keindahan bentuk dan maksud pantun

12
PENGENALAN Pantun ialah ragam puisi yang hidup di kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan. Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu lama sebelum orang-orang Melayu tahu menulis dan membaca. Orang-orang Melayu menciptakan pantun untuk melahirkan berbagai-bagai bentuk perasaan dalam bentuk satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun untuk berkasih- kasihan, memberi nasihat, bersuka-suka dan berjenaka, menyindir, dan untuk menyatakan rasa kesedihan. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain. Pantun adalah hak masyarakat umum, tidak sesiapa yang memilikinya, tetapi semua ahli masyarakat tahu yang manakah pantun yang baik dan yang mana tidak. Keindahan pantun hanya dapat dirasakan bila didengar dan diucapkan. Kata pantun asalnya dari bahasa Sanskrit yang membawa erti: bicara, aturan yang sah; manakala dalam bahasa Jawa dengan erti yang lebih umum, pantun merupakan sebahagian dari peribahasa. Dalam buku-buku sastera lama Melayu pantun

Transcript of keindahan bentuk dan maksud pantun

Page 1: keindahan bentuk dan maksud pantun

PENGENALAN

Pantun ialah ragam puisi yang hidup di kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan.

Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu lama sebelum orang-orang Melayu tahu

menulis dan membaca. Orang-orang Melayu menciptakan pantun untuk melahirkan berbagai-

bagai bentuk perasaan dalam bentuk satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun

untuk berkasih-kasihan, memberi nasihat, bersuka-suka dan berjenaka, menyindir, dan untuk

menyatakan rasa kesedihan.

Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar

dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden,

pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.

Pantun adalah hak masyarakat umum, tidak sesiapa yang memilikinya, tetapi semua ahli

masyarakat tahu yang manakah pantun yang baik dan yang mana tidak. Keindahan pantun

hanya dapat dirasakan bila didengar dan diucapkan.

Kata pantun asalnya dari bahasa Sanskrit yang membawa erti: bicara, aturan yang sah;

manakala dalam bahasa Jawa dengan erti yang lebih umum, pantun merupakan sebahagian

dari peribahasa. Dalam buku-buku sastera lama Melayu pantun diertikan dengan

seperti. umpama, mithalnya dalam Hikayat Hang Tuah disebut “Tuan sepantun kilat cermin”.

KEINDAHAN BENTUK DAN ISI PANTUN

Bahasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu hasrat dan bahasa

yang baik akan dapat difahami maksud  sama ada bahasa yang tersurat dan tersirat. Pantun

sangat kaya dengan nilai-nilai keindahan bahasa jika dikaji dan dihayati. Bahasa dalam

pantun juga terdapat dua maksud antaranya maksud tersurat dan juga tersirat. Kebiasaannya

pada pembayang pantun banyak menggunakan bahasa tersurat manakala dalam maksud atau

makna ia menggunakan bahasa yang tersirat.

Page 2: keindahan bentuk dan maksud pantun

Makan sirih berpinang tidak,

Pinang ada di bawah tangga;

Makan sirih mengenyang tidak,

Tapi tanda budi dan bahasa.

 (Warisan Puisi Melayu, KL. DBP 1978).

Tanpa bahasa yang baik, sesebuah pantun tidak dapat menyampaikan sesuatu maksud.

Pengarang pantun biasanya mengambil imej alam, kehidupan dan persekitaran semasa bagi

pembayang. Manakala isinya atau maksudnya juga mempunyai kaitan dengan pembayang

tersebut. Bahasa dalam pantun juga meliputi tumbuhan, binatang, alam fizikal dan

cakerawala, manusia, peristiwa, agama, objek konkrit, warna dan seluruh kehidupan. Ini

dapat dilihat dalam pembayang pantun yang mengambil simbol untuk menyampaikan mesej

dan nilai-nilai tertentu.                   

  Melalui karya sastera, simbol merupakan salah satu unsur bahasa yang penting. 

Dalam pantun Melayu, banyak menggunakan simbol untuk menyampaikan mesej dan nilai-

nilai tertentu. Penggunaan simboldalam pantun dapat dikesan melalui Pantun Adat dan

Resam, Pantun Agama dan Kepercayaan. Pantun Budi, Pantun Jenaka, Pantun Teka-Teki,

Pantun Kepahlawanan, Pantun Nasihat dan Pendidikan, Pantun Peribahasa dan Perbilangan,

Pantun Kiasan dan Ibarat, Pantun Perantauan serta Pantun Percintaan.

Za’ba (1965:218) ada menyatakan tentang puisi khususnya pantun yang menekankan

kepada kecantikan, keindahan bahasa, metafora, pemikiran, pendidikan, pengajaran dan

sebagainya. Pantun sebagai puisi yang diungkap akan mengindahkan lagi bahasa ucapan yang

digunakan untuk berbagai-bagai-bagai situasi; daripada memberi ucapan secara berseloroh

hingga kepada majlis yang lebih serius seperti pertunangan dan perkahwinan dalam

masyarakat Melayu.

Page 3: keindahan bentuk dan maksud pantun

Menurut pengkaji pantun Francois –Rene Daillie (2002) menyimpulkan bahawa

pantun Melayu itu suatu intisari kehidupan dan alam yang diibaratkan sebagai sebutiran pasir.

Di dalamnya tersirat  segala elemen kehidupan manusia Melayu termasuklah tentang tanah,

rumah, kebun, sawah padi, sungai, laut, hutan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, binatang,

burung, ikan, dan pelbagai perkara kecil yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, ia menyatakan juga tentang adat resam, kebijaksanaan, pelbagai bentuk

kepercayaan dan perasaan, cinta kepada jejaka idaman, wanita dan Tuhan. Walau

bagaimanapun, pantun bukanlah hak milik mutlak bangsa Melayu sahaja tetapi dikongsi

bersama oleh hampir setiap etnik di alam Melayu ini.

Jelaslah, bahasa dalam pantun Melayu mempunyai keistimewaan yang dipilih oleh

pengarangnya dengan teliti, melalui pemerhatian yang lama dan rapi. Garapan bahasa yang

digunakan juga membabitkan simbol tertentu bagi menjelaskan bahasa yang ingin

disampaikan kepada pendengar.

Bagi kepentingan budi dalam kehidupan masyarakat Melayu sangat jelas

digambarkan melalui pantun di bawah:

Di sana padi di sini padi,

Itulah nama sawah dan bendang;

Di sana budi di sini budi,

Barulah sempurna bernama orang.

(Abdul Samad Ahmad (penyusun) Pantun Bunga Rampai, t. th :59).

Pandangan tokoh Budayawan Tenas Effendy (2007:3) mengatakan pembayang pantun

di Indonesia lazim disebut “sampiran”. Pantun pada hakikatnya menjadi bahagian yang tidak

dipisahkan dari isi pantun. Sebahagian orang mengatakan bahawa kata “pembayang” dapat

diertikan sebagai “bayang-bayang” atau “bayangan” pantun, yang menunjukkan persebatian

Page 4: keindahan bentuk dan maksud pantun

yang kekal antara pembayang dan isi pantun. Demikian juga dengan kata sampiran yang

dapat ditafsirkan sebagai sarung atau tempat menyimpan isi sebagai cerminan perpaduan isi

dan sampirannya.

Keindahan bahasa dalam pantun sejak dahulu sangat menitikberatkan unsur pemilihan

kata dan bahasa yang disampaikan. Terdapat juga pantun menggunakan citra dan simbol alam

sebagai pembayang dan juga maksud yang membayangkan  perlambangan atau kiasan

sebagai membuktikan khazanah keindahan pemikiran Melayu yang luas itu.

Dalam hal ini, R.J. Wilkinson dan R.O.Winstedt (1957) pernah menyarankan bahawa

untuk memahami perasaan orang Melayu, seharusnya difahami pantunnya. Mereka

berpendapat, bahawa satu daripada perkara yang penting yang boleh membawa seseorang itu

berjaya memahami dan menyelami pengetahuan, perasaan, bahasa dan aliran fikiran orang

Melayu sendiri ialah melalui pantun-pantunnya. Malahan seseorang itu tidak dapat menduga

aliran fikiran orang-orang Melayu kalau tidak memahami pantunnya.

Hakikatnya, keindahan bahasa amat penting dalam serangkap pantun untuk

menyampaikan fikiran, hasrat dan rasa hati. Bahasa yang tidak indah dan tidak tepat

sekiranya digunakan dalam pembayang atau isi pantun akan menyebabkan sesebuah pantun

itu tidak seimbang keindahan bahasanya.

                         Tenang-tenang air di laut,

                                        Sampan kolek mudik ke tanjung;

                            Hati terkenang mulut menyebut,

                                         Budi sedikit rasa nak junjung.

 (Petikan Teks Sehijau Warna Daun, “Pantun Budi” 2000:4, DBP.)

Budi dan bahasa sangat berkait rapat dalam setiap tindakan dan perlakuan. Bahasa

yang baik akan memancarkan budi bahasa yang baik.

Page 5: keindahan bentuk dan maksud pantun

Begitulah rapat kaitan antara budi dan bahasa. Budi yang baik sentiasa diiringi dengan

bahasa yang baik . Ini melambangkan perasaan dan fikiran orang Melayu tentang budi dan

bahasa. Orang Melayu diwatakan bersifat budiman, mengenang budi, berbudi bahasa, dan

sentiasa ingin berbudi. Ini sangat jelas dalam kebanyakan pantun-pantun Melayu dahulu.

Hakikatnya, bahasa yang indah sangat penting dalam penciptaan pantun-pantun

Melayu. Tanpa bahasa yang indah, pantun yang dikarang atau dibacakan tidak terasa

keindahannya. Oleh itu, para pencipta pantun dan pemantun zaman lampau sangat bijaksana

memilih kata-kata tentang penggunaan bahasa yang berkaitan dengan alam, kehidupan, adat

istiadat dan budaya masyarakat Melayu. Melalui pemerhatian yang teliti, penelitian yang rapi

serta pengalaman baharullah sesebuah pantun itu dicipta dengan fikiran yang bijaksana.

Kajian dan penyelidikan para sarjana mendapati, salah satu cara menyampaikan buah

fikiran, teguran dan sindiran adalah melalui pantun. Orang Melayu dahulu gemar

menyampaikan sesuatu persoalan secara tidak langsung, melalui bahasa kiasan bagi menjaga

hati orang lain agar tidak tersinggung dan terasa dengan kata-kata secara langsung.

Keindahan Bunyi (fornologi) Bunyi terbahagi kepada bunyi penggalan dan bunyi supra penggalan. Bagi bunyi penggalan,

ia melibatkan bunyi vokal dan konsonan. Dalam pantun, bunyi vokal memainkan peranan

penting kerana ia mempunyai unsur gema dan kenyaringan. Vokal di sini (dalam pantun)

dikaitkan dengan rima, sama ada di awal, tengah atau di hujung baris.

Kamus Puisi terbitan DBP 2005 mencatatkan rima sebagai “Skema atau susunan

bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat

di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan

bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf.

Contohnya rima pantun a/b/a/b. Rima akhir jugalah yang menjadi satu daripada dasar untuk

Page 6: keindahan bentuk dan maksud pantun

menentukan ‘bentuk terikat’ sesebuah puisi.” Rima menjadikan pantun amat sedap didengar

kerana rima membawa irama dan rentak pada pantun. Rima memberikan keindahan pada

bentuk dan bahasa pantun.

Contoh;

Kalau tidak kelapa puan,

Tidak juga kelapa bali;

Kalau tidak kerana tuan,

Tidak hamba datang ke mari.

Rima awal, tengah dan hujung yang bertingkah dengan bunyi yang sama ini

membentuk satu alunan yang sekata dalam sebutan.

Baik, kita dengar lagi contoh pantun ini.

Di sana padi di sini padi, (10)

Padi huma dari seberang; (9)

Di sana budi di sini budi, (10)

Baru nama disebut orang. (9)

Lihatlah betapa hebatnya bahasa Melayu, yang mada mampu memberikan maksud

yang tepat dengan adunan bunyi yang seirama dan bertingkah dalam bentuk yang senada.

Kalau kita lihat, bukan sahaja keindahan ini disebabkan rima yakni bunyi yang boleh

kita dengar semasa pantun ini dituturkan, tetapi kehebatan ini ditambah lagi dengan peranan

yang dimainkan oleh sukukata yang ada dalam bahasa Melayu itu sendiri.

Terdapat persama bilangan dalam sukukata pantun ini iaitu baris pertamanya 10 suku

kata, baris kedua 9 sukukata, baris ketiga 10 sukukata dan baris ke empat 9 sukukata.  Jumlah

sukukata yang sama pada baris pertama dan ketiga manakala ia juga sama dengan baris kedua

dengan yang keempat. Bukan senang kalau kita mahu memadankan semua pantun dengan

Page 7: keindahan bentuk dan maksud pantun

jumlah suku kata yang sama, tetapi inilah sebenarnya yang memberikan keistimewaan betapa

kesempurnaan suku kata ini mampu menempatkan pantun melayu dalam kelas yang

tersendiri.

Tuai padi antara masak, (9)

Esok jangan layu-layuan;(9)

Intai kami antara nampak,(9)

Esok jangan rindu-rinduan. (9)

Kita dapati, semua baris dalam pantun ini mempunyai pola suku kata yang

sama. Sebab itu nadanya sekata kalau dilafazkan.

Aspek Kata (Morfologi)

Dalam aspek morfologi ini, kebanyakan bahasa yang indah terbentuk dari kata tunggal.

Maknanya ia tidak terbina dari kata yang menerima imbuhan. Bukanlah semua,

kebanyakannya.

Contoh 1

Di sana padi di sini padi, (10)

Padi huma dari seberang; (9)

Di sana budi di sini budi, (10)

Baru nama disebut orang. (9)

Dalam pantun ini tidak ada kata yang diberi imbuhan. Cuma yang ada ialah kata sendi ‘di’,

selain itu, tidak ada.

Contih 2

Tuai padi antara masak, (9)

Esok jangan layu-layuan;(9)

Page 8: keindahan bentuk dan maksud pantun

Intai kami antara nampak,(9)

Esok jangan rindu-rinduan. (9)

Perkataan tuai, padi, antara, masak; intai, kami, antara, Nampak; semuanya

merupakan kata tunggal. Ada dua perkataan yang diberikan kata ganda iaitu layu menjadi

layu-layuan dan perkataan rindu-rinduan. Tapi secara keseluruhannya,kata tunggal masih

mendominasi dalam rangkap pantun ini.

Sebab itu penggunaan kata tunggal ini penting dipilih dalam membentuk serangkap pantun

kerana ia mudah, jelas, indah, tepat, dan sempurna dalam aspek yang saya katakan tadi.

Perkataan yang berbentuk kata terbitan yang diberikan imbuhan depan dan belakang memang

jarang digunakan kerana

i) Ia akan membentuk perkataan yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 suku kata.

ii) Kurang berpotensi dari segi rentak dan irama

(susah kita nak padankan bunyi. Ia juga menyebabkan suku kata pula menjadi

tidak sama jumlahnya.)

Tapi jangan pula mengatakan bahawa kita tidak boleh menggunakan kata terbitan,

kata ganda atau kata majmuk dalam pantun. Ini kerana ada masanya perlu kata

ganda sepertu layu-layuan, rindu-rinduan, kerana kata-kata ini mampu

memberikan penegasan dalam pantun tersebut.

Aspek yang ketiga pula ialah tentang frasa dan ayat. Dalam hal ini kita boleh lihat dari sudut

bentuk ayat itu sendiri kerana bentuk ayat inilah yang memberikan keindahan dalam

pantun. Ayat dalam pantun terbahagi kepada 4 iaitu;

i) Ayat penyata

ii) Ayat Tanya

iii) Ayat perintah

iv) Ayat seruan

Tapi tidak mungkin saya dapat berikan semua contoh. Mungkin satu atau pun dua bentuk;

Page 9: keindahan bentuk dan maksud pantun

Baik secara ringkas ayat penyata adalah seperti;

Rumah kecil tiang seribu,

Rumah besar tiang sebatang,

Kecil-kecil ditimang ibu,

Sudah besar ditimang gelombang.

Ayat perintah;

Nyiur muda dibuat pengat,

Makan pulut bulan puasa,

Wahai pemuda hendaklah ingat,

Kerana mulut badan binasa.