Kecederaan Semasa Bersukan.docx

4
Kecederaan Semasa Bersukan Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan. Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan? • Pertembungan di antara satu sama lain • Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan • Jatuh • Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan Apakah jenis-jenis kecederaan semasa bersukan? • Luka-luka • Hentakan • Terkehel/tergeliat • Ketegangan • Terseliuh • Patah tulang Apakah jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan? • Kapsul sendi koyak • Konklusi otak akibat hantukkan • Kecederaan dalam abdomen • Patah/terseliuh pada tulang dan sendi - sendi Apakah perbezaan di antara terseliuh dengan ketegangan? Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot. Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan. Apakah tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan?

Transcript of Kecederaan Semasa Bersukan.docx

Page 1: Kecederaan Semasa Bersukan.docx

Kecederaan Semasa Bersukan

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalahpelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapunkecederaan adalah biasa semasa bersukan.Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasabersukan?• Pertembungan di antara satu sama lain• Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan• Jatuh• Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan

Apakah jenis-jenis kecederaan semasa bersukan?

• Luka-luka• Hentakan• Terkehel/tergeliat• Ketegangan• Terseliuh• Patah tulangApakah jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan?• Kapsul sendi koyak• Konklusi otak akibat hantukkan• Kecederaan dalam abdomen• Patah/terseliuh pada tulang dan sendi - sendiApakah perbezaan di antara terseliuh dengan ketegangan?Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala keteganganmerujuk kepada ketegangan di otot.Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.

Apakah tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan?

• Sakit - di tempat yang cedera• Bengkak - di tempat yang cedera• Lebam - kebiruan di tempat kecederaan• Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh danpatah)• Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi sepertibiasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)• Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan• Pening - terjadi semasa kecederaan otak• Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otakAdalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapatkecederaan semasa bersukan.

Page 2: Kecederaan Semasa Bersukan.docx

Apa yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walaubagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkanbahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!Prinsip asas ialah RICE.R - 'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkanbahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalamkedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagimengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.I - 'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera.Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahandan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.C - 'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yangtercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakinkurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan prosespenyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.E - 'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yangtercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkanbengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawatkecederaan semasa bersukan?Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera.Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil ColdCompression.Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagianterlibat sebelum meletakkan ais.Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.3 jam pertama • Lakukan Cold Compression selama 10 -15 minit setiap setengah jam48 jam yang berikut • Lakukan Cold Compression sebanyak 4 - 5kali sehari selama 15 - 20 minitSelepas 48 jam • Kompresi panas mungkin boleh digunakanPeringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat• Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24jam• Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh• Kecacatan struktur yang jelas• Sakit semasa tidur• Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa• Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkanrawatan segera di hospitalBagaimana cara untuk mencegahkecederaan semasa bersukan?

Page 3: Kecederaan Semasa Bersukan.docx

Langkah-langkah yang penting ialah:• Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saizdan berpadanan dengan jenis sukan sepertitopi keledar untuk menunggang, meluncuratau menggunakan papan luncur• Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkanmenggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alatpelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasaaktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju• Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukanmeluncur skateboard atau in-line skate• Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh• Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan• Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema• Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda darikecederaan• Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih andaKesimpulanya,pelbagai kecederaan dapat dielakkan sekiranya atlet tahu akan selok belok maklumat tentang kecederaan dalam sukan.oleh itu,atlet ataupun jurulatih perlulah sentiasa melengkap diri agar dapat menjamin kesihatan ketika bersukan.