KEJOHANAN PIALA REKTOR 2016 FKE...dalam syurgaKu (30).” (Al-Fajr 27-30) Aku langsung tidak...
Transcript of KEJOHANAN PIALA REKTOR 2016 FKE...dalam syurgaKu (30).” (Al-Fajr 27-30) Aku langsung tidak...
TINTA FKE
Newsletter Date Edisi Jun 2017, Isu 1
FKE UiTMCT
PENGENALAN
P rogram Misi Selangkah ke UiTM adalah satu program usahasama di antara kampus induk dan seluruh kampus-kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Ia dijalankan selari dengan proses pengambilan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar sekolah bagi peperiksaaan SPM 2016.
O OBJEKTIF
Objektif utama misi ini adalah untuk mempromosikan kursus-kursus pengajian di setiap peringkat yang dita-warkan di UiTM seluruh negara kepada pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, program ini membolehkan calon
pelajar melihat kesesuaian program pengajian yang diminati dengan hasil keputusan SPM 2016 mereka. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka ketika membuat permohonan ke Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian
Pengajian Tinggi, bagi proses pelanjutan pengajian mereka kelak.
AHLI JAWATANKUASA UNIT KORPORAT DAN MISI AKADEMIK
TENTATIF SELANGKAH KE UiTM 2017
KEBERHASILAN PROGRAM
MISI SELANGKAH KE UiTM 2017 UiTM
CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS DUNGUN
16 Mac 2017 (Khamis)
8.00 pagi : Persiapan kaunter pertanyaan dan ahli jawatankuasa. 9.00 pagi : Perasmian majlis pengambilan kepu-tusan SPM 2016 oleh Pengetua sekolah dan wakil- wakil pusat pengajian tinggi. 10.00 pagi : Pengambilan keputusan SPM 2016 dan kaunter pertanyaan dibuka. 2.00 petang : Upacara ditamatkan dan kaunter ditutup.
A hli Jawatankuasa Unit Korporat dan Misi Akademik Ahli Jawatankuasa Unit Korporat dan Misi Akademik
Penasihat 1 : En. Hasrul Hafiz
Penasihat 2 : Dr Zulzilawati
Ketua Unit Pelaksanaan : Dr Ilham Rustam
A KT IV IT I
Keberhasilan program ini menyaksikan seramai 60 orang pelajar telah menandatangani buku log yang diletakkan di setiap kaunter pertanyaan menunjukkan minat yang tinggi ke atas pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan oleh UiTM. Seramai 20 orang pensyarah telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini di setiap sekolah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah program ini telah dijalankan dengan jayanya beserta keterlibatan dan minat yang tinggi oleh semua pihak
SIDANG REDAKSI
Penaung: Penasihat: Penyunting Grafik & Susun Atur
PM. Dr. Abdol Samad Nawi Hasrul Hafiz Abu Bakar Nur Idawati Md. Enzai Fatimah Nur
PM. Dr. Khlipah Ibrahim Dr. Zulzilawati Jusoh Mazratul Firdaus
PM. Dr. Mazidah Puteh
Kejohanan Futsal Piala Rektor adalah kejohanan
futsal dwi-tahunan yang diadakan khas untuk
penyertaan daripada kalangan staf UiTM
Terengganu; Kampus Dungun, Bukit Besi dan
Chendeing. Pada kali ini, kejohanan diadakan di
Beach Court Futsal Dungun dan Fakulti
Kejuruteraan Elektr ik bertanggungwab
dalam melaksanakan acara kejohanan.
Barisan AJK Piala Rektor FKE 2017
Acara tahunan yang diadakan pada 19 November
2016 itu disertai oleh 16 pasukan sepertimana berikut:
Pasukan yang berjaya ke peringkat akhir
Kejohanan futsal ini telah berjalan dengan lancar
seperti yang telah dirancang. Sasaran penyertaan
a d a l a h m e n e p a t i j a n g k a a n d a n
objekti f program telah dapat dicapai
sepenuhnya. Kejohanan ini telah dimenangi oleh
pasukan dari UiTM Bukit Besi A yang menewaskan
pasukan FKE 1 dengan membawa pulang piala
pusingan dan wang tunai. Saudara Ahmad Izzat
B. Mod Arifin dari FKE 1 diumumkan sebagai
penjaring terbanyak kejohanan. Kejohanan
telah dirasmikan dan majlis penyampaian
hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan
Rektor (HEP) UiTM Terengganu, En Azahari B
Abdul Aziz dan Mejar PM Ustaz Zaid B Ngah.
Disediakan oleh : Dr. Ilham Rustam
KEJOHANAN PIALA REKTOR 2016
SENARAI PASUKAN
Perpustakaan - Pengurusan Hotel (Hotel Oren) - Pengurusan Dapur Hotel
(Hotel Staf)
Polis Bantuan 1 - Polis Bantuan 2 - Kelab Akademik/HEA/ACIS
Chendering A - Chendering B - FKE 1
BPF - ROTU - FKE 2
Bukit Besi 1 - Bukit Besi 2
- HEP/ KOLEJ Disediakan oleh : Mohd Aldrin Ali
Keputusan rasmi Futsal Piala Rektor 2016
Juara Bukit besi 1
Naib juara Fke 1
Ke 3 bersama Pb 1& Hotel Staf
Penjaring
terbanyak En. Ahmad Izzat B. Mod
Arifin (FKE)
S treamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap yang paling dominan di
Malaysia yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd).Manakala Unifi merupakan perkhidmatan jalur lebar
berkelajuan tinggi yang terbaru diperkenalkan oleh TM Malaysia. Persoalannya adalah apakah beza diantara
kedua dua perkhidmatan jalur lebar ini? Perbezaan yang ketara antara kedua-duanya adalah dari segi kelajuan/
kepantasan penghantaran dan penerimaan data. Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx. Kadar kelajuan
Unifi yang ditawarkan adalah sebanyak 10 Mbp,30 Mbps,50 Mbps dan 100 Mbps. Manakala kelajuan streamyx
hanyalah pada 1 Mbps,2 Mbps,4Mbps dan 8Mbps.
Kenapa Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx? Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan teknologi
yang digunakan.Teknologi yang dimaksudkan adalah (medium pengantaraan) penghantaran dan penerimaan
data. Unifi menggunakan kabel fiber optik (gentian kaca) sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya
menggunakan kabel tembaga (cooper) sebagai medium perantaranya. Kabel tembaga (copper) menghantar arus
elektrik, manakala teknologi fiber optik menghantar denyutan cahaya yang dihasilkan oleh laser di sepanjang
fiber optik. Oleh sebab itulah, fiber optik boleh memindahkan lebih banyak data pada jarak yang lebih lama
berbanding kabel tembaga (copper). Penggunaan kabel fiber optik adalah lebih cepat dan pantas daripada
kebanyakan medium penghantaran lain. Selain itu, penggunaan kabel fiber optik juga dapat mengurangkan
kehilangan kuasa (power loss) semasa proses penghantaran dan penerimaan data. Menurut Telekom Malaysia,
“Uni” membawakan maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan gabungan
kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama fiber optik iaitu ke arah gaya
hidup digital.
Pemasangan Streamyx boleh dilakukan diseluruh kawasan termasuk kawasan pendalaman (kampung) tetapi tid-
ak untuk Unifi. Biasanya Unifi hanya berada di kawasan yang pesat membangun seperti di bandar-bandar besar
atau dikawasan perumahan elit sahaja.
Ringkasan Organisasi dan Program Anjuran Kelab EESA sepanjang 2015 dan 2016.
Publication Date
- Penasihat Kelab - Yang Dipertua
- Naib Yang Dipertua - Setiausaha
- Bendahari - Ketua-ketua Biro
E lectrical Engineering Student Association (EESA) merupakan kelab yang dianggotai oleh para pelajar Fakulti Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Terengganu Kampus Dungun. Manakala pensyarah fakulti bertindak sebagai penasihat kelab. Kelab EESA diterajui oleh penasihat kelab bersama Majlis Tertinggi yang terdiri da-ripada pelajar Kejuruteraan Elektrik berdasarkan jawatan-jawatan berikut:-
S emua pelajar Kejuruteraan Elektrik menjadi ahli Kelab EESA secara automatik. Kelab EESA telah
menganjurkan pelbagai program dan aktiviti untuk para pelajar. Program-program yang dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan
kemahiran insaniah pelajar iaitu daripada segi akademik, keusahawanan, kerohanian, sukan, khidmat
masyarakat dan lain-lain. Berikut merupakan antara program dan aktiviti yang telah berjaya dianjurkan sepanjang tahun 2015 dan 2016:
Annual General Meeting 2015
Semester General Meeting 2015
Majlis Pertemuan AJK dengan semua pelajar Part 1
Pengambilan AJK Baru EESA
Program ‘Training of Trainers’ untuk AJK Baru EESA 2015
Jualan Baju Korporat EESA dan ‘Lab Coat’
Majlis Makan Malam FKE 2015
Forum ilmiah bersama jemputan Jurutera TNB dan ustaz yang bertajuk ‘Muslim Engineer: For A Better Future’
Pertandingan ‘Robot Arena
Kutipan derma untuk pelajar FKE yang kematian ibu/bapa
‘Familly Day EESA’ dan Majlis Perpisahan AJK senior ‘Part 5’ EESA
Majlis Restu Ilmu, iaitu majlis solat hajat bersa-ma pelajar-pelajar UiTM sempena menghadapi peperiksaan akhir
2015
Annual General Meeting 2016
Semester General Meeting 2016
Majlis Pertemuan AJK dengan semua pelajar Part 1
Pengambilan AJK Baru EESA
Program ‘Training of Trainers’ untuk AJK Baru EESA 2016
Jualan Baju Korporat EESA dan ‘Lab Coat’
Majlis Makan Malam FKE 2016
Sukan FKE: ‘Engineering Day’
Pertandingan ‘Explorace’ & Catur
Kuiz Sains
Spell It Right Contest: khidmat masyarakat dengan membahagi-bahagikan nasi lemak percuma kepada pelajar melalui Pertandingan ‘Spell It Right’
Jualan Gerai Pameran FYP
Food Court EESA’s Corner: kontrak berniaga air di café Redang setiap hari
Jualan gerai air untuk Sukan Kolej di Stadium UiTM
Membuat rekaan baju t-shirt kelab dan membuat jualan kepada pelajar FKE
Membuat rekaan tali penggantung ‘badge’ dan membuat jualan kepada pelajar FKE
2016
Disediakan oleh : Nazuha Fadzal
Edisi Jun 2016, Isu 1
Apa beza Unifi dan Streamyx?
Disediakan oleh : Rina Abdullah
Malam itu tepat 15 Sya’aban, malam yang sudah dikenali umum iaitu Malam Nisyfu Sya’ban. Kebanyakan masjid di sekitar Terengganu ini,
penuh sesak pada waktu Maghrib, berjemaah membaca Yassin. Dan esoknya, merupakan penghulu segala hari, Jumaat yang mulia bagi mereka
yang senantiasa berpuasa di hari-hari putih. Tetapi aku, seperti hari-hari biasa, hanya menanti kunjungan Ramadhan untuk berpuasa. Seolah-
olah penitian ramadhan tahun ini pasti kujejaki hingga ke akhirnya.
Sebentar tadi, baharu sahaja aku membaca mesej di dalam “whatsapp”… seorang doktor pediatric HUSM baru sahaja meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang selepas bekerja “on-call”. Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Semoga arwah tenang di
sana, selayaknya dengan Firman Allah S.W.T:
“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan
diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu (29), dan masuklah ke
dalam syurgaKu (30).” (Al-Fajr 27-30)
Aku langsung tidak mengenali arwah. Tetapi melihat gambarnya bersama suami dan anak-anak yang ditinggalkan untuk menuju ke barzakh
seketika nanti dan ditambah pula dengan nukilan suami tersayang, membuatku sungguh terharu. Arwah telah pergi dalam keadaan suaminya
yang penuh redha. Adakah yang paling bernilai buat isteri selain redha suami? Tiada. Bahkan, redha Allah seorang isteri itu terletak dihati
suaminya.
Saat ini, aku masih meniti waktu. Mengharapkan Ramadhan tahun ini akan kulalui. Tetapi, adakah esok masih ada buatku?
Disediakan oleh : Nuraiza Ismail
MENITI KUNJUNGAN RAMADHAN