KEBEBASAN.docx

2
KEBEBASAN Tajuk minggu ini ialah kebebasan. Kebebasan bermaksud keadaan yang tidak dihalangi atau disekat dalam melakukan sesuatu perkara atau perbuatan. Murid-murid yang dikasihi sekalian, Negara kita, Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen iaitu kebebasan yang tertaktuk kepada undang-undang Negara Malaysia. Oleh itu, kita bebas melakukan apa sahaja yang kita ingin asalkan tidak melanggar undang-undang. Sama juga dengan keadaannya di sekolah. Kamu bebas belajar, bergerak dan melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebagai murid, kamu bebas belajar tetapi tidak boleh mengganggu murid lain yang sedang belajar. Kamu bebas bergerak ke mana sahaja dalam kawasan sekiolah tetapi pada waktu-waktu yang dibenarkan. Contohnya, kamu bebas menaiki mana-mana tangga bangunan asalkan tangga tersebut dikhaskan untuk kelas kamu. Selain itu, kamu bebas membeli apa sahaja makanan yang dijual di kantin tetapi kamu tidak bebas membeli makanan yang dijual di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan.

Transcript of KEBEBASAN.docx

KEBEBASAN

Tajuk minggu ini ialah kebebasan. Kebebasan bermaksud keadaan yang tidak dihalangi atau disekat dalam melakukan sesuatu perkara atau perbuatan.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,Negara kita, Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen iaitu kebebasan yang tertaktuk kepada undang-undang Negara Malaysia. Oleh itu, kita bebas melakukan apa sahaja yang kita ingin asalkan tidak melanggar undang-undang.

Sama juga dengan keadaannya di sekolah. Kamu bebas belajar, bergerak dan melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Sebagai murid, kamu bebas belajar tetapi tidak boleh mengganggu murid lain yang sedang belajar. Kamu bebas bergerak ke mana sahaja dalam kawasan sekiolah tetapi pada waktu-waktu yang dibenarkan. Contohnya, kamu bebas menaiki mana-mana tangga bangunan asalkan tangga tersebut dikhaskan untuk kelas kamu. Selain itu, kamu bebas membeli apa sahaja makanan yang dijual di kantin tetapi kamu tidak bebas membeli makanan yang dijual di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan.

Sebagai kesimpulannya, kebebasann yang kita nikmati hari ini ada batasannya supaya tidak berlaku kegiatan jenayah. Olehn itu kita dapat hidup aman dan makmur apabila kebebasan yang kita nikmati hari ini diselitkan dengan sikap hormat menghormati sesama manusia.

Akhir sekali, bersyukurlah kepada Allah atas kebebasan yang kita nikmati hari ini.

Sekian, terima kasih.