Kehadiran Barat Dan Kesannya Terhadap Kesusasteraan Melayu

3
KEHADIRAN BARAT DAN KESANNYA TERHADAP KESUSASTERAAN MELAYU Pengenalan Berdasarkan jurnal ini, selepas kedatangan Barat ke Tanah Melayu, berlaku kesan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat melayu. Begitu juga dalam bidang kesusasteraan yang mana bahasa yang terdapat dalam kesusateraan melayu juga telah mula terpengaruh dengan bahasa barat. Berdasarkan pandangan Al-Attas dalam jurnal ini mengatakan bahawa kehadiran pengaruh barat ini telah menyebabkan kesusasteraan melayu tidak menggambarkan ciri kebudayaan melayu sebenar. Selain itu, semangat dan nilai keislaman yang selama ini diamalkan oleh orang melayu juga semakin kurang digunakan dalam bidang kesusasteraan ini . Ini menunjukkan kedatangan barat bukan hanya ingin meluaskan empayarnya sahaja malah juga ingin menjauhkan islam daripada orang melayu dan mempengaruhi pemikiran orang melayu. Kehadiran Pengaruh Barat Dalam Kesusasteraan Melayu Pada awalnya, barat datang ke Tanah Melayu hanya ingin menguasai ekonomi disini (Tanah Melayu) dan ia tidak meninggalkan kesan yang banyak dalam kesusasteraan melayu. Akan tetapi mereka (barat) melihat peluang untuk campur tangan dalam hal-ehwal politik Tanah Melayu yang mana dapat memberikan mereka kelebihan untuk mengawal ekonomi disini (Tanah Melayu). Barat mula memperkenalkan dasar-dasar mereka dalam sistem pentadbiran Tanah Melayu dan menyebabkan peranan dan kepentingan Islam mula diketepikan. Sememangnya barat ini ingin mempengaruhi pemikiran orang melayu dengan menyebarkan fahaman-fahaman mereka yang hanya mementingkan hal duniawi. Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa Islam dan Kristrian memang bermusuh sejak dari dulu lagi dan barat tahu bahawa Islam tidak mudah untuk dikalahkan melalui serangan ketenteraan akan tetapi mereka (barat) telah menggunakan kaedah baru iaitu melalui peperangan intelektual dimana mereka (barat) boleh menguasai dan menyebarkan agama ke tanah jajahan yang mereka takluki. Tidak terkecuali di Tanah

description

fghfjyjy

Transcript of Kehadiran Barat Dan Kesannya Terhadap Kesusasteraan Melayu

KEHADIRAN BARAT DAN KESANNYA TERHADAP KESUSASTERAAN MELAYU

Pengenalan

Berdasarkan jurnal ini, selepas kedatangan Barat ke Tanah Melayu, berlaku kesan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat melayu. Begitu juga dalam bidang kesusasteraan yang mana bahasa yang terdapat dalam kesusateraan melayu juga telah mula terpengaruh dengan bahasa barat. Berdasarkan pandangan Al-Attas dalam jurnal ini mengatakan bahawa kehadiran pengaruh barat ini telah menyebabkan kesusasteraan melayu tidak menggambarkan ciri kebudayaan melayu sebenar. Selain itu, semangat dan nilai keislaman yang selama ini diamalkan oleh orang melayu juga semakin kurang digunakan dalam bidang kesusasteraan ini . Ini menunjukkan kedatangan barat bukan hanya ingin meluaskan empayarnya sahaja malah juga ingin menjauhkan islam daripada orang melayu dan mempengaruhi pemikiran orang melayu.

Kehadiran Pengaruh Barat Dalam Kesusasteraan Melayu

Pada awalnya, barat datang ke Tanah Melayu hanya ingin menguasai ekonomi disini (Tanah Melayu) dan ia tidak meninggalkan kesan yang banyak dalam kesusasteraan melayu. Akan tetapi mereka (barat) melihat peluang untuk campur tangan dalam hal-ehwal politik Tanah Melayu yang mana dapat memberikan mereka kelebihan untuk mengawal ekonomi disini (Tanah Melayu). Barat mula memperkenalkan dasar-dasar mereka dalam sistem pentadbiran Tanah Melayu dan menyebabkan peranan dan kepentingan Islam mula diketepikan. Sememangnya barat ini ingin mempengaruhi pemikiran orang melayu dengan menyebarkan fahaman-fahaman mereka yang hanya mementingkan hal duniawi. Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa Islam dan Kristrian memang bermusuh sejak dari dulu lagi dan barat tahu bahawa Islam tidak mudah untuk dikalahkan melalui serangan ketenteraan akan tetapi mereka (barat) telah menggunakan kaedah baru iaitu melalui peperangan intelektual dimana mereka (barat) boleh menguasai dan menyebarkan agama ke tanah jajahan yang mereka takluki. Tidak terkecuali di Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan ajaran Islam dan berpegang kuat pada ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Tetapi setelah kedatangan barat, mereka (barat) mula ingin menjauhkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan orang melayu dengan melaksanakan dasar-dasar yang mereka bawa. Dalam bidang pendidikan, barat mula memperkenalkan sekolah vernakular dimana pengajian Al-Quran telah dimansuhkan dan lebih menitiberatkan ilmu-ilmu keduniaan tanpa mengira aspek keagamaan dan ketuhanan. Barat menonjolkan kepentingan sumbangan karya-karya sastera pra-islam terutama hinduisme yang dianggap telah memberi sumbangan besar dalam sejarah dan kehidupan orang melayu menyebabkan tulisan yang berteraskan jawi semakin dilupakan. Ini menyebabkan orang melayu semakin lemah dalam penguasaan bahasa dan tulisan jawi. Keunikan dan keindahan yang ada pada Islam semakin kurang digunakan malah sasterawan melayu lebih gemar mengikut fahaman yang dibawa oleh barat. Selain itu, penerapan falsafah dan pemikiran barat di Tanah Melayu menyebabkan sastera melayu lebih menjurus kearah novel, cerpen dan sajak yang mana unsur Islam seperi hikayat dan syair semakin kurang diterbitkan.

Kecenderungan Sastera Melayu Terhadap Barat: Pengakuan Sasterawan Dan Pengamatan Pengkritik

Di Malaysia, konsep mimesis iaitu "penipuan" digunakan dalam sastera melayu setelah barat memasukkan unsur tersebut ke dalam karya mereka. Perkara diakui sendiri oleh sasterawan negara dimana mereka turut menggunakan unsur mimesis dalam karya-karya mereka. Barat juga memaparkan unsur konflik dalam karya-karya barat kerana menurut mereka apabila terlerainya sesuatu konflik maka tamatlah sesebuah cerita itu. Manakala dalam karya-karya melayu, konsep konflik ini menjadi unsur penting kerana menjadikan sesebuah cerita kelihatan lebih menarik dan kreatif untuk dibaca. Disamping pembaca juga lebih tertarik untuk membaca karya tersebut dengan perasaan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya. Konsep "realisme" juga turut digunakan setelah barat banyak menggunakan unsur tersebut dalam penulisan mereka kerana membolehkan seseorang penulis menceritakan perkara sebenar tanpa berselindung. Konsep lain yang juga digunakan ialah konsep "simbolisme" dan "absurdisme". Unsur-unsur ini menjadikan sesebuah karya tampak lebih menarik dengan adanya kelemahan, keburukan dan kejahatan hidup manusia. Penulis juga perlu mengekalkan ciri "judgment-free" dalam karya mereka supaya pembaca boleh menilai sesebuah cerita berdasarkan perspektif mereka sendiri sama ada dari sudut positif ataupun negatif. Selain itu, unsur didaktisisme tidak boleh digunakan secara berlebihan dalam karya kerana boleh mengurangkan keberkesanan kandungan cerita. Unsur ini lebih baik disampaikan dalam bentuk yang santai dan menghiburkan kerana pembaca lebih gemar unsur-unsur tersebut dimasukkan dalam sesebuah penceritaan. Di barat, pada awalnya novel yang mempunyai unsur lucah dan tidak bermoral mendapat kecaman daripada pelbagai pihak tetapi apabila diteliti semula oleh beberapa panel anugerah sastera, novel tersebut mula mendapat pengiktirafan dari segi mutu kesasteraannya. Ini menunjukkan bahawa barat mula menerima unsur-unsur tersebut dalam karya mereka kerana mereka lebih suka melakukan sesuatu secara terang-terangan begitu juga dalam penulisan mereka. Di Malaysia pula, novel Salina yang dipertikaikan soal moral dan kelucahan menyebabkan novel beliau tidak mendapat sokongan untuk diterbitkan. Akan tetapi, apabila sarjana dari luar negara memberi pujian dan pengiktirafan, orang tempatan mula memberi tanggapan yang positif terhadap novelnya. Maksudnya pengaruh barat ini terlalu kuat dalam mempengaruhi pemikiran saterawan malah juga terhadap masyarakat melayu. Unsur-unsur lain yang perlu diberi perhatian dalam karya seperti "faktor luar teks" dan "selera pembaca" perlu dimasukkan ke dalam karya-karya tempatan kerana apa yang ditulis mestilah bersesuaian dengan kehendak pembaca Jelaslah bahawa unsur-unsur, fahaman dan pemikiran yang dibawa oleh barat telah mula meresap masuk dalam penulisan sarjana-sarjana tempatan dalam karya-karya yang diterbitkan.