Keganasan dalam-sukan

15
KEGANASAN DALAM SUKAN FREDAUS JOHARI SUKRY AS SALAM DG NURUL EZZAH PG MUSA ROZARINA AK ROBERT GERSOM

Transcript of Keganasan dalam-sukan

Page 1: Keganasan dalam-sukan

KEGANASAN DALAM SUKAN

FREDAUS JOHARISUKRY AS SALAM

DG NURUL EZZAH PG MUSAROZARINA AK ROBERT GERSOM

Page 2: Keganasan dalam-sukan

DEFINISI KEAGRESIFAN

• Baron dan Richardson ( 1994 ), keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan.

• Wann ( 1997 ), satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan dan / atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan harta benda yang berpunca dari kemarahan

Page 3: Keganasan dalam-sukan

• Definisi ini menjelaskan bahawa keagresifan ialah ;– Perlakuan yang bermatlamat ( mempunyai niat )– Menyebabkan atau mendatangkan kecederaan

dan kesakitan secara fizikal atau psikologikal.– Ditujukan kepada benda hidup yang bermotivasi

untuk mengelakkan diri dari kecederaan.

Page 4: Keganasan dalam-sukan

JENIS-JENIS KEAGRESIFAN

• Apabila diperhatikan perlakuan agresif yang ditunjukkan oleh pemain yang terlibat dalam sukan, kita akan dapati perlakuan itu didorong oleh beberapa sebab tertentu. – KEAGRESIFAN KETARA– KEAGRESIFAN INTRUMENTAL– KEAGRESIFAN ASERTIF

Page 5: Keganasan dalam-sukan

Keagresifan Ketara

• Silva 1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan

• ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.

Page 6: Keganasan dalam-sukan

CONTOH• Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh

seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil.

• Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan).

• Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan.

• Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.

Page 7: Keganasan dalam-sukan

Keagresifan Instrumental

• Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain, bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij.

• Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai ”instrumental” ( perlu dilakukan ) untuk mencapai matlamatnya.

Page 8: Keganasan dalam-sukan

CONTOH

• Tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain.

• Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut.

• Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.

Page 9: Keganasan dalam-sukan

Tindakan Asertif

• Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali.

• Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan.

Page 10: Keganasan dalam-sukan

CONTOH

• Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan “bersih” serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

Page 11: Keganasan dalam-sukan

PUNCA-PUNCA KEGANASAN

1. PSIKOLOGI

• PROVOKASI Tindakan yang mencabar untuk dapatkan reaksi balas lawan

• TEKANAN EMOSI – (STRESS) Prestasi di bawah jangkaan Jangkaan menang – kalah Provokasi pihak lawan & penonton

• JANGKAAN PERLAKUAN KASAR Atlet jangka akan dikasari – bertindak agresif

• KURANG PENGETAHUAN Sukan Kontak – pijak pemain yang jatuh Penonton tidak tahu undang - undang

Page 12: Keganasan dalam-sukan

PERSEKITARAN

• LOKASI PERTANDINGAN Sokongan Padu – penyokongt tuan rumah Pelawat – tindakan balas

• CUACA Cuaca Panas - bertindak agresif Hujan – padang licin

• ASPEK KESELAMATAN Tahap keselamatan – longgar Penempatan Penonton - penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll

Page 13: Keganasan dalam-sukan

KEPUTUSAN PERTANDINGAN -

• Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk menang, lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin kerana kecewa berdasarkan Toeri Frustrasi-Agresif ( Cullen & Cullen 1975 ).

Page 14: Keganasan dalam-sukan

Perbezaan Mata atau Jaringan

• semakin besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan ( Cox 1999 ).

Page 15: Keganasan dalam-sukan

SEKIAN