KEBERSIHAN KELAS
description
Transcript of KEBERSIHAN KELAS
KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS
KEBERSIHAN & KECERIAAN KELASSemua guru kelas,
Telah lama diperhatikan bahawa kebersihan kelas semakin teruk. Banyak kelas tidak menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dengan baik:
Lantai tidak disapu bersih
Tong sampah tidak dikosongkan
Jendela tingkap tidak dilap
Laci meja penuh dengan sampah
Permukaan meja diconteng
Meja kerusi tidak diatur baik-baik
Baju seragam dan badan murid kelihatan tidak bersih.
Semua guru kelas diminta semak setiap hari untuk memastikan semua kelas adalah bersih pada setiap masa dengan : Mengadakan senarai murid bertugas setiap hari (duty roster) Lantai disapu tiap-tiap pagi sebelum p/p bermula, iaitu sebelum 0715, dan pada waktu rehat.
Tong sampah dikosongkan semasa waktu rehat
Jendela tingkap dilap bersih semasa waktu rehat
Sampah sarap di dalam laci meja dibuang tiap-tiap hari
Meja kerusi diatur baik-baik tiap-tiap hari sebelum p/p bermula dan pada waktu rehat
Permukaan meja yang telah diconteng dipadamkan
Murid-murid menjaga kebersihan diri JIKA PERLU, BALIK PADA HARI SABTU UNTUK MEMBERSIHKAN KELAS
Ini akan memastikan
semua guru dapat menjalankan p/p mereka di dalam kelas yang bersih
kesihatan murid dan guru dijamin kelas kelihatan lebih ceria dan kondusif
KERJASAMA SERTA TANGGUNGJAWAB CIKGU SANGAT-SANGAT PENTING DAN DIHARGAI
TERIMA KASIH
Guru Besar
16.05.05