Kelebihan Dan Kelemahan Penggunaan Kalkulator Di Sekolah Rendah Tutorial Literasi Nombor

2
Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Kalkulator di Sekolah Rendah Kalkulator sememangnya membantu dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan. Pertama sekali, kalkulator membolehkan pelajar untuk menyelesaikan masalah rumit dengan cepat dan dengan cara yang cekap. Selain itu, ia boleh mengurangkan masalah untuk tugas-tugas mudah dan membolehkan pelajar untuk menumpukan lebih banyak masa untuk memahami masalah ini. Kedua, murid tidak terikat dengan prosedur atau langkah yang sama untuk melakukan langkah pengiraan. Prosedur tersebut mungkin mereka tidak mahir, namun dengan menggunakan kalkulator, mereka dapat menyelesaiakan masalah dengan mudah. Kelebihan ini membantu pelajar untuk mengelakkan kebosanan dan ia tidak melemahkan semangat mereka untuk belajar dalam matematik walaupun ada langkah pengiraan yang mereka tidak mahir. Jika matematik tidak dibuat menghiburkan, murid boleh berasa bosan, dan ia boleh melemahkan semangat pemahaman matematik mereka. Seterusnya, guru yang menyedari bahawa keupayaan matematik murid tidak tinggi akan menggunakan kalkulator agar mereka boleh menyelesaikan masalah penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian masalah dengan cara yang cepat dan berkesan. Misalnya, murid tidak mempelajari sifir 13 dan mungkin akan sukar untuk mereka untuk mengiranya jika tidak membuat langkah kerja terlebih dahulu. Kebiasaanya semasa dalam melakukan langkah kerja ini, ramai murid yang akan melakukan kesilapan. Namun, dengan menggunakan kalkulator mereka hanya akan membuat sedikit kesilapan dan seterusnya menjadi lebih selesa dalam menyelesaikan masalah yang sukar. Di sebalik kelebihan kalkulator ini, ia sebenarnya juga mempunyai keburukan. Ini disebabkan, apa yang digambarkan sebagai kelebihan kadang kala di dalam dunia sebenar adalah berbeza. Sehebat mana pun kebolehan sebuah kalkulator, namun ia tetap bergantung kepada orang yang mengendalikannya. Dalam hal ini, murid perlu tahu arahan yang terdapat di dalam manual. Setiap jenama dan model kalkulator yang berbeza pasti akan memerlukan set arahan yang berbeza. Oleh itu, jika murid tidak mahir dalam menggunakan kalkulator maka pasti akan berlaku kesilapan walaupun hanya sedikit. Walaupun kecil namun kesilapan ini pasti akan mempengaruhi jawapan akhir. Julina Janis (PISMP BKD SEM 2)

description

literasi nombor

Transcript of Kelebihan Dan Kelemahan Penggunaan Kalkulator Di Sekolah Rendah Tutorial Literasi Nombor

Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Kalkulator di Sekolah Rendah

Kalkulator sememangnya membantu dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan. Pertama sekali, kalkulator membolehkan pelajar untuk menyelesaikan masalah rumit dengan cepat dan dengan cara yang cekap. Selain itu, ia boleh mengurangkan masalah untuk tugas-tugas mudah dan membolehkan pelajar untuk menumpukan lebih banyak masa untuk memahami masalah ini. Kedua, murid tidak terikat dengan prosedur atau langkah yang sama untuk melakukan langkah pengiraan. Prosedur tersebut mungkin mereka tidak mahir, namun dengan menggunakan kalkulator, mereka dapat menyelesaiakan masalah dengan mudah. Kelebihan ini membantu pelajar untuk mengelakkan kebosanan dan ia tidak melemahkan semangat mereka untuk belajar dalam matematik walaupun ada langkah pengiraan yang mereka tidak mahir. Jika matematik tidak dibuat menghiburkan, murid boleh berasa bosan, dan ia boleh melemahkan semangat pemahaman matematik mereka.Seterusnya, guru yang menyedari bahawa keupayaan matematik murid tidak tinggi akan menggunakan kalkulator agar mereka boleh menyelesaikan masalah penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian masalah dengan cara yang cepat dan berkesan. Misalnya, murid tidak mempelajari sifir 13 dan mungkin akan sukar untuk mereka untuk mengiranya jika tidak membuat langkah kerja terlebih dahulu. Kebiasaanya semasa dalam melakukan langkah kerja ini, ramai murid yang akan melakukan kesilapan. Namun, dengan menggunakan kalkulator mereka hanya akan membuat sedikit kesilapan dan seterusnya menjadi lebih selesa dalam menyelesaikan masalah yang sukar. Di sebalik kelebihan kalkulator ini, ia sebenarnya juga mempunyai keburukan. Ini disebabkan, apa yang digambarkan sebagai kelebihan kadang kala di dalam dunia sebenar adalah berbeza. Sehebat mana pun kebolehan sebuah kalkulator, namun ia tetap bergantung kepada orang yang mengendalikannya. Dalam hal ini, murid perlu tahu arahan yang terdapat di dalam manual. Setiap jenama dan model kalkulator yang berbeza pasti akan memerlukan set arahan yang berbeza. Oleh itu, jika murid tidak mahir dalam menggunakan kalkulator maka pasti akan berlaku kesilapan walaupun hanya sedikit. Walaupun kecil namun kesilapan ini pasti akan mempengaruhi jawapan akhir.

Selain itu, kalkulator tidak membantu dalam membina kemahiran murid. Jika menggunaakan kalkulator, murid tidak akan mengetahui sifir asas kerana segalanya boleh dikira menggunakan kalkulator. Tambahan pula, murid yang bergantung kepada kalkulator untuk persamaan mudah tidak akan mengingati penyelesaian selepas dia menulis jalan penyelesaian tersebut. Kebergantungan dalam penggunaan kalkulator menyebabkan murid lemah dalam mengingat fakta asas. Kanak-kanak yang mampu untuk mengira 6x4 tanpa kalkulator tahu lebih banyak tentang konsep pendaraban daripada pengguna kalkulator.Jika menggunakan kalkulator, murid juga tidak akan mempelajari konsep. Menulis jawapan di ruangan jawapan adalah mudah, tetapi memahami konsep-konsep asas di sebalik jalan penyelesaian tersebutlah yang akan menunjukkan kefahaman dan penguasaan yang sebenar dalam matematik. Dari pendaraban mudah kepada masalah yang lebih kompleks, tidak akan berguna jika murid hanya menekan beberapa butang kemudian menulis nombor yang merupakan jawapan. Seharusnya, murid perlu memahami bagaimana dan kenapa dia mendapat nombor tersebut sebagai jawapan. Jika penggunaan kalkulator berterusan, murid hanya akan menghafal formula tanpa memahaminya.Kebergantungan terhadap kalkulator akan memberi banyak kesan negatif jangka pendek mahupun jangka panjang. Hanya kerana ia lebih mudah untuk menggunakan kalkulator yang tidak bermakna ia lebih berkesan untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, jika kita membeli barangan yang berharga RM 1.20 sebanyak 12 buah, tidak perlulanh untuk mengeluarkan kalkulator kerana ia hanya akan memalukan kita. Perkara yang mudah seperti ini sebenarnya boleh dicongak dengan menggunakan mental sahaja. Oleh itu, jelas bahawa kebolehan mengira nombor dengan menggunakan mental dengan cepat adalah lebih baik. Kebolehan ini juga pasti akan berguna sepanjang hayat terutama bagi generasi muda yang a baru hendak mencari kerja.Kesimpulannya, penggunaan kalkulator di sekolah rendah memberi lebih banyak keburukan, oleh sebab itu, penggunaan kalkulator di sekolah rendah adalah dilarang. Hal ini disebabkan, di sekolah rendah murid perlu mempunyai asas yang kuat dalam matematik. Apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi barulah penggunaan kalkulator ini dibenarkan. Julina Janis (PISMP BKD SEM 2)