Kecemerlangan peribadi
-
Upload
soon-yang-yang -
Category
Documents
-
view
36 -
download
4
description
Transcript of Kecemerlangan peribadi
SoalanTema: Perkembangan peribadi seseorang remaja Tugasan : Faktor-faktor yang mempengaruhi Format :Pendapat
Rangka KaranganPengenalan :Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam remaja merupakan alamtransisi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa.- berlaku perubahan fizikal dan tingkah laku.- remaja cuba membentuk peribadi dan personaliti masing-masing.- peribadi berkait dengan cabaran mengemudikan hidup- terdapat pelbagai faktor yang turut mempengaruhi hal tersebut.
Isi 1: Keluarga mempunyai pengaruh yang besar.- alam kehidupan remaja bermula dari sebuah keluarga.- ibu bapa mampu mencorakkan anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih.- sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat membentuk anak-anak yang berperibadi mulia- bertanggungjawab,bersopan dan saling menghormati satu sama lain.- keluarga yang pincang pula akan mempengaruhi remaja dari sudut yang negatif.- bagaimana acuan, begitulah kuihnya.- ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri anak- anak- anak-anak akan membesar dengan peribadi mulia.
Isi 2: Rakan sebaya juga boleh mempengaruhi perkembangan peribadi remaja.- Lumrah remaja untuk berkawan.- memilih rakan yang boleh dipercayai.- berkongsi masalah dan rahsia.- terikut-ikut akan perlakuan rakan.- jika rakan baik – peribadi remaja juga akan baik.- jika terpilih rakan yang negatif, mereka akan membentuk peribadi yang negatif.- ibu bapa perlu peka akan perubahan pada anak- anak.- sayangkan anak, tangan-tangankan – perlu tahu latar belakang anak-anak mereka.
Isi 3 : Masyarakat- masyarakat positif dapat membentuk semangat perpaduan, saling menghormati,- perlakuan masyarakat akan dilihat dan diperhatikan oleh remaja.- jika setiap ahli masyarakat saling bertolak-ansur dan menunjukkan sikap toleransi,remajaakan meniru dan mengamalkannya.- jika sebaliknya, remaja memerhatikan masyarakat sekelilingnya bersikap negatif, maka sikap negatif itulah yang akan menjadi amalan, seterusnya mempengaruhi peribadi remaja itu dan kehidupannya.
Isi 4: Agama merupakan elemen utama dalam pembentukan peribadi seseorang remaja.- agama membimbing setiap orang ke jalan yang benar.- agama memandu insan pada batasan kebenaran.- remaja yang terdidik dengan asuhan agama yang kukuh akan memperlihatkan peribadi murni yang selaras dengan ajaran agama.- ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan mereka telah menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing.
Isi 5: Media massa- Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri membuat pernyataan menyelar rancangan realiti tv yang berunsur negatif dan pernyataan beliau adalah sesuatu yang berasas.- pada zaman ini, media massa begitu berpengaruh dalam kehidupan remaja.- kajian yang dijalankan mendapati bahawa purata masa menonton tv dalam kalangan remaja negara ini ialah 40 jam satu minggu.
- masa yang begitu panjang sudah pasti mampu mendatangkan kesan kepada remaja.- remaja meniru sesuatu yang kebaratan kerana kebanyakan rancangan yang ditonton remaja pada masa ini lebih menonjolkan budaya yang negatif.
Kesimpulan :- remaja aset penting negara.- perlu usaha secara kolektif untuk membentuk remaja yang positif.- pendedahan pelbagai perkara positif perlu sejak kecil- melentur buluh biar dari rebung.- asuhan yang betul hendaklah diberikan kepada mereka.- mereka akan dewasa sebagai pemuda dan pemudi harapan bangsa dan negara.