Kelebihan Menghafal Al-quran

14
http://blogpbu.blogspot.com/2010/09/kem-tahfiz-perdana-pusat- bimbingan.html KELEBIHAN MENGHAFAL AL-QURAN Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T Tahukah anda apa kelebihan menghafal Al-Quran ? 1. Ganjaran Dunia “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah) Orang yang mengahafal Al-Quran tidak semestinya mendapat ganjaran di akhirat semata-mata bahkan di dunia juga. Seperti didalam maksud hadis diatas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, penghafaz al-Quran merupakan kerabat Allah S.W.T di dunia dikalangan manusia dan juga hamba-hambanya yang terpilih. Bayangkan anda menjadi salah seorang kerabat kepada Raja segala Raja, sedangkan didunia ini kalau kerabat sultan pun dihormati,inikan pula kerabat Raja segala Raja.Tidak mahukah kita merebut peluang seperti ini?. Selain itu orang yang menghafal Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam maksud hadith riwayat muslim “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” dan banyak lagi ganjaran dan kelebihan di dunia bagi orang yang menghafal Al-Quran 2. Mayat Tidak Reput Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUKdan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 10 golongan tersebut ialah a - Para Nabi b - Para Syuhada' c - Para Alim Ulama d - Para Ahli Jihad

Transcript of Kelebihan Menghafal Al-quran

Page 1: Kelebihan Menghafal Al-quran

http://blogpbu.blogspot.com/2010/09/kem-tahfiz-perdana-pusat-bimbingan.html

KELEBIHAN MENGHAFAL AL-QURANAssalamualaikum kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T

Tahukah anda apa kelebihan menghafal Al-Quran ?

1.  Ganjaran Dunia

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah

mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat

Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Orang yang mengahafal Al-Quran tidak semestinya mendapat ganjaran di akhirat semata-mata bahkan di

dunia juga. Seperti didalam maksud hadis diatas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, penghafaz al-Quran

merupakan kerabat Allah S.W.T di dunia dikalangan manusia dan juga hamba-hambanya yang terpilih.

Bayangkan anda menjadi salah seorang kerabat kepada Raja segala Raja, sedangkan didunia ini kalau

kerabat sultan pun dihormati,inikan pula kerabat Raja segala Raja.Tidak mahukah kita merebut peluang seperti

ini?. Selain itu orang yang menghafal Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam maksud

hadith riwayat muslim “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” dan banyak

lagi ganjaran dan kelebihan di dunia bagi orang yang menghafal Al-Quran

2. Mayat Tidak Reput

Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUKdan TIDAK

REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 10 golongan tersebut ialah

a - Para Nabi

b - Para Syuhada'

c - Para Alim Ulama

d - Para Ahli Jihad

e - Para Hafiz Al-Quran

f - Imam atau pemimpin yang adil

g - Tukang Azan. 

h - Wanita yang mati kelahiran/beranak

Page 2: Kelebihan Menghafal Al-quran

i - Orang mati dibunuh atau dianiaya

j - Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang   beriman.

3. Ibu bapanya mendapat kemuliaan

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu

bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya

matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad

, Abu Daud)

4. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi Muhammad S.A.W

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di

antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau

mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

5. Penghafaz al-Quran mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-

Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu

satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

6. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan

Muslim)

7. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran,

sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya

Page 3: Kelebihan Menghafal Al-quran

(penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Begitulah kelebihan-kelebihan bagi orang yang menghafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu wajib

dipelajari bagi kita umat islam kerana didalam sembahyang pun kita membaca Al-Quran. Jadi marilah kita

sama-sama membaca,menghafaz dan mengamalkannya agar kita mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

di dunia dan diakhirat - insya' Allah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud 

"Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka." (Surah Thaha ayat 123)

P/S - Nantikan INFO pada edisi akan datang.Terima kasih kerana membaca!

http://pendislami.tripod.com/hafaz_al-quran.htm

Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar.  Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebih lengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya.  Al-Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz.  Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia.  Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian.  Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaznya.

    Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru.  Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz.  Nabi Muhammad s.a.w.  merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran.  Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran.  Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja.  Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat.

Page 4: Kelebihan Menghafal Al-quran

    Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu.  Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara.  Justeru, orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran daripada hilang.  Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang.  Khuram Murad menyebutkan di dalam bukunya Way to the Qur'an (1991) dengan mengatakan bahawa:

    The word Hifz now used in the limited sense of memorizing, includes    both  understanding and practice.  In fact there is no English word     which can accurately reflect its true and full meaning.

    Hifz is an essential way of making the Qur'an penetrate you.  It is not    a mechanical, ritual etc., it is an act of high spiritual and devotional    impotence.  Through Hifz one can read in prayers and ponder its     meaning.  It makes the Qur'an flow on your tongue, reside in your     mind, dwell in your heart, and it becomes your constant companion.

   Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukan bermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsur menghafaz.  Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati. Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang.  Yang telah lekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang.  Caranya ialah juga dengan selalu mengulang-ulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca itu tidak dapat dilakukan kecuali dengan memahami maknanya.  Dan ini juga merupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian.

    Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip-prinsip matematik atau sains.  Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu, menghafaz Al-Quran adalah ibadat.  Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t..  Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan.  Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara menghafaz, elok jika kita perhatikan dahulu  tentang kelebihan membaca dan menghafaz Al-Quran.

Firman Allah:

Page 5: Kelebihan Menghafal Al-quran

          

    Maksudnya:  "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang     paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang    mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar"

    Surah Al-Isra 9.

FimanNya lagi:

           

    Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab    Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki    yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara    terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak    akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan    menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka     dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa     kelebihan.  Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat     bersyukur".  Surah Fatir 29-30.

    Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:

    "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka    baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan    sepuluh kali ganda.  Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf,    tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf".  Riwayat Ibnu    Mas'ud.

Page 6: Kelebihan Menghafal Al-quran

    Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan  dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

    "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari    Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya"

    Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin.  Ini adalah berdasarkan firman Allah:

                      

    Bermaksud:  "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat    Al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin".    Surah Isra 82.

    Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.  Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:

    "Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah     (Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". Riwayat    Ibnu Abbas r.a.

    Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain.  Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah.  Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudya:

    "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan     mengajarnya kepada orang lain"

    Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Page 7: Kelebihan Menghafal Al-quran

    "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak     menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran).  Dan     sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang     masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang    kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita    baik daripada Allah Ta'ala".

    Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat.  Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh.  Sabda baginda s.a.w. bermaksud:

    "Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran    di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir    runtuh"  Hadis riwayat Tarmizi.

    Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada Al-Quran.  Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya.

    Di bawah ini dipeturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran bagi yang berminat.  Jika ada kemusykilan, sila hubungi penulis.

Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran

     Bagi guru Pendidikan Islam,  sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.

    Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz.  Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan .  Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.

A.  Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran. 

Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya.  Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita.  Antara adab-adabnya ialah:

Page 8: Kelebihan Menghafal Al-quran

1.  Bersuci dan berwuduk2.  Memakai pakaian yang bersih3.  Berada di tempat yang bersih dan sunyi4.  Mengadap kiblat5.  Ikhlaskan niat.  Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah      dan rasulNya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana     sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan

B.  Teknik menghafaz Al-Quran

1.  Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan     lambat-lambat (Tartil).  Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya      sahaja.2.  Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.3.  Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir). 4.  Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-     betul lancar.5.  Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan.  Iaitu baca tanpa     melihat kepada mushaf.  Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat     mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat     mushaf.6.  Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat     mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti     langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.7.  Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari     awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf,    melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.8.  Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.9.  Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di     dalam solat.10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.

    Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca.  Jika ada kabaikan, itu ialah pertolongan daripada Allah Ta'ala.  Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta.  Semoga rencana yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua. 

Page 9: Kelebihan Menghafal Al-quran

http://badrizam.blogspot.com/2010/02/hafazan.html

4.0 KELEBIHAN-KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Menghafaz al-Quran adalah ibadat dan ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.Menjadi hafiz

merupakan nikmat rabbani yang datangnya dari Allah s.w.t kerana kelebihan menghafaz al-Quran sama nilainya

dengan nikmat kenabian, Cuma bezanya tidak diberi wahyu. Sabda Rasulullah s.a.w :

من مع يجهل وال وجد من مع يجد أن القران لصاحب ييفي ال ليه ا يوحى ال أنه غير جسنه بين ة النبو رج استد فقد القران قرا من

الله م كال فه جو في و .يجهل

Terjemahanya: “ Barangsiapa yang membaca ( menghafaz ) al-Quran, dia menyimpan ilmu kenabian dalam dadanya

walaupun tiada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seorang hafiz al-Quran memarahi orang

yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang yang jahil, sedangkan al-Quran berada dalam

dadanya”. ( Hadith Riwayat Hakim ).

Dengan sebab itu, ia mempunyai beberapa kelebihan.Antaranya ialah:

4.1 Dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga serta diberi kelebihan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang dari

kalangan keluarga terdekatnya yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t masuk neraka. Ini digambarkan dalam sebuah

hadith Rasullullah s.a.w yang berbunyi:

ر النا لهم جبت و قد كلهم بيته اهل من ة عشر في وشععه جته أ الله دخله أ حرامه وحرم له حال حل فأ ه ستظهر فا القرا قرا .من

Terjemahannya: “ Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh

al-Quran ( mengamalkannya ) serta mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran ( meninggalkannya )

nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli

keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka.

( Hadith Riwayat Ahmad dan Tarmizi ).

4.2 Diberi nikmat di alam kubur meskipun kesusahan, kepayahan dan huru hara di alam akhirat amat dasyat dan

jasadnya akan terpelihara seperti keadaan asalnya tanpa dirosakkan oleh sesuatu pun sedangkan tubuh orang lain

tidak terkecuali daripadanya.

4.3 Mendapat penghargaan khusus dari Nabi Muhammad s.a.w. Penghargaan seumpama ini pernah diberikan oleh

baginda ketika pengkebumian para syuhada’ yang hafaz al-Quran seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadith

yang bermaksud:

“ Dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w mengumpul dua orang lelaki yang syahid dalam

peperangan Uhud dalam satu liang lahad, lalu baginda bertanya ,” Siapakah di antara kedua-dua ini yang paling

banyak menghafaz al-Quran ?” Apabila ditunjukkan kepada baginda salah seorang dari mereka maka nabi akan

Page 10: Kelebihan Menghafal Al-quran

mendahulukan pengkebumiannya lalu bersabda, “ Aku menjadi saksi terhadap mereka”. ( Hadith Riwayat Bukhari,

Abu Dawud dan nasa’I ).

4.4 Ibubapa yang berusaha menjadikan anaknya sebagai hafiz akan mendapat ketinggian martabat di

akhirat.Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Sesiapa yang membaca al-Quran dan belajar serta beramal dengannya, dia akan dipakaikan pada hari kiamat

dengan mahkota dari cahaya yang mana cahayanya lebih terang dari cahaya matahari, dan kedua ibubapanya akan

dipakaikan dengan perhiasan yang tidak pernah mereka pakai di dunia. Maka mereka berdua bertanya, “ Dengan

sebab apakah kami pakaikan dengan perhiasan ini?. Mereka akan dikatakan: Dengan sebab bacaan al-Quran oleh

anakmu”. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ).

4.5 Para hafiz akan diseru pada masa itu supaya terus menaiki tingkat syurga mengikut kadar bilangan ayat al-Quran

yang telah dibacanya semasa di dunia.

4.6 Selalu dilindungi oleh Allah.

4.7 Menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia.

4.8 Tidak merasa takut pada hari kiamat.

4.9 Doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

4.10 Merupakan mereka yang paling layak untuk menjadi imam serta dipermudahkan segala urusan mereka.

Oleh itu, para hufaz bukan sahaja dipandang mulia di dunia, malah di akhirat kelak mereka akan turut mendapat

pelbagai pengiktirafan daripada Allah s.w.t.Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada al-Quran di dalam hatinya

walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w menganggapkan orang yang tidak membaca al-Quran dan tidak

menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruk

yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w bermaksud:

“ Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang,

buruk dan hamper runtuh”. ( Hadith Riwayat Tarmizi ).