Kekuatan KSSR berbanding KBSR

5
Kekuatan KSSR berbanding KBSR Bertepatan dengan dasar kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Hampir 10 tahun kemudian, barulah kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993 sebelum Kementerian Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, terdapat beberapa perubahan yang merupakan penambahbaikan daripada kurikulum sekolah rendah sebelumnya iaitu KBSR. Ternyata perubahan besar dalam KSSR ini amat memberikan impak yang lebih positif terhadap murid-murid berdasarkan beberapa elemen yang akan diterangkan dalam penulisan ini. Dalam kurikulum KBSR menfokuskan konsep 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Namun dalam KSSR, penekanan kepada konsep

description

Kekuatan KSSR berbanding KBSR

Transcript of Kekuatan KSSR berbanding KBSR

Kekuatan KSSR berbanding KBSR

Bertepatan dengan dasar kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Hampir 10 tahun kemudian, barulah kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993 sebelum Kementerian Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Justeru, terdapat beberapa perubahan yang merupakan penambahbaikan daripada kurikulum sekolah rendah sebelumnya iaitu KBSR. Ternyata perubahan besar dalam KSSR ini amat memberikan impak yang lebih positif terhadap murid-murid berdasarkan beberapa elemen yang akan diterangkan dalam penulisan ini. Dalam kurikulum KBSR menfokuskan konsep 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Namun dalam KSSR, penekanan kepada konsep 3M masih dikekalkan dan ditambah baik dengan pengenalan satu lagi akronim M yang merupakan satu lagi aspek baru iaitu menaakul menjadikannya 4M. Konsep 4M yang dimaksudkan ialah membaca, menulis, mengira dan menaakul.Tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-murid. Penekanan kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik.KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian dan kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu, pengenalan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dalam KSSR turut mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan seperti yang ditekankan dalam KBSR sebelum ini. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pelaksanaan KSSR yang mengurangkan tekanan peperiksaan awam adalah lebih baik berbanding KBSR sebelum ini yang berfokuskan pencapaian gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri seperti modal insan cemerlang yang dihasratkanJusteru, dalam KSSR pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. Walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.Pelaksanaan KSSR juga secara tidak langsung telah meringankan beban murid-murid yang terbeban dengan jadual waktu yang padat. Hal ini demikian menyebabkan murid-murid terpaksa memikul beg yang amat sarat dengan muatan buku. Namun nasib mereka kini terbela dengan pelaksanaan KSSR yang baru kerana KSSR berjaya menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. Kesimpulannya, pelaksanaan KSSR yang masih mentah ini perlu diberi perhatian agar kurikulum ini berjaya diteruskan dengan jayanya pada masa hadapan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berkepentingan.