Keimanan Dan Ketaqwaan Kepada Ilahi

download Keimanan Dan Ketaqwaan Kepada Ilahi

of 3

description

Keimanan Dan Ketaqwaan Kepada Ilahi

Transcript of Keimanan Dan Ketaqwaan Kepada Ilahi

1) KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ILAHI (ALLAH/GOD)

Amatlah penting umat Islam memahami Islam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh (Islam sebagai cara hidupjIslam The Way of Life).

Islam bukan satu ritual semata-mata kerana ritualisme hanya menumpukan akhirat semata-mata, sedangkan asas kejadian manusia sendiri terdiri dari dua unsur (roh dan jasad) di mana ia perlu diseimbangkan dengan seadil-adilnya.

Justeru itu, Islam perlu dijadikan satu sistem integrasi kehidupan sarna ada kehidupan duniawi (dunia) dan persiapan ukhrawi (akhirat/judgement day). Ini turut disebut menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Qasas (28), ayat 77 yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

Oleh itu, AI-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dijadikan teras pegangan dan rujukan. Gabungan beberapa unsur yang terdiri dari akidah (kepercayaanj faith), syariah (perundanganjlegislative), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan pembangunan insan dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang- berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini turut disebut menerusi firman Allah SWT dalam surah al-A'raaf (7) ayat 96 yang bermaksud:

"Dan (tuhan berfirman lagi) : sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan."

Secara prinsipnya, ketentuan beragama bagi orang-orang bukan Islam terbahagikepada dua:

ii) Kebebasan beragamai) Tiada paksaan dalam agama

Ini ditegaskan di dalam firman Allah Ta' ala yang bermaksud:

i) "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)" (Surah al-Baqarah (2) ayat 256)

ii) "Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku" (Surah al-Kafirun (109) ayat 6)

iii) Akidah yang dikehendaki adalah menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah bukan semata-mata kepercayaan di hati sahaja, malah hendaklah disusuli dengan ikrar dan pelaksanaannya dilihat menerusi amalan (as-Syeikh Muhammad bin Salih al-'Uthaymin, 2004 : 21).

Gabungan ketiga-tiga unsur di atas akan menjadi pemangkin dan penangkis terhadap segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar terutamanya dari aspek kelahiran dan kepercayaan ajaran-ajaran sesat yang melemahkan umat Islam sendiri selain kepercayaan-kepercayaan tahyul dan khurafat yang begitu berleluasa di kalangan umat Islam.

Sebagai balasan pelaksanaan menurut Islam yang hakiki, maka Allah akan memberi balasan setimpal dengan amalan dan perlakuan manusia itu sendiri. Ini boleh dilihat menerusi firman Allah Ta' ala;

i) Maka barangsiapa yang melakukan amalan kebajikan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihat-Nya (dalam surah amalnya) dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihat-Nya (dalam surah amalnya).(Surah Az-Zalalah (99) : 7-8)

ii) Dan (Tuhan berfirman lagi) : Kalau sekiranya penduduk negari itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi tetapi mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.(Surah al-A'raf (7) : 96)

Dalam melaksanakan hak kebebasan beragama, Malaysia sebagai negara Islam tidak menghalang agama-agama lain diamalkan dan dihormati dengan seadil-adilnya. Perkara ini turut disebut di dalam perkara 11 Perlembagaan negara yang memberi kebebasan beragama ke atas rakyat (Perlembagaan Malaysia, 2000 : Bahagian Kedua per kara 11 dan fasal 4).