berada dalam khalayak ramai, saya tidak boleh mendengar orang memanggil saya. Semasa pelayanan doa pada malam terakhir, saya maju ke hadapan untuk didoakan. Selepas didoakan, kemampuan pendenga-ran telinga kanan saya dengan serta merta semakin baik. Sekarang, saya boleh mendengar orang memanggil saya ketika saya berada di khalayak ramai yang mana pengalaman ini be-lum pernah saya alami sebelum saya didoakan. Semua kemuliaan dan pu-jian kepada Allah!– Alec Liew (Pemuda Cina dari ASC)

Konferensi Penerobosan Doa 11 - 13 MeiKatedral All Saints

NO ISU 45, Ogos 2014 PERISTIWAPERISTIWA 58

Khemah Muda-Mudi Cina Diosis 9 - 12 JunSekolah Menengah St Patrick, Tawau

Seramai 460 muda-mudi dari seluruh Diosis Sabah berkumpul di Sekolah Menengah St Patrick, Tawau untuk Khemah Muda-mudi Diosis Cina tahu-nan. Khemah ini bermula pada petang 9 Jun dan berakhir pada malam 12 Jun. “AGAPE” adalah tema untuk khemah muda-mudi tahun ini. Bisyop John Yeo merasmikan khemah tersebut dan Rev Canon Paul Lau melakukan kebaktian penutupan. Dr Tan Hann Zhuu, pencera-mah khemah, mengajar dengan penuh semangat mengenai transformasi kasih Tuhan pada perjalanan hidupnya dan Rev Lee Ban Wee menjelaskan Firman Allah dalam surat pertama Yohanes untuk mencabar anak-anak muda agar hidup dengan kasih Tuhan tanpa syarat, berkorban dan yang sempurna kepada orang lain. Sepanjang khemah ini, kami mempunyai 29 orang yang membuka hati mereka pertama kali kepada Yesus dan 43 yang mendedikasikan diri me-

Khemah Muda-Mudi BM Diosis 9 - 12 JunPusat Lembah Berkat Telupid

Seramai 2002 orang pemuda-pemudi dari seluruh gereja Anglikan Diosis Sa-bah menghadiri khemah kali ini yang bertemakan “Atmosphere – The Heart Of Worship”. Penganjur mengundang rombongan GBI Medan (Gereja Bethel

Indonesia, Medan) yang terdiri daripada 11 orang (Pengkhutbah, pemimpin pu-jian penyembahan, dan pemain musik). Para pengkhutbah Bisyop Melter Jiki Tais, Pdt Edy Prajitno, Pdm Obed Sem-biring, dan Ps Aldrian Eko menyampai-

kan pengajaran tiga perkara penting dalam ibadah Kristian yang tidak dapat dipisahkan iaitu Firman Tu-han, doa, dan pujian penyembahan. Semua peserta juga turut memprak-tikkan penyembahan kepada Tuhan. Ramai peserta dibebaskan daripada ikatan kegelapan. Walaupun sua-sana panas dan tidak selesa, namun itu tidak membuat mereka berganjak dari tempat duduk masing-masing, malahan dipenuhi sukacita. Respon para peserta sangat baik dan lebih 19 orang telah menerima Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan penyela-mat, 14 orang membuat keputusan untuk melayani Tuhan. Secara ke- seluruhannya, khemah muda-mudi ini berjalan dengan baik berkat doa daripada semua pihak. Pihak pen-ganjur mengucapkan ribuan terima kasih untuk doa, sokongan, dan keperihatinan semua pihak. Tuhan memberkati anda semua. n

reka untuk melayani Tuhan sepenuh masa. Terdapat banyak hal-hal yang menyerlah dan penerobosan yang kita alami dalam khemah ini seperti sua-sana penyembahan yang bersemangat, para peserta sungguh-sungguh men-

dengar dan memberi tumpuan ke-pada mesej, dan persekutuan yang sangat baik di kalangan anak-anak muda melalui kelompok-kelompok kecil dan sesi-sesi permainan. Ke-muliaan kepada Tuhan! n

Page 6: KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf · Projek ini akan menjadi sebuah berkat ... khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan

PERISTIWA 76

Kebaktian- Kebaktian Paskah

Gereja Juruselamat Kudus Kita, LabuanTahun ini merupakan tahun kedua kami merayakan Kebaktian Paskah Matahari Terbit pada jam 5.00 pagi. Kebaktian yang pertama diadakan di luar bangunan dan kali ini di dalam Dewan Jubli dengan ke-hadiran kira-kira 700 orang. Kami bersyu-kur kepada Allah kerana mendiang Bisyop Albert Vun bersama isteri Datin Mary Vun turut hadir. Kami sangat diberkati dengan pelayanan mereka. Mendiang Bisyop Al-bert berkhutbah dengan penuh kuasa; malahan kanak-kanak mendengarkan be-liau bertutur dalam Bahasa Cina sedang-kan sebenarnya beliau berkhutbah dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Kebangunan ro-hani sedang terjadi. Semua kemuliaan ke-pada Allah! v

Kebaktian Hari Paskah bermula seawal jam 5.30 pagi. Selepas sa-haja kebaktian Paskah, kami men-gadakan Hari Keluarga. Antara ak-tiviti yang diadakan adalah acara sukaneka dan sarapan bersama je-maah. v

Haleluya, Kristus telah bangkit! Ya, sesungguhnya Kristus telah bangkit, Haleluya!

Gereja St Patrick mengadakan Kebak-tian Paskah (Dwibahasa) di luar ban-gunan pada jam 5.00 pagi dan disusuli dengan Perayaan BM pada jam 11.00 pagi. Bisyop John Yeo berkhutbah mengenai Yesus Bangkit! Oleh kerana Dia bangkit; (1) Kita tidak perlu takut, (2) Kita dapat memulai hidup baru (3) Kita boleh melayani. Sesungguhnya, kita melayani sorang Penyelamat yang telah bangkit! v

Jemaah yang hadir dalam kebak-tian ini 407 orang. Seluruh jemaah menerima cabaran membaharui iman mereka kepada Tuhan Ye-sus. Ramai jemaah yang hadir duduk di luar disebabkan ruang ibadah yang tidak dapat menam-pung. Selepas kebaktian, kami mengadakan makan bersama je-maah di Pavilion, Nunukan. Kami juga memberikan hadiah telur Pas-kah kepada jemaah. v

Kehadiran dalam kebaktian ini 184 orang. Jemaah di Seimenggaris kian bertambah sehingga ruangan iba-dah yang sedia ada tidak dapat me-nampung kehadiran jemaah.v

20 April

Gereja Anglikan Menggatal

Gereja Juruselamat Kudus Kita, Labuan

Gereja St Mark, Lahad Datu

Gereja St Mark, Lahad Datu

Gereja St Patrick, Tawau

Faith Christian Centre, Sunway

Gereja Anglikan Menggatal

Gereja Kristus Raja Segala Raja, Nunukan

Gereja Seimenggaris, Nunukan

Gereja St Patrick, Tawau

Gereja Kristus Raja Segala Raja, Nunukan

Gereja SeimenggarisGereja St Patrick, Tawau

Gereja Anglikan Menggatal

Page 7: KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf · Projek ini akan menjadi sebuah berkat ... khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan

Sebab yang sangat kurindukan dan kuharapkan ialah bahwa aku dalam segala hal tidak akan beroleh malu, melainkan seperti sediakala, demiki-anpun sekarang, Kristus dengan nyata dimuliakan di dalam tubuhku, baik oleh hidupku, maupun oleh ma-tiku. Karena bagiku hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan. (Filipi 1:20-21) Bisyop Albert Vun Cheong Fui yang kita kasihi telah kembali ke pangkuan Tuhan pada 15 Julai 2014. Walau-bagaimanapun, dia telah meninggal-kan warisan iman dan kesetiaan untuk kita. Beliau merupakan seorang yang telah mengorbankan segala-galanya untuk Kristus.

Warisan iman Bisyop Vun dapat dilihat dalam semangat kesungguhannya un-tuk Tuhan. Semangatnya jelas dilihat melalui kecemerlangan pelayanan- nya untuk Diosis. Mendiang sentiasa

mencabar mediokriti, paradigma dan memperluaskan pelayanan supaya Diosis kita tidak kehilangan keberke-sanan. Namun mendiang melakukan semua ini tanpa kompromi dalam dasar kebenaran Alkitabiah.

Mendiang juga adalah seorang yang berwawasan - pemangkin untuk per-tumbuhan. Mendiang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mena-nam gereja-gereja baru dan mem-perluaskan pelayanan misi Diosis. Hasratnya untuk membangunkan ge-reja-gereja pedalaman mahupun ban-dar dapat dilihat dalam peningkatan keseluruhan kemudahan dan infra-struktur di seluruh Diosis kita. Men- diang hanya mahu memastikan seluruh Diosis menjadi kuat.

Warisan kesetiaan mendiang dapat dilihat dalam penamatan yang kuat. Meskipun dia menghidap penya-kit kanser, dia tetap melayani tanpa

mengenal penat lelah hingga akhir. Dalam khutbah mendiang yang ter-akhir di Katedral, beliau mencabar semua anggota untuk memberikan segala-galanya - yang terbaik kepa-da Tuhan. Mendiang menyatakan ini dengan segala titisan tenaganya yang terakhir.

Banyak lagi boleh diperkatakan ten-tang pelayanannya di dalam tempoh lapan tahun keuskupan mendiang. Hasil keprihatinan mendiang dalam isu pendidikan, sosial, latihan pe-layan-pelayan sepenuh masa dan banyak perkara lain akan dapat di-lihat dalam tahun-tahun yang akan datang.

Bisyop Albert Vun telah mewariskan kepada kita erti “hidup adalah untuk Kristus; mati adalah keuntungan!”. Kita tetap mengingati isterinya Datin Mary dan anak-anaknya, Samuel, Sarah dan Andrew. n

Warisan Iman Dan Kesetiaan - Penghormatan kepada Mendiang Bisyop Datuk Albert Vun (1956-2014)

Page 8: KEBAJIKAN Misi Bantuan ke Sitio Natas-an, Pulau …anglicansabah.org/2014.1/pdf/Issue45_BM_s.pdf · Projek ini akan menjadi sebuah berkat ... khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan

Kebaktian Pengebumian Mendiang Bisyop Datuk Albert Vun18 Julai 2014Katedral All Saints

(6) Jenazah diusung keluar oleh paderi.

(7) Pembantu Bisyop, Bisyop Melter memimpin kebaktian pengebumian.

(2 & 3) Eulogi disampaikan oleh anak-anak lelaki mendiang Bisyop Albert Vun - Samuel dan Andrew; dan Archbishop Bolly Lapok.

(1) Jenazah mendiang Bisyop Albert Vun diletakkan di Katedral.

(4) Datin Mary Vun mengongsikan tentang khutbah terakhir mendiang Bisyop Albert Vun.

(8) Keluarga dan saudara mara mendiang Bisyop Albert Vun di tapak pengebumian.

(5) Rakaman khutbah mendiang Bisyop Albert Vun yang terakhir disaksikan oleh jemaah yang hadir untuk memberi penghormatan yang terakhir di Dewan Hosana.

1.

4.

5. 6. 7.

8.

2. 3.