Kekuatan Dan Kelemahan Taksonomi Bloom Baharu

4
KEKUATAN DAN KELEMAHAN TAKSONOMI BLOOM VERSI BAHARU Benjamin S Bloom pada tahun 1959 telah menyunting sebuah buku berjudul “ Taxonomy of Educatioanl Objektives Book 1 – Cognitive Domain” yang mencadangkan pengelasan objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini disusun berdasarkan hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom. Enam komponen itu ialah : 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian Lorin Anderson, bekas anak murid Bloom bersama-sama David Kratwohl pada tahun 1996, telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom. Usaha ini dijalankan agar relevan dengan perubahan tamadun dunia menjelang abad ke- 21.Pada tahun 2001, mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan. Taksonomi Bloom baharu seperti berikut : 1. Mengingat 2. Memahami 3. Mengaplikasi 4. Menganalisis 5. Menilai

Transcript of Kekuatan Dan Kelemahan Taksonomi Bloom Baharu

Page 1: Kekuatan Dan Kelemahan Taksonomi Bloom Baharu

KEKUATAN DAN KELEMAHAN TAKSONOMI BLOOM VERSI BAHARU

Benjamin S Bloom pada tahun 1959 telah menyunting sebuah buku berjudul “ Taxonomy of

Educatioanl Objektives Book 1 – Cognitive Domain” yang mencadangkan pengelasan

objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini disusun berdasarkan

hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi

Bloom. Enam komponen itu ialah :

1. Pengetahuan

2. Kefahaman

3. Aplikasi

4. Analisis

5. Sintesis

6. Penilaian

Lorin Anderson, bekas anak murid Bloom bersama-sama David Kratwohl pada tahun

1996, telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom. Usaha ini

dijalankan agar relevan dengan perubahan tamadun dunia menjelang abad ke-21.Pada tahun

2001, mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga

kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan. Taksonomi Bloom baharu seperti berikut :

1. Mengingat

2. Memahami

3. Mengaplikasi

4. Menganalisis

5. Menilai

6. Mencipta

Taksonomi Bloom versi baharu mempunyai kekuatan-kekuatan berikut :

1. Mengandungi dua dimensi terdiri daripada Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses

Kognitif. Dimensi Pengetahuan memfokuskan empat bentuk iaitu pengetahuan fakta,

konsep, prosedur dan metakognitif. Metakognitif  merujuk kepada kesedaran terhadap

kefahaman diri dan mampu memperbaiki kefahaman jika berlaku kesalahfahaman.

Manakala Dimensi Proses Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk

Page 2: Kekuatan Dan Kelemahan Taksonomi Bloom Baharu

belajar iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi ,menganalisis, menilai dan

mencipta.

2. Merupakan satu alat yang lebih tulen ( authentic ) untuk merancang kurikulum,

penyampaian instruksional dan pentaksiran (oz-TeascherNet, 2001) (dalam Forehand,

2004)

3. Suatu kemahiran berfikir yang kritikal dan kreatif.

4. Memudahkan para penilai dalam pendidikan menjalankan proses menilai, mengukur

dan mentaksir murid.

5. Boleh dignakan untuk murid atau pelajar di peringkat awal persekolahan hinggalah ke

universiti.

6. Selaras dengan kemahiran berfikir aras tinggi ( HOTS )

Taksonomi Bloom versi baharu mempunyai kelemahan berikut :                    

1. Penggunaan Taksonomi Bloom baharu berdasarkan domain kognitif yang

merangkumi enam aras kognitif bagi menguji kualiti serta aras soalan peperiksaan

akhir yang merupakan salah satu komponen penilaian utama untuk menilai

pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran  yang diambil. Aras bawah

masih menggunakan kemahiran berfikir aras rendah.

2. Tidak sesuai untuk menilai pencapaian kognitif murid pendidikan khas yang

kerencatan akal. Mereka memang susah dalam menguasai, mengingat kembali fakta

atau pengetahuan yang telah dipelajari.

PERBANDINGAN TAKSONOMI BLOOM DAN TAKSONOMI SOLO DALAM

SEMASA MEMBINA ITEM

Taksonomi SOLO menekankan kualiti jawapan yang diberikan oleh murid sebagai respons

kepada soalan. Respons murid dapat dikategorikan mengikut hierarki iaitu prestructural,

unistructural, multistructural, relational dan extended abstract. Respons yang diberikan oleh

murid adalah hasil  pembelajarannya. Jika jawapan atau respons yang diberikan oleh murid

adalah jenis extended abstract,  keadaan ini menunjukkan daya  fikir murid berada di luar

kotak, bermaksud berfikir lain dari kebiasaan atau menunjukkan Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi ( HOTS ). Taksonomi SOLO ini lebih sesuai bagi item soalan esei .

Page 3: Kekuatan Dan Kelemahan Taksonomi Bloom Baharu

Taksonomi Bloom pula lebih kepada proses mengingat kembali perkara yang telah

dibaca atau dipelajari. Taksonomi Bloom ini lebih sesuai untuk soalan objektif yang

menghendaki murid memilih satu yang paling betul  atau tepat sahaja.