KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

8
1 Selamat Datang Terdapat banyak risalah-risalah dan penerbitan-penerbitaan lain yang memuji atau mengkrik usaha-usaha baru-baru ini oleh industri minyak sawit dalam menunaikan janji lestari mereka. Segelinr daripada mereka cuba bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil/madani sama ada yang berkecimpung dalam akvisme sosial, keadilan alam dan sebagainya. Aidenvironment mula-mula membangkitkan kerisauan orang-orang tempatan atas amalan perusahaan minyak sawit yang dak lestari kepada pengetahuan dunia dalam tahun 1997. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat bahawa masalah tersebut semakin diambilberat. Sebenarnya, kita dapat melihat semakin banyak syarikat-syarikat besar Asia bersungguh-sungguh memeluk amalan kelestarian. Kita berpendapat bahawa adalah perlu bagi masyarakat madani di Asia Tenggara untuk mengambil bahagian dalam proses perubahan tersebut kerana ia memberikan peluang untuk menyelamatkan hutan dan paya gambut, menyelesaikan konflik sosial selama ini dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan. Ini hanya boleh berlaku apabila akvis-akvis masyarakat madani memahami perubahan yang sedang berlaku dan cabaran-cabaran yang dihadapi. Langkah seterusnya yang diharapkan akan berlaku ialah apabila masyarakat madani, syarikat-syarikat dan kerajaan melibatkan satu sama lain untuk mengelakkan atau dak mengulangi kesalahan yang lepas demi masa depan yang lebih panjang. Eric Wakker, Aidenvironment Asia BACKGROUND Tahun 2014 adalah tahun yang amat penng bagi kesahteraan alam sekitar apabila empat buah syarikat minyak sawit terbesar iaitu Asian Agri, Cargill, Golden-Agri dan Wilmar menyokong Deklarasi Hutan New York di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan September di New York, Amerika Syarikat. Di antara kumpulan ini, Wilmar adalah syarikat pertama yang melancarkan Dasar Bersepadu Tiada Penyahhutan, Tiada Gambut, Tiada Penganiayaan pada bulan Disember 2013 (dalam Bahasa Inggeris ialah No Deforestaon, No Peat, No Exploitaon – atau singkatnya dasar NDPE). Selepas itu, banyak lagi syarikat ikut serta. Dasar pembelian minyak sawit syarikat-syarikat tersebut merangkumi kesemua penapis, kilang sawit atau lading yang dimiliki, diusahakan atau dilaburi dan termasuk juga pembekal pihak kega. Dasar- dasar sebeginilah yang menerajukan transformasi industri minyak sawit kea rah amalan yang lebih bertanggungjawab. Informasi yang disampaikan dalam bulen ini berdasarkan hasil monitoring Aidenvironment. Risalah ini bertujuan mengkhabarkan usaha-usaha tersebut kepaa badan-badan bukan kerajaan dan pemimpin-pemimpin akar umbi di Asia Tenggara Priscillia Moulin ([email protected]). KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN Julai 2016

Transcript of KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

Page 1: KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

1

Selamat Datang

Terdapat banyak risalah-risalah dan penerbitan-penerbitaan lain yang memuji

atau mengkritik usaha-usaha baru-baru ini oleh industri minyak sawit dalam

menunaikan janji lestari mereka. Segelintir daripada mereka cuba bekerjasama

dengan badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil/madani sama ada yang

berkecimpung dalam aktivisme sosial, keadilan alam dan sebagainya.

Aidenvironment mula-mula membangkitkan kerisauan orang-orang tempatan

atas amalan perusahaan minyak sawit yang tidak lestari kepada pengetahuan

dunia dalam tahun 1997. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat

melihat bahawa masalah tersebut semakin diambilberat. Sebenarnya, kita dapat

melihat semakin banyak syarikat-syarikat besar Asia bersungguh-sungguh

memeluk amalan kelestarian.

Kita berpendapat bahawa adalah perlu bagi masyarakat madani di Asia Tenggara

untuk mengambil bahagian dalam proses perubahan tersebut kerana ia

memberikan peluang untuk menyelamatkan hutan dan paya gambut,

menyelesaikan konflik sosial selama ini dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan.

Ini hanya boleh berlaku apabila aktivis-aktivis masyarakat madani memahami

perubahan yang sedang berlaku dan cabaran-cabaran yang dihadapi.

Langkah seterusnya yang diharapkan akan berlaku ialah apabila masyarakat

madani, syarikat-syarikat dan kerajaan melibatkan satu sama lain untuk

mengelakkan atau tidak mengulangi kesalahan yang lepas demi masa depan yang

lebih panjang.

Eric Wakker, Aidenvironment Asia

BACKGROUND

Tahun 2014 adalah tahun yang amat penting bagi kesahteraan alam sekitar apabila empat buah syarikat minyak sawit terbesar iaitu Asian Agri, Cargill, Golden-Agri dan Wilmar menyokong Deklarasi Hutan New York di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan September di New York, Amerika Syarikat. Di antara kumpulan ini, Wilmar adalah syarikat pertama yang melancarkan Dasar Bersepadu Tiada Penyahhutan, Tiada Gambut, Tiada Penganiayaan pada bulan Disember 2013 (dalam Bahasa Inggeris ialah No Deforestation, No Peat, No Exploitation – atau singkatnya dasar NDPE). Selepas itu, banyak lagi syarikat ikut serta.

Dasar pembelian minyak sawit syarikat-syarikat tersebut merangkumi kesemua penapis, kilang sawit atau lading yang dimiliki, diusahakan atau dilaburi dan termasuk juga pembekal pihak ketiga. Dasar-dasar sebeginilah yang menerajukan transformasi industri minyak sawit kea rah amalan yang lebih bertanggungjawab. Informasi yang disampaikan dalam buletin ini berdasarkan hasil monitoring Aidenvironment.

Risalah ini bertujuan mengkhabarkan usaha-usaha tersebut kepaa badan-badan bukan kerajaan dan pemimpin-pemimpin akar umbi di Asia Tenggara Priscillia Moulin ([email protected]).

KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN Julai 2016

Page 2: KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

2

RENCANA KHAS: PERKEMBANGAN WILMAR DALAM INTERVENSI PEMASOK PIHAK KETIGA

Berikutan daripada pengumuman komitmen ‘Dasar Tiada Penyahhutan’, kebanyakan penapis-peniaga minyak sawit telah

melancarkan apa yang dikenali sebagai ‘dashboard’ yang menyampaikan dasar-dasar syarikat, senarai golongan pembekal dan

aduan-aduan yang dikemukakan terhadap mereka (penapis-penjual) atau pembekal mereka. Dalam rencana khas ini, kita akan

meneliti perkembangan Wilmar dalam melibatkan pembekal pihak ketiganya dan menilai dasar NDPE serta keberkesanannya ke atas

rantaian pembekalannya.

Berdasarkan hasil kajian Aidenvironment, dari masa pelancaran dasar NDPEnya sehingga bulan Mei 2016, Wilmar telah

mengumpulkan sebanyak 60 kes yang dipantaunya. Kes-kes tersebut termasuklah aduan yang didaftarkan dalam Prosedur Rungutan

dan pembekal-pembekal yang dipantau secara proaktif olehnya dengan bantuan seorang pemantau bebas dan ini melibatkan 92%

pembekal pihak ketiga dan bakinya adalah anak-anak syarikat Wilmar sendiri.

Tiga perempat daripada kes melibatkan pembekal di Indonesia yang kebanyakannya dari Kalimantan dan Sumatra. Kebanyakan kes

merupakan campuran isu pelanggaran pematuhan peraturan yang mana setakat ini isu alam sekitar mewakili tiga perempat daripada

kes yang direkodkan seperti penyahhutan di hutan stok karbon tinggi dan kawasan hutan yang mempunyai nilai konservasi tinggi,

penerokaan atas tanah gambut dan pembakaran. Kes selainnya melibatkan isu sosial.

Menurut Wilmar, buat masa ini, 40% kes masih dalam proses pengurusan. Tujuh kumpulan pembekalan telah bersetuju untuk

mengikut dasar pembelian Wilmar di mana sesetengah daripada mereka lebih senang dengan tidak membuat pengumuman

komitmen mereka.

Keberkesanan dasar dan campur tangan Wilmar harus diberikan perhatian. Kajian kami menunjukkan bahawa kumpulan pembekal

yang bersetuju untuk mematuhi peraturan telah menghentikan pembangunan tanah di hutan, tanah gambut dan tanah komuniti

yang melibatkan keluasan tanah sekitar 350,000 ha.

Kita meramalkan bahawa peratusan perwakilan kes-kes ‘Tiada Penganiayaan’ akan meningkat pada masa depan apabila kes

penyahutan dan pembangunan atas tanah gambut berkurangan dalam tahun-tahun yang akan dating sementara kehendak pasaran

akan meningkatkan desakan terhadap penyelesaian kes-kes ketidakadilan sosial. Jumlah kes di Negara-negara pembekal pihak ketiga

seperti Papua New Guinea mungkin bertambah berikutan daripada had perkembangan perladangan di Indonesia.

0

5

10

15

20

25

30

Deforestation Communityrights

Burning Peat HCV Pollution Labor rights

Main concerns raised(Dec. 2013-May 2016)

Page 3: KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

3

PELADANG KELAPA SAWIT TERIMA ‘DASAR TIADA PENYAHHUTAN’

Pelancaran dasar NDPE oleh Wilmar pada 5 Dis 2013 dan komitmen seterusnya oleh Golden Agri Resources pada bulan Februari

2014, Cargill pada bulan Julai 2014, Asian Agri dan Apical pada bulan September 2014, Musim Mas pada bulan Disember 2014,

Archer Midlands Daniels pada bulan Mei 2015 dan penapis-peniaga lain telah menyampaikan satu pesanan yang jelas kepada

peladang kelapa sawit: pembangunan perladangan yang memusnahkan hutan stok karbon tinggi, kawasan nilai konservasi tinggi,

tanah gambut dan hak-hak kemanusian tidak dapat lagi diterima. Ketidakmahuan menerima had-had tersebut akan menyebabkan

mereka dihalang memasuki gerbang pintu penapis. Beberapa syarikat yang disebutkan di atas, dan sekali lagi diketuai oleh Wilmar,

telah mengambil satu lagi langkah ke depan dengan mempamirkan senarai pembekal mereka.

Berikutan daripada desakan pengusaha-pengusaha minyak sawit di Malaysia dan Indonesia, tidak hairanlah syarikat-syarikat yang

giat melaksanakan agenda transformasi industri ini di Asia Tenggara kebanyakannya berpengkalan di Singapura. Di antara tiga

daripada empat kumpulan syarikat perladangan ‘tulen’ adalah Kencana Agri, First Resources dan Bumitama Agri. Kumpulan syarikat

keempat ialah Astra Agro Lestari, sebuah kumpulan syarikat Indonesia. Kesemua kumpulan syarikat ini secara bersama memegang

dana tanah perladangan sejumlah 750,000ha di Indonesia.

Selain daripada permintaan pasaran, badan-badan bukan kerajaan

juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses

transformasi syarikat-syarikat tersebut. Kes Kencana Agri Ltd. telah

dibangkitkan oleh Greenomics pada pertengahan 2014. Anak

syarikatnya memegang hak untuk menebas dan menanam kelapa

sawit atas hampir 27,000ha tanah yang merupakan hutan belantara

di daerah Gorontalo, Sulawesi. Wilmar yang memegang 20% saham

Kencana Agri telah berunding dengan Kencana Agri. Berikutan

campur tangan Wilmar, Kencana Agri telah melancar dasar lestarinya

sendiri pada bulan Januari 2015 yang mempunyai prinsip alam sekitar

dan sosial yang sama dengan dasar NDPE Wilmar. Pemantauan

seterusnya mengesahkan bahawa tiada lagi perusahaan tanah

dijalankan semenjak pelancaran dasar lestari Kencana Agri itu (lihat imej di sebelah kiri). Oleh itu, sebanyak 20,000ha hutan tropika

yang asli di dalam kawasan konsesi Kencana Agri tidak akan ditebang untuk menanam kelapa sawit.

Kumpulan syarikat kedua yang membuat komitmen ialah First Resources Ltd., yang juga disenaraikan di Pasaran Saham Singapura.

First Resources melancarkan dasar lestarinya pada 1 Julai 2015. Berikutan daripada itu, Pegawai Kanan Eksekutifnya telah meneliti

kes-kes yang dibawa oleh wakil badan-badan bukan kerajaan dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur. Setiap perwakilan

membentangkan empat aduan yang dibawa kepada RSPO terhadap anak-anak syarikat first Resources. Pegawai Kanan Eksekutif

berjanji akan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk memperbaiki keputusan pengurusan lepas yang bertentangan

dengan dasar lestari terkini.

Bumitama Agri Ltd. merupakan peladang kelapa sawit ketiga yang membuat

komitmen terhadap ’Dasar NDPE’ pad bulan Ogos 2015. Dua tahun sebelum in,

syarikat ini telah mengalami tekanan hebat daripada pelbagai badan-badan

bukan kerajaan kerana tidak mematuhi peraturan-peraturan RSPO. Satu lawatan

lapangan bersama oleh RSPO, Rabobank dan Aidenvironment pada bulan Mac

2015 (lihat imej sebelah kanan) telah mengakibatkan Pegawai Kanan Eksekutif

Bumitama Agri Ltd memberikan mandaté kepada kumpulan

Kebertanggungjawapan Sosial Korporat (dalam bahasa Inggeris ialah Corporate

Social Responsibility atau singkatnya CSR) untuk memastikan amalan lestari

dilaksanakan di ladang-ladang. Pada bulan September 2015, kumpulan syarikat

ini telah membuat komitmen untuk tidak membuat ladang atas beribu-ribu

hektar hutan stok karbon tinggi dan tanah gambut di mana ia memiliki hak untuk teroka tanah tersebut. Pada bulan Ogos 2015,

Bumitama membuat komitmen pendekatan landskap dalam perlaksanaan dasar amalan lestari.

Peladang kelapa sawit keempat yang membuat komitmen ialah Astra Agro Lestari, di mana ia melancarkan dasarnya pada bulan

September 2015. Ini adalah berikutan daripada kempen Forest Heroes – “She’s not a Fan” – yang menjadikan Mandarin Oriental

Hotel sasaran kempen kerana masing-masing disokong oleh pelabur-pelabur yang sama.

Page 4: KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

4

Sedihnya, keempat-empat kumpulan syarikat ini sahaja yang telah membuat komitmen dasar NDPE secara umum. Ada juga yang

telah membuat komitmen tetapi tidak mahu diumumkan kerana khuatir akan tekanan daripada ahli-ahli politik dan rakan industri

lain di kawasan dan Negara masing-masing yang mereka beroperasi.

KEBAKARAN 2015 – AKIBAT DAN CABARAN

Tahun 215 merupakan satu lagi tahun bencana kebakaran hutan di Indonesia dan jerebu yang merentasi sempadan negara.

Kebakaran telah berlaku dalam kawasan hutan lindungan, tanah komuniti dan konsesi perladangan yang termasuklah kawasan nilai

konservasi tinggi yang telahpun diketepi khasnya tanah gambut. Kerajaan Indonesia telah melarang penggunaan api dalam

pembangunan perladagangan sejak 20 tahun. Peladang yang didapati bersalah kerana menggunakan api juga akan dikecualikan

daripada rantaian bekalan minyak sawit. Misalnya, Wilmar International, telah menyatakan: “Semua pembekal kami telah

dimaklumkan bahawa sebarang pelanggaran dasar Tiada Pembakaran, sekiranya disahkan sengaja dilakukan, akan mengakibatkan

penamatan segera segala urusan perniagaan.”

Kesulitan, seperti seringkali, ialah membuktikan bahawa pembakaran itu adalah sengaja. Walaupun ini dapat dibuktikan, kesulitan

ialah memastikan orang yang membuat keputusan tersebut dihukumi. Kerajaan Indonesia telah kalah dalam satu dakwaan terhadap

PT Bumi Mekar Hijau, pembekal kepada Asia Pulp & Paper yang menghampa dan mengecewakan para pemantau. Tindakan punitive

tidak semestinya pendekatan yang paling berkesan dalam keadaan di mana kawasan tanah gambut yang dikeringkan adalah luas,

hutan asli telah dibalak dan dirosakkan dengan teruk dan di mana syarikat dan komuniti berlawan untuk mendapatkan tanah: dalam

kebanyakan keadaan, adalah amat susah untuk meletakkan tuduhan pembakaran atas seseorang individu. Keputusan kabinet

Indonesia pada bulan Oktober 2015 melarang semua syarikat daripada membuat ladang di kawasan terbakar dan terus menduduki

kawasan tanah gambut yang masih ada (walaupun tanah gambut tersebut adalah dalam kawasan konsesi) serta menubuhkan Agensi

Pemulihan Tanah Gambut merupakan langkah ke depan yang lebih membina. Peraturan tempatan yang membenarkan pembakaran

terbuka oleh komuniti tempatan juga telah diubah untuk memastikan larangan menyeluruh ke atas penggunaan

api.

Sementara itu, syarikat-syarikat perusahaan sumber asal telah melancarkan Fire-Free Alliance (FFA) atau dalam bahasa Melayu Gabungan Bebas Pembakaran) yang merupakan satu pelantar sukarela dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk menyumbang kepada penyelesaian pembakaran hutan dan tanah di Indonesia. Ahli FFA telah membuat komitmen bersama untuk bekerjasama dan mengongsi pengetahuan, maklumat dan kemungkinan sumbangan kepada inisiatif pencegahan kebakaran berdasarkan Program Kampung Bebas Kebakaran oleh April Group’s. FFA juga akan membantu menambahbaikkan pemantauan kebakaran, pengesanan dan pembendungan. Di Papua pula, di mana jerebu yagn serius juga dialami, keadaannya adalah berbeza. Dengan kebanyakan tanah gambut dan hutan yang masih tidak terganggu, adalah ketara bahawa pembakaran berlaku daripada pembakaran sengaja dan berniat untuk menyediakan tanah untuk perusahaan tanaman kelapa sawit. Imej Landsat di sebelah kiri dan graf di bawah jelas menunjukkan hubung-kait antara penyahhutan untuk perusahaan ladang sawit oleh syarikat Korea Selatan Korindo dengan kejadian Croklaan. Akhbar harian Korea Selatan SisalN membuat liputan kes Korindo pada 28 Mei, 2016. Walaupun syarikat tersebut dilaporkan telah menafikan tuduhan ini, bukti-bukti adalah terlampau jelas dan syarikat Korea Selatan ini akan kehilangan kesemua pembeli yang disenaraikan di atas melainkan ia membuat komitmen untuk memberhentikan penyahhutan dan pembakaran terbuka serta menyelesaikan pelbagai konflik tanah. pembakaran.Data awam yang boleh diperolehi tentang pembeli Korindo menyenaraikan Musim Mas, Wilmar, ADM dan IOI Loders

Page 5: KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

5

MENGGANTUNG ATAU TIDAK MENGGANTUNG?

Kebanyakan dasar ‘Tiada Penyahhutan’ mengandungi satu klausa yang menyatakan pihak penandatangan boleh memilih untuk

menggantung atau membatalkan kontrak pembekalan sekiranya pembekal enggan mematuhi dasar pembelian pihak pembeli.

Langkah punitif tersebut merupakan jalan terakhir dan cuma dikuatkuasakan apabila rundingan gagal. Sekiranya pembekalan

digantung oleh satu atau beberapa pembeli, pembekal terpaksa mencari pembeli lain dan ini akan menyebabkan kerugian

kewangan.

Penggantungan dan pembatalan kontrak merupakan amalan biasa dalam perniagaan. Ini

adalah kerana seseorang pembeli itu tidak harus dipaksa menerima barangan daripada

pembekal dengan pengetahuan bahawa barangan tersebut tidak dapat dijual kemudian.

Penggantungan kontrak juga dapat dikuatkuasakan menerusi skim persijilan seperti RSPO

yagn menggantung Kumpulan IOI daripada memperniagakan minyak sawit bersijil bermula

daripada 4 April 2016 sehinggalah ia menyelesaikan aduan yang dilaporkan oleh

Aidenvironment. Keputusan RSPO juga mengakibatkan beberapa pembeli IOI

menggantungkan pembelian mereka daripada IOI. Tindakan hukuman sebegini bukanlah

perkara baru dalam wacana minyak sawit. Pada bulan Disember 2009, Unilever telahpun

menggantung PT SMART yang tidak rela berterus-terang tentan permit konsesinya di

Kalimantan Tengah. Pada bulan Julai 2013, RSPO telah membatalkan keahlian kumpulan

Duta Palma.

Bukan semua orang menyokong tindakan hukuman yang ditetapkan oleh pasaran. Contohnya, segelintir besar masyarakat madani

beranggapan bahawa kerajaan harus memikul tanggungjawab dalam mengawal industry kerana mekanisme sukarela tidak boleh

diharapkan sepenuhnya. Masalahnya ialah, kebanyakan kerajaan mengambil masa panjang untuk menambahbaik undang-undang

dan penguatkuasaan undang-undang. Apabila kuasa pasaran mengisi jurang pengawalan tersebut, golongan peniaga-penapi yang

mengamalkan dasar tiada penyahhutan menghadapi penentangan yang kuat. Antara hujah yang menolak campur tangan pasaran

ialah bahawa tindakan ini akan membawa kesan negatif kepada pekebun-pekebun kecil. Akan tetapi, pada masa yang same, tidak

ada sesiapa yang boleh memaksa pengguna membeli barangan hasil amalan yang tidak lestari.

10200

10300

10400

10500

10600

10700

10800

10900

11000

11100

11200

0

100

200

300

400

500

600

2013 2014 2015

Total jumlah titik panas

Total deforestasi (ha)

Page 6: KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

6

Penggantungan dan pembatalan kontrak akan terus diperbahaskan

dengan hangat. Adalah penting untuk mengambilkira bahawa

pembeli telahpun melibatkan kebanyakan pembekal dengan dialog

yang membina. Tindakan hukuman hanya dikenakan ke atas

sebahagian kecil golongan pembekal dan itu pun hanya sekiranya

pembekal tetap menolak syarat keperluan pembelian. Tindakan

hukuman juga mendatangkan hasil yang berbeza.

Badan bukan kerajaan yang membawa aduan terhadap kumpulan

Duta Palma tidak puashati dengan keputusan RSPO untuk

membatalkan keahlian Duta Palma kerana secara langsung

melenyapkan kuasa rundingan. Sememangnya, Duta Palma terus

mengusahakan hutan lindungan di daerah Sambas sehinggalah

kerajaan Indonesia campur tangan; beberapa konflik tanah yang besar masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini. Sawit

Sumbermas Sarana, yang digantung oleh beberapa pembeli pada tahun 2015, masih lagi menebang hutan gambut tanpa sebarang

penghirauan.

Dalam kes penggantungan PT SMART oleh Unilver pula akhirnya membawa kepada kemasukan Golden Agri-Resources (GAR) sebagai

ahli RSPO pada bulan Mac 2012. Setahun sebelum itu, GAR adalah syarikat pertama yand melancarkan dasar konservasi hutan dan

memperkenalkan pendekatan stok karbon tinggi. Ini merupakan dasar ‘Tiada Penyahhutan’ pertama sebenarnya tetapi ia hanya

melibatkan operasi GAR sahaja. GAR telahpun memanjangkan dasar tersebut kepada pembekal pihak ketiganya dan telahpun

mengakibatkan beberapa kes penggantungan kontrak pembekalan. Austindo Nusantara Jaya, yang pernah digantung oleh beberapa

pembeli pada tahun 2015, telahpun menghentikan penebangan hutan di Papua sementara menjalankan kajian stok karbon tinggi.

Page 7: KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

7

APAKAH SETERUSNYA APABILA PERKEMBANGAN PERLADANGAN KELAPA SAWIT DI INDONESIA BERAKHIR?

Selama 15 tahun yang lepas, banyak badan-badan bukan kerajaan berkempen untuk mengakhirkan perkembangan perladangan

kelapa sawit yang tidak lestari. Pada hari ini, kuasa pasaran dan dasar kerajaan mula bergabung dan memperlahankan

perkembangan tersebut. Misalnya, penganalisa DBS Bank di Singapura meramalkan bahawa perkembangan perladangan kelapa

sawit akan dihadkan kepada 60,000ha setahun sehingga 2025. Penilaian ini belum lagi mengambilkira keputusan Menteri Alam

Sekitar dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya untuk tidak meluluskan permohonan permit ke atas 1 juta ha kawasan hutan yang

boleh ditukarkan jenis gunatanahnya. Tambahan pula, kawasan hutan dan tanah gambut yang telahpun diketepikan oleh syarikat

perladangan untuk tujuan konservasi juga belum diambilkira. Misalnya, Wilmar International sahaja telahpun mengenepikan

30,000ha tanah untuk tujuan konservasi.

Memandangkan berjuta-juta hektar hutan dan tanah gambut tidak akan ditebang untuk

mengembangkan perladangan kelapa sawit, persoalan yang timbul ialah: apakah seterusnya?

Bagaimana kita harus memulih, melindung dan menggunakan tanah-tanah tersebut dengan

lestari, dan siapakah yang akan dimanfaatkan?

Sememangnya adalah perlu persoalan ini dijawab dengan

segera kerana hutan dan tanah gambut yang tidak

diusahakan akan diambilalih untuk penggunaan yang tidak

lestari. Nasib baik, surat pekeliling kabinet Indonesia pada

bulan Julai 2015 tidak menggalakkan kerajaan tempatan

mengeluarkan konsesi baru atas kawasan nilai konservasi

tinggi yang sebelum ini diberikan kepada syarikat

perladangan. Sesetengah kerajaan tempatan telah

mengeluarkan peraturan yang membolehkan perlindungan undang-undang ke atas kawasan nilai konservasi tinggi..

Walau bagaimanapun, pendekatan konservasi jenis ‘top-down’ tidak semestinya menjamin kelestarian sungguhpun kawasan luas

hutan dan tanah gambut yang masih tertinggal diketepikan untuk tujuan konservasi kerana kawasan tersebut senang dicerobohi.

Dalam kebanyakan keadaan, kaedah yang paling baik ialah mengadakan dialog antara pihak berkepentingan tempatan untuk

menentukan pengurusan tanah yang telah diketepikan dan siapakah yang akan terima manfaatnya. Di banayk kawasan sebegini,

hutan itu boleh diperkayakan dengan tanaman pokok and spesis lain yang dapat menyumbang kepada pendapatan dan sara hidup

komuniti tempatan. Ini boleh merangkumi sekumpulan sepsis Shorea yang dikenali sebagai tengkawang (atau engkabang di

Malaysia) atau buah illipe yang membekalkan bahan mentah mentega illipe. Sebahagian daripada hutan dan tanah gambut boleh di

jadikan ‘hutan makanan’ sama dengan tembawang di Kalimantan. Penggunaan hutan dan tanah gambut yang diketepikan itu boleh

diterapkan menjadi sebahagian rancangan penggunaan tanah peringkat kampong dan disokong oleh kumpulan CSR syarikat

perladangan. Bumitama Agri merupakan syarikat perladangan pertama yang mengenalpastikan pembangunan sara hidup

berpautkan barangan hutan selain dari balak (non-timber forest products) dan program alternative yang dapat menampung

konservasi hutan atau koridor kepada hutan lindung.

Pendekatan yang berbeza diperlukan untuk lanskap litupan hutan yang tinggi seperti di pendalaman Kalimantan, Sulawesi dan Papua di

mana kawasan konsesi seluas 20-30,000ha tidak dibenarkan sama sekali untuk perladangan kelapa sawit.

Regenerasi hutan dataran rendah di dalam areal konsesi kelapa sawit di Sorong, sekarang tidak tersedia lagi untuk perluasan lahan kelapa sawit. Foto: Google Earth, Februari

2014

.

Page 8: KEBERKESANAN DASAR-DASAR TIADA PENYAHHUTAN

8

Informasi lebih lanjut

Aidenvironment Asia

Jalan Burangrang 18

Babakan, Bogor Tengah

East Java, Indonesia

[email protected]

[email protected]

+62 251 8371219