Kekeruhan Hubungan Etnik Di Malaysia Dikatakan Mula Tercetus Selepas Perang Dunia Ke Dua

download Kekeruhan Hubungan Etnik Di Malaysia Dikatakan Mula Tercetus Selepas Perang Dunia Ke Dua

of 1

Transcript of Kekeruhan Hubungan Etnik Di Malaysia Dikatakan Mula Tercetus Selepas Perang Dunia Ke Dua

Kekeruhan hubungan etnik di Malaysia dikatakan mula tercetus selepas Perang Dunia ke Dua, dan sejak itu kita tidak pernah berhenti berusaha untuk menjernihkan kekeruhan dan mengekalkan mutiara-mutiara kejernihan yang mampu kita tangguk dari kekeruhan tersebut. Justeru dalam suasana begini dua kalimah keramat yang menghantui kehidupan sosial dalam masyarakat adalah Perpaduan dan Integrasi. Perpaduan dan integrasi merupakan dua isu yang menjadi agenda utama negara sejak awal kemerdekaan malah berterusan sehingga kini. Kesungguhan untuk merealisasikan proses pembentukan perpaduan dan integrasi menjadikan kita kadang kala tidak rasional dan cukup emosional malahan pada ketika tertentu mewujudkan suasana tegang dan gelisah. Sehubungan itu, untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu dan diintegrasikan secara syumul, memerlukan satu dasar (foundation) yang kukuh dan jelas. Pemahaman terhadap kehendak dan makna yang tersembunyi disebalik konsep perpaduan dan integrasi itu sendiri perlu diberi perhatian serius oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam merancang dan melaksanakan program-program perpaduan dan integrasi. Unsur perpecahan pula berpunca daripada faktor kelas sosial yang mencirikan susun lapis masyarakat. Ia adalah sesuatu yang universal dan wujud dalam semua masyarakat di dunia. Setiap kelas sosial mempunyai kepentingan yang berbeza, malahan pertentangan kepentingan dan kehendak antara kelas sosial yang berbeza ini terus menerus berlaku dan sukar untuk diduga. Selepas merdeka kelompok etnik di Malaysia masih mempunyai wawasan bercapah berasaskan perjuangan kaum dan etnik sempit yang boleh menggugat proses perpaduan dan integrasi yang direncanakan oleh kerajaan. Sikap perkauman yang kuat mempengaruhi pemikiran, sikap dan nilai tuntutan aspirasi dan persaingan, prejudis, stereotaip dan diskriminasi dalam segala aspek antara kaum. Semua elemen ini akan menyumbang kepada tercetusnya masalah dan konflik antara etnik.Apa pun situasinya, penghayatan terhadap konsep dan nilai integrasi dan perpaduan serta keupayaan setiap individu dalam kumpulan etnik tertentu untuk mengadaptasi diri dengan kepelbagaian etnik dan budaya merupakan strategi utama dan relevan dalam usaha untuk mencapai matlamat perpaduan sosial, budaya dan politik yang dihadapi oleh kebanyakkan Negara, termasuklah negara maju.