KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

11
Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007 KEBOLEHPASARAN GRADUAN FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DI PASARAN TENAGA KERJA Azah Mohamad, Farah Liza Mohd Isa dan Haryati Shafii Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia [email protected] ABSTRAK Pengangguran di Malaysia semakin meningkat dan didominasi oleh golongan tenaga kerja yang mempunyai ijazah. Keadaan ini amatlah membimbangkan. Persoalan kajian ialah isu kebolehpasaran graduan Fakulti Kejuruteraan 2007 dalam mendapatkan pekerjaan. Tujuan kajian ialah untuk melihat jumlah graduan yang mendapat pekerjaan dalam jenis industri yang diceburi, menganalisa perbezaan antara klasifikasi ijazah dengan tempoh yang diambil untuk mendapatkan pekerjaa, jumlah pendapatan yang diperolehi setahun dan mengenalpasti perbezaan antara jantina dalam mendapatkan pekerjaan. Kajian dijalankan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas tamat pengajian dengan menggunakan 122 orang responden. Kaedah kajian dijalankan dengan mengedarkan borang kaji selidik semasa majlis mesra graduan berlangsung (Ogos 2007), secara langsung bagi responden yang bekerja di UKM dan menggunakan e-mail responden. Kaedah analisis menggunakan Program SPSS dan statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan peratusan dan perbezaan. Kajian mendapati responden yang ditemui berkerja dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas tamat pengajian adalah tinggi, iaitu, 86.08% termasuk bekerja sepenuh masa, bekerja sementara dan bekerja sambilan. Industri yang paling tinggi diceburi oleh responden adalah berkaitan dengan bahan kejuruteraan (19.67%), industri lain-lain (16.4%) dan perundingan (11.5%). Analisis klasifikasi ijazah menunjukkan responden paling ramai memiliki ijazah pada kelas kedua atas (70.5%), kelas kedua bawah (19.7%) dan kelas pertama (2.5%). Sebanyak 66.7% responden ijazah kelas pertama dan 7.9% pula responden berijazah kelas kedua atas memperolehi pendapatan melebihi RM 30,000 setahun atau RM 2500 sebulan. Sebanyak 52.3% responden perempuan dan 33.89% responden lelaki telah mendapat pekerjaan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan setelah tamat pengajian. Kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai daya saing yang tinggi untuk mendapat pekerjaan dalam tempoh yang singkat. Kata kunci: pendidikan kejuruteraan; kebolehpasaran

description

SISWAZAH DALAM PEKERJAAN

Transcript of KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Page 1: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007

KEBOLEHPASARAN GRADUAN FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DI PASARAN TENAGA

KERJA

Azah Mohamad, Farah Liza Mohd Isa dan Haryati Shafii

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem Fakulti Kejuruteraan

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK Pengangguran di Malaysia semakin meningkat dan didominasi oleh golongan tenaga kerja yang mempunyai ijazah. Keadaan ini amatlah membimbangkan. Persoalan kajian ialah isu kebolehpasaran graduan Fakulti Kejuruteraan 2007 dalam mendapatkan pekerjaan. Tujuan kajian ialah untuk melihat jumlah graduan yang mendapat pekerjaan dalam jenis industri yang diceburi, menganalisa perbezaan antara klasifikasi ijazah dengan tempoh yang diambil untuk mendapatkan pekerjaa, jumlah pendapatan yang diperolehi setahun dan mengenalpasti perbezaan antara jantina dalam mendapatkan pekerjaan. Kajian dijalankan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas tamat pengajian dengan menggunakan 122 orang responden. Kaedah kajian dijalankan dengan mengedarkan borang kaji selidik semasa majlis mesra graduan berlangsung (Ogos 2007), secara langsung bagi responden yang bekerja di UKM dan menggunakan e-mail responden. Kaedah analisis menggunakan Program SPSS dan statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan peratusan dan perbezaan. Kajian mendapati responden yang ditemui berkerja dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas tamat pengajian adalah tinggi, iaitu, 86.08% termasuk bekerja sepenuh masa, bekerja sementara dan bekerja sambilan. Industri yang paling tinggi diceburi oleh responden adalah berkaitan dengan bahan kejuruteraan (19.67%), industri lain-lain (16.4%) dan perundingan (11.5%). Analisis klasifikasi ijazah menunjukkan responden paling ramai memiliki ijazah pada kelas kedua atas (70.5%), kelas kedua bawah (19.7%) dan kelas pertama (2.5%). Sebanyak 66.7% responden ijazah kelas pertama dan 7.9% pula responden berijazah kelas kedua atas memperolehi pendapatan melebihi RM 30,000 setahun atau RM 2500 sebulan. Sebanyak 52.3% responden perempuan dan 33.89% responden lelaki telah mendapat pekerjaan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan setelah tamat pengajian. Kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai daya saing yang tinggi untuk mendapat pekerjaan dalam tempoh yang singkat. Kata kunci: pendidikan kejuruteraan; kebolehpasaran

Page 2: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Azah Mohamad, Farah Liza Mohd Isa dan Haryati Shafii

166

PENGENALAN

Fenomena pengangguran di Malaysia antara lain berpunca daripada lambakan tenaga buruh yang berkelulusan ijazah. Keadaan ini membimbangkan kerana Malaysia memerlukan tenaga kerja yang mahir dan terpelajar bagi memenuhi kehendak industrinya, dan seterusnya melahirkan modal insan yang cemerlang. Isu pengangguran adalah masalah global. Di kebanyakan negara membangun seperti Filipina, Indonesia, India, dan negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat, isu pengangguran dikalangan siswazah turut dialami. Jelaslah, kebolehpasaran graduan di pasaran berhadapan dengan pelbagai persaingan, baik dari segi kualiti akademik, kemahiran, latihan, keterampilan dan sebagainya yang semakin mendesak. Tambahan pula, kualiti pendidikan kini dinilai dengan kayu ukur pada peringkat global. Berdasarkan kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara - Study on the Uneployment Situation in Malaysia 2003 terdapat beberapa punca pengangguran di kalangan siswazah, antaranya, ialah kekurangan latihan sebagai persediaan memasuki alam kerjaya, kurangnya kualiti dan kebolehgunaan tenaga siswazah dan kekurangan kemahiran siswazah dalam aspek-aspek tertentu seperti pengurusan bahasa kedua serta kemahiran berkomunikasi. Daripada maklumat Jabatan Statistik, sehingga Mac 2004, seramai 24,800 siswazah masih menganggur. Manakala 70 peratus siswazah yang menganggur adalah terdiri daripada siswazah Melayu ( Citra-Buletin Pembangunan Akademik 2005). Menurut Zawiyah Omar (2005) (Mohd Azril Ahamad/Ahmad 2007) pula, dianggarkan kira-kira 80,000 graduan menganggur pada ketika ini.

Di Kanada dan negara perindustrian yang lain, terdapat polisi pembangunan sumber manusia yang bertujuan melibatkan keseluruhan asas pengetahuan industri untuk meningkatkan kemahiran di tempat kerja (Rubenson & Schuetze 2000). Polisi ini dikenali dengan konsep “ kemahiran kebolehpasaran”. Gallangher (1999) pula, merumuskan keperluan sumber manusia yang mempunyai kemahiran sebagai ‘Set Kemahiran - asas/keperluan, teknikal, pengurusan, dan kepimpinan’ yang merupakan asas paling kritikal untuk membangunkan pengetahuan di kalangan graduan. Polisi pembangunan sumber manusia Kanada menerapkan konsep ‘Kemahiran Kebolehpasaran’ di kalangan graduan (McLaughlin 1992). Pengangguran siswazah bukan hanya tertumpu kepada pelajar aliran tertentu sahaja malah para siswazah yang mengambil jurusan kejuruteraan juga tidak terlepas daripada mengalami masalah pengangguran ini. Perkara seperti ini berkemungkinan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya, pihak majikan terlalu mementingkan pengalaman kerja dan kemahiran yang mana kriteria tersebut tidak dapat dipenuhi oleh graduan yang baru sahaja tamat pengajian. Faktor-faktor lain mungkin juga disebabkan oleh sikap graduan itu sendiri yang terlalu memilik pekerjaan, kerja yang ditawarkan tidak sesuai, tanggungjawab terhadap keluarga, dan kurang keyakinan diri untuk memasuki dunia pekerjaan (Laporan kajian pengesanan graduan UKM 2006).

Matlamat kajian ini ialah untuk mengenalpasti kebolehpasaran graduan Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2007, dalam pasaran tenaga kerja bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Permasalahan yang dibangkitkan dalam penyelidikan ini ialah isu kebolehpasaran graduan Fakulti

Page 3: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Kebolehpasaran Graduan Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Di Pasaran Tenaga Kerja

167

Kejuruteraan dalam mendapatkan pekerjaan dan tempoh masa yang diambil oleh seseorang graduan tersebut untuk mendapatkan pekerjaan. Permasalah ini memandu kepada 3 objektif utama kajian iaitu untuk i) Melihat jumlah graduan yang mendapat pekerjaan dan jenis-jenis industri yang diceburi, ii) Menganalisa perbezaan antara klasifikasi ijazah dengan tempoh yang diambil untuk mendapatkan pekerjaan dan jumlah pendapatan yang diperolehi setahun dan iii) Mengenalpasti perbezaan antara jantina dalam mendapatkan pekerjaan.

Skop kajian ini hanya tertumpu kepada graduan yang berkelulusan kejuruteraan sahaja. Kajian ini hanya mengambil tempoh 2 hingga 3 bulan selepas responden tamat pengajian pada tahun 2007. Kajian yang sama telah dijalankan di University of Exeter di kalangan graduan kejuruteraan pula yang mengambil tempoh selama 6 bulan selepas responden tamat belajar (www.exeter.ac.uk. 2007). Fokus kajian tertumpu kepada gender, klasifikasi ijazah yang diperolehi, status pekerjaan, jenis industri yang diceburi, berapa bulan menganggur dan jumlah pendapatan setahun.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini melibatkan kaedah pengumpulan data sekunder dan primer. Data sekunder diperolehi melalui kajian di perpustakaan manakala data primer pula diperolehi melalui kerja lapangan, iaitu, melalui pengedaran borang kajiselidik. Pemilihan sampel adalah secara rawak mudah, iaitu, setiap sampel mempunyai peluang yang sama untuk dipilih (Haryati Shafii 2007). Kajian ini menggunakan kaedah kajiselidik dengan menggyunakan borang kajiselidik yang bertujuan untuk melihat kebolehpasaran graduan Fakulti Kejuruteraan di pasaran tenaga kerja. Sebanyak 200 set borang kajiselidik telah diedarkan kepada responden. Namun, hanya 122 set borang kajiselidik sahaja yang berjaya dikumpul. Selebihnya tidak dikembalikan oleh responden. Kaedah pengedarkan borang kajiselidik kepada responden (graduan) dijalankan semasa majlis mesra graduan berlangsung pada 5 Ogos 2007, secara perseorangan bagi responden yang bekerja di UKM dan menggunakan e-mail responden. Dalam menjalankan penyelidikan ini, sebahagian besar daripada data kajiselidik yang diperolehi di lapangan telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan Program Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 14. Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan peratusan dan perbezaan. Hasilnya, kajian ini telah berjaya mengenalpasti dan menjawab objektif kajian dan seterusnya mencapai matlamat kajian yang dikemukakan.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Latar Belakang/Profil Responden

Kajian kebolehpasaran graduan Fakulti Kejuruteraan, UKM 2007 di pasaran tenaga kerja mendapat respon yang agak memberasangkan daripada graduan atau responden. Sejumlah 122 responden telah memberikan maklum balas terhadap

Page 4: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Azah Mohamad, Farah Liza Mohd Isa dan Haryati Shafii

168

borang kajiselidik yang telah diedarkan. Sebahagian daripada responden terdiri daripada graduan lelaki, iaitu, 49 orang (40.2%) dan sebahagian lagi 73 orang (59.8%) adalah graduan perempuan. Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur dan bangsa.

JADUAL 1 Profil Responden Mengikut Umur Dan Bangsa

Umur

23 24 25 26 27 30

BANGSA

Melayu Cina India Lain-

lain JUML

AH

78 5 0 2

85

3

14 0 0

17

0 16 0 0 16

1 1 0 0 2

0 0 1 0 1

1 0 0 0 1

Pecahan responden mengikut etnik menunjukkan responden berketurunan

Melayu merupakan majoriti dengan jumlah 83 orang (68.03%), disusuli responden Cina 36 orang (29.51%) dan responden India 1 orang (0.82%). Selainnya adalah responden bangsa lain-lain, iaitu, 2 orang (1.64%). Responden yang terlibat berumur 23, 24, 25, 26, 27 dan 30 tahun. Majoriti responden berumur 23 tahun (69.7%), diikuti responden berumur 24 tahun (13.9%), responden berumur 25 tahun (13.1%), responden berumur 26 tahun (1.64%) dan responden berumur 27 dan 30 tahun masing-masing sebanyak (0.83%).

Graduan yang Mendapat Pekerjaan Dan Jenis Industri Yang Diceburi

Kajian kebolehpasaran graduan di pasaran tenaga kerja sudah banyak dilakukan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Namun, kajian yang mengkhusus kepada kebolehpasaran graduan kejuruteraan di pasaran tenaga kerja belum diterokai sepenuhnya. Hasil kajian kebolehpasaran yang telah dijalankan ke atas graduan Fakulti Kejuruteraan UKM mendapati responden yang telah tamat belajar dalam tempoh 2 hingga 3 bulan mempunyai status pekerjaan yang pelbagai. Status pekerjaan ini telah dipecahkan kepada 8 item iaitu, bekerja sepenuh masa, bekerja secara sambilan, bekerja sendiri, bekerja sementara, melanjutkan pelajaran, tidak bekerja, menjaga keluarga sepenuh masa dan lain-lain. Hasil kajian mendapati responden yang bekerja sepenuh masa adalah paling ramai (62.3%), disusuli oleh responden yang bekerja sementara (14.76%) dan bekerja secara sambilan (9.02%). Manakala bilangan responden yang melanjutkan pelajaran keperingkat sarjana adalah 6.55%. Selebihnya adalah terdiri daripada responden yang tidak bekerja (6.55%) dan lain-lain (0.82%). Ini bererti jumlah responden yang bekerja dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas tamat pengajian adalah tinggi. Walaupun pecahan bekerja itu terbahagi kepada

Page 5: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Kebolehpasaran Graduan Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Di Pasaran Tenaga Kerja

169

tiga, iaitu, bekerja sepenuh masa, bekerja sementara dan bekerja sambilan sekurang-kurangnya mereka tidak termasuk dalam kumpulan tidak bekerja. Justeru, mereka memiliki pendapatan untuk menyara hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Jadual 2 menunjukkan status pekerjaan responden manakala Rajah 1 menunjukkan profil status pekerjaan responden mengikut bangsa.

Hasil penelitian dari Rajah 1 mendapati bahawa responden Melayu adalah paling ramai mempunyai status bekerja sepenuh masa (45 orang), bekerja sementara (16 orang) dan bekerja sambilan (11 orang), menjadikan jumlah peratusnya sebanyak 59%. Disusuli oleh responden berbangsa Cina 30 orang (24.6%) bekerja sepenuh masa dan 2 orang (1.6%) bekerja sementara. Manakala responden berbangsa India dan bangsa lain-lain 1 orang (0.8%) tidak menunjukkan peningkatan dan perbezaan yang ketara. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak boleh melihat perbezaan dari segi bangsa kerana nisbah sampel yang dicerap adalah tidak sama. Atau dengan kata lain graduan berbangsa Melayu adalah paling ramai responden jika dibandingkan dengan responden berbangsa Cina, India dan bangsa lain-lain.

JADUAL 2 Status Pekerjaan Responden

Perkara Jumlah Peratus

STATUS PEKERJAAN Bekerja sepenuh masa Bekerja secara sambilan Bekerja sendiri Bekerja sementara Melanjutkan pelajaran Tidak bekerja Menjaga keluarga sepenuh masa Lain-lain JUMLAH

76 11 0

18 8 8 0 1

122

62.3% 9.02%

0 14.76% 6.55% 6.55%

0 0.82% 100%

0 1 0 2 0 3 0 4 0 5 0 6 0 7 0 8 0

J u m la h R e s p o n d e n

B e k e r ja s e p e n u h m a s a

B e k e r j a s e c a r a s a m b i l a n

B e k e r j a s e n d i r i

B e k e r j a s e m e n ta r a

M e la n j u tk a n p e la ja r a n

T i d a k b e k e r ja

M e n j a g a k e l u a r g a

L a in - la in

Peke

rjaan

Res

pond

en

P r o f i l S t a t u s P e k e r ja a n M e n g ik u t B a n g s a

M e l a yu

C in a

In d ia

L a i n - l a i n

PEN T U N J U K :

RAJAH 1: Profil Pekerjaan Responden Mengikut Bangsa

Page 6: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Azah Mohamad, Farah Liza Mohd Isa dan Haryati Shafii

170

Hasil kajian ini juga dapat menjelaskan bahawa jumlah responden yang menganggur/tidak bekerja hanya berjumlah 6.6% sahaja, iaitu, 8 orang daripada 122 jumlah responden yang ditemui. Pecahan lain terdiri daripada responden melanjutkan pelajaran (6.6%) dan lain-lain (0.8%). Ini bererti responden yang ditemui tidak sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka yang menganggur ini pula bukan terdiri daripada penganggur tegar, sebaliknya dalam proses mencari pekerjaan dan menunggu untuk ditemuduga.

Jadual 3 menunjukkan jenis-jenis industri yang diceburi oleh responden selepas tamat pengajian, iaitu, industri dari sektor awam dan sektor swasta. Sektor awam merangkumi sektor kerajaan dan badan berkanun. Contohnya, kesihatan dan sosial, pendidikan, komunikasi dan IT, pertahanan dan keselamatan, pertanian dan makanan, tenaga dan sumber asli dan sektor alam bina. Manakala sektor swasta melibatkan syarikat swasta multinasional, swasta tempatan dan perusahaan sendiri. Kajian mendapati industri yang paling tinggi diceburi oleh responden ialah berkaitan dengan bahan kejuruteraan (19.67%) dan disusuli dengan responden dari industri lain-lain (16.4%) dan perundingan (11.5%). Manakala responden daripada industri selainnya tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Responden kebanyakannya bekerja sebagai jurutera dari pelbagai bidang seperti jurutera awam, jurutera elektrik, jurutera bahan dan sebagainya yang jelas berkaitan dengan bidang pengajian responden.

JADUAL 3 Jenis-Jenis Industri yng Diceburi Oleh Responden

Jenis industri Jumlah Peratus Kesihatan dan sosial Hiburan dan santai Pendidikan Perdagangan, perniagaan dan kewangan Komunikasi dan IT Pertahanan dan keselamatan Pengangkutan Pertanian dan makanan Bahan kejuruteraan Tenaga dan sumber asli Sektor alam bina Perundingan Lain-lain Tidak dinyatakan JUMLAH

1 2 11 2

10 0 3 1 24 9 6 14 20 19

122

0.8% 1.64%

9% 1.63%

8.2% 0%

2.46% 0.8%

19.67% 7.4% 4.9%

11.5% 16.4% 15.6% 100%

Nota: Angka yang ditebalkan menunjukkan peratus yang tertinggi.

Lebih 68.4% responden yang berjaya disoalselidik menceburi diri dalam

sektor swasta. manakala selebihnya 31.4% pula terdiri daripada responden dari sektor awam. Perincian peratusan industri daripada sektor swasta terdiri daripada

Page 7: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Kebolehpasaran Graduan Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Di Pasaran Tenaga Kerja

171

hiburan dan santai (1.64%), perdagangan, perniagaan dan kewangan (1.63%), pengangkutan (2.46%), bahan kejuruteraan (19.67%), perundingan (11.5%) dan lain-lain (16.4%). Rajah 2 memperincikan peratus industri yang diceburi oleh responden.

Peratus Industri yang Diceburi Responden

0%1%2% 9% 2%8%

0%2%1%

19%

7%5%12%

16%

16%

Jenis industri

Kesihatan dan sosial

Hiburan dan santai

Pendidikan

Perdagangan, perniagaandan kewanganKomunikasi dan IT

Pertahanan dankeselamatanPengangkutan

Pertanian dan makanan

Bahan kejuruteraan

Tenaga dan sumber asli

Sektor alam bina

Perundingan

Lain-lain

PETUNJUK:

RAJAH 2 Jenis Industri yang Diceburi Oleh Responden Mengikut Peratusan

Perbezaan Antara Klasifikasi Ijazah Dengan Tempoh Mendapatkan Pekerjaan dan Jumlah Pendapatan Dalam Setahun

Tujuan kedua ialah untuk melihat perbezaan antara klasifikasi ijazah yang dimiliki oleh responden dengan tempoh mendapatkan pekerjaan dan jumlah pendapatan dalam setahun. Oleh kerana kajian ini dijalankan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas responden menamatkan pengajian, pengelasan tempoh masa dalam bulan dibahagikan kepada 0 hingga 1 bulan, 1 hingga 2 bulan dan 2 hingga 3 bulan. Jadual 4 menunjukkan klasifikasi ijazah dengan tempoh mendapatkan pekerjaan dan klasifikasi ijazah dengan jumlah pendapatan setahun. Penelitian kajian mendapati bahawa responden yang mempunyai klasifikasi ijazah kelas kedua atas adalah paling tinggi, iaitu, 88 orang. Responden dalam kelas ijazah ini paling ramai mendapat kerja dalam tempoh 0 hingga 1 bulan, iaitu. 43.3%. Disusuli pada tempoh 1 hingga 2 bulan (25%) dan tempoh 2 hingga 3 bulan (23.8%). Manakala 7.9% responden tidak menyatakan tempoh/ masa mereka mendapatkan pekerjaan. Responden yang mendapat ijazah kelas ke dua bawah pula berjumlah 24 orang dengan sebanyak 41.6% responden mendapat kerja dalam tempoh 0 hingga 1 bulan dan 1 hingga 2 bulan manakala 12.3% responden mendapat kerja dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Responden yang mendapat ijazah kelas pertama seramai 3 orang menunjukkan 100% graduannya

Page 8: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Azah Mohamad, Farah Liza Mohd Isa dan Haryati Shafii

172

mendapat pekerjaan dalam tempoh yang paling minimum, iaitu, pada 0 hingga 1 bulan.

JADUAL 4 Klasifikasi Ijazah Dengan Tempoh Mendapatkan Pekerjaan dan Jumlah Pendapatan Setahun

Perkara Kelas

pertama Kelas kedua atas

Klasifikasi ijazah Kelas kedua bawah

Kelas ketiga

Lulus

TEMPOH DAPAT KERJA 0 hingga 1 bulan 1 hingga 2 bulan 2 hingga 3 bulan Tidak dinyatakan

Jumlah

3 0 0 0 3

38 22 21 7 88

10 10 3 1 24

0 0 0 1 1

0 1 2 3 6

Jumlah pendapatan

Kelas pertama

Kelas kedua atas

Klasifikasi ijazah Kelas kedua bawah

Kelas ketiga

Lulus

(Setahun) < RM 9,999 RM 10,000-RM 14,999 RM 15,000-RM 19,999 RM 20,000-RM 24,999 RM 25,000-RM 29,999 Lebih dari RM 30,000 Tidak dinyatakan

0 0

0

0

1

2

0

5 6

15

22

13

7

20

3 3

11

4

1

0

2

0 0

0

0

1

0

0

0 2

1

0

0

0

3

Jumlah 3 88 24 1 6 Kajian ini juga cuba melihat perbezaan antara klasifikasi ijazah yang

dimiliki oleh responden dengan jumlah pendapatan setahun. Penelitian kajian mendapati 66.7% responden yang mendapat ijazah pada kelas pertama mendapat pendapatan melebihi RM 30,000 setahun atau RM 2500 sebulan. Responden kelas kedua atas menunjukkan 25% responden memperolehi pendapatan antara RM 20,000 hingga RM 24,999 setahun dan diikuti oleh 17% responden berpendapatan antara RM 15,000 hingga RM 19,999, 14.8% responden berpendapatan antara RM 25,000 hingga RM 29,999 manakala sebanyak 7.9% responden daripada kelas ijazah ini memperolehi pendapatan melebihi RM 30,000 setahun.

Page 9: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Kebolehpasaran Graduan Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Di Pasaran Tenaga Kerja

173

Setelah meneliti hasil kajian di atas, kajian ini merumuskan bahawa seramai 122 responden daripada lulusan Kejuruteraan telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh yang singkat, iaitu, dari 0 hingga 3 bulan. Peratus responden yang mendapat pekerjaan dalam tempoh ini ialah 86.08% dan ini merupakan satu pencapaian yang cukup tinggi dan selesa. Dari segi perbezaan antara klasifikasi ijazah dengan jumlah pendapatan setahun yang diperolehi oleh responden pula, kajian mendapati 19.7% dengan ijazah kelas kedua atas dan ijazah kelas pertama memperolehi pendapatan melebihi RM 25,000 setahun. Hasil kajian ini sudah cukup menunjukkan bahawa responden yang ditemui mempunyai nilai pasaran yang tinggi di pasaran tenaga kerja.

Perbezaan Antara Jantina Dalam Mendapatkan Pekerjaan Kajian diteruskan untuk melihat perbezaan yang wujud antara jantina dalam mendapatkan pekerjaan. Jadual 5 menunjukkan jumlah perbezaan antara jantina dengan pekerjaan secara mutlak. Walaupun kajian mendapati bahawa jumlah responden perempuan adalah lebih tinggi, iaitu, 73 orang berbanding lelaki seramai 49 orang, tetapi dalam status pekerjaan tertentu, terdapat beberapa perbezaan yang boleh dikenalpasti. Hasil analisis mendapati bilangan responden perempuan yang telah bekerja sepenuh masa adalah lebih tinggi berbanding dengan responden lelaki. Jumlah responden perempuan yang berstatus bekerja sepenuh masa ialah 41 orang (33.3%), berbanding lelaki 32 orang (26.49%). Perbezaan juga dapat dikesan mengikut status bekerja secara sambilan. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden perempuan yang bekerja secara sambilan adalah 7.5% berbanding responden lelaki 4.1%. Kategori bekerja secara sementara juga turut menunjukkan bahawa responden perempuan mendahului responden lelaki dengan jumlah 11.5%, manakala responden lelaki pula 3.3%. Sebaliknya bagi status tidak bekerja pula menunjukkan responden lelaki lebih tinggi peratusnya berbanding responden perempuan, iaitu, masing-masing 4.1% dan 2.4%.

JADUAL 5 Profil Jantina Dan Status Pekerjaan Di Kalangan Responden

Perkara Lelaki Perempuan STATUS PEKERJAAN

1. Bekerja sepenuh masa 2. Bekerja secara sambilan 3. Bekerja sendiri 4. Bekerja sementara 5. Melanjutkan pelajaran 6. Tidak bekerja 7. Menjaga keluarga sepenuh masa 8. Lain-lain

32 5 0 4 3 5 0 0

41 9 0 14 5 3 0 1

Jumlah 49 73 Nota: Nombor yang ditebalkan menunjukkan jumlah yang paling tinggi

Page 10: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Azah Mohamad, Farah Liza Mohd Isa dan Haryati Shafii

174

Sementara itu, hanya status melanjutkan pelajaran sahaja tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara kedua-dua jantina. Secara rumusnya, kajian mendapati responden mempunyai nilai saing yang tinggi di pasaran tenaga kerja. Walaupun terdapat perbezaan daripada status pekerjaan antara responden perempuan dengan responden lelaki, ini kemungkinan dipengaruhi oleh bilangan responden perempuan yang lebih ramai respon terhadap kajian ini. Walau bagaimanapun, dalam status-status tertentu perbezaan masih boleh dikesan yang jelas menunjukkan bahawa responden perempuan lebih ramai berstatus bekerja berbanding lelaki. Justeru, kajian ini menyimpulkan bahawa responden perempuan mempunyai kebolehpasaran yang lebih tinggi berbanding responden lelaki.

KESIMPULAN

Kajian kebolehpasaran graduan Fakulti Kejuruteraan UKM di pasaran tenaga kerja, berjaya mencapai matlamatnya. Kajian berjaya menunjukkan bahawa responden yang ditemui mempunyai nilai pasaran yang tinggi di pasaran tenaga kerja. Buktinya dapat dilihat pada responden yang bekerja sepenuh masa adalah paling tinggi berbanding responden yang tidak bekerja. Terdapat juga responden yang bekerja sementara, bekerja sambilan dan responden yang melanjutkan pelajaran keperingkat sarjana. Kajian ini juga mendapati bahawa seramai 105 responden (86.08%) telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh yang singkat iaitu dari 0 hingga 3 bulan, satu pencapaian yang cukup tinggi dan selesa. Responden yang mempunyai klasifikasi ijazah pada kelas kedua atas adalah paling tinggi, disusuli dengan ijazah kelas kedua bawah dan ijazah kelas pertama. Perbezaan antara klasifikasi ijazah dengan jumlah pendapatan setahun yang diperolehi oleh responden didapati responden berijazah kelas kedua atas memperolehi pendapatan melebihi RM 30,000 setahun/RM 2500 sebulan adalah paling tinggi dan diikuti oleh responden ijazah kelas pertama. Pendapatan yang tinggi adalah lebih stabil dan terjamin manakala pendapatan rendah menunjukkan bahawa kemungkinan mereka ini bekerja sementara dan sambilan. Jadi pendapatan yang diperolehi adalah tidak setimpal dengan kelulusan yang mereka miliki. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini sudah cukup menunjukkan bahawa responden yang ditemui mempunyai nilai pasaran yang tinggi di pasaran tenaga kerja. Dengan tempoh menganggur yang singkat dan jumlah pendapatan yang diperolehi setahun agak memuaskan, dikira graduan Fakulti Kejuruteraan mempunyai daya saing yang tinggi di pasaran tenaga kerja walaupun terdapat perbezaan dari segi jantina namun, ianya tidakah terlalu ketara.

Page 11: KEBOLEH PASARAN FAKULTI KEJURUTERAAN.pdf

Kebolehpasaran Graduan Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia Di Pasaran Tenaga Kerja

175

RUJUKAN

Citra. Buletin Pusat Pembangunan Akademik. Kebolehpasaran graduan. 2005. April. Bil: 8.

Gallagher, P. 1999. Critical Skills: Hitting a Moving Target. Background

paper for the Expert Panel of Skills. Ottawa: Industry Canada. At < http://acst-ccst.gc .ca/skills >. Dlm. Canadian Public Policy-Analyse De Politiques, Vol. XXVIII, No.2 2002.

Haryati Shafii. 2007. Persepsi penduduk terhadap tempat tinggal dan kualiti

hidup masyarakat bandar. Bangi: Penerbit Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laporan Kajian Pengesanan Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia 2006.

2007. Pejabat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. Pusat Penerbitan dan Percetakan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mclaughlin, M. 1992. Employability Skills Profile: what are employers looking

for?. Report No. 81-92 E. Ottawa : Conference Board of Canada.

Mohd Azril Ahamad/Ahmad. 2007. Kriteria yang diperlukan oleh graduan kejuruteraan awam dalam pasaran industri pembuatan. Tesis sarjana muda, Universiti Teknologi Malaysia, Sekudai. Tidak diterbitkan.

Rubenson, K. & Schuetze, H.G. 2000. Transition to the Knowledge Society:

Policies and strategies for individual participation and learning. Vancouver: Institute for European Studies, University Of british Columbia. Dlm. Canadian Public Policy – Analyse De Politiques, Vol. XXVIII, No. 2 2002.

Www. exeter. ac. uk./ employability/studen/grad % 20

destination/engineering.htm-15k. September 2007.