kedah.uitm.edu.my · Web viewyang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk...
Transcript of kedah.uitm.edu.my · Web viewyang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH
KAMPUS MERBOK
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pentadbiran di UiTM Cawangan Kedah, Kampus Merbok secara Tetap.
JAWATAN : PEGAWAI SUKAN (GRED S41) / KERANI (GRED N17) / PEMBANTU KEMAHIRAN (GRED H17) / PEMBANTU OPERASI (N11) SECARA TETAP
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Profesional dan Pelaksana
BIL JAWATAN GRED SKIM PERKHIDMATAN JADUAL GAJI
A. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL MINIMUM MAKSIMUM
1. PEGAWAI SUKAN S41 Pegawai Belia & Sukan RM 1909.00 RM 8644.00
B. KUMPULAN PELAKSANA
1. KERANI N17Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
RM 928.00 RM 3,375.00
2. PEMBANTU KEMAHIRAN H17 Pembantu Kemahiran RM 953.00 RM 3490.00
3. PEMBANTU OPERASI N11 Pembantu Operasi RM 802.00 RM 2663.00
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL1) PEGAWAI SUKAN (GRED S41)
1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan : RM1,909.00) atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji Permulaan : RM2,112.86) dan
(iii) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara
lantikan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) Mempunyai kelayakan di dalam perenggan 1(c) di atas; dan
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.
KUMPULAN PELAKSANA2) KERANI (N17)
1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : RM928.00)
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan,
Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.
(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kemahiran IT)
3) PEMBANTU KEMAHIRAN (H17)
1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam
bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H17:RM1,318.42) atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal
yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H17: RM 1,318.42).
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam, Pembantu
Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu / Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar
Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
peningkatan secara lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H17, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.
4) PEMBANTU OPERASI (GRED N11)
1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan; dan
(ii) Sekurang-kurangnya lesen memandu kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM 847.99);
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan‐Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan
salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.
(b) Hanya permohonan yang ditapis‐senarai akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon
yang dipanggil TEMU DUGA SAHAJA perlu membawa dokumen‐dokumen asal dan
salinan sijil‐sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah
dicetak untuk diserahkan kepada Setiausaha Temu Duga.
(c) Pemohon‐pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga
(3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(d) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
CARA- CARA MEMBUAT PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati
dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kedah, Kampus Merbok di
http://www.kedah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di pejabat Bahagian
Pentadbiran, UiTM Cawangan Kedah, Kampus Merbok.
(b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di
sebelah kiri (atas) sampul surat.
(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 September 2015
(d) Sila kemukakan permohonan kepada :
UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN BAHAGIAN PENTADBIRANUiTM CAWANGAN KEDAHKAMPUS MERBOK08400, MERBOKKEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: 04-4562053/ 2056/ 2059