KEJOHANAN PETANQUE IPT 2016 PERATURAN...

9
Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan KEJOHANAN PETANQUE IPT 2016 PERATURAN PERTANDINGAN ANJURAN: KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KELOLAAN: JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI TARIKH: 8-12 MEI 2016 DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN PETANQUE IPT 2016

Transcript of KEJOHANAN PETANQUE IPT 2016 PERATURAN...

Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan

KEJOHANAN PETANQUE IPT 2016

PERATURAN PERTANDINGAN

ANJURAN:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

KELOLAAN: JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI

TARIKH:

8-12 MEI 2016

DISEDIAKAN OLEH:

JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN PETANQUE IPT 2016

Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan

1. PERATURAN AM

1.1 Pertandingan ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Rasmi

Permainan Petanque (Official Rules of the Games of Petanque)

yang ditetapkan oleh Federation International de Petanque Et Jeu

Provincal (FIPJP) yang sedia terpakai dan pindaan-pindaannya

yang dilakukan pada 2010 di Izmer, Turkey dan mengikut undang-

undang kecil KEJOHANAN PETANQUE IPT 2016.

1.2 Sekiranya terdapat perselisihan/persoalan dari segi pentafsiran

undang-undang permainan, undang-undang dalam Bahasa

Inggeris akan dirujuk.

1.3 Semua bantahan berkaitan dengan perkara teknikal akan

diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.

1.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Pengerusi Kejohanan atau

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah

muktamad.

2. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan Petanque IPT 2016

3. TARIKH

8 - 12 MEI 2016

4. TEMPAT

Arena Petanque Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.

Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan

5. ACARA

5.1 Kejohanan ini dibahagikan kepada 10 kategori:

5.1.1 Single Lelaki (SL)

5.1.2 Single Wanita (SW)

5.1.3 Double Lelaki (DL)

5.1.4 Double Wanita (DW)

5.1.5 Triple Lelaki (TL)

5.1.6 Triple Wanita (TW)

5.1.7 Double Campuran (DM )

5.1.8 Double Khas Terbuka OKU (DK) – Learning Disabilities

5.1.9 Shooting Lelaki (SHL)

5.1.10 Shooting Wanita (SHW)

6. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PESERTA

6.1 Setiap peserta hanya boleh bermain satu (1) acara sahaja.

6.2 Setiap pasukan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan

bagi setiap acara yang dipertandingkan. Hanya 48 penyertaan

terawal bagi setiap kategori akan terpilih. Walaubagaimanapun

keputusan muktamad penyertaan bagi setiap kategori adalah hak

penganjur. Penganjur berhak untuk mengurang atau menambah

penyertaan tanpa sebarang makluman terlebih dahulu.

6.3 Setiap penyertaan mestilah didaftarkan melalui sistem pendaftaran

atas talian yang disediakan oleh pihak penganjur pada tarikh yang

telah ditetapkan. Sebarang pertambahan penyertaan tidak

dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran.

6.4 Pengesahan penyertaan hendaklah disemak melalui sistem

pendaftaran atas talian mengikut tarikh yang telah ditetapkan

Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan

6.5 Yuran Penyertaan adalah seperti berikut:

Bil Acara Bayaran

(RM)

Bilangan

Peserta

1 Single 30.00 1 orang

2 Double 60.00 2 orang

3 Triple 90.00 3 orang

4 Shooting 30.00 1 orang

6.6 Acara setiap kategori hanya akan dipertandingkan jika ada

sekurang-kurangnya 4 peserta dari IPT yang berlainan.

7. KELENGKAPAN PERMAINAN

7.1 Boules yang boleh digunakan untuk pertandingan adalah yang telah

diiktiraf oleh FIPJP atau Persekutuan Petanque Malaysia.

Pemain yang bermain dengan boules yang tidak sah akan

mengakibatkan keputusan tidak diiktiraf.

7.2 Jack yang digunakan untuk pertandingan akan disediakan oleh

pihak penganjur dan harus dipulangkan kembali selepas tamat

perlawanan.

7.3 Pita pengukur bagi tujuan mengukur jarak kejauhan atau penentuan

mata hendaklah disediakan oleh pemain atau pasukan yang

bertanding.

7.4 Lesen atau Kad Akreditasi atau Kad Matriks atau Pengesahan

Pelajar hendaklah dipamerkan sekiranya diperlukan.

8. PAKAIAN

8.1 Pemain hendaklah memakai pakaian seragam pasukan masing -

masing. Hanya baju ‘T’ berkolar dan berseluar slack/track bottom

sahaja dibenarkan semasa pertandingan.

8.2 Hanya kasut sukan sahaja yang dibenarkan di dalam gelanggang

semasa pertandingan.

Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan

8.3 Pihak penganjur pertandingan berhak untuk tidak membenarkan

mana-mana pemain menyertai pertandingan ini sekiranya mereka

tidak mematuhi peraturan tersebut.

9. SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN

9.1 Undian kumpulan akan dibuat lebih awal atau selewat-lewatnya 1

hari sebelum pertandingan oleh pihak penganjur.

9.2 Pertandingan pusingan pertama akan dijalankan dengan format

DOUBLE KNOCKOUT (kalah dua kali mati) atau LIGA

BERKUMPULAN.

9.3 Pertandingan pusingan kedua akan dijalankan secara knockout

(kalah mati). Undian semula akan dibuat untuk menentukan pihak

lawan.

9.4 Pertandingan akan dijalankan dengan format permainan bermasa

selama 1 jam.

9.5 Perlawanan tamat pada skor 13 atau tamat had masa selama 60

minit (1 jam). Jika masa telah tamat, pasukan yang memperolehi

skor tertinggi dikira pemenang. Jika skor seri, tambahan 1 end

lagi diberikan untuk penentuan kemenangan.

10. PENGADIL (ARBITRE)

10.1 Pihak Penganjur bersama Persekutuan Petanque Malaysia (PPM)

akan melantik Arbitre, Pegawai Teknikal dan Juga Teknikal Delegat.

10.2 Penganjur Pertandingan dan Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan berhak membuat dan mengubah keputusan

perlawanan serta – merta atas sebab-sebab yang tidak dapat

dielakkan.

10.3 Pasukan yang gagal hadir setelah panggilan perlawanan

diumumkan, akan didenda 1 mata bagi 5 minit pertama dan 1 mata

bagi setiap 5 minit seterusnya sehingga 30 minit.

Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan

10.4 Sekiranya pasukan tersebut gagal hadir dalam tempoh masa 30

minit, kemenangan 13-0 akan diberi kepada pihak lawan.

11. MENARIK DIRI DARIPADA PERTANDINGAN (WALK-OVER)

11.1 Pasukan atau peserta yang enggan bermain pada waktu yang

dijadualkan akan dianggap sebagai menarik diri.

11.2 Pasukan atau peserta yang menarik diri atau memberi walk-over

dalam satu-satu permainan akan hilang kelayakan untuk bermain

permainan seterusnya. Semua permainan yang telah dilakukannya

dengan sendirinya terbatal.

11.3 Pasukan atau peserta dibenarkan menarik diri atau menghentikan

permainannya atas sebab-sebab kecederaan atau kesihatan yang

sah.

11.4 Pasukan atau peserta yang menarik diri secara tidak sah tidak

layak untuk memperolehi hadiah.

11.5 Pasukan atau peserta yang menarik diri dari satu acara tanpa sebab

yang wajar akan dirujuk kepada Juri Bantahan untuk tindakan

disiplin.

12. PENGESAHAN KEPUTUSAN

12.1 Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk mengesahkan

keputusan perlawanannya dengan menurunkan tandatangan di

atas borang markah yang disediakan.

12.2 Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah dengan

persetujuan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan

13. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

13.1 Pengurus Pasukan DIWAJIBKAN hadir Mesyuarat Pengurus

Pasukan. Segala keputusan mesyuarat tidak boleh diubah.

Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan

13.2 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan selewat-lewatnya

satu (1) hari sebelum pertandingan dimulakan.

3.3 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengesahkan

senarai nama peserta semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

13.4 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus

Pasukan adalah Muktamad. Senarai peserta adalah berdasarkan

kepada SItem Pendaftaran atas talian yang disediakan penganjur.

13.5 Undian kumpulan akan dijalankan semasa Mesyuarat Pengurus

Pasukan.

13.6 Pengesahan warna jersey peserta atau pasukan hendaklah

diisytiharkan ketika mesyuarat pengurus pasukan.

14. GANGGUAN PERMAINAN

14.1 Sekiranya di atas sesuatu sebab, satu permainan tidak dapat

diteruskan, pihak Penganjur atau Jawatankuasa Teknikal

Pertandingan akan memutuskan masa yang sesuai untuk

menyambung semula permainan yang tertangguh. Keputusan

berkaitan dengannya akan dimaklumkan kepada pegawai-pegawai

pasukan secara bertulis sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum

permainan dimulakan.

15. RAYUAN

15.1 Rayuan hendaklah dibuat secara spontan (Judgement Call) oleh

pemain. Pemain boleh merujuk kepada pegawai teknikal atau

arbitre.

16. JURI BANTAHAN

16.1 Setiap bantahan hendaklah dibuat oleh Ketua Kontinjen /

Pengurus Pasukan secara bertulis kepada pihak penganjur dalam

tempoh tidak lebih 15 minit selepas tamat sesuatu pertandingan

Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan

dengan menyertakan Wang Cagaran sebanyak RM 300.00 (Ringgit

Malaysia: Tiga Ratus sahaja).

16.2 Sekiranya bantahan tersebut didapati berasas maka Wang Cagaran

tersebut akan dikembalikan dan ianya akan menjadi milik Penganjur

jika gagal dalam bantahan.

16.3 Juri bantahan mempunyai ahli seperti berikut:

16.3.1 Pengerusi Kejohanan

16.3.2 Teknikal Deligat (Ketua Jawatankuasa Teknikal)

16.3.3 Ketua Arbitre

16.3.4 Dua orang Wakil daripada Pengurus-Pengurus pasukan

yang berkecuali.

16.3.5 Pencatat (tiada hak mengundi)

16.4 Di antara tugas-tugas Juri bantahan

16.4.1 Membuat keputusan atas segala rayuan / bantahan

yang dikemukakan.

16.4.2 Membuat keputusan atas tindakan tatatertib terhadap

tingkahlaku peserta-peserta atau pegawai-pegawai

pasukan.

16.4.3 Membuat keputusan atas perkara-perkara yang

berbangkit yang tidak diperuntukan oleh Peraturan

Pertandingan.

16.4.4 Memberi maklumbalas hasil keputusan juri rayuan

kepada pasukan terlibat.

16.5 Juri Rayuan mempunyai kuasa untuk membatalkan (nullify) sesuatu

perlawanan atau membuat lain-lain keputusan dan keputusannya

adalah muktamad.

16.6 Juri Rayuan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengubah

Peraturan Pertandingan.

Edited 5 April 2016 JK Teknikal Pertandingan

17. HADIAH

17.1 Hadiah berupa medal, sijil pemenang dan wang tunai akan

diberikan kepada Johan, naib johan dan tempat ke-3 bagi setiap

kategori yang dipertandingkan.

17.2 Hadiah wang tunai adalah seperti berikut:

Acara Johan N. Johan Ketiga

Single RM300.00 RM200.00 RM100.00

Double RM500.00 RM300.00 RM200.00

Triple RM750.00 RM500.00 RM300.00