KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional...

107
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN FORUM DALAM SISTEM E-LEARNING: KAJIAN KES PELAJAR TAHUN 4SPI HASIFAH BINTI ABDUL AZIZ UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional...

Page 1: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN FORUM DALAM

SISTEM E-LEARNING: KAJIAN KES PELAJAR TAHUN 4SPI

HASIFAH BINTI ABDUL AZIZ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan
Page 3: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan
Page 4: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN FORUM DALAM

SISTEM E-LEARNING: KAJIAN KES PELAJAR TAHUN 4SPI

HASIFAH BINTI ABDUL AZIZ

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 5: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

ii

Page 6: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

iii

DEDIKASI

Sekalung penghargaan ku iringkan khas buat Ayahanda dan Bonda tercinta…

Haji Abdul Aziz bin Saidi dan Hajah Fatimah binti Mahfor

Ayahanda dan Bonda adalah sumber kekuatan anakanda selama ini. Kasih yang

dicurah tidak sekali anakanda sia-siakan. Pasti takkan dilupa hingga ke akhir hayat.

Untuk suami tercinta Abdul Jalil bin Jamar

Terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan di kala diri ini hampir berputus asa.

Moga kita sentiasa di bawah rahmat dan kasihNya.

Abang-abang, kakak-kakak serta adik-adik yang kusayangi

Semoga hubungan ukhuwah adik beradik yang terpatri antara kita bertambah erat

Kalian sangat bermakna dalam hidupku

Tidak lupa buat pensyarahku

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan nasihat

Halalkan segala ilmu yang telah kupelajari

Sahabat-sahabat perjuangan

Teruskan perjuangan di mana sahaja kalian berada.

Memori bersama kalian tetap berpaut dalam ingatan sampai bila-bila

Akhir sekali

Terima kasih pada semua…

Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan…

Page 7: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan

rahmat kasihNya dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang

diutuskan membawa risalah ke sekalian alam ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang

berbahagia Dr Abdul Rahman bin Hamzah selaku penyelia dan pembimbing

penyelidik kerana sudi meluangkan masa selama 2 semester serta memberi

tunjuk ajar di dalam menyiapkan projek sarjana muda ini.

Di kesempatan ini juga penyelidik ingin mengucapkan terima kasih yang

tidak terhingga kepada kedua ibu bapa yang banyak memberikan nasihat serta

tunjuk ajar sepanjang kehidupan penyelidik. Tidak lupa setinggi penghargaan

kepada semua pihak yang terlibat di dalam membantu penyelidik

memperolehi maklumat sehingga penyelidik dapat menyiapkan projek sarjana

muda ini dengan jayanya. Terima kasih juga penyelidik tujukan kepada

sahabat-sahabat perjuangan yang sentiasa berada bersama-sama penyelidik

sewaktu susah dan senang di dalam menuntut ilmu. Semoga kalian berada

sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasihNya.

Akhir sekali, penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada pensyarah-pensyarah dan semua pihak yang terlibat secara langsung

atau pun tidak. Sekalung budi yang dihulurkan hanya Allah yang dapat

membalas semua itu. Semoga kita sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan

akhirat.

Sekian, Wassalam

Page 8: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

v

ABSTRAK

E-learning pada peringkat pendidikan tinggi sama ada di peringkat awam dan

swasta telah menjadi kaedah pembelajaran pada masa kini. Ia berupaya

mempercepatkan pengajaran dan menjadikan proses pembelajaran berlangsung

dengan lebih efektif. Penerimaan e-learning bukan sahaja mampu menukarkan

modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam bentuk versi atas talian,

bahkan penggunaan teknologi di dalam e-learning boleh menyumbang kepada

persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat fleksibel. Oleh yang

demikian, satu kajian telah dijalankan di kalangan pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pendidikan Islam), Universiti Teknologi Malaysia

berkenaan keberkesanan pembelajaran menggunakan forum di dalam sistem e-

learning. Analisis deskriptif yang dijalankan memfokuskan kepada tahap

pengetahuan pelajar terhadap penggunaan forum, kekerapan penglibatan pelajar di

dalam forum dan tahap kefahaman terhadap topik yang dibincangkan. Analisis

kualitatif yang dilakukan ini juga mengaitkan tentang faktor-faktor yang mendorong

pelajar menggunakan forum sebagai medium pembelajaran dan masalah-masalah

yang timbul di dalam penggunaan forum e-learning. Walau bagaimanapun terdapat

beberapa cadangan yang diberikan oleh pengkaji terhadap kesimpulan yang dibuat

untuk memperincikan lagi hasil kajian ini.

Page 9: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

vi

ABSTRACT

E-learning in higher education level in public and private sectors has become the

trends of the present study. It can help to accelerate in learning and at the same time

make the process becomes more effective. Now, E-learning is able to switch the

traditional module, the cost of programme and classroom into a different way; which

is online version. On top of that the use of fast phase technology of e-learning also

can contribute the learning and teaching environment flexible. Prior to that, a study

was conducted among the students in year 4, Bachelor of Science with education

(Islamic Education), Universiti Teknologi Malaysia on the effectiveness of study

method by having forum in the e-learning systems. Description analysis has been

conducted to focus on the students’ levels of knowledge towards the use of forum,

the frequency of students’ involvements as well as the level of understanding on the

top discussed. On the other way, another qualitative analysis has been conducted to

deal with the fact that leads students to use forum as a discussed on problems or

matters arise while using forum as a platform of e-learning. However, there were

some suggestions made by the researcher towards the conclusion made to discuss

further on the details of this study.

Page 10: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI GAMBARAJAH xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Skop Kajian 5

1.7 Definisi Istilah 6

1.7.1 Keberkesanan 6

1.7.2 Pembelajaran 6

1.7.3 Pengajaran

1.7.4 E-Learning 6

Page 11: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

viii

1.7.5 Forum 7

1.8 Penutup 7

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Penggunaan Teknologi Maklumat Sebagai

Medium Dakwah Islamiyyah 10

2.3 Kepentingan E-Learning 13

2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14

dan E-Learning

2.5 Kepelbagaian Strategi Penggunaan 16

2.4.1 Murah 17

2.4.2 Kandungan Bahan Terkini 17

2.4.3 Perkongsian Maklumat 17

2.4.4 Maklumat di akses secara Serentak 18

2.4.5 Interaktif 18

2.6 Forum dalam sistem E-Learning 19

2.7 Perbezaan di antara Synchronous dan Asynchronous 21

di dalam E-Learning

2.8 Struktur Forum dalam E-Learning 22

2.9 Kajian Lepas 24

2.10 Penutup 28

Page 12: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 31

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 31

3.6.1 Kajian Perpustakaan 31

3.6.2 Kajian Lapangan 32

3.6.2.1 Kaedah pemerhatian 32

3.6.2.2 Kaedah Dokumentasi 32

3.7 Kaedah Analisis Data 33

3.8 Penutup 35

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Forum dalam E-Learning UTM 37

4.3 Latar Belakang Kursus Kajian 38

4.4 Kekerapan Penglibatan Pelajar 40

4.4.1 Analisis perbincangan Tajuk 42

4.5 Gaya Bahasa dan Gaya Penulisan dalam Forum 52

4.5.1 Penggunaan Bahasa Melayu 53

4.5.2 Penggunaan Singkatan Perkataan 54

4.5.3 Penggunaan Emoticon 56

4.5.4 Penggunaan Dialek Kenegerian 58

4.5.5 Penggunaan Istilah Asing 60

4.6 Kesimpulan 61

Page 13: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

x

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Kesimpulan 63

5.2.1 Kekerapan Penglibatan Pelajar dalam

Forum E-Learning 64

5.2.2 Forum E-Learning membantu pemahaman

pelajar terhadap topik Perbincangan 65

5.2.3 Penggunaan Gaya Bahasa dan Gaya Penulisan dalam

menggunakan Forum di kalangan pelajar 4SPI 67

5.2.4 Kelebihan Pembahagian Kumpulan Perbincangan 68

5.3 Cadangan dan Saranan 69

5.3.1 Saranan kepada Individu 70

5.3.2 Saranan kepada Pensyarah 70

5.3.3 Saranan kepada Pihak Universiti 71

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.5 Penutup 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN

Page 14: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

xi

SENARAI GAMBARAJAH

NO. GAMBARAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 E-Learning UTM 37

2 Nama-nama pelajar untuk setiap kumpulan 39

3 Markah penilaian aktiviti e-learning 40

4 Penglibatan pelajar dalam forum SPM4722 41

5 Pelajar memberi mula melakukan perberbincangan 42

6 Pelajar memberi cadangan berdasarkan tajuk 44

7 Perbincangan yang dilakukan pada hujung minggu 45

8 Pelajar melakukan perbincangan walaupun lewat 46

9 Pelajar menambah maklumat setiap topik 46

10 Pelajar menghuraikan fakta berkaitan topik 47

11 Pelajar membahagikan tugas berkaitan tugasan 48

12 Pelajar mencadangkan tajuk bagi tugasan dua 49

13 Tempoh balasan kiriman oleh pelajar 50

14 Pelajar membalas perbincangan sekaligus 51

15 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa

perbincangan 54

16 Penggunaan singkatan perkataan 55

17 Penggunaan emoticon 56

18 Pelajar menggunakan dialek negeri 59

Page 15: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

xii

19 Penggunaan istilah asing 60

Page 16: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

1 Contoh penggunaan singkatan perkataan

yang sering digunakan pelajar 55

2 Contoh ekspresi pelajar di dalam perbincangan

menggunakan emoticon 57

3 Kekerapan pelajar menggunakan emoticon 57

4 Contoh ekspresi pelajar melalui penggunaan emosi perkataan 58

5 Kekerapan pelajar menggunakan emosi melalui perkataan 58

Page 17: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

xiv

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan pembelajaran

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

IT - Teknologi maklumat

CD-ROM - Compact Disc Read Only Memory

LAN - Local Area Network

WAN - World Area Network

BBS - Bulletin Board System

S.W.T - Subhana wa Taala

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

DVD - Digital Video Device

E-Learning - electronic learning

ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi

SMS - Perkhidmtan pesanan ringkas

WIFI - Wireless Fidelity

Page 18: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Jadual hits penglibatan pelajar di dalam e-elearning mengikut

masa

B Jadual kekerapan penglibatan di dalam forum

C Contoh penglibatan individu di dalam e-learning

D Contoh penglibatan pelajar di dalam forum perbincangan

E Surat Kebenaran mendapatkan maklumat Fakulti Pendidikan

Page 19: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Ismail (2003), perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi

menjadikan dunia pada hari ini menjadi semakin sempit. Ia sebenarnya membawa

maksud bahawa segala maklumat yang ingin diperolehi mudah untuk diakses pada

bila-bila masa sahaja. Hanya dengan menekan papan kekunci sahaja segala

maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan mudah.

Kehangatan perkembangan teknologi maklumat ini bukan sahaja dapat dirasai di

kalangan pakar-pakar komputer sahaja bahkan ianya terus melebarkan sayap

Page 20: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

2

sehingga ke bidang pendidikan. Dalam bidang pendidikan, inovasi ini telah menemui

hasilnya dengan kemunculan aplikasi teknologi berasaskan pembelajaran secara on-

line atau lebih dikenali sebagai e-learning. Pendedahan yang diketengahkan oleh e-

learning dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadikan pelajar lebih

bersedia dan berminat untuk menerima pelajaran yang diajarkan oleh guru.

1.2 Latar belakang masalah

Secara amnya, penggunaan e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran

merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang

berasaskan papan putih dan pen marker atau pun kaedah tradisional yang

menggunakan papan hitam dan kapur tulis. Walaubagaimanapun, sebahagian guru-

guru di sekolah menghadapi masalah apabila hendak menggunakan bahan bantu

mengajar selain dari kaedah tradisional.

Dalam pembelajaran seharian, pelajar tahun 4SPI juga tidak terkecuali dari

menggunakan perkhidmatan belajar secara maya melalui e-learning. Penggunaan e-

learning sangat mudah kerana pelajar hanya perlu mengakses dengan menggunakan

perisian pelayar web iaitu www.elearning.utm.my. Penggunaan pelajar terhadap e-

learning agak terbatas apabila beberapa masalah seperti ketiadaan talian WIFI yang

menjadi faktor utama ketika melayari e-learning.

E-learning menyediakan forum untuk pelajar memberikan pandangan mengenai

topik-topik yang diberikan oleh pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Walau

bagaimanapun, penglibatan pelajar sangat berkurangan walaupun pensyarah telah

menggariskan markah yang sesuai dan dianggap sebagai markah bonus untuk pelajar.

Page 21: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

3

Penggunaan gaya bahasa dan gaya penulisan yang pelbagai dalam penggunaan

forum mungkin menjadi kesukaran kepada sebahagian pelajar yang tidak mahir.

Pelajar menggunakan bahasa yang menjadi kebiasaan mereka ketika berada di luar

forum.

1.3 Penyataan masalah

Melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, penglibatan

pelajar serta interaksi dua hala di antara guru dan pelajar menjadi kayu ukur untuk

dinilai. Pada amnya, forum dilihat sebagai satu elemen di dalam sistem e-learning

yang melibatkan pelajar berkomunikasi secara alam maya menggunakan ruangan

yang disediakan.

Ketika berforum pelajar memberikan pendapat masing-masing berdasarkan

pemahaman mereka terhadap tajuk perbincangan. Penggunaan gaya bahasa dan gaya

penulisan yang pelbagai ketika berforum menjadikan aktiviti perbincangan lebih

efektif dan berkesan. Walaubagaimanapun, ada pelajar yang menggunakan gaya

bahasa dan gaya penulisan yang menjadikan rakan-rakan lain kurang faham dengan

maklumat yang hendak disampaikan.

Selain itu, kekerapan penglibatan pelajar secara aktif juga menjadi kayu ukur

terhadap keberkesanan penggunaan e-learning di dalam P&P. Walaupun pensyarah

telah menyediakan markah yang sesuai untuk diberikan kepada pelajar di atas

penglibatan di dalam e-learning, adakalanya pelajar tidak menggunakan forum

dalam sistem e-learning sepenuhnya untuk melakukan perbincangan. Ada juga

pelajar yang tidak aktif secara langsung dalam forum e-learning.

Page 22: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

4

Bukan itu sahaja, malahan pelajar tahun 4SPI adalah merupakan pelajar-pelajar

kursus Pendidikan Islam. Apabila bergelar graduan nanti, mereka akan berkhidmat

sebagai guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Penguasaan terhadap teknologi

maklumat sangat perlu apabila mereka bergelar ustaz dan ustazah. Kebanyakan ustaz

dan ustazah di peringkat sekolah seringkali menghadapi masalah apabila hendak

menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan komputer. Mereka perlu celik IT di

samping menyampaikan risalah dakwah seiring dengan teknologi maklumat yang

terkini.

1.4 Objektif kajian

Antara objektif kajian adalah seperti berikut :

1.4.1 mengenalpasti kekerapan penglibatan pelajar menggunakan forum dalam e-

learning di kalangan pelajar 4SPI.

1.4.2 mengenalpasti sejauh mana forum sistem e-learning dapat membantu pelajar

4SPI memahami topik yang dibincangkan.

1.4.3 mengkaji penggunaan gaya bahasa dan gaya penulisan di kalangan pelajar

4SPI dalam menggunakan forum e-learning.

Page 23: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

5

1.5 Persoalan kajian

Antara persoalan kajian adalah seperti berikut :

1.5.1 Sejauh manakah kekerapan penglibatan pelajar 4SPI menggunakan forum

dalam sistem e-learning?

1.5.2 Sejauh manakah forum perbincangan e-learning membantu pemahaman

pelajar 4SPI terhadap topik yang dibincangkan?

1.5.3 Bagaimanakah penggunaan gaya bahasa dan gaya penulisan yang digunakan

oleh pelajar tahun 4SPI dalam forum e-learning?

1.6 Skop kajian

Bagi kajian yang akan di lakukan, penyelidik memilih untuk melaksanakan kajian

ke atas pelajar tahun 4SPI Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia

(UTM). Pelajar-pelajar ini merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam). Skop kajian penyelidik hanya tertumpu pada pelajar

tahun 4 SPI Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Page 24: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

6

Penyelidik memilih pelajar tahun 4 SPI berdasarkan kepada faktor tahap

penggunaan mereka terhadap forum dalam sistem e-learning. Selain itu, pemilihan

subjek adalah berdasarkan faktor masa yang agak terhad.

1.7 Definisi istilah

1.7.1 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007), keberkesanan ialah perihal

berkesan, berkesannya ( sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya ).

1.7.2 Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007), pembelajaran ditakrifkan

sebagai proses kegiatan belajar.

1.7.3 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007), pengajaran ditakrifkan sebagai

perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar.

1.7.4 E-learning

Menurut Jamaludin Mohaiadin (2000), e-learning ataupun e-pembelajaran ialah

suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan

menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan

data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya.

Oleh itu, pastinya sebahagian besar konsep E-learning akan melibatkan penggunaan

komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Page 25: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

7

Definisi e-learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan

teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan

promosi pendidikan. Bagaimanapun secara umumnya, e-learning adalah sebarang

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN

atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcara.

Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah

sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.

1.7.5 Forum

Menurut Computer Desktop Encyclopedia (2009), forum ditakrifkan sebagai

pertukaran maklumat atau perbincangan yang dilakukan atas talian di antara individu

tentang topik-topik tertentu.

Menurut Mason et. al (2006) pula, forum juga ditakrifkan sebagai

kepelbagaian dari sistem papan bulletin atau pun lebih dikenali sebagai bulletin

board system (BBS) yang membolehkan pelajar dan pengajar terlibat di dalam sesi

dialog yang berstruktur tentang topik-topik yang berkaitan dengan program

pengajian.

1.8 Penutup

Secara keseluruhannya, penyelidik akan menjalankan kajian berkenaan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan forum dalam sistem e-

learning. Kajian ini akan di lakukan terhadap pelajar tahun 4SPI Fakulti Tamadun

Islam, UTM Skudai, Johor.

Page 26: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

8

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Kemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu

punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal

fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini. Penggunaan komputer

untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam

internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini.

Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka pencapaian

manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu

yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran.

Page 27: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

9

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:''Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami

di sekitar jagat dan di dalam diri mereka sendiri sehingga ternyatalah bagi mereka

bahawa (Islam) itu benar.'' (Surah Fussilat : 53)

Proses globalisasi dan pensejagatan ilmu merupakan satu proses yang dapat

menyerlahkan kebenaran dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang positif sesuai

dengan tuntutan agama sendiri (http://ptdbnet.ukm.my,2010). Manusia harus

menggunakan peluang yang diberikan untuk memberi penambah baikkan selaras

dengan kecanggihan teknologi pada masa kini.

Dalam dunia siber pada hari ini, setiap maklumat mampu diperolehi hanya di

hujung jari sahaja. Ini bermakna setiap maklumat mudah dan cepat diperolehi

melalui internet. Oleh yang demikian, e-learning adalah salah satu strategi dan

saluran yang inovatif untuk mendapatkan maklumat. Menurut Saadon (2006),

pengajaran berelektronik (e-learning) adalah satu kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang baru di dalam dunia pendidikan. Perkembangan e-learning

menjadi semakin luas pada sekitar penghujung tahun 1990an.

Page 28: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

10

Pada ketika itu e-learning dijadikan sebagai mod pengajaran bagi kedua-dua

pendekatan pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa dan sambilan. Melalui

kaedah ini fail-fail pengajaran boleh dibuka oleh tenaga pengajar dan para pelajar.

Mereka boleh berinteraksi dengan cara membuat capaian melalui internet ke laman-

laman web tenaga pengajar berkenaan. Bagi sesetengah institusi pengajian tinggi ,

selain daripada tutorial. Mereka juga boleh mengendalikan ujian dan peperiksaan

secara e-learning.

2.2 Penggunaan teknologi maklumat sebagai medium dakwah Islamiyyah

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi baru yang

berkembang dengan begitu pesat dan mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam

perubahan tamadun kemanusiaan. Kehadiran teknologi ini bukan sekadar berhubung

dengan perubahan yang bersifat teknikal malah ianya merubah tatacara kehidupan

harian manusia .

Menurut Abu Bakar Yang dalam tulisan artikelnya “Cabaran teknologi maklumat

dan agenda umat Islam”, kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet

ini juga telah banyak merubah cara hidup manusia (www.ikim.gov.my : 11 April

2011). Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri

bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia

berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan

bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.

Sebenarnya jauh lebih dari itu, ia berupaya mendominasi arah pembangunan masa

hadapan.Teknologi ini bukan saja membantu kecekapan dan keberkesanan kita

Page 29: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

11

bekerja, bahkan ia telah menjadi sumber yang strategik yang memudahkan

perubahan utama dalam melakukan urusan kita seharian.

Firman Allah Taala di dalam surah An-Nahl ayat 125:

Maksudnya: “Dakwahlah(Serulah) mereka ke jalan Tuhanmu (wahai

Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,

dan berbahaslah(berbincanglah) dengan mereka (yang engkau serukan itu)

dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih

mengetahui akan orang yang sesat(menyeleweng) dari jalanNya, dan Dia lah

jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah

petunjuk.”

Ayat Al-Quran tersebut menjelaskan tentang kepentingan untuk manusia

menyampaikan pengajaran walau dengan pelbagai cara dan kaedah termasuk kaedah

bijaksana, melalui nasihat di dalam pengajaran serta melakukan perbincangan

terhadap ilmu yang dipelajari.

Teknologi ini amat terkenal khususnya dalam bidang komunikasi iaitu sebagai

alat perhubungan, memproses dan menyampaikan maklumat. Secara personal, ia

Page 30: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

12

membantu dalam mempercepatkan dan memudahkan komunikasi dan urusan

kehidupan seharian. Begitu juga dalam proses pembelajaran dan pengajaran

menggunakan forum e-learning, setiap perbincangan yang dilakukan dapat

berlangsung dengan cepat dan mudah tanpa perlu bersemuka pada satu masa tertentu

dan tempat tertentu.

Menurut Abu Bakar Yang lagi, pada peringkat permulaan ini, mereka inilah yang

akan menjadi pemangkin atau penggerak kepada wawasan yang dicita-citakan.

Dalam peringkat inilah juga, setiap individu Muslim yang sedar terhadap perubahan

dan cabaran teknologi ini, perlu menjadikan dirinya seorang yang celik dan peka

terhadap penggunaan teknologi maklumat dan internet. Tanpa ilmu pengetahuan

yang cukup di bidang ini, maka orang Islam tidak akan mampu untuk menghadapi

cabaran serta menangani perubahan besar yang akan berlaku. Bahkan kita akan

ketinggalan di dalam persaingan dengan negara-negara lain. Usaha untuk

memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan adalah merupakan sebahagian

daripada tuntutan agama, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam sebuah hadis

Rasullullah S.A.W yang bermaksud:

"Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Muslim, lelaki dan

perempuan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pada peringkat berikutnya pula, kita perlulah memahirkan diri dengan

penggunaan teknologi ini. Pengetahuan teknologi yang harus dimiliki oleh umat

Islam bukan hanya sekadar memiliki sebuah komputer, dan kemudian hanya pandai

untuk menaip surat, kertas-kertas kerja, atau bermain video-games. Tahap

pengetahuan teknologi yang mesti dikuasai oleh orang Islam haruslah selaras dengan

teknologi yang ada sekarang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Page 31: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

13

Setiap individu Muslim perlu memperlengkapkan diri menghadapi kecanggihan

teknologi maklumat pada masa akan datang secara maksimum. Agama Islam sendiri

menuntut supaya setiap pekerjaan yang kita lakukan itu hendaklah menjadi satu

pekerjaan yang terbaik, sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Rasullullah s.a.w.

yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seorang melakukan pekerjaannya,

dia akan memperbaikinya (iaitu melakukan dengan sebaik-baiknya.)" (Riwayat

At Thabrani).

Menurut Jamaluddin Harun (2005) menyatakan perbincangan dalam kumpulan

atau news group merupakan sumber yang popular masa kini seiring dengan

teknologi, multimedia kerana ianya dapat menyediakan berita-berita hangat,

informasi dan perbincangan terus dari satu pengguna lain melalui sebuah newsreader

yang berkomunikasi dengan pelayan-pelayan tersebut.

Menurut Norasmawati (2006), perbincangan dalam kumpulan atau news group

juga boleh digunakan di dalam penyebaran dakwah Islamiyyah. Sebagai contoh,

pendakwah menyebarkan risalah dakwahnya melalui perbincangan dalam kumpulan

dengan memberi pendapat tentang topik keagamaan yang dibincangkan. Oleh yang

demikian, rakan-rakan yang lain akan membalas kiriman pendakwah tesebut

sepertimana proses perbincangan menggunakan forum dalam e-learning.

2.3 Kepentingan e-learning

Menurut Ismail (2003), e-learning ataupun e-pembelajaran mampu membawa

satu perubahan dalam proses pembelajaran secara lebih berkesan daripada pelbagai

aspek. Terdapat pelbagai kepentingan e-learning dalam proses pembelajaran dan

pengajaran.

Page 32: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

14

Di antara kepentingan e-learning adalah membolehkan pembelajaran kendiri

dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta

hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah

berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam

suasana yang „selamat‟ tanpa merasa malu untuk bertanya.

Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih

terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia

ada. E-learning yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran

yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, pensyarah,

mentor atau fasilitator.

Dalam pembelajaran e-learning fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu

berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggung-jawab untuk pembelajarannya.

Suasana pembelajaran e-learning akan menjadikan pelajar memainkan peranan yang

lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan

atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri.

2.4 Perbezaan antara pembelajaran tradisional dan e-learning

Berdasarkan sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung

kepada usaha guru dan juga pelajar. Bagaimana pun untuk tujuan perbandingan

diberikan perbezaan antara pembelajaran tradisional dan e-learning secara

menyeluruh.

Page 33: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

15

Melalui pembelajaran tradisional, guru dianggap sebagai orang yang paling arif di

atas pentas. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk

menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan

pada kebiasaannya adalah berpusatkan kepada guru.

Bahan pengajaran dan pembelajaran tradisional lebih menggunakan buku-buku

teks, rujukan-rujukan serta nota-nota yang disediakan oleh guru. Pada kebiasaannya,

bahan tersebut bercetak atau pelajar menyalin nota yang ditulis oleh guru di papan

putih atau hitam. Bahkan perbincangan tentang pelajaran atau berkaitan tugasan yang

diberikan biasanya perlu bersemuka dengan guru atau rakan-rakan yang lain.

Bagi pembelajaran menggunakan e-learning, penggunaan persekitaran

menggunakan laman sesawang sebagai perkara asas. Guru atau pensyarah

berperanan sebagai moderator atau pemudah cara di dalam perbincangan maya.

Pelajar boleh bersemuka dengan moderator mereka tidak kira masa dan tempat.

Perbincangan secara berforum boleh diadakan sepanjang tempoh masa yang telah

ditetapkan.

Bahan pengajaran dan pembelajaran e-learning yang telah dirancang dan

disediakan secara profesional serta baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia

untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pada masa kini

terdapat pelbagai ciri-ciri multimedia yang mampu menarik minat pelajar terhadap

subjek yang diajar.

Secara umumnya, setiap IPTA di Malaysia sudah mula menggunakan internet

sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada

bahan e-learning yang sedia ada. Menurut Tan di dalam Jurnal Alam Pendidikan

Bulletin Boards (2001), ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian

Page 34: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

16

kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam chat

groups atau bulletin boards.

Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada e-learning pada masa sekarang serta

minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam internet, maka sudah tiba masanya

ianya digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Setiap

pelajar boleh memperolehi manfaat dengan cara yang berfaedah dan aplikasi lain di

dalam e-learning boleh dipraktikkan.

2.5 Kepelbagaian strategi penggunaan.

Menurut Ismail (2003), di dalam mempelbagaikan strategi penggunaan, pelajar

dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut tahap dan masa sendiri.

Setiap maklumat atau bahan yang diakses boleh menggunakan samada secara atas

talian atau di luar talian.

Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-pembelajaran ini

kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui

internet dan intranet. Sesi perbincangan secara maya melalui forum, discussion

board, chatting, atau email-group membolehkan percambahan ilmu berlaku tidak

kira masa.

Page 35: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

17

Sehubungan dengan itu, e-learning dilihat sebagai salah satu medium

pengajaran dan pembelajaran yang sangat efektif untuk menarik minat pelajar di

dalam membincangkan sesuatu topik yang disediakan di dalam ruangan forum.

2.5.1 Murah

Menurut Ismail (2003), melalui sistem e-learning pelajar boleh

mendapatkan bahan pembelajaran dengan mudah dan murah. Berbanding

dengan kaedah pendidikan tradisional, pelajar perlu membeli buku atau

makalah yang mempunyai kos agak tinggi untuk diperolehi oleh pelajar.

2.5.2 Kandungan bahan terkini

Menurut Shiung (2007), sesi e-learning atas talian adalah sangat mudah

untuk dikemaskinikan kerana bahan kandungan yang terkini boleh dimuat-

naikkan ke komputer pelayan apabila perlu. Pada kebiasaannya, segala

maklumat yang terdapat dalam sistem e-learning dikemas kini sepanjang

masa. Pelajar akan dapat memperolehi bahan dengan cepat dan terkini.

2.5.3 Perkongsian maklumat

Setiap maklumat yang diakses melalui e-learning boleh dikongsi dengan

pelbagai cara. Pelajar boleh berkongsi maklumat yang diperolehi melalui

kemudahan seperti forum dalam talian, e-mel, telesidang video dan chatting.

Page 36: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

18

Menurut Jamaludin Harun (2008), telesidang desktop atau desktop

conferencing adalah kaedah komunikasi yang melibatkan kombinasi audio

dan visual serta penggunaan komputer untuk menghasilkan suatu proses

komunikasi yang interaktif antara dua atau lebih individu. Contoh

penggunaannya adalah melalui perbincangan maya di antara individu dengan

sesorang yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Perbincangan ini tidak

memerlukan halangan jarak walau di mana seseorang individu tersebut

berada.

2.5.4 Maklumat diakses secara serentak

Menurut Shiung (2007), secara amnya, pelajar boleh mengakses segala

bahan maklumat pembelajaran secara serentak. Walau bagaimanapun,

kadangkala berlaku juga masalah teknikal menyebabkan proses mengakses

maklumat menjadi lambat.

Pelajar boleh mengakses dengan menggunakan kaedah pembelajaran

synchronous. Menurut Bendfield (2008), synchronous e-learning atau pun

pembelajaran yang berlaku pada masa yang sama. Secara umumnya,

synchronous e-learning dibantu oleh elemen multimedia seperti sidang

video, chatting. Pada kebiasaannya , ketika synchronous e-learning berlaku

ianya lebih bersifat sosial dan soalan yang dikemukakan juga agak terhad.

2.5.5 Interaktif

E-learning menyediakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan inovatif.

Ianya memudahkan pelajar untuk memahami setiap maklumat yang ingin

disampaikan terhadap setiap topik perbincangan.

Page 37: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

19

2.6 Forum dalam sistem e-learning

Di dalam sistem e-learning, terdapat banyak kaedah penyampaian yang digunakan

untuk memperolehi maklumat. Salah satu kaedah penyampaian yang efektif dan

inovatif di dalam sistem e-learning adalah forum.

Menurut Benfield (2002), forum sebagai satu servis dalam talian yang

membenarkan mesej didokumenkan dalam bentuk tulisan serta membenarkan

penggunanya untuk menghantar soalan dan maklum balas atau respon kepada soalan

yang dihantar pengguna lain. Setiap respon yang diberikan di dalam forum

merupakan pendapat atau buah fikiran yang dihasilkan oleh pengguna ketika

perbincangan.

Menurut Juwah (2006), papan perbincangan (discussion board), forum atas talian

(online), papan buletin, dan papan mesej (message board) biasanya merujuk pada

jenis yang sama dari sistem e-learning. Walau penggunaannya pelbagai, namun

objektif pelaksanaan forum dalam e-learning adalah sama. Penggunaan forum atas

talian adalah tidak seperti yang dilakukan dalam kaedah pembelajaran tradisional

memerlukan bersemuka , malahan ianya sangat bermanfaat bagi penggunaan untuk

pembelajaran jarak jauh yang tidak memerlukan kepada bersemuka di antara pelajar

dan guru.

Menurut Azhan (2003), seperti namanya forum juga adalah satu tempat di mana

seseorang itu bebas untuk bertanya soalan, memberikan pendapat ulasan, kritikan,

informasi dan juga buah fikiran yang bersesuaian dengan tajuk yang dibahaskan atau

diperbincangkan. Dengan ini seseorang akan mendapat banyak manfaat dan juga

ilmu yang boleh digunakan pada masa-masa akan datang.

Page 38: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

20

Pendapat Azhan itu merupakan kesinambungan daripada keterangan Zaidah

(2001) bahawa pada amnya, interaksi sesama manusia adalah penting di dalam

pembelajaran. Interaksi adalah di antara faktor yang menyebabkan sesi pembelajaran

menjadi lebih efektif dan pelajar lebih memahami setiap maklumat yang

disampaikan oleh guru. Internet juga telah membolehkan perkhidmatan dan program

latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. E- Learning atau

pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh

jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer.

Berdasarkan kajian Azhan juga mendapati staf akademik dan pelajar mendapati

pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan

pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian, melalui kaedah pembelajaran ini

pelajar dapat belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini

membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.

Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif.

Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka

maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Apabila semakin

banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh

menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global

melalui e-learning.

Bahkan menurut Mason et al (2006), sebuah forum perbincangan adalah sebuah

alat komunikasi asynchronous yang membolehkan seseorang individu untuk

menghantar komen, pendapat atau pertanyaan secara online. Individu lain yang

menjadi ahli forum perbincangan yang sama boleh membaca komen yang dinyatakan

dan pada masa yang sama boleh memberi respon terhadap sesuatu topik yang

dibincangkan dari masa ke masa.

Page 39: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

21

2.7 Perbezaan di antara synchronous dan asynchronous di dalam e-learning

Berdasarkan kajian Mohd Fauzi Othman (2004) mengenai penggunaan e-

pembelajaran siswazah di Universiti Teknologi Malaysia, boleh dikatakan bahawa e-

pembelajaran telah diterima sebagai kaedah pembelajaran di UTM. Penggunaan

forum dalam sistem e-learning tidak dapat lari daripada membincangkan mengenai

synchronous e-learning ( e-pembelajaran pada masa yang sama) dan asynchronous

e-learning (e-pembelajaran masa berlainan).

Menurut Learnframe (http://www.elearningshowcase.com, 2001), pengajaran

boleh disampaikan secara synchronously iaitu pada waktu yang sama ataupun

asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran

yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi,

audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk discussion group dan

bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (on-line ).

Menurut Bendfield (2002), asynchronous e-learning pada amnya, dibantu oleh

elemen multimedia seperti e-mel dan forum. Ianya membantu di dalam komunikasi

di antara pelajar dan pensyarah. Ianya bersifat fleksibel kerana pelajar boleh

berkomunikasi jika tidak online pada masa yang sama. Asynchronous e-learning

membolehkan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan setiap dokumen yang

diletakkan oleh pensyarah boleh dimuat turun.

Penggunaan forum sebagai asynchronous e-learning memberi kesan yang positif

terhadap perkembangan pembelajaran dan pengajaran secara maya. Pelajar lebih

mudah memahami setiap isi kandungan topik yang dibincangkan serta segala

masalah boleh dibincangkan di dalam forum. Setiap pendapat dan masalah terhadap

topik perbincangan bukan sahaja dibincangkan di antara pengajar bahkan dapat

dikongsi bersama rakan-rakan yang mempunyai pandangan mereka sendiri.

Page 40: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

22

Penggunaan synchronous e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat

sebagai penambah baikan terhadap pendidikan masa kini. Walau bagaimna pun,

penggunaan canggih yang diadaptasi daripada synchronous e-learning tidak memberi

peluang kepada semua pengguna terutamanya pelajar. Ini disebabkan oleh

penggunaannya menggunakan kos yang agak mahal dan pada masa yang sama

perbincangan tidak akan mengambil masa lama kerana faktor-faktor sampingan.

2.8 Struktur forum di dalam sistem e-learning

Menurut Ismail (2003), secara umumnya, forum terdiri daripada struktur direktori

yang mengandungi pelbagai elemen yang penting. Gabungan setiap elemen tersebut

membentuk sebuah forum perbincangan yang efektif berdasarkan format paparan

yang dikawal oleh moderator.

Antara elemen yang perlu di dalam struktur direktori sesebuah forum adalah :

2.8.1 Pengguna kumpulan (user group)

Menurut Mason et al (2006), kebiasaannya forum menetapkan setiap pengguna

untuk mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli dalam forum. Jika pengguna tidak

mendaftar dikenali sebagai tetamu atau pengunjung sahaja. Walau bagaimanapun,

pengguna forum yang tidak berdaftar hanya boleh melihat kandungan forum tetapi

Page 41: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

23

kadang kala ada juga pentadbir forum yang tidak membenarkan pengguna yang tidak

berdaftar untuk membaca forum mereka.

2.8.2 Moderator

Menurut Mason dan Rennie (2006), moderator juga salah satu elemen penting di

dalam penstrukturan forum perbincangan. Kadangkala moderator juga dikenali

sebagai emoderator atau mod. Di dalam sistem e-learning, moderator juga dikenali

sebagai tutor.

Secara amnya, moderator diberikan akses terhadap individu tertentu untuk

memudah cara perbincangan di atas talian. Mereka juga bertanggungjawab untuk

memastikan forum bersih daripada virus ataupun serangan spam. Bagi memastikan

forum sentiasa mendapat kerjasama daripada pengguna, moderator mestilah memilih

topik yang sesuai. Ini perlu untuk menarik minat pengguna memberi respons

terhadap topik yang diberikan.

2.8.3 Posting

Menurut Mason et al (2006), setiap individu daripada ahli yang telah berdaftar

boleh menghantar mesej elektronik melalui forum perbincangan di atas talian dan

mesej tersebut dikenali sebagai posting. Dalam forum, pengguna boleh menghantar

komen terhadap topik yang dibincangkan. Bahkan pengguna juga boleh menyertakan

bahan-bahan tambahan seperti bahan dari luar dengan menggunakan attachment.

Page 42: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

24

Setiap kali berlakunya penghantaran mesej atau pun pendapat, pengguna boleh

memberi tindak balas dengan membalas respon-respon tersebut dengan gaya

penyampaian pengguna sendiri.

2.8.4 Thread

Menurut Bendfield (2002), di dalam forum, thread adalah elemen yang

memastikan samada forum tersebut efektif atau tidak. Thread atau pun kadangkala

disebut sebagai topik perbincangan disusun pada kebiasaannya dari topik yang paling

lama hingga terbaharu. Walau bagaimanapun, pengguna juga boleh melihat dari

topik yang baharu kepada paling lama dengan mengkonfigurasi thread.

Thread yang terdapat dalam forum mengandungi jumlah posting yang telah

dihantar oleh pengguna. Perbincangan asynchronous berlaku di antara pengguna

yang berdaftar menerusi forum. Ketika itu setiap daripada pengguna bertindak balas

untuk membalas setiap pendapat yang diutarakan.

2.9 Kajian lepas

Melalui kajian yang di lakukan ini, penyelidik mengenalpasti beberapa kajian

lepas yang mengkaji tentang penggunaan forum di dalam e-learning. di antara kajian

yang diperolehi adalah hasil kajian daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Page 43: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

25

Menurut Anili Fasha Mahadi (2008) dalam kajiannya untuk mengenalpasti tahap

penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Jabatan

Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM serta masalah yang

dihadapi pelajar semasa menggunakan forum e-pembelajaran. Seramai 69 orang

responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP

dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM telah terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian

berkenaan, dapatan kajian diperolehi oleh pengkaji menunjukkan tahap penggunaan

forum e-pembelajaran di kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana

.

Menurut Hamidah (2003) pula yang telah menjalankan kajian mengenai tahap

penggunaan forum dalam sistem e-learning di kalangan pelajar tahun tiga (Jabatan

Multimedia Pendidikan) bagi mata pelajaran Teknologi Grafik, Audio, Animasi Dan

Digital (SPM 2303) mendapati perbincangan forum di dalam e-learning merupakan

komunikasi asynchronous di mana komunikasi ini tidak berlaku pada masa yang

sama di antara tenaga pengajar dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar.

Pelajar boleh melihat topik-topik yang dibincangkan dalam forum dan menyertai

perbincangan tersebut contohnya memberikan pendapat dan berkongsi maklumat

bersama rakan-rakan. Forum juga dikenali sebagai bulletin board atau bilik

perbincangan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan forum di

kalangan pelajar tahun tiga yang mengambil mata pelajaran Teknologi grafik, audio,

animasi dan digital (SPM2303) di Fakulti Pendidikan.

Pengkaji tesebut telah memilih seramai 63 orang pelajar sebagai responden dalam

kajian ini. Kajian dilakukan dari aspek penggunaan forum, faktor-faktor yang

mempengaruhi penggunaan forum dan masalah yang dihadapi semasa menggunakan

forum. Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan forum di kalangan pelajar

adalah pada tahap tinggi.

Page 44: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

26

Walau bagaimanapun terdapat beberapa cadangan lanjut diberikan pada pengkaji

yang ingin mengkaji dengan lebih terperinci berkaitan dengan forum dalam sistem e-

learning dari pelbagai sudut.

Menurut Nurhafiza (2007) di dalam kajiannya menunjukkan gaya kognitif telah

menjadi fokus utama dalam banyak kajian psikologi pendidikan kebelakangan ini.

Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti hubungan

gaya kognitif pelajar yang terdiri daripada proses penanggapan, proses penumpuan

dan proses ingatan terhadap penggunaan forum dalam e-pembelajaran.

Bagi memperolehi dapatan kajian, penyelidik telah mengedarkan soal selidik

kepada 94 pelajar tahun akhir kursus SPP, SPT dan SPK di Fakulti Pendidikan

berkaitan dengan tahap penggunaan forum dalam e-pembelajaran. Hasil daripada

kajian mendapati pelajar mempunyai tahap penggunaan yang sederhana terhadap

penggunaan forum dalam e-pembelajaran. Kajian ini juga mendapati bahawa

wujudnya hubungan yang kuat antara tahap penggunaan pelajar terhadap forum

dalam e-pembelajaran dengan gaya kognitif.

Kajian yang dilakukan oleh Fakhrur Razi Ahmad (2010) pula mendapati

pembelajaran berasaskan web semakin popular dikalangan guru dan pelajar lantaran

dari kemudahannya yang kian meluas. Pada masa kini, terdapat banyak portal

pendidikan yang mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar, terarah

kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Untuk mencari pendekatan yang afektif

dalam melaksanakan e-Pembelajaran, projek ini memilih sistem pengurusan bahan,

Joomla! dan model rekabentuk instruksi bersistem ADDIE.

Sistem dan model rekabentuk ini sesuai, memandangkan rekabentuknya

menyokong prinsip konstruktivisme sosial yang menggalakkan pembelajaran secara

kolaboratif dan menekankan pembentukan pengetahuan melalui aktiviti sosial seperti

Page 45: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

27

pebincangan dan pertukaran pendapat antara komuniti secara maya. Majalah web

yang merupakan satu format e-pembelajaran dibangunkan dengan menyediakan

ruangan fokus, kesenian, aplikasi, isu semasa, permainan, tokoh, sejarah, statistik,

kerjaya, kuiz, e-forum dan pelajari Matematik.

Namun begitu, penulisan ini hanya menumpukan kepada kesenian, isu semasa dan

e-forum Matematik. Bagi lima edisi yang pertama, ruangan kesenian

menghubungkaitkan matematik dengan senibina, fraktal, muzik, seni ukiran dan

rekabentuk serta proses menjubin.

Manakala isu semasa dan e-forum memberikan pendedahan kepada pendidikan,

aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut membenarkan pelajar atau

guru memberikan komen atas talian untuk tujuan perkongsian idea. Persekitaran

pembelajaran dimantapkan dengan grafik, audio dan video. Majalah web Dunia

Matematik, telah diuji keberkesannya di sekolah oleh pengkaji yang lain dan

hasilnya menunjukkan aspek sosial, pembelajaran, emosi dan persekitaran pada tahap

positif yang tinggi.

Menurut Norwati dan Zaini (2007) pula melalui kajian yang dilakukan

menunjukkan e-pembelajaran tidak kira secara sepenuhnya atau secara gabungan

(blending), memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam

memastikan bahawa objektif e-portal dapat dicapai. Saranan dunia-tanpa kertas

(paperless world) mungkin terlalu jauh untuk dicapai tetapi sebagai salah satu

kaedah penyampaian maklumat untuk memastikan e-masyarakat di kampus, e-forum

boleh menjadi gandingan yang sesuai dalam e-pembelajaran dan pengajaran kerana

penyertaan pelajar secara maya adakalanya lebih berkesan berbanding perbincangan

kelas secara kehadiran fizikal.

Page 46: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

28

Kajian ini telah membuat analisis deskriptif satu e-forum di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pencapaian objektif perbincangan berdasarkan

tiga topik perbincangan e-forum kursus yang dipilih tersebut. Perbincangan

memfokus kepada kekerapan penyertaan pelajar, tahap keyakinan dan sumbangan

pelajar serta pencapaian objektif perbincangan. Analisis kualitatif ini telah

mengaitkan faktor-faktor seperti kemudahan dan kelebihan e-forum, kefahaman

pelajar tentang tajuk yang dibincangkan serta pencapaian matlamat perbincangan.

Secara keseluruhannya, kajian lepas menunjukkan bahawa tahap penggunaan

forum di dalam e-learning masih berada di tahap sederhana. Selain itu, kajian serta

dapatan lain menunjukkan bahawa isu dan cabaran dari aspek penyertaan pelajar

untuk mencapai matlamat e-learning menjadi faktor yang perlu ditangani. Sementara

itu, gaya kognitif juga menjadi ukuran samada tahap penggunaan forum berkesan

atau tidak.

2.10 Penutup

Bab ini telah membincangkan secara terperinci sorotan kajian serta kajian-

kajian lepas yang menghubung kait di antara kajian yang akan dilakukan oleh

penyelidik.

Page 47: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

29

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan metodologi yang digunakan dalam

kajian ini. Metodologi kajian penting untuk memastikan kajian dijalankan dengan

tersusun dan lancar bagi menyumbang kepada kejayaan memperolehi data-data yang

diperlukan. Metodologi kajian merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian.

Metodologi meliputi beberapa perkara, iaitu reka bentuk kajian, populasi kajian,

sampel kajian, tempat kajian, prosedur menjalankan kajian, mengumpul data dan

cara menganalisis data.

Page 48: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

30

3.2 Reka bentuk kajian

Reka bentuk sesuatu kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi

maklumat yang diperlukan. Reka bentuk kajian adalah berfungsi sebagai panduan

untuk mencapai jawapan yang jelas terhadap persoalan kajian. Kajian ini merupakan

satu kajian deskriptif dengan menggunakan teknik triangulasi. Rekabentuk kajian ini

adalah berbentuk deskriptif di mana tinjauan dibuat bagi mendapatkan maklumat.

Menurut Mohd Majid Konting (1994), penyelidikan deskriptif merupakan suatu

jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang

berlaku. Data kajian akan dikutip daripada sampel melalui pemerhatian dan

dokumen. Pendekatan ini dipilih kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai

dengan berkesan dan mudah. Melalui kaedah ini ukuran kualitatif mudah diperolehi.

Oleh yang demikian, penyelidik menggunakan kaedah tersebut untuk bukan

sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada sumber dokumen bahkan

membantu mengesahkan maklumat yang diperolehi daripada dokumen dan

pemerhatian.

3.3 Tempat kajian

Bagi kajian yang akan dilakukan ini, penyelidik memilih untuk menjalankan

kajian di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai

Page 49: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

31

3.4 Populasi dan Sampel kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) (SPI), Fakulti Tamadun Islam,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Menurut statistik, pelajar tahun 4 SPI

mempunyai 63 orang. Maka jumlah sampel bagi kajian yang dilakukan adalah

seramai 63 orang. Sampel yang terlibat di dalam kajian ini terdiri daripada mereka

yang mempunyai latar belakang yang berbeza

3.5 Kaedah pengumpulan data

3.5.1 Kajian Perpustakaan

Melalui kajian perpustakaan ini, penyelidik telah melawat tiga buah perpustakaan

iaitu Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat

Sumber Fakulti Pendidikan UTM, Kamar Hikmah Fakulti Tamadun Islam UTM bagi

mendapatkan maklumat. Pemilihan perpustakaan tersebut adalah kerana ianya

mempunyai koleksi yang berkaitan dengan penyelidikan yang dilakukan.

Selain itu, kajian perpustakaan merupakan antara kajian yang membantu pengkaji

untuk menambahkan pengetahuan pengkaji terhadap isu yang diketengahkan. Elemen

Page 50: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

32

yang digunakan seperti pencarian buku-buku, jurnal, serta keratan-keratan akhbar

mampu mengukuhkan kesahihan kajian yang dilakukan.

3.5.2 Kajian Lapangan

3.5.2.1 Kaedah pemerhatian

Bagi kajian yang dilakukan, penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian

untuk mengumpul data. Melalui teknik ini, data dan maklumat yang diperolehi

melalui pemerhatian terhadap topik yang dibincangkan di dalam forum pelajar

tahun 4 SPI, penggunaan bahasa yang digunakan, respons antara pelajar

terhadap topik yang dibincangkan serta pemahaman pelajar terhadap topik

yang dibincangkan.

3.5.2.2 Kaedah Dokumentasi

Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik menggunakan kaedah

dokumentasi untuk mengumpul bahan-bahan rujukan yang mempunyai

hubung kait dengan masalah yang hendak dikaji. Menurut Abdul Halim

(1987), kaedah dokumentasi merupakan satu cara pengumpulan data dengan

melakukan penyelidikan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubung

kaitnya dengan masalah yang dikaji.

Page 51: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

33

Oleh yang demikian, penyelidik telah mengumpulkan bahan-bahan ilmiah

yang kebanyakkannya di dalam bentuk penulisan yang berkaitan dengan

kajian. Setelah itu, bahan-bahan tersebut dikumpulkan untuk dijadikan bahan-

bahan rujukan dan sebagai sumber untuk menganalisis data.

3.6 Kaedah analisis data

Kaedah kualitatif yang dipraktikkan oleh penyelidik dalam kajian ini

menggunakan kaedah pengumpulan dokumen dan kajian di perpustakaan. Oleh yang

demikian, analisis terhadap penglibatan pelajar, penggunaan gaya bahasa dan gaya

penulisan dalam forum e-learning serta pemahaman terhadap tajuk perbincangan

dilakukan secara khusus. Manakala cara pelajar menggunakan forum e-learning

dianalisis secara keseluruhannya. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah

induktif, deduktif dan komparatif untuk mendapatkan data analisis.

3.6.1 Kaedah Induktif

Kajian kualitatif yang dijalankan oleh penyelidik merupakan kajian secara

induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk di

kembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.

Page 52: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

34

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah induktif untuk

menghuraikan latar belakang masalah yang terkandung di dalam bab 1,

menganalisis dapatan hasil kajian dan seterusnya membuat kesimpulan di

dalam bab yang terakhir. Di antara data yang dianalisis adalah data-data yang

diperolehi dari dokumen-dokumen yang telah dikumpul.

3.6.2 Kaedah Deduktif

Takrifan deduktif menurut Kamus Dewan (2007) ialah proses

membuatkesimpulan daripada keadaan yang umum kepada yang khusus.

Oleh yang demikian, kaedah deduktif bermaksud cara menganalisis dan

melakukan penulisan yang berdasarkan kepada 'pola berfikir' yang mencari

pembuktian dengan berpijak kepada dalil umum terhadap hal-hal khusus.

Penyelidik telah menggunakan metode ini untuk mengolah dan

menganalisis data yang berkaitan dengan kekerapan penglibatan pelajar

dalam menggunakan forum e-learning. Di samping itu juga, penyelidik

menggunakan kaedah ini dalam menganalisis data mengenai penggunaan

gaya bahasa dan gaya penulisan pelajar dalam forum.

3.6.3 Kaedah Komparatif

Menurut Kamus Dewan (2007), komparatif sebagai sesuatu yang

berkenaan perbandingan Manakala menurut Abdul Halim Mat Diah (1987),

metode komparatif bermaksud cara membuat kesimpulan dengan melakukan

perbandingan-perbandingan terhadap beberapa data yang diperolehi dalam

masa penelitian dan penganalisaan dilakukan.

Page 53: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

35

Penyelidik menggunakan metode ini untuk membandingkan dan mencari

persamaan cara penggunaan gaya bahasa di kalangan pelajar dan gaya

penulisan yang biasa digunakan dalam penulisan respon di forum e-learning.

3.8 Penutup

Bab ini telah menerangkan secara terperinci mengenai kajian yang dilakukan.

Maklumat mengenai reka bentuk kajian, populasi, sampel, tempat, instrumen yang

digunakan, mengumpul data dan cara menganalisis data telah dibincangkan di dalam

bab ini.

Page 54: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

36

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

E-learning merupakan medium penyampaian latihan dan pendidikan melalui

interaksi berangkaian dan pengumpulan serta penyebaran maklumat melalui

teknologi. Oleh yang demikian, dalam arus teknologi pada masa kini, e-learning

merupakan di antara medium pembelajaran yang sangat dikenali. Bukan sahaja

mempunyai elemen interaktif bahkan penggunaannya juga sangat fleksibel.

Menurut Rosenberg (2001), e-learning juga membantu perkongsian maklumat di

mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah

Page 55: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

37

forum dalam talian, e-mel, video konferens dan chatting dalam talian. Pengguna e-

learning di kalangan pelajar institut pengajian tinggi memperolehi banyak kelebihan

di samping mampu mendapatkan maklumat tentang modul-modul pembelajaran

dengan cepat dan pantas.

4.2 Forum di dalam E-learning Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyediakan satu medium

pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai E-Learning (gambarajah 1).

Seiring dengan perkembangan ICT yang begitu pesat pada masa sekarang,

penggunaan E-Learning sangat meluas untuk semua fakulti yang terdapat di UTM.

Di UTM, aplikasi ini menyediakan ruangan untuk para pelajar memperolehi

maklumat tentang garis panduan kursus, nota-nota kuliah, tajuk tugasan, soalan kuiz

atas talian yang disediakan oleh pensyarah serta forum perbincangan.

Gambarajah 1 : E-Learning UTM

Page 56: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

38

4.3 Latar belakang kursus kajian

Bagi melaksanakan analisis deskriptif, satu kajian telah dilakukan dengan memilih

berdasarkan subjek yang telah didaftar oleh pelajar tahun 4SPI bagi sesi 2010/2011

untuk semester 2. Subjek yang telah dipilih adalah SPM 4722 Keusahawanan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kursus yang didaftar di bawah Fakulti

Pendidikan ini mempunyai beberapa seksyen dan salah satunya didaftar di bawah

pelajar tahun 4SPI iaitu seksyen 2 .

Seramai 63 orang pelajar yang terdaftar di bawah subjek ini memanfaatkan

sepenuhnya e-learning sebagai medium untuk mereka berforum selain dari

berkomunikasi ketika sesi pembelajaran di dalam kelas. Kursus ini bukan sahaja

untuk pelajar SPI bahkan dibuka kepada pelajar kursus lain. Ini kerana subjek SPM

4722 merupakan subjek elektif yang boleh disertai oleh mana-mana pelajar tahun

akhir.

Subjek ini antara lain memuat turun perancangan kursus, nota kuliah serta atas

inisiatif pensyarah turut meletakkan nama-nama untuk setiap kumpulan (Gambarajah

2). Forum yang disediakan pula menjadi medium integrasi untuk menilai

kemampuan pelajar di dalam perbincangan terhadap sesuatu topik yang diutarakan.

Page 57: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

39

Gambarajah 2 : Nama-nama pelajar untuk setiap kumpulan

Bagi pelaksanaan tajuk perbincangan, pelajar diberi kelonggaran untuk melakukan

perbincangan di dalam kumpulan yang telah dibentuk. Akan tetapi setiap kumpulan

perlu membincangkan topik-topik berdasarkan kandungan kursus yang diberi garis

panduan oleh pensyarah yang terlibat.

Di antara tajuk perbincangan yang menjadi pilihan para pelajar adalah berkenaan

tajuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah iaitu pemilihan portal internet, facebook

dan weblog yang sesuai untuk pembentangan serta kertas kerja perniagaan atas talian

yang dilaksanakan.

Setiap daripada pelajar dinilai berdasarkan penglibatan mereka di dalam forum e-

learning. Pensyarah telah menggariskan beberapa panduan untuk pelajar berforum

termasuklah perlu berbincang secara sistematik dan perbincangan tentang tugasan

yang diberikan.

Markah penilaian penglibatan pelajar di dalam e-learning juga turut digariskan

oleh pensyarah. Sebanyak 10 peratus markah diperuntukkan untuk forum dan

penulisan jurnal e-learning ( Gambarajah 3). Pelajar hanya perlu melakukan

Page 58: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

40

perbincangan di forum atas talian bagi memperolehi markah yang diperuntukkan

oleh pensyarah di samping penulisan jurnal harian yang perlu ditulis oleh pelajar

sebagai penambahbaik untuk subjek SPM 4722 ini.

Gambarajah 3 : Markah penilaian aktiviti e-learning

Tanpa membincangkan dengan lebih terperinci tentang topik yang dibincangkan

oleh pelajar, kajian ini lebih memfokuskan kepada tahap pengetahuan pelajar

terhadap penggunaan forum, kekerapan penglibatan pelajar di dalam forum dan tahap

kefahaman terhadap topik yang dibincangkan serta pendekatan melalui gaya bahasa

yang digunakan oleh pelajar.

4.4 Kekerapan penglibatan pelajar

Pada umumnya e-learning adalah penyampaian latihan dan pendidikan melalui

interaksi berangkaian dan pengumpulan serta penyebaran maklumat melalui

teknologi. Oleh yang demikian, penglibatan pelajar di anggap sebagai salah satu

daripada elemen yang bergantung kepada interaksi berangkai di mana turut

Page 59: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

41

menjadikan forum sebagai alat penyebaran maklumat yang berteknologi. Semakin

pelajar menggunakan forum dalam sistem e-learning semakin mahir pelajar terhadap

penggunaan elemen berteknologi.

Gambarajah 4 : Penglibatan pelajar di dalam forum SPM 4722

Dalam kursus SPM 4722 ini, setiap penglibatan pelajar dan kekerapan pelajar

melayari forum e-learning dicatat di ruangan “Participant” (Gambarajah 4). Oleh

yang demikian, pelajar dan pensyarah boleh melihat kekerapan penglibatan pelajar

berdasarkan hits (Lampiran A) yang tertera.

Walau bagaimanapun, hits yang terpapar merupakan aktiviti keseluruhan pelajar

di dalam forum dengan mengambil kira pelajar membalas topik perbincangan dan

melihat sahaja topik yang dibincangkan tanpa memberi tindak balas terhadap

perbincangan.

Bagi menganalisa kekerapan ini, penyelidik membuat jadual ( Lampiran B) untuk

melihat sejauh mana kekerapan pelajar di dalam penglibatan secara aktif melalui

membalas kiriman rakan-rakan pelajar yang lain. Walau bagaimanapun, penyelidik

Page 60: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

42

mendapati sehingga tarikh 12 Mac 2011 pemerhatian dilakukan masih ada 3 orang

pelajar daripada keseluruhan pelajar tidak aktif di forum e-learning.

Secara umumnya, penglibatan pelajar dalam forum dilihat aktif bermula dari

minggu ke 5 pembelajaran. Ini dapat dilihat berdasarkan analisis yang dilakukan oleh

penyelidik di mana kiriman pertama di lakukan oleh pelajar pada 29 Januari

2011(gambarajah 5).

Pemilihan IP yang sesuai.. By PELAJAR C - Saturday, 29 January

2011, 10:38 AM

Assalamualaikum,Sahabat-sahabat,jom kita bincang pasal pencarian

IP yang sesuai utk Group kita...cuti2 pon, kerja jalan

Gambarajah 5 : Pelajar mula melakukan perbincangan.

4.4.1 Analisis perbincangan tajuk

Melalui kajian yang dilakukan, pengkaji telah menganalisis dua tajuk

perbincangan yang terdapat di dalam forum e-elearning subjek SPM 4722 ini.

Perbincangan telah dilakukan oleh 63 orang pelajar tahun 4SPI.

Walau bagaimanapun, pensyarah telah membahagikan pelajar mengikut

kumpulan bagi memudahkan penilaian terhadap penglibatan secara aktif di

dalam forum e-learning dapat dilakukan. Terdapat 14 kumpulan yang telah

Page 61: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

43

dibahagikan bagi subjek SPM 4722 ini . Oleh yang demikian, pelajar

berforum berdasarkan kepada kumpulan yang sedia ada.

Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, didapati penggunaan

e-learning secara berkumpulan lebih efektif dan berkesan. Ini kerana pelajar

dapat berkongsi pandangan tanpa rasa ragu terhadap apa yang diutarakan.

Selain itu, ahli dalam kumpulan merupakan antara rakan-rakan yang sudah

biasa bersama-sama dalam menyelesaikan tugasan-tugasan kumpulan. Oleh

yang demikian, perbincangan yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan

sempurna kerana pelajar-pelajar sudah biasa di antara satu sama lain.

Dalam forum e-learning ini, perbincangan pelajar berdasakan tajuk yang

telah digariskan oleh pensyarah kepada pelajar. Di antara tajuk perbincangan

adalah berdasarkan tajuk tugasan kumpulan.

1. Perbincangan tugasan pertama.

Bagi tajuk pemilihan portal internet, weblog atau facebook untuk

tugasan pertama, setiap pelajar membincangkan pemilihan tersebut

hampir di setiap forum mereka. Pelajar mengemukakan cadangan untuk

mereka berbincang bersama ahli kumpulan. Pada kebiasaannya

perbincangan dimulakan dengan golongan pelajar yang cuba memberi

galakan kepada rakan-rakan mereka supaya aktif dalam forum e-learning.

Walau bagaimanpun pada peringkat awal pelajar kurang memberikan

tindak balas terhadap topik yang dibincangkan bahkan tindak balas yang

diperolehi bukan dalam masa terdekat. Ada juga ahli kumpulan

mengambil masa yang agak lama untuk membalas perbincangan.

Page 62: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

44

Tindak balas yang diberikan oleh ahli kumpulan yang lain lebih

berbentuk kepada cadangan dan perlu kepada tindak balas ahli kumpulan.

Akan tetapi pelajar masih mengekalkan konsep perbincangan di mana

mengajak rakan-rakan yang lain untuk membalas kiriman setiap topik

yang dibincangkan.

Pelajar cenderung untuk memberi cadangan di dalam perbincangan

untuk menarik perhatian rakan-rakan lain untuk turut serta di dalam

forum (Gambarajah 6). Melalui cara yang dipraktikkan ini, pelajar akan

dapat melakukan perbincangan secara efektif dan mampu memberi

pendapat yang bersesuaian dengan tajuk perbincangan. Perbincangan juga

akan berlangsung secara berfokus dan tidak menyimpang dari tajuk

perbincangan yang asal.

Re: WEBLOG..WEBLOG.. by PELAJAR B - Thursday, 17 March

2011, 04:03 AM

Assalam..sy ada juga jumpa weblog

ni...inspirasihaticantik.blogspot.com....ape kate kte bncang dulu

sesuai x... Show parent | Reply

Gambarajah 6: Pelajar memberi cadangan berdasarkan tajuk

perbincangan

Walaupun pelajar memulakan sesi perbincangan atas talian agak lewat

dan pensyarah terpaksa memberi peringatan di dalam sesi kuliah untuk

pelajar aktif di dalam forum e-learning, tindak balas yang diberikan agak

memberangsangkan dan pelajar bersedia untuk mengadakan perbincangan

terhadap topik yang disediakan.

Page 63: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

45

Sebagai contoh, ada juga pelajar yang memilih untuk memulakan

perbincangan dalam forum mereka pada hari minggu (gambarajah 7). Ini

juga merupakan salah satu inisiatif pelajar untuk aktif perbincangan

sementelahan tiada kelas pada hari minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad.

Perbincangan yang dilakukan lebih menjurus kepada mencari bahan yang

sesuai untuk tugasan.

Pemilihan IP yang sesuai.. By PELAJAR C - Saturday, 29 January

2011, 10:38 AM

Assalamualaikum,Sahabat-sahabatjom kita bincang pasal pencarian

IP yang sesuai utk Group kita...cuti2 pon, kerja jalan

Gambarajah 7: Perbincangan yang dilakukan pada hujung minggu

Pelajar tidak menjadikan hari minggu sebagai hari untuk tidak

melakukan perbincangan tentang tugasan. Perbincangan di dalam forum e-

learning lebih menarik dan berkesan kerana kolej kediaman pelajar terletak di

tempat yang berasingan di antara satu sama lain. Oleh yang demikian ruang

perbincangan yang sedia ada dimanfaatkan oleh pelajar ketika ketiadaan

kuliah.

Meskipun begitu, ada juga di antara pelajar yang memulakan

perbincangan agak lewat. Akan tetapi tindak balas pelajar menunjukkan

mereka bersedia mengadakan perbincangan dalam forum (Gambarajah 8).

Walaupun rakan-rakan sudah jauh ke hadapan melakukan perbincangan,

pelajar masih mampu mengambil bahagian di dalam perbincangan dengan

fakta yang bersesuaian serta contoh yang bertepatan.

Page 64: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

46

Re: Pemilihan IP yang sesuai.. by PELAJAR D – Thursday, 10 March

2011, 12:32 PM

Assalamulaikum sahabat2 sekalian…

maaf lambat join group kita ni…

bagi saya banyak benda yang it adapt dalam web airasia kerana

banyk menyediakan maklumat dan cara tempahan yang betul kepada

pelangganya..

Gambarajah 8: Pelajar bersedia melakukan perbincangan walaupun

bermula lewat.

Tahap kesediaan pelajar dapat dilihat melalui cara mereka

mengeluarkan pandangan dan tindak balas pelajar terhadap setiap kiriman

berdasarkan tajuk perbincangan. Pemahaman pelajar menunjukkan pelajar

dapat menguasai perbincangan walaupun lambat sewaktu permulaan.

Seperkara yang menarik tentang perbincangan yang dilakukan oleh

pelajar ialah pelajar bebas berinteraksi sesama pelajar bagi menyatakan

pandangan serta pendapat mereka tajuk yang dibincangkan (Gambarajah 9).

Interaksi yang pelajar lakukan juga memberi kefahaman akibat daripada

ketidakfahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

Re: cadangan penambahbaikan dalam internet portal.. by PELAJAR E -

Sunday, 10 April 2011, 08:28 PM

sesebuah perniagaan memerlukan maklum balas dari pengguna...oleh itu,laman

web memerlukan laman forum untuk pengguna memberi maklum balas

mengenai perkidmatan yg telah diberikan...setiap maklum balas hendaklah

diketahui oleh pengguna untuk memudahkan pengguna mengetahui

kelebihan perniagaan yang dijalankan.

Gambarajah 9 : Pelajar menambah maklumat terhadap topik

Page 65: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

47

Melalui perbincangan pelajar terhadap topik yang diketengahkan,

tahap kefahaman pelajar sangat tinggi. Pelajar mampu untuk membuat

hubung kait terhadap satu-satu pendapat yang mereka utarakan ketika

perbincangan berlangsung. Pelajar juga tidak kekok untuk menggunakan

penggunaan bahasa yang tersusun dan mdah difahami oleh rakan-rakan yang

lain.

Pelajar juga dilihat semakin berkeyakinan di dalam melakukan

perbincangan yang menjurus kepada tajuk yang dibincangkan mengikut

kehendak sendiri disertakan dengan fakta-fakta yang menyokong kepada

perbincangan (Gambarajah 10). Malah dalam menghuraikan setiap fakta

juga pelajar dilihat tanpa ragu-ragu untuk menyatakan pendirian mereka.

Peningkatan yang dilakukan oleh pelajar memberi ruang kepada pensyarah

untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan

secara dalam kumpulan.

Re: Pemilihan IP yang sesuai.. by PELAJAR A - Thursday, 10 March

2011, 11:50 AM

Pelanggan untuk portal ini selalunya terdiri daripada orang-orang yang

berhasrat untuk travel dari satu tempat ke satu tempat sama ada

dalam mahupun luar negara. Jadi penyediaan link untuk penginapan

traveller memang bersesuaian danmenjadi satu kemudahan kerana

kadang2 orang yang first time travel ke luar negara tak tahu nak

menginap dimana.

Gambarajah 10: Pelajar menghuraikan fakta berdasarkan pemahaman dan

pembacaan

Oleh kerana prinsip kerja berkumpulan adalah “berat sama dipikul ringan sama

dijinjing”, setiap ahli kumpulan pasti mengetahui peranan dan tanggungjawab yang

perlu dijalankan. Ada juga kumpulan yang mengambil inisiatif memberi cadangan

Page 66: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

48

untuk melakukan pembahagian tugas bagi menyiapkan laporan tersebut

(Gambarajah 11). Setiap ahli kumpulan perlu menyiapkan bahagian masing-masing

untuk dijadikan tugasan penuh. Pengagihan dilakukan oleh ketua kumpulan bagi

memastikan tugasan dapat dihanar tepat pada masanya.

Re: tugasan pertama by PELAJAR F– Saturday, 26 February 2011,

03:53 PM

pembahagian ini, saya serahkan pada ketua kumpulan yerk.. di sini saya

berikan cadangan

1. Pengenalan/Latar belakang/gambar rekabentuk fb

2. produk/jenis perniagaan & kumpulan sasaran.

3. strategi & bentuk pemasaran.

4. cadangan penambahbaikan perniagaan/rekabtk website.

5. cara pembayaran/kesimpulan.

Kan kita ada lima orang, jadi boleh la pilih di bahagiakn..

ini sekadar cadangan..mgkin byk lagu tertinggal hehhe

mcm nie yerk??

Gambarajah 11: Pelajar membahagikan tugas supaya hasil tugasan

lebih sistematik

2. Perbincangan tajuk tugasan kedua

Bagi tajuk perbincangan kedua iaitu kertas kerja perniagaan atas talian pula,

penglibatan pelajar semakin bertambah. Bilangan kiriman yang meningkat daripada

tajuk pertama perbincangan kepada tajuk yang kedua menunjukkan bahawa frekuensi

pelajar yang menyumbang melalui forum e-learning ini meningkat. Pelajar lebih

bersemangat untuk membuat perbincangan di atas talian bersama-sama ahli

kumpulan (Gambarajah 12).

Page 67: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

49

Enterpreneurship ICT Proposal by PELAJAR A– Thursday, 10 March 2011,

12:05 PM

Assalamualaikum,

Sahabat2, sekarang dah sampai masa untuk menyiapkan proposal syarikat

kita pulak! Kita nak jual apa ya? Barangan ataupun Perkhidmatan?

Cadangan saya :

1. Perkhidmatan – Buka pusat tuitition.

- Perkhidmatan Logistik

- Perhotelan

- Kem Motivasi

- Sekolah swasta (Islam+sains)

2. Barangan – Buka Galeri buku

- Buka busana muslimah

- Barangan cenderamata / tourism

- Suplement Herbal

Macam mana? Sila pilih dan cdgkan yang lebih baik ya ^_^

Gambarajah 12 : Pelajar mencadangkan tajuk yang sesuai untuk

tugasan kedua

Pelajar semakin memahami tajuk perbincangan dan menggiat di antara ahli

kumpulan untuk sama-sama memberi pendapat di dalam perbincangan yang

dilakukan. Pelajar lebih berkeyakinan di dalam memberikan cadangan di dalam

forum e-learning.

Tempoh balasan kiriman bagi setiap komen dan perbincangan yang dijalankan

juga tidak terlalu lama di antara satu sama lain ( Gambarajah 13 ). Jika sekiranya

perbincangan dihantar pada 10 April 2011 jam 4.01 petang, akan pelajar dalam

kumpulan yang sama juga turut membalas pada hari yang sama walaupun masa yang

berlainan.

Page 68: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

50

Re: cadangan tajuk untuk proposal projek.. by PELAJAR G - Sunday, 10 April

2011, 04:01 PM

ade lg cadangan..

kalau perternakan kita buat ternak lembu, atau kambing atau keli..

kalau pertanian kita buat tanam sayu atau cendawan..

http://3.bp.blogspot.com/_diTWH9F-

nWc/TQsTMtUD_0I/AAAAAAAAFKE/YfeBNX36hVU/s320/ke_02.1.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_E4Wpn3Ssoac/TKmn1vdRaHI/AAAAAAAAArM/6

G_giDp5eds/s1600/lembu.jpg

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQfKYmgW5yg5CGqU57E0FONM

r5Wjmgj1Pgo99qA8j082anSEhdmBA

http://images.devali.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SOiy3QoKC

EoAAEIfCmI1/sayur1.JPG?et=TEB%2CAmq8xuOHtaRP%2CzTwKA&nmid=

0

Re: cadangan tajuk untuk proposal projek..

by PELAJAR B- Sunday, 10 April 2011, 08:23 PM

rasenye...kalau kite cube buat perniagaan mengenai penjualan kambing pun ok

gak...tapi nnti mcm mne nak wat penghantaraan?...tak kan nak pakai pos

Malaysia lak...huhuhuhu

Gambarajah 13 : Tempoh balasan kiriman yang dilakukan oleh pelajar

Jika di dalam kuliah semuka, pelajar mungkin mendiamkan diri dan tidak

menyertai perbincangan walaupun tajuk yang dibincangkan mungkin sama seperti di

dalam forum e-learning. Pada dasarnya forum atas talian memberi peluang kepada

untuk berdiskusi menyatakan pendapat pelajar tanpa perlu meragui dan merasa

bimbang terhadap fakta yang diberikan dan menjadi tumpuan rakan-rakan sekelas

yang lain.

Walau bagaimanapun, masih ada pelajar yang baru memulakan perbincangan di

dalam forum e-learning atas sebab teknikal yang berlaku terhadap e-learning sendiri.

Page 69: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

51

Ini adalah salah satu kekangan yang harus pelajar lalui terhadap penggunaan e-

learning. Walaupun masih terlalu awal dalam perbincangan, pelajar juga sudah boleh

memahami tajuk perbincangan dan mengharapkan perbincangan dilakukan bukan

sahaja dalam forum bahkan ada perbincangan semuka.

Pandangan yang diberikan memperlihatkan pelajar matang di dalam melakukan

perbincangan dan tahap pengetahuan pelajar terhadap tajuk perbincangan juga sangat

tinggi. Penglibatan pelajar secara alam maya juga sepertimana mereka di dalam

perbincangan semuka dan di dalam kelas.

Re: Enterpreneurship ICT Proposal

by PELAJAR A- Saturday, 26 March 2011, 09:32 PM

Salam,

PELAJAR F : Saya pn berminat jauh kpd kem motivasi,,,lgpon kita kan

selalu dah juga terlibat,

PELAJAR D: a'ah..cuba cari tarikh y sesuai...maya utk mklumn ja

PELAJAR B : sesat mai mana lak ni....tp meja bulat ada kt dalam ballroom

KTF...meja 4 segi banyak arr kat Meranti..^_^

Gambarajah 14 : Membalas perbincangan sekaligus

Dalam gambarajah 14 di atas menunjukkan ada juga pelajar yang membalas

kiriman rakan-rakan pelajar mereka sekaligus di dalam satu kirimin Ini menunjukkan

pelajar sudah semakin memahami dan mengetahui cara menggunakan forum e-

learning secara efektif di samping balasan yang diberikan mengandungi sedikit unsur

humor dan gurauan untuk mengelakkan dari situasi yang terlalu serius sewaktu

perbincangan dilakukan.

Page 70: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

52

4.5 Gaya bahasa dan gaya penulisan dalam forum e-elearning

Forum e-learning adalah tempat untuk pelajar membincangkan topik yang

diminati bersama-sama dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Seperti mana forum-

forum yang lain, e-learning berkonsepkan perbincangan secara 'online' yang

terkawal di mana skop perbincangan adalah tertumpu kepada perbincangan

akademik, tugasan yang diberikan oleh pensyarah serta pemahaman pelajar terhadap

topik yang dibincangkan. Oleh yang demikian, gaya penggunaan bahasa sangat

penting di dalam situasi memberi kefahaman dan memahami sesuatu isu atau topik

yang dibincangkan.

Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah

style. Sulaiman Masri et al (2006) menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara

menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa

juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk

menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya.

Dalam penggunaan forum dalam sistem e-learning ini, penggunaan bahasa dilihat

memberi impak yang tinggi terhadap kefahaman sesuatu perkara yang ingin

disampaikan. Perbincangan yang dijalankan perlulah menggunakan bahasa yang

mudah difahami oleh semua pengguna agar tidak berlaku ketidakfahaman terhadap

topik perbincangan.

Menurut Zalila Isa dalam artikel “Bahasa Mendidik Rohani”

(www.yadim.gov.my , 2006), di Malaysia, terdapat pelbagai jenis dialek, loghat,

slanga, telor, dan gaya bahasa yang digunakan oleh pelbagai kaum yang mempunyai

latar belakang budaya yang berbeza. Oleh itu, tidak mustahil jika sesuatu perkataan

mempunyai pelbagai makna dan konotasi, bergantung pada pemikiran dan budaya

masyarakat penuturnya. Bagaimanapun, segala perbezaan luaran yang melingkungi

Page 71: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

53

dunia bahasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk manusia sentiasa menggunakan

perkataan yang baik dan mempunyai kesan yang positif pada perlakuan, minda, dan

rohani.

Oleh itu, setiap ahli forum juga terikat dengan polisi yang telah ditetapkan oleh

pengendali forum e-learning (Administrator). Pelajar diseru agar sentiasa berhemah

dan mempamerkan nilai etika dan integriti yang tinggi semasa menulis dan

menghantar kiriman (posting) atau sebarang pandangan, komen, nasihat, tunjuk ajar

serta maklum balas dalam sesebuah topik yang dibincangkan.

4.5.1 Penggunaan Bahasa Melayu

Dalam perbincangan yang dilakukan oleh pelajar 4SPI terhadap dua topik

forum yang diberikan, terdapat pelbagai gaya bahasa yang digunakan untuk

memberi tindak balas terhadap kiriman pelajar-pelajar yang lain. Di antara

gaya penulisan yang cenderung digunakan oleh pelajar adalah Bahasa Melayu

sepertimana gaya bahasa yang sering digunakan apabila berkomunikasi

dengan rakan-rakan pelajar yang lain di luar perbincangan e-learning

(Gambarajah 15).

Page 72: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

54

Re: ~kalau diberi peluang...~

by PELAJAR J- Tuesday, 1 March 2011, 09:58 PM

salam..klu di beri peluang la kan...saya nak berniaga goreng pisang..pelanggan

tetapnya dah ada...siapa lagi klu tidak cik nazifah kita...hehehe..lawak

je..insyaAllah klu di beri peluang n ada rezeki lebih, saya nak melebarkan n

meluaskan lagi perniagaan keluarga saya...iaitu menjual popia n serunding

ikan...

Show parent | Reply

Gambarajah 15 : Pelajar menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama

di dalam perbincangan

Pelajar lebih memahami gaya bahasa yang mudah untuk mendapat

kefahaman yang jelas terhadap topik yang dibincangkan walaupun dari segi

tata bahasa adalah kurang tepat. Gaya bahasa yang digunakan pelajar lebih

menjurus kepada penggunaan bahasa yang seringkali pelajar gunakan ketiaka

melakukan perbualan harian. Oleh yang demikian tidak menjadi masalah

kepada pelajar untuk memahami setiap perbincangan yang dilakukan.

4.5.2 Penggunaan singkatan perkataan

Di dalam perbincangan yang dijalankan pelajar juga cenderung

menggunakan gaya penulisan singkatan bagi perkataan-perkataan yang

mempunyai ejaan yang panjang (Gambarajah 16). Sebagai contoh perkataan

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” menjadi assalam, salam,

asmekom, assalamualaikum WBT dan slm.

Page 73: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

55

Business Proposal

by - Friday, 25 March 2011, 09:30 PM

Salam kwn2..

bla kta nk discuss utk buat proposal plk ni??

Gambarajah 16: Penggunaan singkatan perkataan

Selain itu pelajar juga cenderung untuk menggunakan singkatan perkataan

yang lain di dalam membalas kiriman rakan-rakan pengguna yang lain. Di

antara contoh singakatan perkataan yang digunakan adalah (Rajah 1).

Singkatan perkataan Perkataan penuh

X Tidak atau tak

Nak Hendak

Klu Kalau

Pe apa

N dan

Y atau yg yang

Rajah 1 : Penggunaan singkatan perkataan yang sering digunakan oleh pelajar

Walau bagaimanapun, penggunaan singkatan tidak menjejaskan

pemahaman rakan-rakan yang lain untuk memahami pendapat yang

diketengahkan. Malahan, penggunaan singkatan perkataan ini sudah diterima

oleh banyak pihak memandangkan ianya adalah bahasa yang sering

digunakan ketika membalas pesanan ringkas (SMS).

Page 74: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

56

4.5.3 Penggunaan emoticon

Dalam gaya penulisa juga, pelajar mampu menarik perhatian pelajar-

pelajar yang lain dengan meletakkan emoticon ketika menulis perbincangan

(Gambarajah 17). Pada amnya emoticon mewakili ekspresi wajah pengguna

yang dibentuk oleh kombinasi aksara-aksara keyboard. Ianya digunakan

dalam komunikasi elektonik untuk menyampaikan perasaan penulis terhadap

penulisannya.

Grafik yang disertakan ini mampu memberi keceriaan dan menghidupkan

suasana ketika berforum dalam e-learning. Penggunaan emoticon ini juga

mampu memberi pemahaman terhadap perbincangan yang dilakukan. Bukan

sahaja pengguna lain boleh memahami bahasa yang diutarakan malahan dapat

mengetahui emosi rakan yang membalas setiap kiriman topik.

~kalau diberi peluang...~ by PELAJAR H - Tuesday, 1 March

2011, 09:16 PM

salam..suspen tak tajuk ..bukan pe..gimik jek

tuh..sebenarnyanak tanye kat kawan2 ...kalau diberi peluang nak

bukak bisnes..agak2 korang lah bisnes pe yang korang

impikan.. ..kongsi2 lah ek..^___^

Gambarajah 17: penggunaan emoticon

Setiap daripada emoticon yang digunakan oleh pelajar menggambarkan

ekspresi mareka tidak kira sama ada dalam keadaan sedih, tersenyum,

Page 75: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

57

gembira, marah dan lain-lain lagi. Di antara contoh emoticon yang sering

digunakan oleh pelajar ketika melakukan perbincangan adalah (Rajah 2):

Emoticon Maksud emoticon

Tersenyum

Tersenyum sambil mengenyitkan mata

Terkejut

Menikmati aiskrim

Rajah 2 ; Ekspresi pelajar di dalam perbincangan menggunakan emoticon

Penyelidik juga mendapati pelajar kerap menggunakan emoticon

sebagaimana di rajah 3 dalam perbincangan mereka. Ini dapat membantu

kepada suasana yang lebih ceria dan dapat menarik perhatian rakan-rakan lain

untuk berbincang.

Emoticon Kekerapan penggunaan emoticon

25

5

3

6

Rajah 3 : Kekerapan pelajar menggunakan emoticon

Selain itu, pelajar juga didapati cenderung untuk menggunakan perkataan

yang menunjukkan kepada emosi. Di antara contoh yang penyelidik

maksudkan adalah „huhu‟, „hehe‟ dan „haha‟ (Rajah 4)

Page 76: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

58

Emosi menggunakan perkataan Maksud emosi

„huhu‟ Dalam keadaan sedih atau terharu

„hehe‟ Dalam keadaan tersenyum atau suka

„haha‟ Dalam keadaan gembira

Rajah 4 : Ekspresi pelajar melalui penggunaan emosi perkataan

Setiap dari perkataan tersebut mempunyai maksud tertentu. Contohnya

perkataan „huhu‟ menunjukkan pengguna ataupun pelajar dalam keadaan

sedih atau terharu. „hehe‟ pula menjurus kepada bahasa badan yang

menunjukkan pengguna sedang di dalam emosi gembira atau suka. Bahasa

tubuh yang diguna pakai biasanya dalam keadaan senyum. Manakala

perkataan „haha‟ pula menunjukkan pengguna dalam keadaan terlalu gembira

dan pada kebiasaannya pengguna ketawa yang kuat.

Penyelidik juga mendapati pelajar kerap menggunakan ekspresi melalui

emosi perkataan (Rajah 5). Apabila emosi dizahirkan melalui perkataan,

pengguna dapat mengetahui situasi individu yang menghantar kiriman

terhadap topik perbincangan.

Emosi menggunakan perkataan Kekerapan penggunaan di dalam forum

„huhu‟ 20

„hehe‟ 35

„haha‟ 21

Rajah 5 : Kekerapan pelajar menggunakan emosi melalui perkataan

Page 77: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

59

4.5.4 Penggunaan dialek kenegerian

Melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap penggunaan forum dalam

sistem e-learning yang didaftarkan di bawah pelajar 4SPI ini, penggunaan

dialek kenegerian juga digunakan sebagai medium perbincangan terhadap

topik. Kadang-kadang akan ditemui kata-kata tempatan Kelantan, Negeri

Sembilan, Perak dan lain-lain lagi. Dialek kenegerian juga merupakan antara

gaya bahasa yang kerap digunakan oleh pelajar. Pelajar menggunakan dialek

ketika berbincang dengan rakan-rakan yang senegeri untuk memudahkan lagi

pemahaman mereka terhadap topik perbincangan(Gambarajah 18).

Re: WEBLOG..WEBLOG..

by PELAJAR I - Thursday, 10 March 2011, 01:47 AM

syukran miss wey sbb sudi bertandang ke umoh ambo &

saing2 ambo yang len..

pahni kito nok gi jale umoh oghe laeng plop....

nok ikut dop???

Gambarajah 18: Pelajar menggunakan dialek negeri

Walau bagaimanapun, penggunaan dialek ini bukan satu kebiasaan di

dalam perbincangan forum bagi subjek yang dipilih ini. Pelajar sekadar

membuka ruang agar perbincangan mereka tidak terlalu serius sehingga

menyebabkan rakan lain ragu-ragu untuk berkongsi pendapat.

Page 78: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

60

4.5.5 Penggunaan istilah asing

Selain itu, penggunaan kata asing di dalam membalas kiriman rakan-rakan

dalam forum merupakan kecenderungan pelajar yang dapat dilihat oleh

pengkaji. Istilah asing yang digunakan mampu memberi kesan terhadap

pemahaman pelajar melalui penggunaan forum dalam e-learning

(Gambarajah 19). Di antara penggunaan istilah asing yang digunakan oleh

pelajar adalah thank you, group, presentation, settle, lappy dan lain-lain lagi.

Final Proposal!

By PELAJAR K – Sunday, 13 March 2011, 06:45 PM

Assalamualaikum yaaaa ahli group!!

Ok sekarang tuk presentation dan report kite dah settle, boleh

tak discuss tuk wat proposal plak?? Hope yg lelaki dpt bg

kerjasama ye, yg sebelm nih kiteorg dah settlekan

Bagi idea dan cadangan ye, apa2 yg nak dibuat dlm proposal

kite tu.

TQ~

Reply

Gambarajah 19 : Penggunaan istilah asing

Sepanjang pemerhatian pengkaji terhadap penggunaan forum di kalangan

pelajar 4SPI terhadap tajuk perbincangan, pelajar tidak menggunakan kata-

kata yang sukar difahami oleh rakan-rakan lain. Walaupun terdapat gaya

bahasa yang menggunakan Bahasa Melayu standard, dialek kenegerian serta

Page 79: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

61

istilah asing, pelajar mampu memahami dan mempunyai pengetahuan yang

bersesuaian dengan tajuk yang dibincangkan.

4.6 Kesimpulan

Di dalam bab ini telah membincangkan tentang analisis data yang diperolehi

pengkaji terhadap penggunaan forum di kalangan pelajar dan memfokuskan kepada

tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan forum, kekerapan penglibatan

pelajar dalam forum, tahap kefahaman terhadap topik yang dibincangkan serta gaya

bahasa yang digunakan oleh pelajar ketika melakukan perbincangan.

Page 80: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

62

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Bab yang terakhir ini membincangkan rumusan dan cadangan terhadap kajian yang

telah dijalankan. Bahagian ini akan memberikan gambaran menyeluruh secara

ringkas mengenai kajian yang dilakukan dan membuat kesimpulan tentang dapatan

hasil ditemui serta akan membuat beberapa saranan bagi keberkesanan terhadap

penggunaan forum dalam sistem e-learning di kalangan pelajar. Rumusan terhadap

hasil kajian yang dibuat perlu dinilai semula dengan merujuk kepada objektif kajian.

Ini adalah penting untuk menilai samada kajian yang dilakukan dapat mencapai

matlamat yang telah ditetapkan. Di bahagian yang terakhir cadangan bagi kajian

yang akan datang juga turut disediakan.

Page 81: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

63

5.2 Kesimpulan

Pada asasnya kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran menggunakan forum dalam sistem e-learning. Oleh

yang demikian, kajian ini telah dilakukan berdasarkan kaedah pemerhatian dan

analisis deskriptif terhadap penglibatan pelajar di dalam menggunakan forum e-

learning. Penyelidik telah menetapkan sebanyak tiga objektif untuk dicapai.

Penetapan objektif ini perlu bagi menjadikan kajian yang dilakukan tidak terpesong

dari tajuk yang asal.

Selain itu, kaedah-kaedah yang sesuai dikenalpasti dan dipraktikkan untuk

memenuhi objektif kajian yang disarankan. Di antara kaedah yang digunakan bagi

memperolehi maklumat ialah kajian literatur, pemerhatian dan analisis dokumen.

Dalam kajian literatur, pengumpulan maklumat diperolehi daripada bahan yang telah

tersedia seperti tesis, jurnal, buku-buku, keratan akhbar dan majalah-majalah. Selain

itu, pencarian bahan maklumat menerusi internet juga diguna pakai bagi

memperolehi perkembangan dari segi penambahan maklumat.

Menerusi kaedah pemerhatian dan dokumen, penyelidik memperolehi maklumat

berdasarkan penglibatan pelajar dalam forum e-learning. Data-data diperolehi

dengan menganalisis tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e-learning,

tahap pemahaman tentang topik perbincangan serta kekerapan penglibatan pelajar

dalam setiap perbincangan di dalam forum pada topik-topik tertentu.

Setelah data dikumpulkan, ia akan disusun dan dianalisis menggunakan analisis

deskriptif melalui kaedah kualitatif. Hasil kajian yang terperinci dihuraikan oleh

pengkaji di dalam Bab 4 dalam bentuk gambar rajah, rajah serta jadual. Bahagian

yang seterusnya akan membincangkan pencapaian dan kesimpulan kajian

berdasarkan objektif kajian.

Page 82: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

64

5.2.1 Kekerapan penglibatan pelajar dalam forum e-learning

Menurut Zoraini Wati (2005), isu dan cabaran e-pembelajaran dapat dicapai jika

beberapa aspek dapat ditangani. Ini termasuk juga sumbangan dan penyertaan

pelajar, selain kemampuan Infrastruktur ICT, Landasan LMS/LCMS, Pedagogi

Dalam dan Luar Talian, Corak dan Pembangunan Kursus, Fakulti, Dasar, dan

Standard untuk memastikan kejayaan e-pembelajaran dan pengajaran. Kekerapan

penglibatan pelajar dilihat sebagai kayu ukur samada forum yang dilaksanakan

mampu memberi kesan yang positif kepada pelajar atau sebaliknya.

Pengkaji melihat secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam forum e-learning

bagi subjek SPM 4722 Keusahawanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini

sangat baik. Ini kerana daripada 63 orang pelajar yang mendaftar di bawah subjek

ini, hanya 5 orang sahaja yang tidak aktif dalam forum. Walaupun pensyarah telah

memberikan peringatan di dalam kelas dan menggariskan peratusan markah yang

pelajar akan peroleh daripada berbincang secara aktif di dalam kelas, masih ada

pelajar yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Pengkaji berpendapat antara sebab pelajar tidak aktif dalam forum e-elearning

ialah sifat kursus tersebut yang mempunyai kekangan masa untuk perbincangan

lanjutan dalam kelas kerana pembelajaran lebih fokus kepada kesediaan untuk

menjalankan perniagaan secara atas talian. Analisis deskriptif yang dibuat juga

menunjukkan bahawa dalam konteks tertentu pelajar memerlukan masa senggang

dan lapang untuk memikirkan aspek-aspek perbincangan yang kadangkala perlu

difikirkan di luar konteks ruang dan waktu kelas.

Apabila sesuatu idea terlintas dalam fikiran mereka, pendapat pelajar masih boleh

dibincangkan melalui forum yang memperuntukkan tempoh masa tertentu yang

dibuka untuk perbincangan atas talian. Ini membolehkan pelajar membuat persediaan

Page 83: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

65

pada bila-bila masa mengikut tempoh yang diberikan dan tidak terlepas peluang

menyertai perbincangan serta memberi pendapat. Menurut Zoraini Wati (2005) lagi,

kesediaan yang diberikan kepada pelajar mampu meningkatkan motivasi setiap

pelajar untuk lebih cenderung dan mesra e-portal dan diharap meningkatkan juga

minat mereka terhadap e-portal.

5.2.2 Sejauh mana forum sistem e-learning dapat membantu pelajar 4SPI

memahami topik yang dibincangkan.

Menurut Jamaluddin Harun (2005), beberapa strategi berkesan mengenai

penggunaan e-learning di kalangan pelajar UTM telah dikenalpasti iaitu e-learning

sepatutnya digunakan secara dinamik dan bukannya secara statik dalam

mengemaskinikan maklumat. Penggunaan e-learning sepatutnya melibatkan kedua-

dua perkakasan komunikasi secara serentak (seperti chatting) dan perkakasan

komunikasi secara tidak serentak (seperti forum dan journal).

Pensyarah sepatutnya menjadi orang yang pertama untuk memulakan komunikasi

dalam e-learning. Pensyarah perlu meletakkan maklumat terkini secara mingguan

untuk mendorong pelajar mengakses e-learning dan sesetengah emosi yang muncul

semasa komunikasi dalam e-learning tidak harus diambil kira dengan serius.

Oleh yang demikian, bagi memenuhi objektif kajian ini pengkaji menggunakan

kaedah analisis deskriptif tentang sejauh mana forum e-learning dapat membantu

pelajar 4SPI memahami topik yang dibincangkan. Pada amnya, pelajar telah

menggunakan e-learning dari tahun 1 hingga 4 untuk memuat turun nota kuliah,

soalan kuiz dan menggunakan forum sebagai medium perbincangan.

Page 84: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

66

Penyelidik menilai dari pelbagai sudut seperti kesediaan pelajar ketika

perbincangan atas talian dijalankan, tahap pengetahuan pelajar tentang sesuatu topik

yang dibincangkan, gaya bahasa dan gaya penulisan yang digunakan pelajar serta

tahap keyakinan pelajar dalam memberikan pandangan terhadap topik yang

dibincangkan.

Penyeldik mendapati melalui kaedah pemerhatian dokumen, ada segelintir pelajar

yang bersedia untuk melibatkan diri secara aktif di dalam forum bila mana hanya

pelajar tersebut yang kerap kali menggunakan forum sebagai medium perbincangan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa orang yang pelajar agak lewat menyertai rakan-

rakan pelajar yang lain walaupun telah diingatkan oleh pensyarah ketika dalam kelas.

Malahan ada juga pelajar yang tidak aktif langsung di dalam forum e-learning

walaupun pensyarah telah menggariskan peratusan markah yang diperuntukkan

untuk aktif menggunakan forum.

Bagi tahap pengetahuan pelajar terhadap sesuatu topik yang dibincangkan dalam

forum, pengkaji melihat pelajar mempunyai pengetahuan yang luas terhadap topik

tersebut. Penyelidik merasakan ini adalah mungkin hasil dari pembacaan mereka

serta pengetahuan yang sedia ada pada pelajar itu sendiri. Pelajar juga tidak ragu-

ragu untuk berkongsi maklumat di antara satu sama lain.

Penyelidik juga mendapati pelajar tidak menimbulkan sebarang masalah

menggunakan forum e-learning melalui penglibatan mereka dalam topik

perbincangan yang dijalankan. Ini disebabkan mereka sudah didedahkan tentang

penggunaan forum bermula dari tahun 1 sehingga tahun 4. Pendedahan awal yang

diterima oleh pelajar ketika berada di tahun 1 pengajian terhadap penggunaan e-

learning memberi kemudahan setiap kali pelajar hendak menggunakan e-learning.

Page 85: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

67

Menurut Tan Piaw Hua (2006), e-learning berpontesi untuk membuat proses

belajar lebih efektif sebab peluang siswa untuk berinteraksi dengan pensyarah,

teman, mahupun bahan belajarnya terbuka lebih luas. Ini disebabkan pelajar boleh

bertukar-tukar pandangan di dalam perbincangan yang mereka jalankan melalui

setiap topik yang dibincangkan.

Turut menarik perhatian penyelidik adalah pelajar saling memberi kata-kata

semangat kepada rakan-rakan pelajar yang lain untuk aktif berforum dalam e-

learning. Melalui memberi galakan kepaa rakan-rakan yang lain, perbincangan

menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. Bahkan galakan yang diberikan oleh

rakan-rakan juga membantu perkongsian buah fikiran yang lebih bernas.

5.2.3 Penggunaan gaya bahasa dan gaya penulisan dalam menggunakan

forum e-learning di kalangan pelajar 4SPI.

Gaya bahasa juga memainkan peranan dalam pemahaman sesuatu perkara yang

diterangkan. Melalui analisis yang dilakukan, pengkaji mendapati pelajar juga

cenderung menggunakan Bahasa Melayu yang digunakan setiap hari dalam

komunikasi daripada menggunakan Bahasa Melayu baku. Penyelidik mendapati

kecenderungan itu disebabkan gaya komunikasi harian lebih mempengaruhi daripada

penggunaan Bahasa Melayu baku.

Penggunaan perkataan juga dilihat diringkas-ringkaskan. Penggunaan bahasa

singkatan dilihat tidak menjejaskan pemahaman pelajar terhadap perbincangan.

Contohnya seperti nak=hendak, klu=kalau dan sbg=sebagai. Pengaruh tulisan gaya

bahasa pesanan ringkas(SMS) ini turut mempengaruhi pelajar dalam berforum.

Page 86: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

68

Pelajar juga didapati menggunakan singkatan terhadap perkataan yang

mempunyai ejaan yang panjang. Di antara contohnya adalah perkataan

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Ada beberapa orang pelajar

membuat singkatan menjadi assalam, salam, slm, asmekom, assalamualaikum WBT

dan lain-lain lagi.

Turut menarik perhatian penyelidik dalam melakukan analisis, pelajar juga sangat

cenderung menggunakan bahasa dialek kenegerian mereka terutama yang berasal

dari Pantai Timur. Kecenderungan ini mungkin memberikan kesan kepada pelajar

lain yang tidak memahami dialek mereka. Penyelidik mendapati pelajar yang

cenderung menggunakan dialek kenegerian ketika melakukan perbincangan bersama-

sama rakan pelajar yang berlatar belakang daripada negeri yang sama.

Selain itu, melalui kajian yang dijalankan penyelidik mendapati, pelajar

cenderung untuk menggunakan istilah bahasa asing di dalam topik perbincangan. Di

antara contoh istilah asing yang digunakan oleh pelajar adalah presentation, settle,

discuss, assignment dan lain-lain lagi. Penggunaan istilah yang dipraktikkan di dalam

forum perbincangan tidak menjejaskan pemahaman pelajar terhadap topik yang

dibincangkan.

5.2.4 Kelebihan pembahagian kumpulan perbincangan

Kajian yang dilakukan terhadap pelajar tahun 4SPI ini juga mendapati pensyarah

telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Oleh itu, perbincangan

yang dilakukan juga lebih menjurus kepada perbincangan bersama ahli kumpulan.

Page 87: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

69

Berdasarkan kepada topik perbincangan yang telah digariskan oleh pensyarah dan

perbincangan yang di antara ahli dalam kumpulan, pengkaji mendapati perbincangan

yang dilakukan lebih efektif dan berkesan. Kolaboratif di antara ahli kumpulan

ketika perbincangan berjalan dengan baik. Setiap ahli kumpulan mampu untuk

memberi pendapat terhadap topik yang dibincangkan.

Perbincangan yang dilakukan juga lebih teratur dan fokus kepada tajuk yang

dibincangkan. Walaupun kadangkala perbincangan yang dilakukan keluar dari topic

perbincangan, pelajar masih mengalihkan situasi tersebut supaya rakan-rakan

kembali kepada tajuk perbincangan yang asal.

Selain itu, pembahagian pelajar dalam kumpulan memudahkan pensyarah untuk

menilai setiap penglibatan pelajar dalam forum perbincangan. Setiap kumpulan

mempunyai ahli di antara 3 hingga 6 orang pelajar. Oleh yang demikian, penilaian

yang dilakukan oleh pensyarah lebih terarah dan fokus terhadap penglibatan pelajar

secara aktif dalam forum e-learning.

5.3 Cadangan Dan Saranan

Secara umumnya, objektif perbincangan dapat dicapai kerana pemantauan dan

panduan berterusan dalam tempoh yang diberikan tidak terlalu mengekangkan

berbanding masa dan tempoh terhadap perbincangan besemuka dalam kelas.

Penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji ini juga adalah hasil daripada

pemerhatian dan analisis yang dilakukan terhadap penggunaan forum e-learning di

kalangan pelajar tahun 4SPI. Bagi menambah baik kajian ini pada masa-masa akan

datang, pengkaji memberi beberapa saranan untuk memberi manfaat kepada pihak

lain.

Page 88: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

70

5.3.1 Saranan Kepada Individu

Kajian yang dijalankan terhadap pelajar tahun 4SPI ini seharusnya memberi

manfaat kepada pelajar itu sendiri. Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat bukan

sekadar dengan bersemuka malahan di atas talian juga tidak terkecuali. Walau

bagaimanapun, penglibatan secara serius di dalam forum e-learning perlu diambil

berat. Walaupun pensyarah sudah menggariskan peratusan markah yang

diperuntukkan dan gesaan sudah dilakukan dalam kelas, masih ada lagi pelajar yang

bertindak untuk tidak aktif dalam e-learning. Ini menyebabkan pensyarah sukar

untuk menilai penglibatan pelajar di dalam e-learning khususnya. Pelajar seharusnya

menjadikan penglibatan dalam e-learning sebagai platform untuk mengupas topik

perbincangan di samping bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan yang lain.

5.3.2 Saranan Kepada Pensyarah

Pensyarah merupakan orang tengah yang menilai pelajar dari sudut keaktifan dan

cara pelajar menyampaikan pemahaman mereka. Kebolehan pelajar dalam

memahami sesuatu tajuk diukur oleh pensyarah. Jika berlaku kemusykilan pendapat

pelajar terpaksa berjumpa pensyarah dalam kelas atau di pejabat. Ini menyukarkan

pelajar bertukar-tukar pendapat jika sekiranya pelajar tersebut tergolong di antara

pelajar yang kurang bercakap dalam kelas. Penyelidik mendapati pensyarah perlu

sentiasa bersama-sama dengan pelajar dalam melakukan perbincangan sejajar dengan

tugas pensyarah sebagai moderator kepada pelajar. Perbincangan atas talian bersama

perlu dipertingkatkan untuk membantu pelajar yang kurang aktif dalam kelas.

Page 89: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

71

5.3.3 Saranan Kepada Universiti

Pihak universiti telah menyediakan platform untuk pelajar bergerak aktif di

dalam forum perbincangan. Walau bagaimanapun, penyelidik mendapati penambah

baikkan perlu dilakukan terhadap sistem e-learning yang sedia ada bagi memastikan

ianya lebih mesra pengguna dan memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah.

Malahan, bagi melicinkan penggunaan e-learning pihak universiti perlu

menambah baik talian internet sedia ada iaitu WIFI di seluruh UTM supaya pelajar

lebih mudah melayari e-learning walau ketika hujung minggu dan berada di kolej

kediaman.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Penyelidikan yang terhad ini memang tidak mencukupi untuk mngulas lebih

lanjut tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan forum

dalam sistem e-learning. Oleh yang demikian, kajian lanjut yang seterusnya perlu

dijalankan dari masa ke masa.

Bagi melaksanakan kajian tentang pada masa akan datang, setiap pihak yang

berkaitan perlu mengambil inisiatif untuk menambah baik sistem e-learning yang

sedia ada. Pihak-pihak yang berkenaan perlu menjadikan forum e-learning sebagai

medium yang terbaik agar pelajar tidak hanya bersemuka di dalam kelas dan lebih

tertarik kepada rangkaian interaksi yang lain seperti Facebook, Friendster dan Skype

yang lebih bersifat mesra pengguna serta elemen-elemen yang menarik perhatian

pelajar.

Page 90: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

72

Di antara kajian yang dicadangkan adalah :

i. kajian akan datang boleh dijalankan dengan menambahkan instrumen

kajian seperti temubual dengan pelajar dan pensyarah yang terlibat

untuk mendapatkan maklumat kajian. Ini meningkatkan

kebolehpercayaan hasil dapatan kajian.

ii. Kajian ini juga boleh diluaskan skopnya memandangkan kebanyakkan

IPT di Malaysia menggunakan e-learning sebagai medium

pembelajaran pada masa kini.

5.5 Penutup

Secara umumnya, objektif perbincangan dapat dicapai kerana pemantauan

dan panduan berterusan dalam tempoh yang diberikan tidak terlalu mengekangkan

berbanding masa dan tempoh terhadap perbincangan besemuka dalam kelas

beradasarkan kepada kaedah-kaedah kajian yang digunapakai. Pada asasnya

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan forum dalam sistem e-

learning amat dipengaruhi oleh peranan setiap pihak yang terlibat. Dengan

perbincangan yang lebih aktif dan efektif, pelajar mampu memahami dan mengetahui

setiap topic yang dibincangkan dengan jelas dan mudah.

.

Page 91: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

Rujukan

Abu Bakar bin Yang. Artikel “Cabaran teknologi maklumat dan agenda

umat Islam”. [Dalam talian]. www.ikim.gov.my . Tarikh akses: 11

April 2011 : 2.30PM

Abdul Halim bin Mat Diah. 1987. Suatu Contoh Tentang Huraian

Metodologi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Alam Pendidikan Bulletin Board. (2001). [Dalam talian].

http://www.ppk.kpm.my/wwwboard/multipageboard.htm. Tarikh

akses : 25 September 2010: 8.30PM

Al-Quran dan Terjemahannya. Indonesia: PT Syaamil Cipta Media.

Anili Fasha Mahadi. (2008). Tahap penggunaan forum E-Pembelajaran

di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP

dan SPT) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda

Fakhrur Razi Ahmad. (2010). Pembangunan Majalah Web: Kesenian, Isu

Semasa Dan E-Forum Matematik. Projek Sarjana Muda. Universiti

Teknologi Malaysia

Freedman, Alan. (1996). Computer Desktop Encyclopedia. New York:

Amacom

Page 92: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

Greg Benfield. (2002). Designing and Managing Effective Online

Discussions. [Dalam talian]. www.brookes.ac.uk/services/ocsd/2_. Tarikh

akses : 18 November 2010 : 2.30PM

Hajah Noresah Baharom.(2007). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Hamidah Abdul Razak. (2007). Tahap Penggunaan Forum Di Dalam

Sistem e-learning Di Kalangan Pelajar Tahun Tiga (jabatan

Multimedia Pendidikan) Bagi Mata Pelajaran Teknologi Grafik,

Audio, Animasi Dan Digital (spm 2303). Universiti Teknologi

Malaysia: Projek Sarjana Muda

http://ptdbnet.ukm.my/bpr2/islam-dan-teknologi-maklumat.htm. Tarikh

Akses : 8Mac 2011 : 6.30PM

http://www.jisc .ac.uk/uploaded_documents/ACF500.pdf. Tarikh akses :

23 Oktober 2010 : 9.05AM

http://www.spokane.wsu.edu/spit/help/content/BBdocs/onlineLearningBe

nefits.pdf. Tarikh akses : 25 Mac 2011: 4.30PM

Ismail Zain. (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Page 93: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

Jamaludin Mohaiadin. (2000). Isu dan Implikasi E-learning terhadap

sistem Pendidikan. Prosiding Konvensyen Persatuan Teknologi

Pendidikan Malaysia kali ke-13. September 19-21. Perak: Hotel Hill

City. 245-252

Jamaluddin Harun. (2005). Multimedia : Konsep dan Praktis. Selangor:

Venton Publisher

Jamaluddin Harun. (2008). Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Berasaskan Komputer. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia

Juwah, Charles. (2006). Interactions in online education: Implications for

Theory and Practice. New York,NY:Routledge

Learnframe (2001). [Dalam talian].

http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq. Tarikh akses : 5

Februari 2011 : 8.30 PM

Mason, Robin. (2008). E-learning and Social Networking Handbook:

Resources for Higher Education. London: Taylor and Francis

Mason, Robin. (2006). E-learning : The Key Concepts. New York, NY:

Routledge

Mohd Fauzi Othman. (2004). Tahap persediaan pelajar dalam

menggunakan pembelajaran elektronik atau e-learning sebagai

Page 94: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

alat pembelajaran : satu kajian di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai. Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Khairil Azhan Zakaria. (2003). Forum Perbincangan berasaskan

Web. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Norwati Md Yusof dan Zaini Amir. (2007). Analisis Deskriptif e-Forum

dalam Pembelajaran Kursus Terjemahan di Universiti Kebangsaan

Malaysia. Gema Online Journal of Language Studies UKM. 79-80

Noorasmawati Sulaiman. (2006). Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi dalam penyebaran dakwah islamiah. Satu kajian di

kalangan pensyarah Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan

Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi

Malaysia. Projek Sarjana Muda.

Nurhafiza Md Husin. (2007). Hubungan gaya kognitif pelajar Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan terhadap penggunaan

forum dalam e-pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia:

Projek Sarjana Muda

Perkembangan e-learning UTM. [Dalam talian].

www.ctl.utm.my/downloads. tarikh akses : 25 September 2010:

2.30PM

Page 95: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

Rosenberg, M. J. (2001). E-learning: Strategies for delivering knowledge

in the digital age. New York, NY : McGraw-Hill.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari. (2006). Bahasa

Melayu : Dimensi Penagajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur

: Utusan Publications

Tan Piaw Hua. (2006). Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap E-

Learning Di Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi

Malaysia. Projek Sarjana Muda

Ting Kung Shiung. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan E-

pembelajaran (e-learning) Di kalangan Pelajar Jurusan

Pendidikan Teknik danVvokasional Di Institusi Pengajian Tinggi

(IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Projek

Sarjana Muda

Wong Ming Ming. (2006). Kajian Mengenai Penggunaan e-learning

Utm Di Kalangan pelajar Tahun 5 Sarjana Muda Sains Dan

Komputer Serta pendidikan (spt, Spp Dan Spk). Universiti

Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda

Zalila Isa. (2006). Artikel ‘ Bahasa Mendidik Jiwa’.

http://www.yadim.com.my/Komentar. Tarikh akses : 23 Mac 2011:

430 PM

Page 96: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

Zoraini Wati Abas (2005) E-Learning: Potential and Challenges for

Malaysian Institutions dalam E-Learning: Issues and Challenges

Universiti Malaysia Sabah. www.ums.edu.my. Tarikh akses : 23

Mac 2011

.

.

Page 97: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

LAMPIRAN

Page 98: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

LAMPIRAN A

SPM4722-02 KEUSAHAWANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY ENTREPRENUERSHIP)

Participants

Users with the role "Student": 63 POSTING

PELAJAR A SKUDAI Malaysia 31 secs 233

PELAJAR B SKUDAI Malaysia 2 hours 54 mins 131

PELAJAR C SKUDAI Malaysia 7 hours 1 min 61

PELAJAR D SKUDAI Malaysia 12 hours 38 mins 114

PELAJAR E SKUDAI Malaysia 1 day 11 hours 116

PELAJAR F SKUDAI Malaysia 2 days 4 hours 81

PELAJAR G SKUDAI Malaysia 2 days 12 hours 16

PELAJAR H SKUDAI Malaysia 2 days 13 hours 77

PELAJAR I SKUDAI Malaysia 3 days 3 hours 94

PELAJAR J SKUDAI Malaysia 3 days 9 hours 95

PELAJAR K SKUDAI Malaysia 3 days 10 hours 117

PELAJAR L SKUDAI Malaysia 3 days 11 hours 91

PELAJAR M SKUDAI Malaysia 3 days 19 hours 89

PELAJAR N SKUDAI Malaysia 4 days 3 hours 40

PELAJAR O SKUDAI Malaysia 4 days 5 hours 90

PELAJAR P SKUDAI Malaysia 4 days 11 hours 105

PELAJAR Q SKUDAI Malaysia 5 days 1 hour 115

PELAJAR R SKUDAI Malaysia 5 days 2 hours 40

PELAJAR S SKUDAI Malaysia 5 days 7 hours 172

Page 99: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

PELAJAR T SKUDAI Malaysia 5 days 11 hours 35

PELAJAR U SKUDAI Malaysia 5 days 17 hours 21

PELAJAR V SKUDAI Malaysia 6 days 1 hour 173

PELAJAR W SKUDAI Malaysia 6 days 6 hours 39

PELAJAR X SKUDAI Malaysia 6 days 12 hours 65

PELAJAR Y SKUDAI Malaysia 6 days 15 hours 128

PELAJAR Z SKUDAI Malaysia 6 days 22 hours 393

PELAJAR A1 SKUDAI Malaysia 6 days 23 hours 164

PELAJAR B1 SKUDAI Malaysia 6 days 23 hours 76

PELAJAR C1 SKUDAI Malaysia 7 days 9 hours 86

PELAJAR D1 SKUDAI Malaysia 7 days 15 hours 107

PELAJAR E1 SKUDAI Malaysia 8 days 34

PELAJAR F1 SKUDAI Malaysia 8 days 23 hours 17

PELAJAR G1 SKUDAI Malaysia 10 days 21 hours 261

PELAJAR H1 SKUDAI Malaysia 11 days 4 hours 109

PELAJAR I1 SKUDAI Malaysia 12 days 7 hours 73

PELAJAR J1 SKUDAI Malaysia 13 days 4 hours 13

PELAJAR K1 SKUDAI Malaysia 17 days 10 hours 26

PELAJAR L1 SKUDAI Malaysia 17 days 19 hours 4

PELAJAR M1 SKUDAI Malaysia 17 days 22 hours 1

PELAJAR N1 SKUDAI Malaysia 19 days 4 hours 6

PELAJAR O1 SKUDAI Malaysia 19 days 9 hours 5

PELAJAR P1 SKUDAI Malaysia 19 days 15 hours 46

Page 100: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

PELAJAR Q1 SKUDAI Malaysia 19 days 15 hours 15

PELAJAR R1 SKUDAI Malaysia 24 days 23 hours 31

PELAJAR S1 SKUDAI Malaysia 27 days 13 hours 44

PELAJAR T1 SKUDAI Malaysia 27 days 14 hours 156

PELAJAR U1 SKUDAI Malaysia 29 days 10 hours 28

PELAJAR V1 SKUDAI Malaysia 30 days 22 hours 30

PELAJAR W1 SKUDAI Malaysia 32 days 7 hours 40

PELAJAR X1 SKUDAI Malaysia 33 days 44

PELAJAR Y1 SKUDAI Malaysia 34 days 9 hours 49

PELAJAR Z1 SKUDAI Malaysia 34 days 15 hours 42

PELAJAR A2 SKUDAI Malaysia 35 days 9

PELAJAR B2 SKUDAI Malaysia 35 days 2 hours 21

PELAJAR C2 SKUDAI Malaysia 36 days 22 hours 9

PELAJAR D2 SKUDAI Malaysia 37 days 17

PELAJAR E2 SKUDAI Malaysia 37 days 1 hour 8

PELAJAR F2 SKUDAI Malaysia 37 days 12 hours 13

PELAJAR G2 SKUDAI Malaysia 37 days 23 hours 13

PELAJAR H2 SKUDAI Malaysia 42 days 82

PELAJAR I2 SKUDAI Malaysia 44 days 3 hours 32

PELAJAR J2 SKUDAI Malaysia 58 days 4 hours 23

PELAJAR K2 SKUDAI Malaysia 66 days 15 hours 8

PELAJAR L2 SKUDAI Malaysia 68 days 5 hours 3

PELAJAR M2 SKUDAI Malaysia 69 days 4 hours 1

Page 101: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

PELAJAR N2 SKUDAI Malaysia 76 days 11 hours 1

PELAJAR O2 SKUDAI Malaysia 78 days 10 hours 3

PELAJAR P2 SKUDAI Malaysia Never 0

PELAJAR Q2 SKUDAI Malaysia Never 0

PELAJAR R2 SKUDAI Malaysia Never 0

Page 102: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

Bil Responden Kekerapan penglibatan

1. Pelajar A 183

2. Pelajar B 115

3. Pelajar C 75

4. Pelajar D 114

5. Pelajar E 101

6. Pelajar F 81

7. Pelajar G 16

8. Pelajar H 56

9. Pelajar I 94

10. Pelajar J 95

11. Pelajar K 234

12. Pelajar L 91

13. Pelajar M 132

14. Pelajar N 40

15. Pelajar O 90

16. Pelajar P 105

17. Pelajar Q 115

18. Pelajar R 40

19. Pelajar S 172

20. Pelajar T 67

21. Pelajar U 21

22. Pelajar V 173

23. Pelajar W 39

24. Pelajar X 87

25. Pelajar Y 128

26. Pelajar Z 393

27. Pelajar A1 164

28. Pelajar B1 76

LAMPIRAN B

JADUAL KEKERAPAN PELAJAR MENGGUNAKAN FORUM

Page 103: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

29. Pelajar C1 132

30. Pelajar D1 107

31. Pelajar E1 34

32. Pelajar F1 17

33. Pelajar G1 115

34. Pelajar H1 109

35. Pelajar I1 73

36. Pelajar J1 13

37. Pelajar K1 13

38. Pelajar L1 26

39. Pelajar M1 4

40. Pelajar N1 1

41. Pelajar O1 6

42. Pelajar P1 46

43. Pelajar Q1 15

44. Pelajar R1 31

45. Pelajar S1 44

46. Pelajar T1 156

47. Pelajar U1 28

48. Pelajar V1 30

49. Pelajar W1 40

50. Pelajar X1 44

51. Pelajar Y1 49

52. Pelajar Z1 42

53. Pelajar A2 9

54. Pelajar B2 21

55. Pelajar C2 9

56. Pelajar D2 8

57. Pelajar E2 3

Page 104: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

58. Pelajar F2 1

59. Pelajar G2 1

60. Pelajar H2 3

61. Pelajar I2 0

62. Pelajar J2 0

63. Pelajar K2 0

Page 105: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

LAMPIRAN C

Page 106: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

LAMPIRAN D

Page 107: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14 dan E-Learning ... ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi SMS - Perkhidmtan pesanan

LAMPIRAN E