Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 2013 Balapan Dan Padang

9

Click here to load reader

Transcript of Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 2013 Balapan Dan Padang

Page 1: Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 2013 Balapan Dan Padang

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2013BALAPAN DAN PADANG

PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR

TARIKH3 -4 OKTOBER 2013

TEMPATPADANG SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM

MASA 2.00 PETANG – 6.00 PETANG

Page 2: Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 2013 Balapan Dan Padang

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2013BALAPAN DAN PADANG

PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR

PERATURAN PERTANDINGAN

1 Nama Kejohanan: Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Piala Menteri Pendidikan Balapan dan Padang peringkat Daerah Kuala Kangsar 2013.

2 Tarikh:

Hari Pertama : 03.10.2013 ( Khamis ) - 2.00 petang - 6.00 petang Hari Kedua : 04.10.2013 ( Jumaat ) - 3.00 petang - 6.00 petang

3. Konsep

3.1 Kejohan ini berasaskan sekolah ( school based ) di peringkat negeri.

3.2 Bertujuan memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai murid menyertai kejohanan di peringkat

negeri dan kebangsaan.

3.3 Dibuka kepada sekolah menengah untuk menyertai dan mewakili daerah dan negeri masing-masing.

4. Tempat:

Padang , SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar, Perak.

5. Undang-Undang Pertandingan:

Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik MSS Perak, Peraturan-Peraturan Am MSS Perak dan MSSM serta undang-undang KOAM/IAAF.

6. Jenis Pertandingan:

6.1 Pertandingan individu .

6.2 Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

6.2.0 Setiap peserta akan mengambil bahagian dalam semua 4 acara.

Bil Acara Lelaki Perempuan1. 100 meter X X2. 800 meter X X3. Lompat Jauh X X4. Lontar Peluru X X

7. Pendaftaran Peserta/Kemasukan:

7.1 Peserta yang dibenarkan menyertai kejohanan ini :

Page 3: Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 2013 Balapan Dan Padang

* Bukan wakil sekolah di peringkat Daerah, Negeri atau Kebangsaan. * Bukan atlet murid Sekolah Sukan Malaysia * Bukan atlet murid Sekolah Sukan Negeri. * Bukan murid yang berdaftar dalam program SPTS.

7.2 Kejohanan ini adalah dikhaskan kepada pelajar yang berumur 16 tahun ke bawah iaitu Peralihan, Tingkatan 1 , Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. ( Tingkatan 3 dikecualikan )

7.3 Setiap sekolah hendaklah mendaftarkan peserta seperti berikut :

Kategori Bil. AtletLelaki 6 orang

Perempuan 6 orangJumlah 12 orang

7.4 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum 01.10.2013 melalui Borang Penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola ( lihat dalam portal PPD ). Butir-butir mengenai seseorang peserta hendaklah diisikan dengan penuh dan disahkan oleh Pengetua Sekolah. 7.5 Borang Penyertaan yang dilengkapkan hendaklah di emailkan ke alamat : [email protected].

8. PENJADUALAN ACARA DAN CARA UJIAN MASA DAN JARAK

8.1 Jawatankuasa pengelola berhak menentukan/ menyusun acara dalam sesuatu sesi berdasarkan kepada perkara yang munasabah.

8.2 Setiap peserta akan diuji dalam acara individu.

8.3 Setiap peserta diberikan masa rehat paling kurang selama 30 minit sebelum mengambil bahagian dalam acara kedua dalam satu sesi.

8.4 Setiap peserta ( 6 orang dalam satu pasukan ) mesti mengambil bahagian dalam semua acara yang ditetapkan bagi membolehkan menyertai acara berpasukan.

8.5 Setiap peserta akan berlari sekali sahaja dalam acara 100 meter dan 800 meter.

8.6 Bagi acara Lompat Jauh dan Lontar Peluru setiap peserta akan diberikan 3 kali percubaan dan catatan jarak terbaik akan diambil kira sebagai jarak rasmi.

8.7 Markah akan diberikan kepada setiap masa dan jarak yang dicatat oleh peserta berdasarkan skor yang telah ditetapkan.

Page 4: Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 2013 Balapan Dan Padang

9. MENENTUKAN PEMENANG PASUKAN ( PEMILIHAN MEWAKILI DAERAH )

9.1 Berdasarkan markah 6 orang peserta dalam setiap kategori iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan. 9.2 Setiap peserta mesti menghabiskan 4 acara dan jika sekiranya seseorang peserta tidak dapat menghabiskan acara, kiraan mata hanya dikira kepada acara yang dapat ditamatkan oleh peserta tersebut akan diambil kira.

10. Nombor Peserta:

10.1 Semua peserta yang bertanding dimestikan menggunakan nombor sekolah yang telah ditetapkan dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD.

10.2 Nombor-nombor peserta dan pin hendaklah disediakan oleh sekolah masing-masing.

11. Hadiah dan Sijil

11.1 Hadiah akan diberi kepada pasukan Johan dan Naib Johan sahaja bagi setiap kategori.

12. Bantahan:

12.1 Wang cagaran bantahan ialah RM200.00 tunai dan wang cagaran ini akan hangus sekiranya bantahan tersebut gagal. (Rujuk Peraturan 146 - KOAM).

12.2 Tempoh masa untuk membuat bantahan ialah 15 minit selepas sesuatu acara diumumkan.

12.3 Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan. Pengurus Pasukan dinasihatkan berjumpa Refri terlebih dahulu mengenai perkara yang menimbulkan keraguan. Jika keputusan Refri tidak memuaskan hati, maka bolehlah ia membuat bantahan.

13. Kawasan Pertandingan / Peserta

13.1 Hanya pegawai-pegawai kejohanan yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding sahaja boleh berada di tempat pertandingan.13.2 Pegawai-pegawai pasukan tidak dibenarkan masuk ke dalam arena pertandingan kecuali diminta berbuat demikian oleh Pengurus Kejohanan.13.3 Peserta-peserta dikehendaki berbaris sewaktu masuk dan keluar dari arena pertandingan.

14. Hak Jawatankuasa Pengelola

14.1 Setiap acara akan dijalankan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan pengumuman rasmi akan dibuat.

14.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan-peraturan ini, Perintah Am MSSM/MSSPk atau undang-undang KOAM.

Page 5: Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 2013 Balapan Dan Padang

15. Hal-Hal Lain

15.1 Jawatankuasa Pengelola tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kehilangan barang-barang kepunyaan pegawai atau peserta di dalam atau berdekatan dengan tempat pertandingan serta atas apa jua kecederaan atau kemalangan pada masa pertandingan dijalankan, sungguhpun beberapa persediaan akan diadakan untuk mengelakkan kejadian-kejadian seumpama di atas.

15.2 Selain daripada pegawai-pegawai bertugas, tidak sesiapa pun dibenarkan memberi sebarang arahan mengenai pertandingan ini ataupun melibatkan diri dalam perjalanan pertandingan.

Penyelaras Teknik & Pembangunan Sukan Olahraga

MSSPk Daerah Kuala Kangsar 2013

Page 6: Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 2013 Balapan Dan Padang

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2013BALAPAN DAN PADANG

PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR

Senarai Nama Pegawai Induk

Bil Nama Sekolah1. En. Iskandar Md Zainal Abidin SMK Temenggong2. En. Yusoff bin Mohd Kasim SMK Muhibbah3. En. Mohd Yusreen bin Darmawan SMK Muhibbah4. En. Mohd Zulshamel bin Mat Johari SMK Muhibbah5. Puan Chew Bee Bee SMK Raja Muda Musa6. En. Jaya a/l Palaniappan SMK Datok Hj. Abdul Wahab7. En. Peter Johnson a/l Thominathan SMK Clifford8. En. Yusoff bin Yahya SMK Tun Perak9. En. Chandrasegaran a/l Narayanan SMK Tun Perak

10. EN. Roslan bin Hassan SMJK Tsung Wah11. En. Leong Chun Lin SMK Shing Chung12. En. Ahmad Fazly bin Alias SABK Maahad Al-Mizan13. En. Pannerselven SK Tun Dr. Ismail14. Cik Sharifah Mazlina bt. Syed Mazlan SMK Raja Perempuan Kelsom15. Pn. Mastura bt. Mior Adlan SK Temong16. En. Samsuddin bin Salleh SMK Raja Perempuan Kelsom

Catatan : Semua guru pengiring akan bertugas sebagai pegawai kejohanan.

JADUAL PERTANDINGAN

TARIKH ACARA / MASA ACARA / MASA

03.10.2013 Khamis

2.30 ptg. - 4.30 ptg 4.30 ptg. - 6.00 ptg.

800 meter ( Lelaki ) Lompat Jauh ( Perempuan A ) Lontar Peluru ( Perempuan B )

800 meter ( Perempuan )Lompat Jauh ( Lelaki A )Lontar Peluru ( Lelaki B )

04.10.2013 Jumaat

3.00 ptg. - 4.30 ptg 4.30 ptg. - 6.00 ptg.

100 meter ( Lelaki )Lompat Jauh ( Perempuan B )Lontar Peluru ( Perempuan A )

100 meter ( Perempuan ) Lompat Jauh ( Lelaki B ) Lontar Peluru ( Lelaki A )

Page 7: Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 2013 Balapan Dan Padang

BORANG PENDAFTARAN PESERTAKEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2013

BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR

BIL

NO. PESERTA

NAMA PESERTA SEKOLAH(Guna singkatan)

NO. KAD PENGENALAN

TINGKATAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Nama Pengurus Pasukan : _____________________________________

No. Telefon : _________________________

Tandatangan Pengetua : ...............................................

Cop :