KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13 (2017) SEKOLAH · PDF filesukan tahunan atau temasya olahraga...

5
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13 (2017) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM PENDAHULUAN Sukan tahunan dan temasya olahraga sekolah adalah satu keperluan tradisi. Sukan adalah elemen asas pelengkap kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Menganjurkan kejohanan sukan tahunan atau temasya olahraga menjadi petunjuk penting dalam halatuju organisasi sekolah pada masa akan datang. Sukan juga merupakan jambatan pemupukan semangat toleransi dan kerjasama warga sekolah dengan ibubapa serta penduduk setempat. Di samping itu ia menjadi landasan pencarian bakat, penggilapan bakat serta memperkembangkan minat pelajar-pelajar dalam bidang masing- masing. Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam telah menganjurkan kejohanan sukan kali pertama pada tahun 2005 seawal usianya. Oleh yang demikian pada tahun 2017 sekali lagi Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam akan mengekalkan kelansungan tradisi kecemerlangan ini. 1. Matlamat Matlamat yang disasarkan melalui kejohanan ini adalah untuk : 1.1: Mencari atlet-atlet yang berkaliber dan berkeupayaan untuk mewakili sekolah di dalam mana- mana kejohanan terutama di peringkat zon dan daerah Kuala Selangor, negeri dan kebangsaan pada tahun 2017 2. Objektif Objektif utama kejohanan sukan ini diadakan adalah untuk: 2.1: Mencungkil dan menggilap bakat di kalangan pelajar di dalam bidang olahraga 2.2: Menyemai semangat kesukanan yang tinggi kepada setiap individu yang terlibat (pelajar&guru). 2.3: Menyemai sikap patuh kepada undang-undang dan peraturan-peraturan sukan. 2.4: Sebahagian daripada perlaksaan Dasar 1 Murid 1 Sukan. 3. Sasaran 3.1: Semua warga pelajar SMK Puncak Alam. 3.2: Guru-guru dan kakitangan sekolah. 3.3: Ibubapa / penjaga (PIBG). 4. Fasa Perlaksanaan Isnin 23 Jan Mesyuarat Kejohanan olahraga 2017 Petang / Pagi Isnin 6 Feb Mesyuarat Kedua Kejohanan olahraga 2017 Petang / Pagi Selasa 7 Feb Acara Saringan Balapan Petang / Pagi Rabu 8 Feb Acara Akhir Balapan Petang / Pagi Jumaat 10 Feb Tarik Tali Petang / Pagi Selasa 14 Feb Acara Akhir Padang Petang / Pagi Rabu 15 Feb Acara Akhir Padang Petang / Pagi

Transcript of KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13 (2017) SEKOLAH · PDF filesukan tahunan atau temasya olahraga...

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-13 (2017) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM

PENDAHULUAN Sukan tahunan dan temasya olahraga sekolah adalah satu keperluan tradisi. Sukan adalah elemen asas pelengkap kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Menganjurkan kejohanan sukan tahunan atau temasya olahraga menjadi petunjuk penting dalam halatuju organisasi sekolah pada masa akan datang.

Sukan juga merupakan jambatan pemupukan semangat toleransi dan kerjasama warga sekolah dengan ibubapa serta penduduk setempat. Di samping itu ia menjadi landasan pencarian bakat, penggilapan bakat serta memperkembangkan minat pelajar-pelajar dalam bidang masing-masing. Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam telah menganjurkan kejohanan sukan kali pertama pada tahun 2005 seawal usianya. Oleh yang demikian pada tahun 2017 sekali lagi Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam akan mengekalkan kelansungan tradisi kecemerlangan ini. 1. Matlamat Matlamat yang disasarkan melalui kejohanan ini adalah untuk : 1.1: Mencari atlet-atlet yang berkaliber dan berkeupayaan untuk mewakili sekolah di dalam mana-mana kejohanan terutama di peringkat zon dan daerah Kuala Selangor, negeri dan kebangsaan pada tahun 2017 2. Objektif Objektif utama kejohanan sukan ini diadakan adalah untuk: 2.1: Mencungkil dan menggilap bakat di kalangan pelajar di dalam bidang olahraga 2.2: Menyemai semangat kesukanan yang tinggi kepada setiap individu yang terlibat (pelajar&guru). 2.3: Menyemai sikap patuh kepada undang-undang dan peraturan-peraturan sukan. 2.4: Sebahagian daripada perlaksaan Dasar 1 Murid 1 Sukan. 3. Sasaran 3.1: Semua warga pelajar SMK Puncak Alam. 3.2: Guru-guru dan kakitangan sekolah. 3.3: Ibubapa / penjaga (PIBG). 4. Fasa Perlaksanaan

Isnin 23 Jan Mesyuarat Kejohanan olahraga 2017 Petang / Pagi

Isnin 6 Feb Mesyuarat Kedua Kejohanan olahraga 2017 Petang / Pagi

Selasa 7 Feb Acara Saringan Balapan Petang / Pagi

Rabu 8 Feb Acara Akhir Balapan Petang / Pagi

Jumaat 10 Feb Tarik Tali Petang / Pagi

Selasa 14 Feb Acara Akhir Padang Petang / Pagi

Rabu 15 Feb Acara Akhir Padang Petang / Pagi

Khamis 16 Feb Penyampaian Hadiah pemenang acara padang

(semasa perhimpunan mingguan)

Pagi / Petang

Khamis 16 Feb Raptai Kejohanan Olahraga 2017

Pagi

Jumaat 17 Feb Kejohanan Olahraga 2017

7.30 pagi-12.00 tengahari

5. Penyertaan Acara

Setiap individu yang terpilih mewakili rumah masing-masing dibenarkan mengambil bahagian di dalam 3 acara individu dan 2 berpasukan sahaja. Syarat ini hanya diguna pakai untuk acara balapan dan acara padang sahaja.

6. Acara-acara yang terlibat

a. Kejohanan Olahraga ( Acara balapan ) i. 100 m : 2 orang peserta bg setiap kategori – ada saringan ii. 200 m : 2 orang peserta bg setiap kategori – ada saringan iii. 300 m : 2 orang peserta bg setiap kategori – ada saringan iv. 800 m : 2 orang peserta bg setiap kategori - akhir v. 4x150 m : 1 penyertaan bg setiap rumah sukan mengikut kategori vi. 4x300 m : 1 penyertaan bg setiap rumah sukan mengikut kategori

b. Acara padang i. Lontar Peluru : 2 orang peserta bg setiap kategori ii. Merejam lembing : 2 orang peserta bg setiap kategori iii. Lempar Cakera : 2 orang peserta bg setiap kategori iv. Lompat Jauh : 2 orang peserta bg setiap kategori v. Lompat Tinggi : 2 orang peserta bg setiap kategori

c. Tarik Tali

10 orang peserta + 2 simpanan (lelaki sahaja) Pertandingan diadakan mengikut sistem kalah mati 2 kali.

Kategori Lelaki (sesi petang) & Lelaki (sesi pagi) sahaja

d. Perbarisan rumah sukan 21+1 ketua platun & bendera + 1sepanduk + 1maskot

Tema : Flora & Fauna

e. Perbarisan Unit Berunifom : 21 + 1 ketua platun & bendera + 1 sepanduk

f. Pertandingan Sorak

g. Acara pendidikan khas

100 m (Lelaki) 100 m (perempuan)

7. Jadual Pemarkahan

Pertandingan Pertama Ke dua Ke tiga Ke empat Ke lima

Sukantara Pagi

50 35 25 15 10

Sukantara Petang

50 35 25 15 10

Balapan & Padang

10 7 4 - -

Tarik Tali (pagi)

30 20 15 - -

Tarik Tali (petang)

30 20 15 - -

Perbarisan 40 30 20 15 10

Pertandingan Maskot

25 20 15 10 7

Pertandingan Sorak

40 30 20 15 10

8. Penentuan Johan Keseluruhan Jumlah mata yang terkumpul dari acara-acara berikut :

Sukantara pagi + Sukantara petang + Acara padang & balapan + Tarik Tali pagi + Tarik Tali Petang + perbarisan + pertandingan sorak + pertandingan mascot

9. Anugerah Khas a. Olahragawan / Olahragawati

Olahragawan Kelas L1

Olahragawan Kelas L2 Olahragawan Kelas L3 Olahragawati Kelas P1 Olahragawati kelas P2 Olahragawati Kelas P3

b. Penentuan Olahragawan/ Olahragawati

Berdasarkan pencapaian dalam acara individu dan berpasukan Mengikut kaedah mata terkumpul bagi setiap acara yang disertai

JOHAN 5 mata

NAIB JOHAN 3 mata

KETIGA 1 mata

10. Kod Nombor Peserta

L1 P1 L2 P2 L3 P3

MERAH M100 M300 M500 M700 M600 M800

BIRU B100 B300 B500 B700 B600 B800

KUNING K100 K300 K500 K700 K600 K800

HIJAU H100 H300 H500 H700 H600 H800

UNGU U100 U300 U500 U700 U600 U800

11. Hadiah

Penerima Hadiah

Jenis Bilangan Kelas

Johan Keseluruhan Piala Pusingan 1 -

Olahragawan Piala 3 L1, L2, L3

Olahragawati Piala 3 P1, P2, P3

Balapan & Padang Medal 24 x 3

12 x 4 x 3 30 x 3

L1, L2, L3 ,P1, P2, P3 (Johan-ke 3)

Tarik Tali Medal 12 x 3 12 x 3

Sesi Pagi & Sesi Petang (Johan-ke 3)

Pendidikan Khas Medal 1 x 5 1 x 5

Lelaki & Perempuan (Johan-ke 5)

Maskot Hamper 3 Johan-ke 3

Perbarisan Hamper 3 Johan-ke 3

Pertandingan Sorak

Hamper 3 Johan-ke 3

Perasmi Cenderamata 1

12. Tentatif

7.30 pagi - Murid-murid berkumpul di Pavillion - Pendaftaran Pegawai kejohanan - Pendaftaran tetamu dan ibubapa 8.00 pagi - Perbarisan Lintas Hormat

8.30 pagi Negaraku - Lagu 1M1S - Bacaan Doa - Upacara menaikkan bendera kejohanan - Bacaan ikrar kejohanan -Ucapan Alu-aluan Pengetua SMKPA -Ucapan Perasmian: YDP PIBG - Perbarisan keluar peserta

9.00 pagi - Acara Sukan

100 m (P3,L3, P2, L2, P1, L1 ) 100 m Pendidikan Khas ( P, L ) 4 x 150 m (P3,L3, P2, L2, P1, L1 )

4 x 300 m (P3,L3, P2, L2, P1, L1 )

10.30 pagi - Tarik Tali Antara Rumah Sukan Akhir (Sesi petang) - Tarik Tali Antara Rumah Sukan Akhir (Sesi pagi)

11.00 pagi - Majlis penutupan Kejohanan Olahraga. -Ucapan Alu-aluan Pengetua SMKPA -Ucapan Perasmian: -Upacara Penyampaian Hadiah

12.00 tengahari - Gotong Royong - Bersurai