Kecergasan fizikal

16
ISI KANDUNGAN Nombo r Isi kandungan Muka Surat 1 Penghaargaan 2 2 Tajuk 3 3 Pengenalan 3-6 4 Kemahiran 7-9 5 Permainan Kecil 10 6 Refleksi 11-12 7 Rujukan 13 1

Transcript of Kecergasan fizikal

Page 1: Kecergasan fizikal

ISI KANDUNGAN

Nombor Isi kandungan Muka

Surat

1 Penghaargaan 2

2 Tajuk 3

3 Pengenalan 3-6

4 Kemahiran 7-9

5 Permainan Kecil 10

6 Refleksi 11-12

7 Rujukan 13

1

Page 2: Kecergasan fizikal

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada ilahi atas limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa

tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya.

            Pertama, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada

pensyarah tercinta saya, En. Faisal bin Karim kerana dengan tunjuk ajar serta

bimbingan daripada beliau, saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu

bapa saya yang memberi saya sokongan dalam menyiapkan kerja kursus  ini.

Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak

terhingga sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi peringatan dalam setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya

dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

            Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat

secara langsung atau secara tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

2

Page 3: Kecergasan fizikal

TAJUK

Kelajuan

Sukan: Lari 100 meter

PENGENALAN

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi

bahagian-bahagiananggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah

acara olahraga jarak dekat( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga

tinggi seperti tenaga anaerobik untukmembuat larian sepantas mungkin.. Dalam

pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan cara pergerakan yang

betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti

berikut :

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.

b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki

tersebut

c) Tangan digerakkkan dengan pantas.

d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk

menempa kejayaan.Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas

dibandingkan dengan acara-acara lain.Larian pantas ini bergantung pula kepada

beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin,permukaan balapan, jenis kejohanan

dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang

ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar

bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang

membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang

perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah

kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan

seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri

3

Page 4: Kecergasan fizikal

seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor

kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.

Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi,

kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari.

Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan

mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter

hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan

kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang

Sejarah Lari Pecut

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga

yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah

perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19

lari pecut menjadi semakin popular. Acarastade adalah antara acara yang mula-

mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.Jarak ini juga merupakan

panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan

dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.

Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang

dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada

ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki.

Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka

berbeza.Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan

perlumbaan.Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-

undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang

tepat.

Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai

cara mana yang patut digunakan.Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk

mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan

diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan

cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencilstart”, di mana

para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan

4

Page 5: Kecergasan fizikal

dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun

1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921

kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk

wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100

meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari

Switzerland pada tahun 1890.

Sejarah atlit

Gambar 1: Usain Bolt memakai baju berwarna kuning.

5

Page 6: Kecergasan fizikal

Gambar 2: Usain Bolt menunjukkan trade-marknya

Usain Bolt, juga dikenali sebagai raja pecut dunia dan juga manusia terlaju di

dunia, yang berasal dari Jamaika, menjadi legenda kerena menjadi orang pertama

yang memenangi medal emas untuk anugerah lari pecut jarak 100 meter dan 200

meter dalam dua pertandingan berturut-turut di sukan Olimpik.Beliau juga

merupakan atlit yang menerima bayaran paling mahal dalam acara trek dan padang

di dunia.

6

Page 7: Kecergasan fizikal

KEMAHIRAN

Kemahiran Berlari Laju

Latihan aktiviti:

a. Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas.

b. Lari pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang

c. Lari sambil mengejar pasangan dan cuit mana-mana bahagian badannya

sebelum sampai di tandaan 30 meter.

d. Berlari anak dan dengan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter

Cara perlaksanaan:

Cara Melaksanakan Latihan

1. Lari Pecut 100m

a. Bersedia di belakang garisan permulaan dengan gaya lari pecut.

b. Gunakan blok permulaan.

c. Mendengar arahan ‘sedia’ dan mulakan larian apabila wisel ditiup.

d. Berlari laju sehingga melepasi 100m.

Semasa Perlumbaan

1. Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing yang

ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan, iaitu dari

mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau sengaja berlari di

lorong lain, perlumbaannya dikira batal.

2. Peserta hendaklah membuat larian terus menerus tanpa henti sehingga ke

garisan penamat.

3. Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau mengganggu peserta lain

semasa dalam perlumbaan.

7

Page 8: Kecergasan fizikal

Akhir Perlumbaan

1. Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat, pada aras dada

peserta. Pemenang ditentukan melalui sentuhan pertama mana-mana

peserta pada bahagian dadanya (torso). Peserta tidak dibenarkan

menggunakan tangan atau kaki atau kepala untuk menyentuh tali atau pita

tersebut untuk mendakwa dia yang mula-mula mencecah pita tersebut.

2. Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita pada waktu

yang sama, penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto. Jika

kaedah seperti itu tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh pegawai-

pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh peserta

tersebut.

Pengambilan Masa

1. Jam randik atau stop-watch digunakan untuk mencatat masa yang dicapai

oleh para peserta. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga di peringkat

antarabangsa, tidak kurang daripada 20-30 orang penjaga masa disediakan.

Namun kini catatan dan rakaman ditentukan atau menerusi penggunaan

perakam waktu elektronik yang serba lengkap dan canggih.

2. Tiga penjaga masa akan mencatat masa yang diambil oleh peserta. Catatan

yang diambil kira ialah catatan masa di antara yang paling cepat dan paling

lambat.

3. Setiap peserta akan cuba berlari sepantas mungkin, dan sebelum

perlumbaan, mereka tahu akan rekod atau masa terbaik pernah dicatat oleh

peserta lain.

8

Page 9: Kecergasan fizikal

Kelebihan aktiviti

Dapat bertindak dengan pantas semasa kecemasan .

Meningkatkan masa tindak balas.

Meningkatkan enzim glikolitik yang tinggi pada otot gentian putih.

Meningkatkan daya penguncupan otot.

Meningkatkan keupayaan sistem tenaga kekal.

Meningkatkan kuasa eksplusif.

Kekurangan aktiviti

Boleh menyebabkan kecederaan seperti seliuh dan kecederaan otot serta

kekejangan otot

Tidak dapat dilaksanakan oleh orang yang mengalami masalah sendi

9

a) Memulakan larian

b) Berlari sambil memecut

c) Menamatkan larian

Page 10: Kecergasan fizikal

PERMAINAN KECIL

Target: Murid-murid tahun 5

Bilangan murid: 20 orang

Masa perlaksanaan aktiviti: 1 jam

Permainan: Permainan Kejar-kejar sebelum tandaan 30 meter

Tempat: Padang sekolah

Perlaksanaan aktiviti:

c. Lari sambil mengejar pasangan dan cuit mana-mana bahagian badannya

sebelum sampai di tandaan 30 meter.

1. Laksanakan warming up selama 5 minit dengan aktiviti-aktiviti berikut:

a) Regangan tangan

b) Regangan kaki

c) Regangan pinggang

d) Regangan leher

2. Arahkan seorang murid mengejar pasangannya dan mencuit mana-mana

bahagian badan badan pasangannya sebelum mencapai tandaan 30 meter.

3. Berikan markah kepada murid yang berjaya mencuit pasangannya sebelum

tandaan 30 meter.

4. Berikan hadiah kepada murid yang berjaya memperoleh markah.

5. Laksanakan aktiviti-aktiviti cooling down.

10

Page 11: Kecergasan fizikal

REFLEKSI

Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja

kursus ini. Saya Sherly Jewinly, sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan

telah berjaya saya sempurnakan.Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan,

pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya

untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan kerja kursus sangat

menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan

baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang

telah diberikan dan dihantar pada masanya.

Refleksi yang saya perolehi sepanjang penghasilan kerja kursus ini ialah saya

dapat mengenali & belajar cara melaksanakan aktiviti berasaskan kecergasan fizikal

dengan betul. Selain itu, saya juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan saya

mengenai tajuk kerja kursus yang telah diberi kepada saya iaitu kelajuan. Dalam

melaksanakan kerja kursus ini, saya juga dapat belajar erti kesabaran dalam

mencari maklumat dan informasi mengenai tajuk yang saya dapat. Namun, saya

telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Saya telah ditugaskan untuk melaksanakan aktiviti yang berasaskan kelajuan.

Saya amat berbangga kerana saya berjaya menyiapkan kerja kursus pelaksanaan

aktiviti berasakan kelajuan ini dalam masa yang ditetapkan. Semasa menyiapkan

kerja kursus ini, saya telah mempelajari banyak perkara baru seperti cara-cara betul

melaksanakan aktiviti untuk murid-murid tahap dua sekolah rendah dan aktiviti-

aktiviti yang sepatutnya dijalankan semasa warming up dan cooling down.

Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, bimbingan dan nasihat pensyarah

Kesihatan Diri dan Kecergasan, En Faisal bin Karim saya ikuti sengan sepenuhnya.

Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja

kursus ini. Saya juga menghadapi kesukaran semasa melaksanakan kerja kursus ini

kerana tajuk dan format kerja kursus sentiasa berubah.

Setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya pengetahuan saya mengenai tajuk

kelajuan dan sukan larian 100 meter semakin dalam. Sebelum ini, saya langsung

tidak mempunyai pengetahuan mengenai sukan larian 100 meter. Kini, saya

11

Page 12: Kecergasan fizikal

mengetahuai sejarah dan latar belakang sukan larian 100 meter serta sejarah atlit

sukan tersebut juga.

Pada mulanya kerja kursus ini nampak seperti susah untuk dilaksanakan.

Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya.

Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah.

Akhirnya tugasan kerja kursus yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas saya yang tidak pernah

berhenti memberi sokongan dan bimbingan juga mereka yang telah membantu saya

untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kesayangan kami iaitu En.

Faisal bin Karim.

12

Page 13: Kecergasan fizikal

RUJUKAN

Internet

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/larian_100_meter

Buku Ilmiah

1. G. Carr. (1999). Fundamentals Of Track and Field. USA. Human Kinetics.

2. V. Gambetta (1981). The Athletics Congress’s Track and Field Coaching

Manual. Illinois. Leisure Press.

13