Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi.docx

5
Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi Oleh: Nazlinda binti Ismail Bulan Ramadan Al Mubarak bakal menjengah tidak lama lagi dan tentunya bakal memberikan semangat kepada kita untuk meneruskan ibadah. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya maka amatlah patut untuk kita memahami dan mengetahui tentang kelebihan di bulan Ramadan. Firman Allah dalam Surah Al- Baqarah ayat 183 dan 185. “Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang di wajibkan atas orang-orang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”. Semua perintah Allah S.W.T yang disyaritkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat yang tersendiri. Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, agar mereka juga mengalami kelebihannya Cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disyariatkan di dalam Islam. Terdapat beberapa kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa. Pada 1994, Kongres Antarabangsa berhubung Kesihatan dan Puasa yang diadakan di Casablanca, telah membentangkan kertas kerja daripada penyelidik- penyelidik Islam dan bukan Islam. Kajian mendapati amalan berpuasa pada bulan Ramadan mempunyai kesan fisiologi dan psikologi secara tidak langsung. Kesan fisiologi ini termasuklah, merendahkan paras gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah sistolik. Puasa juga dapat memberi kesan dan kelebihan dari sudut psikologi. Dengan berpuasa, ianya dapat memberi ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil. Semasa berpuasa kita juga digalakkan memperbanyakkan

Transcript of Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi.docx

Page 1: Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi.docx

Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi

Oleh: Nazlinda binti Ismail

Bulan Ramadan Al Mubarak bakal menjengah tidak lama lagi dan tentunya bakal memberikan

semangat kepada kita untuk meneruskan ibadah. Bulan yang penuh dengan keberkatan,

kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya maka amatlah patut untuk kita memahami

dan mengetahui tentang kelebihan di bulan Ramadan. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah

ayat 183 dan 185. “Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang

di wajibkan atas orang-orang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”. Semua perintah

Allah S.W.T yang disyaritkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat yang tersendiri. Di dalam

agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, agar mereka juga mengalami

kelebihannya Cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disyariatkan di dalam Islam.

Terdapat beberapa kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa. Pada

1994, Kongres Antarabangsa berhubung Kesihatan dan Puasa yang diadakan di Casablanca,

telah membentangkan kertas kerja daripada penyelidik-penyelidik Islam dan bukan Islam.

Kajian mendapati amalan berpuasa pada bulan Ramadan mempunyai kesan fisiologi dan

psikologi secara tidak langsung. Kesan fisiologi ini termasuklah, merendahkan paras gula dalam

darah, kolesterol dan tekanan darah sistolik.

Puasa juga dapat memberi kesan dan kelebihan dari sudut psikologi. Dengan berpuasa, ianya

dapat memberi ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras

gula dalam darah yang semakin stabil. Semasa berpuasa kita juga digalakkan

memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran, amalan ini bukan sahaja memberi ketenangan

kepada minda dan jiwa, malah dapat meningkatkan keupayaan memori. Dr. Alan Cott, seorang

pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan penyelidikan psikologi membuktikan bahawa

puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan

orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Hasil keputusan

menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih

tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa. Ketika perut dan usus

melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan

pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila

Page 2: Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi.docx

kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun

akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu

kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada

diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang

berkesan.

Ketika berpuasa, perut akan mengeluarkan bahan-bahan buangan berbahaya yang

disingkirkan melalui proses detoksifikasi. Amalan makan secara berlebihan, diet yang tidak

seimbang dengan kuantiti karbohidrat yang tinggi dan makanan berlemak, semasa berbuka

boleh menyumbang banyak masalah kesihatan. Ini termasuklah hiperglisemia, pertambahan

berat badan dan rasa tidak selesa pada perut. Para penyelidik ilmu perubatan telah

membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik serta racun-racun dari badan dan secara

tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut

Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat

menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Beliau berjaya mengubati pesakit-

pesakitnya dengan meminta mereka berpuasa sebagai alternative kepada ubatan moden.

Dari aspek psikologi, manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu fizikal,

emosi, kognitif dan spiritual. Berdasarkan komponen itu, puasa di bulan Ramadan diharapkan

dapat melatih fizikal, emosi, kognitif dan spiritual untuk melakukan transformasi ke arah

kebaikan dituntut Islam. Ramadan juga mendidik diri menghayati konsep hablun min Allah

(hubungan dengan Allah) dan konsep hablun minannas (hubungan sesama manusia).

Hubungan itu terserlah dalam ibadah dan akhlak yang dilakukan sepanjang Ramadan dan

diharap diteruskan selepas Ramadan.

Selain meningkatkan ibadat kepada Allah SWT, puasa juga mendidik jiwa insan untuk

berkongsi nikmat dikurniakan dengan memperbanyakkan amalan sedekah yang mampu

membersihkan jiwa daripada perasaan sombong. Puasa mampu menyucikan diri daripada sifat

mazmumah seperti tamak, sombong dan hasad dengki. Apabila seseorang itu berpuasa, ia

mampu membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung menerapkan sifat rendah diri

terhadap orang lain dalam diri. Puasa juga mendidik jiwa dengan sifat belas ihsan terhadap

orang lain yang hidup susah dan kurang bernasib baik. Dengan itu, kita akan merasai

penderitaan hidup mereka yang hidup serba kekurangan.

Page 3: Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi.docx

Perintah berpuasa bagi umat Islam adalah pengendalian diri atau self control. Aspek

pengendalian ini penting kerana pengendalian diri merupakan salah satu komponen utama bagi

mewujudkan dan psikologi dan jiwa yang sihat. Dari perspektif ilmu psikologi dan kesihatan

mental, kemampuan mengendalikan diri adalah merupakan indikasi utama sihat atau tidaknya

kehidupan rohaniah seseorang. Seseorang yang sihat psikologi dan jiwanya akan memiliki

tingkat kemampuan mengendali diri yang baik, sehingga terhindar dari berbagai gangguan

psikologi. Sekiranya pengendalian diri seseorang terganggu, maka akan timbul berbagai reaksi

pathologi dalam pikiran (cognition), perasaan (affection) dan perilaku (psikomotor). Apabila hal

ini terjadi maka akan terjadi hubungan yang tidak harmoni antara diri individu dengan dirinya

sendiri dan juga dengan orang lain di sekitarnya. Oleh yang demikian, orang yang jiwanya tidak

sihat keadaannya akan sangat mengganggu dirinya sendiri, juga menggangu orang lain. “Puasa

itu bukanlah sekadar menahan diri dari makan dan minum, tetapi sesungguhnya puasa itu

adalah mencegah diri dari segala perbuatan yang sia-sia serta menjauhi perbuatan-perbuatan

yang kotor dan keji.” (Hadis Riwayat Buhari).

Di samping itu ibadat puasa juga mendidik manusia supaya bersifat sabar kerana

dengan sifat sabarlah kebiasaannya seseorang itu dapat membentuk karakter dan peribadi

yang bermutu tinggi dan mampu membentuk sebagai pemimpin yang terkenal yang membawa

dirinya ke peringkat yang dimuliakan, dihormati serta dikasihi. Sifat sabar adalah seiring dengan

sifat tawakal, sebab orang yang bertawakal mestilah sabar dalam menghadapi

tanggungjawabnya dan meneruskan perjuangannya, juga tenang dalam menjalankan

urusannya hingga sampai kepada matlamatnya. Dengan berpuasa, emosi kita akan terdidik dan

berubah kepada yang lebih stabil dan rasional. Orang yang berpuasa perlu bersabar menunggu

waktu berbuka dan menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa. Sifat pemarah akan

berkurang, lebih bersimpati dan memahami perasaan orang lain, hati jadi lembut dan berbagai-

bagai lagi perkara positif berkaitan emosi dari pengertian di atas, dapat kita fahami bahawa

maksud dasar puasa adalah menahan diri daripada beberapa hal iaitu merupakan satu bentuk

disiplin yang perlu kita ikuti sepanjang bulan ramadhan.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan berpuasa dari aspek kesihatan, emosi dan psikologi. Di

bulan yang mulia ini, bersamalah kita perbaiki diri ke arah yang lebih positif. Mudah-mudahan

dengan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan ini dapat

Page 4: Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi.docx

digunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan amal ibadah dan kita dijauhi daripada

mendapat penyakit akibat daripada makan berlebihan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.