KEKUATAN DAN KELEMAHAN TAKSONOMI BLOOM VERSI BAHARU
Benjamin S Bloom pada tahun 1959 telah menyunting sebuah buku berjudul “ Taxonomy of
Educatioanl Objektives Book 1 – Cognitive Domain” yang mencadangkan pengelasan
objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini disusun berdasarkan
hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi
Bloom. Enam komponen itu ialah :
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
Lorin Anderson, bekas anak murid Bloom bersama-sama David Kratwohl pada tahun
1996, telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom. Usaha ini
dijalankan agar relevan dengan perubahan tamadun dunia menjelang abad ke-21.Pada tahun
2001, mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga
kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan. Taksonomi Bloom baharu seperti berikut :
1. Mengingat
2. Memahami
3. Mengaplikasi
4. Menganalisis
5. Menilai
6. Mencipta
Taksonomi Bloom versi baharu mempunyai kekuatan-kekuatan berikut :
1. Mengandungi dua dimensi terdiri daripada Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses
Kognitif. Dimensi Pengetahuan memfokuskan empat bentuk iaitu pengetahuan fakta,
konsep, prosedur dan metakognitif. Metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap
kefahaman diri dan mampu memperbaiki kefahaman jika berlaku kesalahfahaman.
Manakala Dimensi Proses Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk
belajar iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi ,menganalisis, menilai dan
mencipta.
2. Merupakan satu alat yang lebih tulen ( authentic ) untuk merancang kurikulum,
penyampaian instruksional dan pentaksiran (oz-TeascherNet, 2001) (dalam Forehand,
2004)
3. Suatu kemahiran berfikir yang kritikal dan kreatif.
4. Memudahkan para penilai dalam pendidikan menjalankan proses menilai, mengukur
dan mentaksir murid.
5. Boleh dignakan untuk murid atau pelajar di peringkat awal persekolahan hinggalah ke
universiti.
6. Selaras dengan kemahiran berfikir aras tinggi ( HOTS )
Taksonomi Bloom versi baharu mempunyai kelemahan berikut :
1. Penggunaan Taksonomi Bloom baharu berdasarkan domain kognitif yang
merangkumi enam aras kognitif bagi menguji kualiti serta aras soalan peperiksaan
akhir yang merupakan salah satu komponen penilaian utama untuk menilai
pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran yang diambil. Aras bawah
masih menggunakan kemahiran berfikir aras rendah.
2. Tidak sesuai untuk menilai pencapaian kognitif murid pendidikan khas yang
kerencatan akal. Mereka memang susah dalam menguasai, mengingat kembali fakta
atau pengetahuan yang telah dipelajari.
PERBANDINGAN TAKSONOMI BLOOM DAN TAKSONOMI SOLO DALAM
SEMASA MEMBINA ITEM
Taksonomi SOLO menekankan kualiti jawapan yang diberikan oleh murid sebagai respons
kepada soalan. Respons murid dapat dikategorikan mengikut hierarki iaitu prestructural,
unistructural, multistructural, relational dan extended abstract. Respons yang diberikan oleh
murid adalah hasil pembelajarannya. Jika jawapan atau respons yang diberikan oleh murid
adalah jenis extended abstract, keadaan ini menunjukkan daya fikir murid berada di luar
kotak, bermaksud berfikir lain dari kebiasaan atau menunjukkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi ( HOTS ). Taksonomi SOLO ini lebih sesuai bagi item soalan esei .
Taksonomi Bloom pula lebih kepada proses mengingat kembali perkara yang telah
dibaca atau dipelajari. Taksonomi Bloom ini lebih sesuai untuk soalan objektif yang
menghendaki murid memilih satu yang paling betul atau tepat sahaja.
Top Related