Kelab Kebajikan Staf Edisi Jan Bil. 1/2017 Pusat Asasi ... · PDF fileMAJLIS JASAMU DIKENANG...

5
Apresiasi SAhabat Selami Impian” Bil. 1/2017 Edisi Jan – Jun 2017 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KELAB Salam UiTM di Hatiku. Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya pada 2017 ini kita masih diberi peluang untuk terus mewarnai kehidupan. Saya amat berasa bangga dan berterima kasih di atas kelahiran e-Buletin ini. Semoga ianya dapat menjadi wadah dalam mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli kelab walaupun tidak dapat selalu bersua muka. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada mantan Pengarah Pusat Asasi, Dr. Muhamad Rosli Sulaiman yang telah mengasaskan Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi ini. Juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ahli jawatankuasa kelab dan sumbangan individu yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti sepanjang Pusat Asasi ditubuhkan sehinggalah ke tahun 2017 ini. Sekalung tahniah juga kepada staf yang telah berjaya dinaikkan pangkat, menimang cahaya mata, mendirikan rumah tangga dan apa jua berita gembira yang dapat diraikan dan dikongsi bersama warga Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil. PROGRAM & AKTIVITI KELAB (JANUARI - JUN 2017) MAJLIS JASAMU DIKENANG 2017 Pada 20 Mac 2017, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan staf-staf yang akan bersara dan berpindah ke kampus lain. Selain daripada tetamu yang diraikan, kelab juga turut menyampaikan sumbangan kepada staf yang baru menimang cahaya mata dan baru melangsungkan perkahwinan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof Madya Ahmad Kamil Hussain dan dianggarkan telah disertai oleh 200 staf Pusat Asasi. Kelab Kebajikan Staf ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di Pusat Asasi dan kelab juga ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya! PROGRAM “MEH KITO BOLOLAH…” Bermula 10 Februari 2017, Kelab Kebajikan Staf dan Unit Kesihatan Kampus Dengkil secara bersama telah menganjurkan Program “Meh Kito Bololah…” pada setiap hari Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti senamrobik, berjalan 10000 langkah, jogging, naik tangga, berbasikal, zumba, HIIT dan banyak lagi. Program ini telah berjaya memupuk kesedaran dalam kalangan staf tentang pentingnya menjaga kesihatan diri serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ayuh beramai-ramai kita turut serta dalam aktiviti-aktiviti “Meh Kito Bololah…” pada masa hadapan. UiTM ULTIMATE RACE 2017 Kelab Kebajikan Staf telah menaja pasukan ASiD Synergy untuk menyertai pertandingan UiTM Ultimate Race 2017 yang berlangsung pada 18 Februari 2017 di Cahaya SPK, Puncak Perdana. Pasukan yang diketuai oleh En. Khairul Rezwan telah memenangi tempat ke-5 daripada 17 pasukan yang bertanding. Hadiah kemenangan disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dato’ Hassan Said. Kelab mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan tersebut! Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil 1 Tidak dilupakan ucapan takziah bagi yang menghadapi musibah, pemergian orang yang tersayang, kemalangan dan selainnya. Daya kami cuma dapat menghimpunkan doa dan semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapinya. Salam muhibbah dan penghargaan juga kepada mantan warga Asasi yang telah bersara, berpindah atau bertukar jabatan. Kenangan bersama akan sentiasa tersemat di jiwa. Harapan saya semoga setiap individu dari semua peringkat dapat meneruskan usaha untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan ASiD dengan memperkasakan semangat kerja berpasukan sesama kita selari dengan tema kita “Apresiasi Sahabat Selami Impian”. - PN. NORIDAH MOHD ALI -

Transcript of Kelab Kebajikan Staf Edisi Jan Bil. 1/2017 Pusat Asasi ... · PDF fileMAJLIS JASAMU DIKENANG...

Page 1: Kelab Kebajikan Staf Edisi Jan Bil. 1/2017 Pusat Asasi ... · PDF fileMAJLIS JASAMU DIKENANG 2017 Pada 20 Mac 2017, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Majlis Jasamu Dikenang

“Apresiasi SAhabat Selami Impian”

Bil. 1/2017 Edisi Jan – Jun 2017

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KELAB

Salam UiTM di Hatiku. Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya

pada 2017 ini kita masih diberi peluang untuk terus mewarnai kehidupan. Saya amat berasa bangga dan berterima kasih di

atas kelahiran e-Buletin ini. Semoga ianya dapat menjadi wadah dalam mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli

kelab walaupun tidak dapat selalu bersua muka. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada

mantan Pengarah Pusat Asasi, Dr. Muhamad Rosli Sulaiman yang telah mengasaskan Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi ini.

Juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ahli jawatankuasa kelab dan sumbangan individu yang telah

bertungkus lumus menjayakan aktiviti sepanjang Pusat Asasi ditubuhkan sehinggalah ke tahun 2017 ini. Sekalung tahniah juga

kepada staf yang telah berjaya dinaikkan pangkat, menimang cahaya mata, mendirikan rumah tangga dan apa jua berita

gembira yang dapat diraikan dan dikongsi bersama warga Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil.

PROGRAM & AKTIVITI KELAB (JANUARI - JUN 2017)

MAJLIS JASAMU DIKENANG 2017

Pada 20 Mac 2017, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan staf-staf yang akan bersara dan

berpindah ke kampus lain. Selain daripada tetamu yang diraikan, kelab juga turut menyampaikan sumbangan kepada staf yang baru menimang

cahaya mata dan baru melangsungkan perkahwinan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof Madya Ahmad Kamil Hussain

dan dianggarkan telah disertai oleh 200 staf Pusat Asasi. Kelab Kebajikan Staf ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan bakti

sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di Pusat Asasi dan kelab juga ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya!

PROGRAM “MEH KITO BOLOLAH…”

Bermula 10 Februari 2017, Kelab Kebajikan Staf dan Unit Kesihatan

Kampus Dengkil secara bersama telah menganjurkan Program “Meh

Kito Bololah…” pada setiap hari Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga

9.00 pagi. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti senamrobik,

berjalan 10000 langkah, jogging, naik tangga, berbasikal, zumba, HIIT

dan banyak lagi. Program ini telah berjaya memupuk kesedaran dalam

kalangan staf tentang pentingnya menjaga kesihatan diri serta

mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ayuh beramai-ramai kita turut

serta dalam aktiviti-aktiviti “Meh Kito Bololah…” pada masa hadapan.

UiTM ULTIMATE RACE 2017

Kelab Kebajikan Staf telah menaja pasukan ASiD Synergy untuk

menyertai pertandingan UiTM Ultimate Race 2017 yang berlangsung

pada 18 Februari 2017 di Cahaya SPK, Puncak Perdana. Pasukan yang

diketuai oleh En. Khairul Rezwan telah memenangi tempat ke-5

daripada 17 pasukan yang bertanding. Hadiah kemenangan

disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dato’

Hassan Said. Kelab mengucapkan syabas dan tahniah di atas

pencapaian yang membanggakan tersebut!

Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil

1

Tidak dilupakan ucapan takziah bagi yang menghadapi musibah, pemergian orang yang tersayang, kemalangan dan selainnya. Daya kami cuma

dapat menghimpunkan doa dan semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapinya. Salam muhibbah dan penghargaan juga

kepada mantan warga Asasi yang telah bersara, berpindah atau bertukar jabatan. Kenangan bersama akan sentiasa tersemat di jiwa. Harapan

saya semoga setiap individu dari semua peringkat dapat meneruskan usaha untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan ASiD dengan

memperkasakan semangat kerja berpasukan sesama kita selari dengan tema kita “Apresiasi Sahabat Selami Impian”. - PN. NORIDAH MOHD ALI -

Page 2: Kelab Kebajikan Staf Edisi Jan Bil. 1/2017 Pusat Asasi ... · PDF fileMAJLIS JASAMU DIKENANG 2017 Pada 20 Mac 2017, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Majlis Jasamu Dikenang

KEJOHANAN BOWLING 2017

Pada 1 April 2017, satu Kejohanan Bowling anjuran

Kelab Kebajikan Staf telah berlangsung di Arl Power

Bowl, Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya. Program

ini telah diketuai oleh En. Ahmad Fuzairi, En. Khairul

Rezwan dan Cik Mas Fiza dan telah berjaya menarik

penyertaan seramai 80 orang peserta. Kejohanan

bermula pada pukul 10 pagi dan telah dirasmikan

oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Tuan

Syed Abdul Illah Al-Yahya. Kategori Individu Lelaki

telah dimenangi oleh En. Mohd Fadhli Shah dengan

500 jatuhan pin manakala Kategori Individu Wanita

pula dimenangi oleh Pn. Nurul Fatahah Asyqin

dengan 423 jatuhan pin. Program berakhir kira-kira

pada pukul 3.00 petang. Acara tahunan ini

merupakan hasil cetusan idea mantan Pengarah

Pusat Asasi, Prof. Madya Dr. Muhamad Rosli Sulaiman

yang bertujuan merapatkan silaturrahim antara staf.

MAJLIS BERBUKA PUASA STAF 2017

Kelab Kebajikan Staf sekali lagi telah menganjurkan Majlis Berbuka

Puasa pada 1 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadan 1438H di Pusat Islam

UiTM Kampus Dengkil. Pengarah program ini adalah Ustaz Ahmad

Firdaus Ismail. Juadah berbuka puasa disediakan secara gotong-

royong yang telah diketuai oleh En. Mohd Hafiz Mahamad Nawavi

dan dibantu oleh staf-staf pelbagai unit di Kampus Dengkil. Sedikit

tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Jamil sebelum masuk waktu

berbuka. Majlis ini telah dihadiri kira-kira 100 orang staf bersama

keluarga masing-masing. Program ini telah berjaya memupuk

amalan berpasukan dan menganjurkan ukhuwah dalam kalangan

staf disamping menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh

keberkatan.

ZIARAH STAF CUTI SAKIT

Wakil Kelab Kebajikan Staf telah

menziarahi Encik Syamsulhairi Yaakop,

pensyarah Sains Komputer Pusat Asasi

pada 3 Mac 2017 yang menjalani

pembedahan kaki dan juga menziarahi

Encik Farid Ibrahim (Bob), Pembantu

Operasi Kolej Dahlia pada 6 April 2017

yang mengalami kemalangan jalan

raya pada tahun lepas. Kedua-dua staf

semakin pulih dan berseri-seri

menyambut kedatangan kami. Kami

menyeru agar semua ahli kelab dapat

mendoakan mereka agar diberikan

kesembuhan dan kesihatan agar

mereka dapat kembali berkhidmat

menabur bakti kepada kampus.

SENARAI PENERIMA INSENTIF DAN SUMBANGAN KELAB (JAN-JUN 2017)

Bil Nama Penerima Unit Perkara

1 Ahmad Fuzairi Ahmad Faizal Fizik Menimang Cahaya Mata

2 Ainul Mardhiyyah Tajudin Law Menimang Cahaya Mata

3 Aminatul Solehah Idris CS Menimang Cahaya Mata

4 Hasmanizam Mohd Hadzin PB Menimang Cahaya Mata

5 Janaki A/P Manokaran APB Menimang Cahaya Mata

6 Mi Hassan Jamaludin BPP Menimang Cahaya Mata

7 Mohamad Sofi Baharum Infotech Menimang Cahaya Mata

8 Mohd Fareez Mohd Zainudin BPP Menimang Cahaya Mata

9 Mohd Razi Nekmat Makmal Menimang Cahaya Mata

10 Mohd Safri Mohammed Na’aim Law Menimang Cahaya Mata

11 Mohd Saifol Abdul Razak Makmal Menimang Cahaya Mata

12 Muhammad Hafiz Mohd Ariff HEP Menimang Cahaya Mata

13 Muhammad Nazirul Wazir HEP/HEI Menimang Cahaya Mata

14 Muhammad Shazwan Zulkepli HEP/Kesihatan Menimang Cahaya Mata

15 Nadiah Hanim Abdul Wahab APB Menimang Cahaya Mata

16 Noor Safina Sulaiman Kimia Menimang Cahaya Mata

17 Nor Salimah Abd Jamil PTAR Menimang Cahaya Mata

18 Norizah Mohd Amer Fasiliti Menimang Cahaya Mata

19 Nur Syakireen Ishak Biologi Menimang Cahaya Mata

20 Nur Azian Azis PTAR Menimang Cahaya Mata

21 Nur Fazlina Abdul Samad HEA Menimang Cahaya Mata

22 Nur Shahiera Nabila Rahmin HEA Menimang Cahaya Mata

23 Nurhilyana Anuar CS Menimang Cahaya Mata

24 Rubiatul Adawiyah Yusri Bendahari Menimang Cahaya Mata

25 Sahrulnizam Senin PB Menimang Cahaya Mata

26 Saiyidatul Nadiah Idris Matematik Menimang Cahaya Mata

27 Wan Mohamad Hafizdhu Fasiliti Menimang Cahaya Mata

28 Zulaiha Zainal HEP/Kesihatan Menimang Cahaya Mata

29 Muhamad Fairuz Ibrahim PB Menimang Cahaya Mata

30 Muhammad Luthfi Mohaini APB Berkahwin

31 Dr. Leele Susana Jamian TESL Berpindah

32 Dr. Siti Maftuhah Damio TESL Berpindah

33 Mazlen Arepin TESL Berpindah

34 Dr. Lokman Ibrahim Kimia Berpindah

35 Ustazah Nafisiah ACIS Bersara

36 Mohd Azhari Zailani PTAR Kematian

37 Salwa Ibrahim PTAR Kematian

2

Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil

Page 3: Kelab Kebajikan Staf Edisi Jan Bil. 1/2017 Pusat Asasi ... · PDF fileMAJLIS JASAMU DIKENANG 2017 Pada 20 Mac 2017, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Majlis Jasamu Dikenang

IMBAUAN AKTIVITI KELAB 2016

PROGRAM KESERAKANAN 2016

Pada 17 Mei 2016, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan

Program Keserakanan 2016 bertempat di Anjung Dengkil dan Kolej

Dahlia UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah diketuai oleh

Dr. Ikhwan Naim Md Nawi dan Cik Mas Fiza Mustafa dan seramai

kira-kira 200 orang kakitangan telah menyertai program ini. Tujuan

utama program ini diadakan adalah sebagai “ice-breaker” untuk

para staf di kampus baru Dengkil ini. Seterusnya ia diharap

menggalakkan taaruf dan interaksi antara staf, mengukuhkan

ikatan persaudaraan dan ukhuwah serta menganjurkan

keserakanan dan meraikan persahabatan antara staf-staf Pusat

Asasi UiTM Kampus Dengkil. Program bermula pada pukul 8.00 pagi

dengan pendaftaran kakitangan dan seterusnya acara perasmian

telah dilakukan oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof. Madya Ahmad

Kamil Hussain. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program

adalah seperti Ayahanda Dengkil, Air Dalam Botol, BINGO, Mencari

Kunci, Membuka Peti Besi dan cabutan bertuah. Aktiviti-aktiviti

tersebut telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Firdaus Ismail. Acara

penyampaian insentif dan sumbangan untuk staf yang menimang

cahata mata dan baru melaksanakan perkahwinan juga

diadakan. Program diakhiri dengan sesi bergambar semua warga

Asasi. Program ini telah berjaya memupuk keserakanan di antara

kakitangan dan program seumpama ini diharap dapat diteruskan

pada masa hadapan.

PROGRAM BUBUR LAMBUK 2016

Pada 29 Jun 2016, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan 2016

bertempat di Pusat Islam UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Mohd Nawavi dan seramai

kira-kira 150 orang kakitangan telah menyertai program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meraikan

bulan Ramadan al-Mubarak dan menganjurkan amalan bersedekah dalam kalangan staf-staf Pusat Asasi dan UiTM

Kampus Dengkil. Program bermula pada pukul 1.00 petang dengan aktiviti memasak yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz

Mahamad Nawavi, Ustaz Rohaizad dan Wak Lizam. Proses masakan siap sepenuhnya menjelang waktu Asar. Seterusnya,

bubuk lambuk tersebut dimasukkan ke dalam bekas untuk diedarkan. Proses edaran dilakukan oleh Pengarah Pusat Asasi,

Prof Madya Ahmad Kamil Hussain kepada para staf dan pelajar Pusat Asasi. Program ini telah berjaya memupuk amalan

berpasukan dan bersedekah dalam kalangan staf.

PROGRAM KHATAM AL-QURAN &

MAJLIS BERBUKA PUASA STAF IHYA’ RAMADAN 2016

Pada 29 Jun 2016, Kelab Kebajikan Staf bersama dengan Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM

Kampus Dengkil telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran & Majlis Berbuka Puasa

Ihya’ Ramadan 2016 di Pusat Islam UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah diketuai oleh

Ustaz Ahmad Firdaus Ismail dan seramai kira-kira 100 orang staf bersama-sama keluarga

masing-masing menyertai program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk

menyemarakkan lagi amalan di bulan Ramadan al-Mubarak yang mulia dan

menganjurkan ukhuwah dalam kalangan staf-staf Pusat Asasi. Program bermula pada

pukul 4.00 petang dengan aktiviti Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Norhisham.

Seterusnya program diteruskan dengan penyampaian zakat kepada pelajar dan staf oleh

Pengarah Pusat Asasi, Prof Madya Ahmad Kamil Hussain. Aktiviti berbuka puasa bermula

sejurus azan Maghrib berkumandang. Selepas berbuka, para hadirin mendirikan solat

Maghrib, seterusnya solat isyak dan Terawih secara berjemaah. Program tamat selepas

solat Terawih. Program ini telah berjaya menyemarakkan lagi amalan yang mulia di bulan

Ramadan al-Mubarak dan menganjurkan ukhuwah dalam kalangan staf.

3

Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil

Page 4: Kelab Kebajikan Staf Edisi Jan Bil. 1/2017 Pusat Asasi ... · PDF fileMAJLIS JASAMU DIKENANG 2017 Pada 20 Mac 2017, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Majlis Jasamu Dikenang

PROGRAM MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 1437H/2016M

Pada 29 Julai 2016, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M

yang bertemakan Syukur@Dengkil di Bilik 24 jam PTAR Kampus Dengkil. Sambutan Hari Raya yang julung kalinya

diadakan di kampus baru Dengkil ini telah menarik lebih 200 orang hadirin yang masing-masing memperagakan

busana Hari Raya yang segak dan bergaya. Program bermula sekitar 2.30 petang dan telah dirasmikan oleh

Pengarah Pusat Asasi, Prof. Madya Ahmad Kamil Hussain. Beliau telah menyalakan pelita sebagai simbolik

perasmian. Sementara hadirin menjamu selera, majlis diselitkan dengan penyampaian insentif perkahwinan,

cahaya mata dan hadiah cabutan bertuah. Pada kemuncak majlis, Dr. Juan Matmin telah di umumkan

sebagai pemenang Best Dressed Lelaki dan Dr. Fatimah Salim sebagai pemenang Best Dressed Wanita.

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KAMPUS DENGKIL YANG PERTAMA

(ANJURAN BERSAMA KAS ENGINEERING SDN BHD) 2016

Pada 28 Nov 2016, Kelab Kebajikan Staf bersama dengan KAS Engineering Sdn Bhd telah menganjurkan

Majlis Sambutan Ulang Tahun Kampus Dengkil Yang Pertama bertempat di Pusat Islam Kampus Dengkil.

Satu Jawatankuasa Task Force yang diketuai oleh Pn. Malissa Mohamed telah dibentuk untuk

merancang dan merealisasikan program ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Mohd

Norhisyam Azman dan seterusnya dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof. Madya Ahmad Kamil

Hussain dengan upacara memotong kek sebagai simbolik perasmian. Seterusnya, majlis menyaksikan

upacara menanam pokok oleh Tuan Pengarah dan wakil KAS Engineering sebagai tanda memperingati

ulang tahun pertama Kampus Dengkil.

SENARAI PENERIMA INSENTIF DAN SUMBANGAN KELAB TAHUN 2016

Bil Nama Penerima Unit Perkara Bil Nama Penerima Unit Perkara

1 Dr. Ng Kwok Wen Kimia Berkahwin 24 Noor Safina Sulaiman Kimia Berkahwin

2 Mohd Ridhwan Mohd Nor Makmal Berkahwin 25 Nurul Asihkin Selamat PTAR Berkahwin

3 Nur Asyikin Ahmad Nazri Fizik Cahaya Mata 26 Abir Wardati Abd Latif Fizik Cahaya Mata

4 Mohd Izad Hafiszi Jaemen Kolej Cahaya Mata 27 Dr. Siti Rudhziah Che Balian Fizik Cahaya Mata

5 Nor Hafidah Abd Kadir Law Cahaya Mata 28 Nor Faridah Hanim Mat Junit Fizik Cahaya Mata

6 Nur Haryati Mohammad Raduan Matematik Cahaya Mata 29 Nurkhaizan Zulkepli Fizik Cahaya Mata

7 Nur Sa'aidah Ismail Matematik Cahaya Mata 30 Masnita Mat Jusoh Fizik Cahaya Mata

8 Malissa Mohamed Biologi Cahaya Mata 31 Tengku Norbaya Tengku Azhar Biologi Cahaya Mata

9 Dr. Salizatul Ilyana Ibrahim Kimia Cahaya Mata 32 Faizatul Farah Hatta Kimia Cahaya Mata

10 Nor Faridah Hanim Md Junid Fizik Cahaya Mata 33 Dr. Fatimah Salim Kimia Cahaya Mata

11 Janariah Jamaludin Kolej Cahaya Mata 34 Teh Faradilla Abd Rahman CS Cahaya Mata

12 Nor Hafizah Moktar Kolej Cahaya Mata 35 Saidatul Nadiah Idris Matematik Cahaya Mata

13 Dr. Norhayati Muhammad Kimia Kematian 36 Suraya Mohd Shaibani Makmal Cahaya Mata

14 Sharifah Shakirah Syed Omar APB Kematian 37 Mohd Azhari Zailani PTAR Cahaya Mata

15 Raudzatul Fathiyah Mohd Said CS Kematian 38 Roziana Bujang Biologi Cahaya Mata

16 Rosman Hj Ujang HEP Kematian 39 Ustaz Norhisyam Azman HEP Cahaya Mata

17 Kelimah anak Elong Kimia Kematian 40 Mohd Khaizir Kamarun Infotech Cahaya Mata

18 Muhammad Rahmat Yunus Infotech Kematian 41 Nur Azian Azis PTAR Cahaya Mata

19 Umi Salamah Mukit Bendahari Berpindah 42 Marlizawati Mohamat HEP Cahaya Mata

20 Mohd Ridhwan Mohd Nor Makmal Berpindah 43 Ainul Hafiza Abdul Hair Biologi Warded

21 Nurul Jannah Ismayatim HEP Berhenti

22 Muhamad Farid Ibrahim (Bob) Kolej Warded

23 Syahrul Nizam Jubilee PB Musibah

*Sekiranya terdapat ahli kelab yang terlepas pandang daripada menerima insentif dan sumbangan, kami AJK kelab ingin memohon maaf dan

meminta agar dimaklumkan kepada Wakil Unit dengan segera. Kami juga meminta agar maklumat-maklumat penting disampaikan terus kepada

Wakil Unit masing-masing untuk direkodkan.

4

Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil

Page 5: Kelab Kebajikan Staf Edisi Jan Bil. 1/2017 Pusat Asasi ... · PDF fileMAJLIS JASAMU DIKENANG 2017 Pada 20 Mac 2017, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Majlis Jasamu Dikenang

PERANCANGAN KELAB 2017

Antara perancangan kelab sepanjang tahun 2017 adalah

seperti berikut:

1. Majlis Jasamu Dikenang

2. Kejohanan Bowling

3. Majlis Berbuka Puasa

4. Majlis Hari Raya Aidilfitri

5. Hari Keluarga/Dinner Staf

6. Program Bololah anjuran bersama Unit Kesihatan

7. Program Ziarah Staf Cuti Sakit

8. e-Buletin Kelab Kebajikan Staf 2 edisi dalam setahun

DASAR KELAB 2017

Jawatankuasa Kelab Kebajikan Staf dalam mesyuarat Bil. 1/2017 bertarikh

20 Feb 2017, telah bersetuju membuat dan menyemak beberapa dasar dan

ketetapan, antaranya:

1. Dasar Keahlian Kelab

Dasar keahlian kelab dikekalkan dan ditambahbaik berdasarkan

keputusan Mesyuarat Akademik dan Pentadbiran 1/2016 bertarikh

29 Mac 2016 iaitu;

a) Staf Tetap dan Kontrak adalah secara automatik menjadi ahli kelab

dan wajib membayar yuran serta layak mendapat hak keistimewaan

ahli. Sekiranya terdapat staf yang tidak membayar yuran, mereka

tetap kekal menjadi ahli kelab, tetapi mereka tidak mendapat hak-hak

keistimewaan ahli seperti insentif cahaya mata, sumbangan untuk

kemalangan dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka amat dialu-

alukan untuk menyertai sebarang program dan aktiviti kelab.

b) Staf Sementara dan PTFT adalah bukan secara automatik menjadi ahli

kelab dan tidak wajib membayar yuran tetapi sekiranya membayar

yuran, maka akan mendapat hak keistimewaan sebagaimana ahli

kelab yang lain. Perlu maklumkan dan direkod oleh Wakil Unit.

c) Semua ahli kelab dan staf sementara/PTFT adalah dijemput menyertai

semua program dan aktiviti yang dianjurkan kelab dan dialu-alukan

untuk menawarkan diri untuk membantu AJK dalam proses

penganjuran yang dijalankan.

d) Staf Cuti Belajar dan bercuti panjang adalah tetap menjadi ahli kelab

dan dialu-alukan untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan.

Mereka tidak wajib membayar yuran.

2. Dasar Kutipan Yuran Kelab

Yuran adalah dikekalkan seperti berikut: Gred 51 dan keatas RM 10 sebulan

Gred 41 hingga 50 RM 7 sebulan

Gred 40 dan ke bawah RM 5 sebulan

Pembayaran yuran perlu dibuat melalui Wakil Unit masing-masing yang

telah dilantik berkuatkuasa 2017.

3. Dasar Perbelanjaan/Insentif/Sumbangan Kelab

Perbelanjaan kelab adalah ditetapkan seperti berikut: Hadiah perkahwinan staf (isteri pertama shj) RM100 – RM150

Insentif staf mendapat cahaya mata RM50

Hadiah perpisahan staf RM100

Sumbangan staf mengalami kemalangan dan

penyakit kritikal

RM100

Sumbangan staf masuk wad hospital RM50

Sumbangan staf kematian ahli keluarga terdekat

(ayah/ibu/suami/isteri/anak)

RM100

Sumbangan staf yang mengalami bencana

alam/musibah

RM100

Insentif staf menunaikan haji RM100

Insentif staf menerima cucu pertama RM50

Derma Luar (masjid/ surau/ rumah anak yatim/

tahfiz/ kemalangan/ kecelakaan/dll) RM100 setiap permohonan

Bantuan kepada pelajar fakir/miskin RM1000 – RM2000 setahun

Mesyuarat bersetuju untuk memberikan wang tunai (diambil daripada

yuran kelab sebanyak RM2 dari bilangan ahli) kepada waris sekiranya

berlaku kematian di kalangan ahli (staf yang membayar yuran kelab).

Mesyuarat juga bersetuju bahawa sumbangan diberikan mengikut

keadaan semasa berkuatkuasa tahun 2017.

Sumbangan dan insentif akan disampaikan kepada staf yang

berkenaan semasa program yang dianjurkan kelab. Pemberian secara

segera akan dilakukan untuk kes-kes kemalangan dan seumpamanya.

4. Penambahbaikan Proses Penyampaian Maklumat Staf

Maklumat berkenaan dengan hal-hal perkahwinan, mendapat cahaya

mata, kemalangan, penyakit kritikal, kematian ahli keluarga terdekat, dll.

di kalangan staf adakalanya tidak sampai ke pengetahuan AJK kelab dan

pengurusan. Justeru, semua ahli kelab (staf) diminta untuk mengambil

tanggungjawab ini bersama memaklumkan kepada Wakil Unit masing-

masing. Wakil-wakil setiap unit dipertanggungjawabkan untuk

memaklumkan terus kepada warga Asasi melalui email dan maklumat

direkodkan oleh Setiausaha Kelab supaya insentif dan sumbangan dapat

disalurkan dengan berkesan.

AHLI JAWATANKUASA KELAB 2017 (sehingga Jun)

Bil Nama Tugas dan Peranan

1 Prof. Madya Ahmad Kamil Hussain Penasihat

2 Pn. Noridah Mohd Ali Pengerusi

3 Tn. Hj. Mohamed Ali Abd Rahman Pengerusi (Julai 2017)

4 Dr. Ikhwan Naim Md Nawi Timb. Pengerusi

5 Cik Nurashikin Abdullah S/U (I)/ Wakil Math

6 Cik Nhawal Aminie Saidon S/U (II)

7 Cik Mas Fiza Mustafa S/U (III)

8 Pn. A’bir Wardati Latif Bendahari/ Wakil Fizik

9 Pn. Fadzilah Mohd Minal AJK/ Wakil BPP

10 Pn. Siti Ainun Mardiah Jamaludin AJK/ Wakil BHEA

11 En. Farid Salleh AJK/ Wakil BHEP

12 En. Muhammad Azhari Ahmad Zin AJK/ Wakil Bendahari

13 ASP/PB Tn. Baharin Rahim AJK/ Wakil PB

14 En. Mohd Hafiz Mahamad Nawavi AJK/ Wakil Fasiliti

15 En. Mohd Khairul Rezwan Nasir AJK/ Wakil Kolej

16 En. Hanif Harun AJK/ Wakil Makmal

17 Ustazah Khairah Ismail AJK/ Wakil ACIS

18 Pn. Siti Muryani Suhari AJK/ Wakil Infotech

19 Pn. Nurul Asihkin Selamat AJK/ Wakil PTAR

20 Pn. Malissa Mohamed AJK/ Wakil Bio

21 Pn. Faizatul Farah Hatta AJK/ Wakil Kimia

22 Pn. Jebakumari Selvarani A/P Ebenezer AJK/ Wakil APB

23 En. Irwan Affendi Md Naim AJK/ Wakil TESL

24 En. Muhammad Faliq Abd Razak AJK/ Wakil Law

25 Pn. Nurhilyana Anuar

AJK/ Wakil CS

26 Ustaz Ahmad Firdaus Ismail AJK/ Wakil BHEI

27 Pn. Qistina Omar AJK

28 Pn. Nur Fariza Abdul Rahman AJK

29 Pn. Noor Safina Sulaiman AJK

30 Pn. Noor ‘Aisyah Johari AJK

31 Pn. Norjuliyati Hamzah AJK

32 Pn. Nurul Huda Mohd Noor AJK

33 Pn. Siti Irma Yuana Sheikh Mohd Saaid AJK

34 En. Ahmad Fuzairi Ahmad Faizal AJK

35 Cik Mafarhanatul Akmal Ahmad

Kamal AJK

36 Insp/PB Tn. Abdul Ghafur Abdul Rahim AJK

37 En. Fahmi Abdul Sani AJK

38 En. Khamis Harun AJK

EDITOR Dr. Ikhwan Naim Md Nawi

Pn. Siti Ainun Mardiah Jamaludin

INFO KEBAJIKAN 2017

Penafian: Gambar-gambar yang dipaparkan di dalam e-buletin ini diambil daripada

pelbagai sumber termasuk kamera rasmi Pusat Asasi, kamera peribadi, Facebook,

Instagram dan sebagainya dan merupakan hak mutlak pemilik gambar tersebut.

5

© Hak Cipta Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM

Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil