Keje Sejarah Mursyid

24
PERKEMBANGAN SERTA PENGARUH KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI TERAS TAMADUN MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat. Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak

description

h

Transcript of Keje Sejarah Mursyid

Page 1: Keje Sejarah Mursyid

PERKEMBANGAN SERTA PENGARUH KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI TERAS TAMADUN

MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal

dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit.

Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah

gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum

keluarga dan pengikutnya.

Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh

Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi

Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya

sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur

rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana

merasakan dirinya tidak selamat. Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara

melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan

nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan

gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil

itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut

kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan

suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan. Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri

dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang

berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.

2.0 ISI UTAMA / HURAIAN ISI

2.1 Perkembangan Melaka

Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan

Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri

Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444).

Page 2: Keje Sejarah Mursyid

Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua

baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri

Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan

dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada

tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan

mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh

Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar

penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama

diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan

Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan

kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya

menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam

tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara

dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan

tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Gugusan Kepulauan Melayu seperti yang kita sedia maklum sangat terkenal kerana ia dikatakan

sebagai jalan perdagangan yang utama dunia. Kegiatan perdagangan bukanlah perkara baru bagi

penduduk di Melaka. Kegiatan perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kegiatan

ekonomi orang pribumi yang telah berjalan sejak zaman awal Kerajaan Melayu Langkasasuka dan

Srivijaya, iaitu dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Gugusan Kepulauan Melayu telah menjadi

tumpuan pedagang-pedagang dari India, Arab dan China sejak dari abad pertama lagi.[1] Sumber-

sumber bertulis china, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di rantau

ini berkembang dengan pesat sebelum kebangkitan Kerajaan Melayu Melaka. Di antara pusat-pusat

perdagangan yang muncul di Kepulauan Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu sumber

dari China Tun Sun, Tan Chu-Li, Pan-Pan, sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber

India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qalqullah dan Tiyumah.

Selepas Kerajaan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan

Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada

faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Kedudukan Melaka yang strategik

menjadikannya sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.[2] Melaka yang pada mulanya

Page 3: Keje Sejarah Mursyid

merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat

perdagangan yang dulunya dipegang oleh srivijaya. Kejayaannya menarik tumpuan perdagangan dari

srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman

dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang

cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Melaka sebenarnya telah

mula berkembang dengan pesat di bawah pemerintahan Parameswara.

Di bawah pemerintahan Parameswara, Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan yang

terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Tambahan pula, Melaka

merupakan tempat perdagangan rempah-ratus di mana ia berfungsi sebagai pintu kepada negeri-

negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duerte Barbosa

yang berkata, “sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai dunia”(He who is lord of

Malacca has his hand on the throat of venice).[3]

Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting bagi survival

ekonomi dan keutuhan Melaka. Pasukan laut terbabit terdiri daripada orang Laut di sekitar selat

Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan

"kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap awal abad ke-

15. Senario Perkembangan Perdagangan di Melaka.[4]

Setelah 3 tahun Melaka dibuka oleh Parameswara, penduduk Melaka yang berasaskan

perikanan hanya berjumlah kira-kira seribu orang dan telah meningkat berkali ganda kepada hampir

6000 orang. Ini ditambah pula dengan kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang

menjalankan pelbagai perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik, hamparan,

bulu burung, cengkih, kayu dan cendana. Melihat kepada kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka

telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat lebih banyak lagi kapal-

kapal dagang berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan ini akan dikenakan cukai sebanyak 6

peratus dan perahu orang peribumi pula hanya 3 peratus. Melaka juga terkenal dengan pusat

pelabuhan yang mementingkan keselamatan, pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam

mengendalikan pasaran kosmopolitan. [5]

2.2 Kedudukan Geografi Yang Strategik Di Perairan Selat Melaka.

Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan geografinya

yang strategik. Melaka terletak ditengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang

menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan Kepulauan Melayu

sendiri.[6] Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan

Page 4: Keje Sejarah Mursyid

India untuk pergi ke Melaka. Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya berfungsi sebagai

pelabuhan dan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagangan yang berulang alik melalui Selat

Melaka.[7] Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari

China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor,

buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari

Tanah Melayu.

Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin dan jauh dari hutan paya bakau. Pintu

pelabuhannya sangat dalam dan luas untuk membolehkan kapal-kapal besar masuk berlabuh.[8]

Selain itu, terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka

jalan kepada jalan dagang seberang Semenanjung iaitu kawasan pengangkutan iaitu penarikan yang

bersambung ke Jalan Muar-Pahang sehingga membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di Ulu

Pahang. Melaka merupakan sebuah tempat yang strategik kerana kedudukannya yang terletak di

Selat Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Melaka kaya dengan

hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan. Kekayaan hasil pertanian seperti rempah

ratus, teh, beras dan lain-lain. Hasil-hasil laut seperti Kowri (matawang), kerang dwi katup, tiram

dan lain-lain.

Selain itu, Melaka juga kaya dengan hasil perlombongan seperti emas, bijih timah, bijih besi,

antimoni dan lain-lain. Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka menjadikannya pusat

tumpuan pedagang-pedagang asing dari negara lain. Kelangsungan kepesatan sesuatu perdagangan

amat memerlukan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil.[9]

Kebanyakan kerajaan di gugusan kepulauan Melayu mempunyai sistem pentadbiran dan

pemerintahan yang tersusun. Melaka contohnya mempunyai sistem pentadbiran yang cekap iaitu

dengan wujudnya sistem pembesar empat lipatan dan sistem perundangan seperti undang-undang

laut Melaka. Sistem ini dapat melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan

perdagangan di pelabuhan Melaka.

Iklim juga berperanan dalam perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting

di Nusantara. Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya menerima tiupan dua jenis angin

iaitu angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Kedua-dua angin ini bertiup selama 6

bulan mengikut giliran tahunan.[10] Oleh yang demikian, pedagang-pedagang dari Barat dan Timur

tidak pernah bertembung dengan tiupan angin yang berlainan musim tadi. Keadaan inilah yang

dapat mengelakan agar tidak berlakunya masalah lalulintas kerana perjalanan sesebuah kapal dari

Timur mahupun Barat adalah ditentukan oleh kedua-dua angin tersebut. Keistimewaan tiupan angin

di Selat Melaka menyebabkan para pedagang menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan dan

Page 5: Keje Sejarah Mursyid

tempat untuk meletak barang dagangan di gudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di

Melaka pada musim monsun yang satu lagi. Sultan (Raja Iskandar Shah) juga telah menyediakan

segala kemudahan sama ada berbentuk fizikal atau material di pelabuhan entrepot.[11]

Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang berbangsa portugis,

Tom Pires mengatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan

kira-kira 30 hingga 40 buah kapal kecil yang tiba di pelabuhan Melaka. Dikatakan juga pelabuhan

Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal dalam satu-satu masa.

Tempoh masa yang sibuk di Melaka adalah di antara bulan Mac dan Disember.[12] Hal ini kerana,

Selat Melaka akan menerima perubahan tiupan angin monsun yang membolehkan kapal-kapal

dagangan belayar. Dalam tempoh ini, Melaka akan menerima ketibaan kapal-kapal dagangan dari

Asia Timur dan Timur; manakala dari bulan Mei hingga September pula merupakan giliran pedagang-

pedagang dari Jawa dan Timur Nusantara berdagang di Melaka.

2.3 Hubungan luar Kerajaan Melaka yang telah menjamin keselamatanya.

Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka juga telah mewujudkan hubungan diplomatik

dengan China dan Jawa. Melaka juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan hubungan

diplomatik dengan kuasa luar dan besar dan salah satunya adalah China (1403-1433). [13]

Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat perlindungan

daripada negeri China. Keadaan ini wujud berikutan daripada kerajaan Melaka yang terpaksa

mempersembahkan 40 tahil emas kepada Siam, jika tidak keselamatan Melaka akan terancam. Pada

masa itu, kerajaan Melaka belum lagi mempunyai kekuatan yang setaraf dengan Siam. Tindakan

Siam tersebut juga adalah berikutan pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam di Singapura

yang mana beliau telah dibunuh oleh Parameswara. Berita mengenai perkembangan pelabuhan

Melaka tersebut akhirnya samapai juga ke negara China.[14] Oleh yang demikian, Maharaja Yung-Lo

yang merupakan Maharaja China pada ketika itu telah menitahkan Laksamana Yin Cheng pergi ke

Melaka. Pada tahun 1405, utusan dari China iaitu Laksamana Yin Cheng telah datang ke Melaka dan

ini memberi peluang kepada Parameswara untuk menangani masalah dengan Siam. Melaka melalui

Parameswara berharap dapat menfaatkan pengaruh China yang merupakan negara terkuat di Asia

pada masa itu untuk membela kedaulatannya.[15]

Perhubungan di antara Melaka dan China semakin utuh pada tahun 1405 iaitu selepas utusan

rombongan kerajaan Melaka tiba di ibu Negara China, di mana Maharaja Ming telah memberi

Page 6: Keje Sejarah Mursyid

pengiktirafan kepada Parameswara sebagai raja Melaka dan juga dianugerahi Cap Kempal, sepasang

kain sutera berkerajaan dan payung berkerajaan. Apabila Siam telah bertindak menyerang Melaka

dan merebut Cap Kempanya, Maharaja Ming telah menghantar Zheng He Ke ke Siam untuk

menghalang persengketaan Siam dan Melaka. Pada akhir tahun 1407, kerajaan Melaka sekali lagi

menghantar utusan dari Melaka pergi ke negara China iaitu dengan mengikut kapal Laksamana

Cheng Ho yang singgah di Melaka dalam perjalanan balik ke negara China. Dalam utusan tersebut,

Parameswara telah menyatakan mengenai pencerobohan Melaka oleh Siam. Oleh yang demikian,

Maharaja China telah memberi amaran kepada kerajaan Siam supaya tidak mengganggu dan

menceroboh Melaka lagi.

Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa dikri Maharaja

China sebagai lambang menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah kerajaan. Di samping itu juga,

Melaka turut mengadakan hubungan diplomatik dengan pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi

masalah kekurangan bahan makanan. Pertambahan bilangan penduduk yang ramai mendorong

Sultan Mahkota Iskandar Syah untuk menghantar duta ke Jawa untuk berbaik-baik dengan

pemerintah Jawa yang baru iaitu Vikramarvaddhana (1389-1429). Melaka juga mengadakan

hubungan diplomatik dengan kerajaan Pasai iaitu melalui kegiatan perdagangan.[16] Salah satu

daripada sebab Parameswara membuat hubungan ini adalah untuk memperkenalkan Melaka kepada

dunia luar bagi mengukuhkan kedudukan mereka di samping itu juga untuk mendapatkan barangan

dagangan.

2.4 Kepentingan Pelabuhan Melaka Sebagai Sebuah Pelabuhan Penting Pada Abad Ke-15 dan Awal

Abad Ke-16.

Fungsi Melaka sebagai sebuah pelabuhan enterport (pusat pengumpulan barang-barang

dagangan dan menguruskan penyebaran bahan-bahan ke pelbagai tempat dan dijadikan sebagai

perantaraan pedagang dari Timur dan Barat) telah menjadikan Melaka sangat terkenal. Peranan

Melaka sebagai pelabuhan entreport ini juga telah merangsang pemerintah Melaka untuk

menyediakan kemudahan-kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan.[17] Pemerintah

(Sultan) telah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat

perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan

lain-lain kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah berdagang di Melaka. Di

Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi (saudagar yang menghantar dan menyebarkan

barangan dagangan) menguruskan hal-hal perdagangan. Matawang logam digunakan dalam semua

urusniaga.

Page 7: Keje Sejarah Mursyid

Sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal di perairan Selat Melaka di mana kawasan tersebut

terdapat banyak kegiatan perlanunan, adalah penting bagi kerajaan Melaka untuk menjaga

keselamatan para pedagang. Oleh yang demikian, bagi menjaga keselamatan para pedagang luar di

Selat Melaka Orang Laut telah direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan

perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan.[18] Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya

selamat daripada ancaman dan serangan lanun. Kedudukan Selat Melaka yang strategik

memudahkan usaha untuk menjaga perairan di Selat Melaka. Orang Laut sentiasa memberikan taat

setia dan sokongan ketenteraan kepada pemerintah Melaka. Kerjasama yang erat di antara pihak

pemerintah Melaka dan Orang Laut telah berjaya mengatasi kegiatan lanun yang mengganas di

sepanjang perairan Selat Melaka.[19] Apabila keselamatan terjamin, para pedagang bebas

melakukan aktiviti perdagangan dengan Melaka. Parameswara menjadikan Orang Laut sebagai

sebahagian daripada institusi dan sistem kerajaan Melaka. Orang Laut mengakui kedaulatan

Parameswara dan akan melindungi keselamatannya. Manakala, Parameswara pula melindungi

kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut dijadikan sebagai sebahagian besar daripada

angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling penting untuk menjaga keamanan

di samping menggalakkan pedagang-pedagang asing ke pelabuhannya.[20]

2.5 Kepentingan Melaka sebagai sebuah pusat penyebaran Islam.

Sebelum kedatangan agama Islam ke Melaka, masyarakat Melaka menganut fahaman

animisme dan Hinduisme. Islam mula muncul di Melaka pada tahun 1414 apabila Parameswara

memeluk Islam setelah berkahwin dengan puteri dari Pasai. Pengislamannya diikuti oleh

pengislaman penduduk Melaka secara beramai-ramai. Proses pengislaman ini mencapai ke

puncaknya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sekitar pertengahan abad ke-15.[21] Kedatangan

Islam telah meletakkan Kesultanan Melayu Melaka menerajui sebuah empayar Melayu Islam yang

berjaya membina sebuah tamadun. Akhirnya, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran

Islam yang terpenting di gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15. Tinjauan jelas menunjukkan

bahawa kedatangan Islam ke Melaka telah membawa pengaruh dan sumbangan yang meluas dalam

perkembangan Kesultanan Melayu Melaka, meliputi setiap aspek budaya masyarakatnya. Justru,

perkembangan agama Islam di Melaka telah mempengaruhi sistem pentadbiran, perundangan,

ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, pendidikan dan lain-lain lagi.

Dari segi sistem pentadbiran, sumbangan Islam yang paling nyata ialah tertubuhnya sebuah

Kerajaan Melayu-Islam di Nusantara pada abad ke-15. Melaka muncul sebagai sebuah negara

Page 8: Keje Sejarah Mursyid

Melayu yang berpandukan akidah Islam dengan menjadikan Raja Sultan sebagai pemerintah

tertinggi negara. Agama Islam dijadikan agama rasmi Melaka pada tahun 1446, iaitu semasa

pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.[22] Ini menjadikan Islam sebagai agama utama yang dilindungi

dan dikembangkan di Melaka. Sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam, penekanan pentadbiran

adalah pada unsur-unsur kemelayuan, keislaman dan kesultanan. Dalam konteks ini, sultan selaku

pemimpin dan penaung kepada rakyat, baginda memegang amanah Allah SWT. bagi menjalankan

kuasa tertinggi memerintah negara secara adil dan saksama demi kesejahteraan rakyat dan

keharmonian negara. Teks Melayu lama yang memperkatakan tatanegara seperti kitab Bustanus-

Salatin ,

Tajus-Salatin ,... Hukum Kanun Melaka jelas memperkatakan bahawa pemerintahan raja-raja

hendaklah berdasarkan lunas-lunas ajaran Islam,bukan sahaja syariah atau hukumnya, tetapi juga

dari segi tatasusilanya...[23]

Hasil daripada pengaruh agama Islam, nasab raja-raja Melaka dihubungkan pula dengan

Iskandar Zulkarnain, dan daripada perkahwinan mereka ini lahirnya nasab keturunan raja-raja

Melayu. Dengan itu, golongan raja bukan sahaja terus dipertuankan seperti dahulu, bahkan menjadi

lebih dihormati kerana keturunannya yang mulia itu. Pemerintah mulai dianggap sebagai ‘pemimpin’

rakyat mengikut konsep ‘sultan’ dalam tradisi Islam. Pentadbiran Melaka dalam aspek-aspek

tertentu turut dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Islam. Menurut catatan dalam Sejarah Melayu,

memandangkan Melaka di bawah pimpinan tokoh Islam, maka beberapa amalan dalam institusi

pentadbirannya juga berlunaskan Islam. Ini terbukti apabila amalan musyawarah dan bermuafakat

telah diamalkan antara raja yang memerintah dengan para pegawai dan pembesar Melaka.[24] Raja

tidak memerintah secara bersendirian dan keputusan raja adalah secara kolektif.Dalam pentadbiran

Melaka, Bendahara, Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Tun Bija Sura, dan Tun Utama

memainkan peranan sebagai penasihat kepada Sultan Melaka.

Hukum Islam juga terpancar melalui sistem perundangan Melaka. Undang-undang Melaka

atau Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak berlandaskan undang-undang

Islam.[25] Selepas pemerintahan Sultan Megat Iskandar Syah, proses rasionalisasi telah berlaku

terhadap undang-undang tradisi menyebabkan perhukuman Islam menjadi sebahagian besar intipati

Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Malah, peranan kadi dalam sejarah

perundangan Melaka juga amat dipentingkan, yakni dalam memelihara undang-undang tersebut.

Raja atau sultan bertindak sebagai penaung undang-undang.[26]

Dengan penerimaan agama Islam, Melaka semakin menjadi tumpuan saudagar

Page 9: Keje Sejarah Mursyid

Islam. Melaka menjadi sebuah pelabuhan perdagangan yang sungguh terkenal, sehingga mengatasi

kerajaan di pantai timur Sumatera seperti Haru, Jambi, Pedir dan Samudera-Pasai. Menjelang

pertengahan kurun ke-15, Melaka berkembang menjadi kuasa dan empayar kelautan yang agung

dan gagah. Sesungguhnya agama Islam telah menjadi suatu tenaga yang kuat yang mendorong

kemunculan serta perkembangan Melaka sebagai sebuah empayar kelautan yang agung. Dalam

melaksanakan urusan perniagaan, undangundang berjual beli yang diamalkan di Melaka adalah juga

berlandaskan undang-undang Islam. Umpamanya, Islam melarang amalan riba atau keuntungan

berlipat kali ganda daripada pusingan modal yang sebenarnya. Hukum ini adalah untuk

membataskan sifat tamak atau kecenderungan mengambil keuntungan berlebihan dan pembeli pula

dapat dilindungi. ‘Muamalat’ Islam berhubung dengan soal tersebut ada terkandung dalam Fasal 30

Hukum Kanun Melaka. Seterusnya, hukum Islam ada mensyaratkan supaya semua maklumat atau

butir hutang dicatatkan dengan disaksikan oleh dua orang lelaki. Ini bertujuan untuk mengelakkan

kesulitan dan perbalahan pada masa depan. Barang-barang yang diperniagakan mestilah barang-

barang yang suci, berguna dan bukan barangan haram. Fasal 30 Hukum Kanun Melaka ada

menentukan barang-barang yang boleh diperniagakan serta yang dilarang oleh Islam seperti arak,

babi, anjing dan tuak.48 Amalan membayar zakat turut diperkenalkan di Melaka. Amalan ini

mewujudkan hubungan yang erat sesama umat Islam dalam kalangan rakyat. Semua ciri tersebut

merupakan ciri-ciri ekonomi Islam seperti yang disarankan dalam al-Quran.[27]

Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan abjad Arab (tulisan Jawi) sebagai bahasa

persuratan di Melaka. Di samping digunakan dalam penulisan kitab agama, seperti kitab Duri’l-

Mazlum, tulisan Jawi juga digunakan bagi penulisan yang lain, seperti surat menyurat diraja, watikah,

hukum kanun, surat peribadi dan karya sastera. Malah boleh dikatakan bahawa semua penulisan

yang dilakukan dalam kerajaan Melaka adalah dalam tulisan Jawi.

Oleh sebab itu, naskhah asal yang ada kaitan dengan empayar Melaka seperti Sejarah Melayu,

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Melaka ditulis dalam tulisan Jawi. Sesungguhnya, Islam

telah menyumbangkan perkembangan minda serta intelektual terhadap golongan elit dalam

masyarakat, apabila tulisan Jawi diperkenalkan di Melaka.[28] Seterusnya, bidang lain yang

menerima pengaruh besar seiring dengan pengenalan tulisan Jawi ialah bahasa dan kesusasteraan

Melayu. Sumbangan agama Islam dalam pembentukan dan perkembangan bahasa sangat ketara,

iaitu meningkatkan tarafnya sebagai alat pengucapan intelektual dan sekali gus sebagai bahasa

perantaraan di Nusantara. Sebelum kedatangan agama Islam, belum ada sebarang bahasa yang

layak memainkan peranan yang penting ini. Kedatangan agama Islam memberi ruang untuk bahasa

Page 10: Keje Sejarah Mursyid

Melayu muncul sebagai bahasa pengantar, bahkan sebagai bahasa sarjana dan para cendekiawan

yang terkemuka.[29]

Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar dalam bidang kesusasteraan tetapi

juga dalam bidang perbincangan falsafah. Tegasnya, bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan

Jawi yang dibawa oleh Islam telah menjadi bahasa ilmu di kalangan orang Melayu. Justeru itu, jelas

agama Islam telah memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai wadah perkembangan ilmu

di Melaka. Sejajar pengangkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kedatangan agama Islam

turut memperkenalkan banyak istilah baharu yang diambil daripada bahasa Arab atau Parsi bagi

memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak meminjam daripada

perkataan Arab, misalnya, pondok, maaf, batin, nafas, syukur, zalim, nikmat, salam dan kafir.

Pemerintah Melaka selepas kedatangan agama Islam mula memakai gelaran yang melambangkan

ciri-ciri Islam sama ada daripada pengaruh budaya Parsi, Mesir atau Arab. Gelaran ‘Syah’ yang

dipakai oleh raja-raja Melaka bermakna ‘Raja‘ dalam bahasa Parsi, manakala istilah ‘Sultan’ adalah

daripada bahasa Arab.[30] Aspek perkembangan ini juga dapat dilihat secara jelas apabila merujuk

kitab serta karya sastera zaman Melaka, iaitu Sejarah Melayu yang mempunyai tajuk asalnya dalam

bahasa Arab, iaitu Sulalatus Salatin. Begitulah juga buku-buku seperti Bustanul Salatin, Tajus Salatin

dan Tuhfat-an-Nafis.

Keterbukaan perdagangan di Selat Melaka juga telah menyebabkan Melaka secara tidak

langsung menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha dan agama Islam. Tambahan lagi dengan

kedudukannya yang sangat strategik di perairan Selat Melaka yang mana dapat memudahkan

kemasukan banyak bangsa yang menganut pelbagai agama. Melaka juga telah memainkan peranan

dalam proses penyebaran agama-agama ini. Pengaruh ketiga-tiga agama yang kuat ini menyebabkan

tarikan lebih banyak pedagang-pedagang asing yang masuk ke Melaka untuk memperdagangkan

barangan mereka.[31]

Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara. Kedua-

dua negeri ini merupakan pusat perkembangan agama Buddha membantu mengembangkan

kegiatan perdagangan dengan India dan China. Melaka merupakan empayar Islam, secara tidak

langsung ianya dapat menarik pedagang-pedagang Islam.[32] Kejayaan Melaka dalam memainkan

peranannya sebagai sebuah pelabuhan enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu

bertindak sebagai penerima atau pembeli barang dagangan, mejadi pusat pengantaraan dimana

Melaka menjadi tempat pertemuan di antara para pedagang asing dari Timur dan Barat termasuk

juga pedagang dari Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa

dari Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun begitu

Page 11: Keje Sejarah Mursyid

pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya.[33] Hal ini kerana, Melaka merupakan

tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi yang mana dapat menggerakkan

seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

2.6 Pengaruh Nilai & Budaya Zaman Kesultanan Melayu Melaka Terhadap Perkembangan

Politik Kontemporari

Perkembangan politik sesebuah negara tidak mungkin terlepas daripada sejarah yang pernah terlukis

di bumi tersebut. Sejarah merupakan pustaka rujukan, gedung kajian bagi memperoleh panduan dan

pedoman dalam mendepani cabaran masa mendatang. Sejarah yang tidak dirujuk dan dibiarkan

terus tenggelam dalam dimensi masa boleh mengundang musibah. Sesebuah negara itu mungkin

kembali menghadapi masalah yang sama seperti apa yang pernah dihadapi oleh rakyatnya yang

terdahulu. Lebih malang lagi sekiranya masalah itulah yang dahulunya pernah membawa titik noktah

kepada kegemilangan tamadun bangsa tersebut. Begitu juga dengan Malaysia, negara kita. Sekiranya

sejarah penjajahan selama 446 tahun itu tidak cukup untuk membangunkan bangsa ini daripada lena

yang panjang, mungkin kesedihan penduduk Melaka saat jatuh ke tangan Portugis pada 1511

melarat hingga ke beberapa generasi lagi.

Sulalat al-Salatin(Perteturun Segala Raja-Raja) atau Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang

membentangkan sejarah masyarakat Melayu era Kesultanan Melayu Melaka. Seawal penemuan

Melaka oleh Parameswara hingga ke saat kepincangan pemerintahan Sultan Mahmud Syah, sultan

terakhir negeri Melaka. Gaya penyampaiannya yang lebih berbentuk naratif membolehkan aspek

nilai dan budaya masyarakat zaman itu diamati.[34]

Pada pandangan saya, beberapa permasalahan timbul apabila kita cuba mengaitkan nilai-nilai yang

pernah diamalkan sepanjang zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan perkembangan politik

kontemporari. Nilai yang wujud dalam budaya, politik dan ekonomi pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka wujud atas beberapa faktor yang tidak lagi ada pada Malaysia di era sesudah merdeka.

Contohnya kedudukan Melaka sebagai salah sebuah pusat peradaban (centre of civilization) di

Nusantara, status bahasa Melayu sebagai Lingua Franca, keterbatasan perhubungan oleh faktor

geografi dan masa, serta nilai Islam dalam politik. Malaysia berdiri di atas runtuhan kota Melaka

dengan sejarah hitam penjajahan selama beberapa kurun yang telah meninggalkan impak signifikan

terhadap perubahan nilai dan paradigma masyarakatnya. Perkembangan politik hari ini adalah hasil

Page 12: Keje Sejarah Mursyid

respons terhadap cabaran Malaysia sebagai negara multi-bangsa yang sedang membangun di bawah

bayang-bayang Barat dan pelbagai ancaman seperti neokolonialisme (globalisasi, hedonisme dll.)

serta asimilasi budaya.

Semua sedia maklum tentang kedudukan Melaka yang strategik telah mengangkatnya menjadi pusat

peradaban terkenal di seluruh Nusantara hatta dunia pada ketika itu. Kedudukan istimewa dan

struktur pentadbiran empayar kesultanannya telah menjadikan Melaka dipandang tinggi oleh lain-

lain negara yang singgah berdagang. Kedudukannya di atas hierarki peradaban tamadun ini

menjadikan Melaka lebih selamat daripada ancaman pengaruh asing. Nilai budaya, politik, ekonomi

dan sosial adalah nilai Melayu Islam Melaka. Banyak yang belajar daripada Melaka akan gaya

pengurusan dan pentadbiran jajahannya yang meski luas namun teratur dan stabil. Mengagumi dan

mencontohi yang lebih maju dan berjaya adalah fitrah manusia. Sebaliknya, Malaysia pasca era

kolonialisme banyak terkesan dengan Barat. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, raja

berperlembagaan juga terkesan dengan Barat. Suruhanjaya Perlembagaan Reid yang diketuai oleh

Lord Reid mengambil modul dan model yang ada di Barat lalu disesuaikan dengan realiti tempatan.

Great Britain antara negara demokrasi yang diambil menjadi contoh pembentukan Malaysia. Melaka

dahulu banyak dipandang, Malaysia banyak memandang. Standard pembangunan dan kemajuan

yang dikejar oleh Malaysia juga banyak ditetapkan oleh badan-badan dunia yang kebanyakannya

berpusat di Barat. Baik kelayakan untuk bergelar negara maju mahupun kualiti dalam sistem

perkhidmatan. Bukanlah saya ini seorang yang anti-Barat. Tetapi ingin saya memperlihatkan betapa

kiblat dunia sudah beralih arah sebanyak 180 darjah! Dahulu Melaka di timur jadi pujaan, kini

negara-negara di Barat dijadikan kayu ukuran. Masakan nilai-nilai budaya, politik, ekonomi dan sosial

dahulu dapat banyak mempengaruhi kancah politik negara semasa? Budaya Melaka dahulunya

banyak dieksport, budaya Malaysia kini banyak diimport.

Malaysia cuba bangkit dan membangunkan negara dengan adunannya sendiri(sungguhpun

acuannya ada pengaruh luar). Tetapi keterikatan Malaysia dengan dunia luar tidak boleh tidak telah

memberi kesan kepada perangkaan polisi dan perjalanan sistem pentadbiran dalam negara. Sebagai

contoh, kita boleh membanding bezakan sistem ekonomi zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan

Malaysia pasca merdeka. Perubahan ketara kepada struktur sistem ekonomi dunia dapat dilihat

dengan pertukaran sistem mata wang. Daripada perdagangan yang menggunakan sistem barter,

Melaka melangkah ke hadapan apabila memperkenalkan syiling emas bermula di era pemerintahan

Page 13: Keje Sejarah Mursyid

Sultan Muzaffar Syah. Lain-lain sistem mata wang turut diguna pakai seperti jongkong timah, manik,

dan cangkerang cowrie untuk melancarkan urusan perniagaan. Perdagangan juga dibatasi oleh

faktor geografi. Pedagang hanya dapat menggunakan laluan darat, seperti ‘denai penarikan’, dan

laluan air seperti sungai dan laut untuk tujuan perniagaan. Masa yang diambil untuk bergerak dari

satu kawasan ke kawasan yang lain juga amat panjang. Keadaan ini punya perbezaan yang sangat

signifikan dengan sistem ekonomi kontemporari yang telah punya penyelarasan sistem mata wang

kertas, transaksi ekonomi daripada pelbagai sumber; darat, laut, udara mahupun ruang

maya(internet) dengan kepantasan berhubung yang disingkatkan masanya hingga kurang daripada

10-9 saat! Batasan geografi dan masa bukan lagi penghalang. Kerajaan dahulu cukup dengan hanya

menugaskan Syahbandar untuk menguruskan hal-hal berkaitan urusan ekonomi, tidak lagi mungkin

bagi zaman ini. Beberapa kementerian berportfolio besar seperti Kementerian Ekonomi,

Kementerian Asas Tani dan Perniagaan, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan serta

Kementerian Perdagangan dan Perindustrian punyai perkaitan secara langsung dan tidak langsung

dalam urusan ekonomi negara.

Dengan perubahan yang begitu drastik dan ketara daripada pelbagai aspek, perkembangan politik

Malaysia pasca merdeka dalam melakar polisi ekonomi negara tidak boleh rigid dan pasif. Semua

polisi kini adalah respons kepada cabaran yang tidak wujud di era Kesultanan Melayu Melaka.

Namun, jika kita mengambil sudut pandang berbeza, pengaruh itu tetap ada. Melaka punya sistem

ekonomi dan matawangnya sendiri. Sistem itu tetap ada hari ini, cuma kandungannya sudah

berubah.

Status bahasa dunia atau Lingua Franca yang kini dimiliki oleh Bahasa Inggeris juga merupakan

cabaran yang tidak wujud di masa dahulu. Bahasa jiwa bangsa. Maka, dengan keberadaan status ini

pada bahasa Inggeris(bahasa Inggeris adalah bahasa utama dunia hari ini) yang juga bahasa milik

Barat, budaya dan nilai-nilai Barat turut diimport masuk ke dalam negara secara tidak langsung.

Melaka dahulu gah dengan kegemilangan bahasa Melayu. Maka aspek nilai dan budaya masih kuat

terikat dengan nilai dan budaya Melayu-Muslim. Dek kerana bahasa Inggeris sudah mengambil alih

kedudukan bahasa Melayu, ikatan itu menjadi semakin longgar. Lingua Franca hari ini tidak hanya

menguasai bahasa hubungan diplomatik, perdagangan atau urusan-urusan rasmi di peringkat

antarabangsa sahaja, ia juga digunakan dalam media massa, baik elektronik mahupun yang bercetak.

Lambakan bahan bacaan, filem dan muzik dalam Bahasa Inggeris contohnya telah banyak memberi

kesan dan perubahan kepada pola pemikiran dan aksi masyarakat Malaysia pasca merdeka.

Hinggakan isu bahasa dalam dasar pendidikan negara masih menjadi perdebatan hingga ke saat ini.

Page 14: Keje Sejarah Mursyid

Persoalan tentang nilai dan kedudukan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat juga menimbulkan

banyak tanda tanya.

Keadaan ini tidak pernah dialami oleh kerajaan Melaka suatu ketika dahulu tetapi dihadapi oleh

kerajaan negara hari ini. Namun, respons terhadap isu ini merupakan respons terhadap cabaran

semasa yang banyak dipengaruhi nilai masa lampau. Nilai untuk mempertahankan keagungan nilai,

budaya dan bahasa Melayu bagi sesetengah pihak yang dapat melihat dan menjangkakan implikasi

penggunaan bahasa asing dalam pengajaran subjek-subjek teras. Tidak dinafikan, sungguhpun ada

golongan yang cuba mempertahankan bahasa Melayu, golongan ini seakan terpencil dan kecil

bilangannya. Persepsi masyarakat sudah berubah. Bahasa Inggeris menjadi prasyarat kemasukan ke

kebanyakan pusat pengajian tinggi dan punyai nilai kompetitif yang tinggi dalam pasaran pekerjaan

semasa. Tidak pula sebanding dengan bahasa Melayu. Walaupun kedudukannya tinggi dalam

perlembagaan, sebagai bahasa Kebangsaan, dan diangkat menjadi bahasa rasmi dalam setiap agensi

kerajaan, realiti penggunaannya masih terbatas. Keindahan bahasa Melayu juga semakin pudar

kerana rata-rata masyarakat hari ini selesa menggunakan bahasa rojak apabila berbicara. Bagaimana

mahu generasi mendatang mempelajari nilai dan budaya yang diwarisi sedari zaman gemilang

kesultanan Melayu Melaka? Apatah lagi pula mahu membawa pengaruhnya kepada perkembangan

politik semasa?

Tanggungjawab institusi Raja-Raja Melayu yang dahulunya mentadbir negara kini dipegang oleh

kuasa legislatif kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Nilai ketaatan kepada sultan yang tidak

berbelah bagi pernah dianuti dan dipuji oleh masyarakat Melayu dahulu hingga wujud sultan yang

megah dengan konsep daulat dan tulah. Sewenang-wenangnya melakukan apa yang disukai nafsu

serakah. Dalam buku Sejarah Melayu, cerita tentang Tun Fatimah yang kehilangan ayahnya kerana

dibunuh sultan (sungguhpun tanpa kesalahan) cukup untuk kita renungkan. Sudahlah begitu, diri Tun

Fatimah pula terpaksa menerima sultan si pembunuh sebagai suami (lantaran sultan yang tertarik

kepada kecantikannya). Apa yang lebih menyedihkan tiada yang bangkit memperjuangkan keadilan,

menegakkan kebenaran pada ketika itu. Sultanlah pemerintah, sultanlah undang-undang, sultanlah

kebenaran. Isu ini dibangkitkan hanya setelah lama sultan Melaka kehilangan takhta. Setelah dunia

berubah memandang kekuasaan semata-mata bukanlah kekuatan, harta dan kedudukan. Minda

sekarang ini menjadi aset utama.

Page 15: Keje Sejarah Mursyid

Isu tentang kekebalan institusi beraja daripada undang-undang pernah seketika mengheret Tun Dr.

Mahathir keluar daripada parti UMNO. Namun nilai sudah berubah. Sejarah panjang telah

melahirkan manusia yang mahukan keadilan sejagat. Salah perlu dinafikan. Benar perlu

dipertahankan. Kesannya, hari ini sukar untuk kita dapati golongan yang boleh bertindak sesuka hati.

Biarlah namanya sultan atau perdana menteri, jika berada di tempat yang salah, kebenaran akan

datang mengadili.

Tidak dinafikan terdapat juga coretan cerita tentang pemimpin yang adil di sepanjang rentetan

sejarah Melaka. Pemimpin dan pegawai yang saksama ditaati dan disanjungi. Namun nilai ini nilai

manusiawi. Tidak bermakna disebabkan oleh wujudnya golongan terdahulu yang menghormati

pemerintah adil maka apa yang berlaku pada hari ini adalah pengaruh daripada peristiwa tersebut.

Hal ini tidak berkait secara langsung kepada perkembangan politik semasa. Mana-mana manusia

normal daripada mana-mana bangsa di mana-mana penjuru dunia sekalipun akan punya perasaan

yang sama. Menghormati yang adil dan saksama. Kecuali bagi mereka yang egois sentiasa, gila kuasa

serta tamak haloba.

Nilai yang diamalkan dalam urusan pentadbiran negara zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan

Malaysia juga berbeza kesan daripada kewujudan kontrak sosial antara kaum ini. Selain daripada

kedudukan sultan yang berlainan dalam hierarki pemerintahan, konsep perkongsian kuasa juga baru

diimplementasikan. Menteri-menteri kabinet terdiri daripada pelbagai bangsa dan hal ini

memerlukan nilai toleransi yang tinggi antara semua pihak agar kerjasama terbaik dapat

menghasilkan kerja terbaik dalam urus-tadbir negara. Kementerian-kementerian yang wujud

mengikut keperluan semasa juga membezakan antara dahulu dengan sekarang. Nilai masyarakat

yang telah berubah, seperti status kaum wanita membawa kepada kewujudan Kementerian

Pembangunan Wanita, Komuniti dan Keluarga. Semua ini adalah perkembangan politik semasa

dalam mendepani cabaran semasa.

Nilai Islam dalam politik juga berbeza antara kedua-dua zaman yang diperbandingkan. Undang-

Undang Laut & Undang-Undang Melaka yang pernah diguna pakai oleh kerajaan Melaka berdiri atas

peruntukan undang-undang Islam; hukum had, qisas, dan takzir. Contohnya dalam fasal 48 dan 30

kedua-dua undang-undang ini ada menyebut tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah

zina seperti yang digariskan dalam peruntukan hukum had Islam. Fasal 5 Undang-Undang Melaka

mengambil hukum qisas; kesalahan bunuh dibalas bunuh dan hukum takzir pula terdapat pada fasal

5 Undang-Undang Laut dengan peruntukan takzir kepada orang yang terlibat dengan hutang.

Pengamalan hukum Islam ini menyeluruh. Namun, Malaysia tidak lagi menggunakan undang-undang

berdasarkan peruntukan hukum-hakam Islam sepenuhnya. Malaysia sebaliknya punya peruntukan 2

Page 16: Keje Sejarah Mursyid

undang-undang berasingan; sivil dan syariah. Banyak kes jenayah diadili dengan hukuman sivil.

Hukum syariah hanya terbatas dalam hal-hal perkahwinan dan perceraian. Perbandingan ini jelas

memperlihatkan akan perbezaan yang wujud dalam pengamalan Islam dalam politik dahulu dan

sekarang.

3.0 PENUTUP / RUMUSAN

Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit iaitu kira-kira pada

tahun 1414 masihi. Pada ketika itu, Melaka telah diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda

telah berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar Melaka. Ekspedisi peluasan kuasa ini telah

membantu menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting di gugusan

Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan awal abad ke 16. Sejak pengasasannya, Melaka telah

mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun. Faktor ini menyebabkan Melaka muncul sebagai

sebuah empayar yang terkenal. Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di Selat Melaka telah

mendorong kepada perkembangan perdagangan di gugusan Kepulauan Melayu.

Kepesatan perdagangannya telah menarik minat kuasa Barat iaitu Portugis di bawah pimpinan

Alfonso De Alburqueque untuk menakluki Melaka pada tahun 1511. Keagungan dan kemasyhuran

Melaka sebagai pusat perdagangan pada awal abad ke-15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat

dinafikan. Keagungan empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan

Portugis pada tahun 1511. Setelah itu, Acheh telah menggantikan peranan Melaka sebagai pusat

perdagangan yang maju di gugusan Kepulauan Melayu.

Secara ringkasnya, perbincangan ini telah menunjukkan bahawa nilai dalam budaya, ekonomi, politik

mahupun sosial dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pengaruh terhadap

perkembangan politik kontemporari tetapi tidak secara langsung. Nilai-nilai dalam masyarakat

berubah dengan berubahnya beberapa faktor yang disebutkan sepanjang perbincangan ini. Nilai

yang diamalkan Malaysia adalah respons pemerintah kepada stimulus semasa. Nilai yang terbentuk

di kalangan masyarakat hari ini banyak terkesan dengan penjajahan yang begitu lama. Hasilnya, ada

nilai-nilai yang pernah hidup dalam masyarakat dahulu kini telah berkubur tanpa nisan.