KEBURUKAN KEJURUTERAAN GENETIK

7
KEBURUKAN KEJURUTERAAN GENETIK Masalah Kesihatan Toksin Kejuruteraan genetik boleh menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma, yang boleh menghasilkan toksin atau racun baru dan tinggi parasnya dalam makanan. Di United Kingdom, penyebab utama kontroversi mengenai kesan buruk daripada kentang KG terhadap kesihatan manusia mendedahkan bahawa tikus- tikus yang diberi makan kentang ini mengalami kerosakan teruk pada sistem imunisasi dan organ-organ penting mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa susu daripada lembu-lembu yang disuntik dengan hormon tumbesaran bovin KG (di Amerika Syarikat) mungkin menyumbang kepada meninggikan risiko barah buah dada pada wanita dan barah prostat pada lelaki.

description

gjy

Transcript of KEBURUKAN KEJURUTERAAN GENETIK

Page 1: KEBURUKAN  KEJURUTERAAN GENETIK

KEBURUKAN KEJURUTERAAN GENETIKMasalah Kesihatan

• Toksin

Kejuruteraan genetik boleh menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma, yang boleh menghasilkan toksin atau racun baru dan tinggi parasnya dalam makanan.

Di United Kingdom, penyebab utama kontroversi mengenai kesan buruk daripada kentang KG terhadap kesihatan manusia mendedahkan bahawa tikus-tikus yang diberi makan kentang ini mengalami kerosakan teruk pada sistem imunisasi dan organ-organ penting mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa susu daripada lembu-lembu yang disuntik dengan hormon tumbesaran bovin KG (di Amerika Syarikat) mungkin menyumbang kepada meninggikan risiko barah buah dada pada wanita dan barah prostat pada lelaki.

Page 2: KEBURUKAN  KEJURUTERAAN GENETIK

• Reaksi Alahan

Kejuruteraan genetik juga boleh menghasilkan agen penyebab alahan pada

makanan. Kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli sains di University of Nebraska

menunjukkan bahawa kacang soya KG yang dihasilkan supaya mengandungi

protein yang biasa terdapat pada kacang Brazil menyebabkan reaksi alahan

kepada mereka yang alah kepada kacang Brazil.

• Virus

Apabila tanam-tanaman yang dihasilkan secara genetik untuk melawan virus

tertentu dijangkiti virus lain, sejenis virus baru yang boleh mengubah ciri-ciri dan

sifat biologi perumah tersebut boleh terhasil.

Page 3: KEBURUKAN  KEJURUTERAAN GENETIK

• Bakteria Tahan Antibiotik 

Jurutera genetik menggunakan gen yang tahan antibiotik untuk menanda gen yang

dimasukkan untuk membantu mengenalpasti tanaman KG. Gen-gen ini mungkin

diserap oleh bakteria dan bakteria itu tidak akan alah kepada antibiotik itu lagi. Ini boleh

menyumbang kepada bertambahnya jumlah bakteria dan virus yang tahan antibiotik.

• Nilai Khasiat Berkurangan

Dalam kes-kes tertentu, kandungan khasiat dalam tanaman KG boleh berubah.

Makanan transgenik mungkin mengelirukan pengguna, kononnya ia lebih segar dan

lebih berkhasiat. Contohnya, tomato merah yang kelihatan segar dan ranum boleh jadi

telah dipetik beberapa minggu sebelumnya dan telah kurang kandungan khasiatnya.  

Page 4: KEBURUKAN  KEJURUTERAAN GENETIK

Pencemaran Alam

• Bertambahnya Penggunaan Racun Rumpai

Lebih 50 peratus daripada tanaman yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat telah dicipta

sedemikian rupa supaya ia tahan racun. Akibatnya, para peladang yang tahu bahawa tanaman

mereka dapat melawan racun akan menggunakannya dengan sewenang-wenangnya.

• Lebih Banyak Racun Serangga

Tanaman kini juga dicipta untuk menghasilkan racun serangganya sendiri. Dengan ini,

bilangan serangga yang tahan racun akan bertambah. Strategi ini akan menyebabkan

bertambahnya kandungan racun serangga di ladang-ladang dan di dalam makanan kita, yang

mana ia boleh membahayakan kesihatan manusia.

Page 5: KEBURUKAN  KEJURUTERAAN GENETIK

KEBAIKAN KEJERUTERAAN GINETIK

Mengelakkan penyakit keturunan

• Teknologi genetik boleh mengubah maklumat pada kromosom dalam gen induk.

• Taraf kesihatan induk bertambah baik.

• penyakit keturunan seperti kanser, strok, dan diabetis dapat dielakkan.Memudahkan penderma organ daripada organ tertentu yang diklonkan tanpa mengambilnya daripada manusia norma.l

Page 6: KEBURUKAN  KEJURUTERAAN GENETIK

Menghasilkan  baka  tanaman  yang  lebih  baik

• Sektor  pertanian  dapat  ditingkatkan  dengan  penghasilan  produk  berkualiti.

• Tumbuhan  kepala  sawit  Disifera  dikacukan  dengan  Dura  telah  menghasilkann  buah  tempurung  yang  nipis,  dan  mengeluarkan  banyak  minyak.

• Produk  yang  diahasilkan  keunikan  baka.

• Kacukan  ayam  dan  burung  puyuh  juga  pernah  dilakukan.

Page 7: KEBURUKAN  KEJURUTERAAN GENETIK

• Mengatasi masalah kemandulan

Dalam mengaplikasikan teknologi genetik, permainan berhadas dilakukan apabila mendapati suami mandul